Sudah menjadi kebiasaan kita di rumah, roti yang hampir habis tarikh luputnya pasti terbiar kaku. Apa kata usahakan sesuatu untuk juadah minum petang paling awesome daripada roti ini.
Hanya gunting-guntingkan kecil dan satukan dengan bahan lain. Semudah ABC. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Faizah Kadri ni. Awesome!
Salam jumaat, kalau tak tahu nak buat juadah makan petang nanti jom kak bagi idea. Beli roti sebungkus, pek yang besar tu.
Kemudian blend 3 biji telur, gula, tepung gandum, esen vanila, santan sekali dengan air pandan bagi hijau sebab kak memang suka warna hijau.
Tuangkan atas roti, biar roti kembang lebih kurang setengah jam pastu bolehlah ramas ramas sikit bagi roti hancur.
IKLAN
Tuang dalam acuan dan bakar. Apa yang jumpa dalam peti ais akak taburkan.
Sejam kemudian.
IKLAN
Jangan risau, dah tutup api dia turun balik, tekan tekan guna senduk tu, tujuannya nak bagi padat, barulah tak ada ruang ruang udara time kita potong nanti. Besar gila kot, lepas untuk makan petang dan sarapan esok pagi.
Artikel berkaitan:
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebihan nasi semalam yang jangan pula terus dibuang, sebaliknya cuba kreatifkan dengan mencari resipi yang boleh diolah untuk sajian anak-anak. Salah satunya adalah resipi Nugget Nasi dan Jejari Ayam ini buat anak. Anak pun makin suka.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Zuriani ni nampak unik. Bukan satu resipi bahkan dua resipi boleh dihasilkan daripada lebihan nasi semalam. Ayuh cuba!
Seronok sangat kan bila kita dapat buat sesuatu yang menjadi kesukaan anak-anak, lebih-lebih lagi ia daripada bahan yang berkhasiat.
Bukan itu saja, mak-mak pun rasa lega sangat bila jumlah nasi terbuang dapat dikurangkan atau mungkin dah tiada langsung nasi terbuang! Harini saya nak kongsikan lagi resepi yang berasaskan nasi.
Nugget ni saya buat dua jenis yang berbeza rasa dan bentuk untuk memberi citarasa yang pelbagai. Disalut pula dengan rolled oat yang telah dikisar. Kalau kawan-kawan nak guna breadcrumbs pun boleh.
Bahan Asas:
600g ayam kisar
Separuh batang lobak merah dikisar
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cawan nasi
1 cawan tepung jagung
Garam secukup rasa
1. Kisarkan dulu ayam dan lobak merah satu persatu.
2. Kemudian kisarkan nasi, bawang merah dan bawang putih bersama-sama.
3. Campurkan bahan-bahan kisar dengan tepung jagung dan garam pink sehingga mereka bergaul mesra.
Ini hasil selepas mereka diadun bersama. Banyak juga hasilnya. Untuk memberi kepelbagaian rasa dan bentuk, saya bahagikan ia kepada dua.
1 bahagian saya campurkan bersama serbuk lada hitam, daun bawang, daun sup dan chia seed. Bentukkan menjadi nugget. Nak buat bentuk love, bulat, panjang, kitty, micky pun bulihh.
Adunan ni agak melekit, basahkan tangan dengan air untuk mengelakkan adunan melekat di tangan. Kemudian, celupkan nugget yang telah berbentuk tadi ke dalam telur yang telah dipukul dan salut pula dengan rolled oat yang telah dikisar halus.
Dah jadi nugget itu, bersedialah untuk dimakan.
Ini kejadian satu bahagian lagi. Rupa itu tak penting, yang penting rasanya menggiurkan. Adunan satu bahagian ini saya campurkan dengan serbuk lada putih dan serbuk kayu manis ceylon. Tips Jejari Ayam Jadi Cantik
Untuk jadikan bentuk chicken finger yang cantik, puan-puan boleh masukkan ke dalam plastik aiskrim, bekukan seketika.
Dah beku, keluarkan dari plastik aiskrim kemudian celupkan telur dan salut pula dengan rolled oat.
Agak-agak dah lembut, bolehlah gorengkan ia. Baru lah kejadiannya seperti chicken finger.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gluten ialah protein yang terdapat di dalam tepung dan beberapa jenis gandum lain. Makanan yang disenaraikan sebagai “bebas gluten” adalah khusus untuk mereka yang tidak boleh menerima gluten.
Golongan yang tidak mempunyai toleransi terhadap gluten akan menghasilkan tindak balas imun yang tidak normal apabila gluten dicerna oleh badan.
Perkara yang paling biasa dialami oleh individu yang mempunyai ketidaktoleransian terhadap gluten adalah, penyakit seliak. Ia merupakan tindak balas negatif dalam sistem pencernaan akibat pengambilan gluten.
Bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap gluten, mama boleh cuba resepi yang dikongsi oleh ibu ini. Selamat mencuba!
