Dalam tempoh PKP ini, sudah menjadi perkara biasa kebanyakan orang untuk berkongsi foto serta resipi masakan mereka. Maklumlah, duduk di rumah macam-macam jenis hidangan yang dibuat.
Sesetengah orang berpendapat, ia adalah sesuatu yang normal. Sekurang-kurangnya dapat belajar banyak resipi baru tetapi bukan semua orang memandang perkara ini dari sudut positif. Orang-orang yang suka berkongsi masakan mereka di media sosial dikatakan riak dan menunjuk-nunjuk.
Setiap perkongsian seseorg di medsos, ambillah dari sudut pandangan positif. Kalau ada yg kongsi dia buat kraftangan, kebun bunga, masakan, bela binatang, hias rumah & kenderaan kita ambik ianya sbg ilmu dan benda yg bermanfaat utk kita buat dan kongsikan pula kpd org lain.
Itu salah satu wasilah perkongsian ilmu, bahkan sbg medium marketing dan publisiti org berniaga. Dengan syarat ianya ikhlas, bukan utk berbangga dan bermegah2.
Jgn alergik bila org kongsi resepi dan makanan dgn terus berpandangan mutlak ianya negatif. Itu sebhgn ilmu yg nak dikongsi juga. Pelbagai page dan medsos yg diwujudkan utk ajar cara memasak, siap video dan gambar sbg medium penyampaian satu cabang ilmu masakan. Manfaatkanlah ikut kemampuan.
Kdg2 kita lupa bila kita pula yg up status ilmu, tayang kepandaian dan kepakaran kita dlm bab dan bidang lainpun boleh buat org jadi dengki, kecewa, tak suka dan tak puas hati, bukan bab makanan shj boleh mengundang reaksi negatif. Maka jgn alergik kita bersifat selektif.
Cerita bab hukum pula…
Hukumnya harus siar cerita dan gambar makanan dgn syarat ikhlas dan bukan utk berlagak sombong serta bermegah2.
Dalil-dalilnya :
1. Surah الضحى ayat 11:
Ads
قال تعالى : وأما بنعمة ربك فحدث Rujuk kitab2 tafsir tentang keharusannya.
2. Hadis – Al Nu’man Bin Basyir meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda :
التحدث بالنعم شكر ( Riwayat Ibn Abi Al Dunia – No. 64 )
Ads
3. Hadis – Nabi saw bersabda :
إن الله جميل يحب الجمال ويحب أن يرى أثر نعمته على عبده ( Riwayat Ibn Asakir – 17/200 )
*Dan byk lagi riwayat Al Baihaqie, Abdullah Ibn Ahmad Ibn Hanbal, Sa’id Ibn Mansur, Abdul Razzaq dll akan hadis2 dlm bab : التحدث بالنعمة شكر وتركها كفر
Apa yg penting ialah ikhlas utk sebarkan ilmu dan pengetahuan dan jangan niat bermegah2 dan sombong.
Semoga dengan penjelasan dari PU Mizi ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang hal ini. Lihatlah setiap perkongsian orang lain dari sudut positif sebagai usaha kita untuk mempelajari perkara baharu setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan anak kecil berusia 7 tahun sudah duduk dalam dewan kuliah universiti, lengkap dengan tablet, nota dan botol air seperti pelajar dewasa lain. Itulah realiti luar biasa yang sedang dilalui oleh kanak-kanak genius Singapura, Theodore Kwan, apabila dia kini mengikuti kuliah kimia asas di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sebanyak tiga kali seminggu sejak Ogos lalu.
Walaupun bukan pelajar berdaftar, Theodore diterima sebagai “tetamu khas” oleh Pensyarah Kanan NTU, Dr Sumod Pullarkat. Lebih istimewa, dia hadir ditemani ibu atau bapanya dan duduk di barisan hadapan bersama ‘rakan sekelas’ baharu yang rata-ratanya sudah bergelar mahasiswa.
IQ Setinggi 154, Pecah Lima Rekod Kebangsaan!
Kehebatan Theodore bukan calang-calang. Dengan IQ setinggi 154, dia mencatat sejarah sebagai individu termuda di Singapura memperoleh gred A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi mata pelajaran Kimia – ketika usianya baru 6 tahun 10 bulan.
Selain itu, dia juga memegang lima rekod kebangsaan Singapura, antaranya sebagai peserta termuda mendapat markah penuh dalam Olimpik Sains. Tidak hairanlah apabila pihak universiti sendiri mengiktiraf kebolehan luar biasa ini. Malah, Naib Presiden merangkap Provos NTU, Prof Christian Wolfrum menyatakan, universiti itu sentiasa terbuka menerima bakat luar biasa tanpa mengira usia.
Sentiasa Dahagakan Ilmu
Menurut ibunya, Crystal Tang, Theodore seorang anak yang tidak pernah jemu untuk belajar.
“Theodore selalu meminta untuk belajar kimia pada tahap lebih tinggi. Kami amat berterima kasih kerana Dr Pullarkat memberi peluang kepadanya untuk mengikuti kuliah tanpa sebarang tekanan peperiksaan,” jelasnya.
Theodore juga bukan sekadar hadir mendengar, malah aktif menjawab soalan pensyarah dengan penuh keyakinan. Keperibadiannya yang periang membuatkan kehadirannya diraikan oleh para pelajar NTU lain. Bagi Theodore, peluang belajar di universiti pada usia sekecil ini bagaikan mimpi jadi nyata.
