Sambut Hari Lahir Keempat Tacanim. Irine Beri Ucapan Istimewa Buat Anak Kedua Yang Banyak Mengajar Dia Dan Suami Erti Kekuatan Luar Biasa

Share

Beberapa hari lalu, Instafamous irine Nadia telah memuat naik sebuat post di laman Instagramnya. Dalam posting tersebut, dia mengucapkan selamat hari lahir kepada anak keduanya, Hasya Tasnim atau Tacanim. Mengimbau kenangan melahirkan Tacanim empat tahun lalu, Irine memberitahu anaknya itu overdue. Kelahiran secara normal pada minggu ke-41.

Memandangkan anak sulung dilahirkan melalui pembedahan, Irine bertanya tentang peluangnya untuk bersalin normal untuk anak kedua. Menurut doktor, tiada komplikasi untuk Irine bersalin normal kecuali dia yang mahu dibedah untuk kali kedua. Irine memilih bersalin normal untuk merasai sakitnya itu bagaimana.

Walaupun sudah empat tahun berlalu, Irine masih ingat perbualannya dengan doktor kerana sudah menulis tentang proses kelahiran Tacanim di dalam blog. Dalam ucapannya juga, Irine mengatakan Tacanim banyak mengajar dia dan suami untuk menjadi ibu bapa yang mempunyai kekuatan luar biasa.

Selamat hari lahir Tacanim, semoga hidupmu sentiasa dirahmati dan perjalanan hidupmu dipermudahkan.

Sumber: Irine Nadia

 

 

 

IKLAN