Antara menu #glutenfree untuk baby iffat.. orang kedah kan.. mami dia banyak jamu cucoq jela habuan snacking.
1. Finger food labu 2. Cekodok ubi kentang + ayam 3. Cek mek molek inti puree kurma 4. Cucoq badak ubi keledek tak dak inti 5. Lempeng pisang
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. Semoga baby kita semua terhindar dari segala penyakit yang berbahaya dan semoga immune baby kita kuat.
Resepi finger food labu manis:
Labu manis
Tepung beras
1. Kukus labu sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar labu sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan finger food ikut bentuk yg diingini.
4. Goreng seperti biasa
Resepi Cekodok ubi kentang + ayam :
Ubi kentang
Unsalted butter ( ub )
Isi Ayam potong dadu
Mixed herb
Bunga kobis/brokoli
Carrot yg disagat
Tepung ubi/tepung beras
1. Kukus ubi kentang, isi ayam & bunga kobis sehingga lembut. saya kukus asing.
2. Lenyek ubi kentang semasa masih panas bersama UB. Sejukkan suhu bilik.
3. Isi ayam dah sejuk saya carikkan bagi lagi halus.. nak blend isi ayam tu pon boleh. Ada homemade stock ayam lagi bagus. Boleh skip rebus isi ayam.
4. Lenyek bunga kobis. Sejukkan suhu bilik.
5. Apabila semua dah sejuk. Satukan ke semua bahan ke dalam ubi kentang tadi trmasuk mixed herb dan tepung
6. Tepung agak² ja. Adunan jangan terlalu lembik. Jangan terlalu keras.
7. Bentukkan dan goreng. Kalau banyak boleh frozenkan.
Resepi cek mek molek inti kurma:
Ubi keledek ( ikut suka warna apa² pon )
Tepung beras
Puree kurma
1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan bulat² . Lenyekkan sedikit.
4. Masukkan puree kurma. Bentukkan seperti kuih cek mek molek.
5. Goreng seperti biasa.
Resepi cucur badak ubi keledek tiada inti:
Ubi keledek ( ikut suka warna apa² pon )
Tepung beras
1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan bulat² then leyekkan sedikit macam buat cucur badak.
4. Goreng seperti biasa.
Resepi Lempeng Pisang:
Pisang 2 biji
Minyak masak 1 sudu
Telur sebiji
Organic gluten free flour 2-3 sudu ( seperti dlm gambar last sekali ) boleh jgak nk guna tepung beras
1. Blend ke semua bahan sehingga sebati semua.
2. Kalau cayaq tambah tepung sikit lagi
3. Sapu pan dengan minyak dan Panaskan
4. Tuang adunan ke dlm pan.
5. Tunggu sehingga masak dua2 belah.
Lembut ja. Sedap pulak tu. rasa manis buah.. dah tak pyh nak tambah² gula. Kesihatan baby pon terpelihara.. inn shaa Allah.
Sedar tak sedar, kita dah tiba ke penghujung Ramadan. Kalau tak ada aral melintang, kemungkinan esok seluruh umat Islam akan menyambut hari pertama Syawal. Selepas sebulan berpuasa, pada hari raya inilah kita akan ‘all out’ memasak hidangan teristimewa untuk keluarga. Selain rendang atau masak lodeh, menu lain yang menjadi kegemaran ramai adalah daging dendeng.
Sedap berlemak, kalau diletakkan cili akan terasa pedasnya. Dipadankan dengan lemang, ketupat ataupun nasi berperisa seperti nasi minyak atau nasi beriani memang mengena sungguh! Mungkin ramai yang fikir susah nak masak daging dendeng ni, tapi sebenarnya tak rumit pun. Bahan-bahan pun mudah nak cari.
Menerusi posting di laman Facebook Share Masakan Beraneka Resepi, Sarah Aleya berkongsi resipi daging dendeng yang mudah untuk dibuat sendiri yang dikreditkan ke akaun Cik Puan Julieta. Semua bahan rencah tidak perlu dikisar, cukup dihiris sahaja.
RESEPI DAGING DENDENG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – potong nipis
BAHAN A:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN B:
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili kisar
1/2 cawan kicap kipas udang
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging
CARA MEMASAK:
1. Sediakan semua bahan-bahan dan bahan A dimayang halus. Ketepikan.
2. Daging dipotong nipis kemudian direbus hingga lembut.
3. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk kepingan daging satu persatu.
4. Panaskan minyak masak dan goreng kepingan daging yang ditumbuk tadi. Jangan goreng terlalu lama kerana daging akan menjadi keras. Setelah siap digoreng, ketepikan.
5. Seterusnya tumis bahan A sampai kekuningan atau hingga garing kemudian angkat.
6. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B pula. Pertama sekali masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis.
7. Bila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.
8. Kemudian barulah dimasukkan kicap, air asam jawa, kepingan daging, gula & garam secukup rasa.
9. Akhir sekali masukkan bahan-bahan A yang digoreng tadi. Kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dinikmati.