Inspirasi Untuk Ibu Bapa
Kisah Theodore menjadi inspirasi buat ibu bapa bahawa setiap anak menyimpan potensi luar biasa yang boleh digilap. Dengan sokongan dan bimbingan yang tepat, mereka mampu melangkaui jangkaan.
Namun, ibu bapanya tetap menekankan keseimbangan. Walaupun genius, Theodore tetap diberi ruang bermain dan menikmati zaman kanak-kanak seperti biasa, agar emosi dan sosialnya tidak ketinggalan berbanding rakan sebaya.
✨ Tip Pa&Ma: Cara Asah Potensi Anak Sejak Awal
Peka dengan minat anak – Tunjukkan sokongan pada apa yang mereka gemari.
Sediakan persekitaran kondusif – Buku, permainan pendidikan atau eksperimen kecil boleh merangsang kreativiti.
Galakkan anak bertanya – Setiap soalan adalah peluang untuk belajar sesuatu yang baharu.
Seimbangkan akademik & emosi – Anak pintar juga perlukan masa bermain untuk membesar dengan sihat.
Libatkan pakar jika perlu – Guru atau pakar pendidikan boleh membantu menilai tahap kecerdasan anak.
Theodore Kwan membuktikan bahawa usia hanyalah angka. Dengan sokongan ibu bapa dan peluang yang betul, kanak-kanak juga mampu menggegarkan dunia dengan pencapaian hebat mereka.
Jika anak-anak lelaki paling gemar menangkap ikan di sungai, lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak ini yang terlalu sukakan ikan sehingga tidur bersama ikan-ikannya.
Gelagat comel dan pelik anak lelakinya itu dikongsikan oleh seorang ibu, Ayu Hanani menerusi akaun Tik Toknya, @isteri_semut.
Apa yang paling menarik perhatian wargamaya pastinya gelagat anak comel ini yang tidur bersama ikannya, sambil memegang kemas dua ekor ikan yang ditangkapnya.
Bukan sekali sekali bahkan kongsi ibu ini lagi, hal itu dilakukan setiap hari oleh anak lelakinya itu.
“Tak bawa mandi sungai kesian. Dah bawa mandi tak sangka ini yang mummy kena hadap.
“Macam tu lah setiap hari. Aku rasa budak ni anak gorgon kot sebab dah banyak kali sebenarnya dia tidur dengan ikan,” luahnya berkongsi.
Malah kongsinya lagi, jika keinginan anak kecil itu tidak dipenuhi, anak lelaki kesayangannya itu akan menangis, menjerit dan meraung-raung untuk memegang dan tidur bersama ikan. Memang ‘rare’!
“Tak apalah rehatlah dik. Mummy boleh bersabar lagi.
“Hati ni dah lali dengar adik menjerit, meraung. Apakan daya anak bujang sorang, layankan ajelah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut terhibur melihat gelagat anak comel ini bersama ikannya.
Ada juga yang turut berdepan hal sama dengan anak-anak lelaki mereka. Menarik!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Kehilangan seorang anak adalah ujian yang paling berat untuk mana-mana ibu bapa. Itulah yang sedang dilalui oleh keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pelajar berusia 13 tahun yang meninggal dunia di asrama sekolahnya. Sejak tragedi ini berlaku, seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi rasa simpati, apatah lagi bila prosiding inkues kini sedang berjalan untuk mencari kebenaran.
Menurut laporan Harian Metro, terbaru Mahkamah Koroner menolak bantahan pihak keluarga terhadap permohonan peguam lima remaja yang dituduh, untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding. Peguam mewakili ibu arwah, Shahlan Jufri, berkata meskipun mereka mengemukakan bantahan, keputusan mahkamah itu tetap dihormati.
“Kami hormati keputusan mahkamah”
Menurut Shahlan, prosiding pagi itu menyaksikan semua pihak memohon untuk menjadi pihak berkepentingan di hadapan hakim koroner baharu. Mahkamah membenarkan ibu arwah, bapa arwah, serta peguam bela remaja terbabit untuk turut serta. Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) juga hadir sebagai pemerhati.
SHAHLAN tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi menghadiri prosiding inkues kematian Zara Qairina. FOTO Mohd Adam Arinin
“Pihak kami ada membantah terhadap permohonan peguam bela pesalah kanak-kanak sebagai pihak berkepentingan, namun bantahan ditolak. Kami menghormati keputusan mahkamah,” jelasnya.
68 saksi akan beri keterangan
Setakat ini, seramai 68 orang saksi disenaraikan termasuk pasukan forensik, Jabatan Patologi, pihak polis, pelajar sekolah, guru, warden dan pegawai keselamatan. Malah, ibu arwah sendiri, Puan Noraidah Lamat, turut tersenarai sebagai saksi, namun tarikhnya belum ditetapkan.
Mahkamah juga memaklumkan, sekiranya saksi kanak-kanak dipanggil, prosiding akan dijalankan secara tertutup demi menjaga keselamatan dan emosi mereka.
Peringatan buat semua ibu bapa
Tragedi yang menimpa arwah Zara Qairina bukan sahaja meninggalkan luka mendalam kepada keluarganya, malah menjadi peringatan besar untuk seluruh ibu bapa. Keselamatan anak-anak, terutamanya ketika berada di sekolah atau asrama, perlu diberi perhatian serius.
Semoga prosiding inkues ini membawa keadilan buat arwah Zara Qairina, dan menjadi iktibar buat kita semua agar tragedi sebegini tidak berulang lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.