Kalau anda sekeluarga gemarkan kambing, resipi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah ini mesti dicuba. Bukan saja enak dijadikan lauk untuk nasi minyak atau nasi beriani, tapi sesuai juga dimakan bersama roti.
Musim-musim raya kalau dah bosan buat rendang untuk dinikmati dengan nasi impit, sesuai juga masak Kambing Yogurt ni. Ngam juga dimakan bersama!
Resipi Kambing Yogurt;
Awal pagi tadi lagi aku dah mengambing. Inilah dia Kari Kambing Yogurt yang mudah dan sedap yakmat. Bila guna yogurt ni, lain tau rasa sedap dia tu. Ni ha aku share cara nak buat dia.
Bahan-bahan nak kena ada: 300-500gm ketulan daging kambing 5 ulas bawang merah dihiris nipis* 3 ulas bawang putih dihiris nipis* 1 kulit kayu manis* 2 kuntum bunga lawang* 3 kuntum bunga cengkih* 5 biji buah pelaga* 3 tangkai daun kari* 1 bungkus rempah kari daging 130gm atau 1 cawan yogurt
Ini jer bahan-bahan dia. Mudah yakmat. Rempah kari tu semestinya aku guna Rempah Cap O yang sangat popular di utara.
Cara nak buat dia: 1. Masukkan rempah kari ke dalam kambing dan gaul sebati dan ketepikan. Aku beli daging kambing frozen jer weh.
Tuang rempah dalam bekas dan gaul bersama kambing. Tambah sedikit air agar dia melekat rata pada daging.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda * sehingga harum dan masukkan kambing tadi. Kacau sebati dan tambah secawan air. Tutup periuk dan biarkan kambing masak.
Ads
Masukkan minyak dan tumis semua bahan sampai harum.
3. Kemudian masukkan yogurt. Kacau sebati dan masukkan garam. Kacau seketika dan tutup api.
Bila daging dah empuk, masukkan yogurt dan garam. Kacau sebati dan biarkan dalam 5 minit dan tutup api. Siap.
Siap. Senang dan sedap.
Kari kambing sedap ni nak makan dengan nasi boleh, nak buat cicah roti pun padu ni. Aku cicah ketupatlah, masih raya ni. Cubalah wehhh.
Ads
Kari aku ni tak pekat sangat, sedap nak jadikan kuah dalam nasi. Kalau suka pekat, masak lama sikit.
#superdaddy
Semoga perkongsian resipi dari Superdaddy ini dapat memberi inspirasi kepada ibu atau ayah yang mungkin buntu nak sediakan hidangan untuk keluarga. Dengan resipi seringkas ini tetapi rasanya sedap, memang berbaloi untuk dicuba!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Pengalaman kita dalam menghasilkan kek sememangnya berbeza-beza. Ada yang berjaya hasilkan kek yang cantik, naik dan gebu tidak kurang juga kek menjadi bantat, berat dan sebagainya. Semua ini bagaikan mimpi ngeri malah membuatkan kita takut untuk terus mencuba.
Bagi yang mempunyai pengalaman ngeri membuat kek atau yang tidak yakin untuk membuat kek, boleh cuba hasilkan kek yang dikongsikan oleh Puan Nurul Izwahida Othman ini dulu. Katanya inilah kek paling ‘confident’ yang pernah dicubanya. Ayuh kita cuba!
Bahan-bahannya.
My first Burntcheesecake! Thank you for the easy peasy recipe. Bahan-bahan & step di setiap gambar. Kalau nak manis gula letak 3/4. Tapi sebab 2 cinonet tu pun makan sekali, mommy letak 1/2 cawan je. Both suka. Kalau sejenis tak pandai nak baking-baking macam sis. Rasa tak confident kejadiannya boleh la try ni. Confirm tak buang ke tong sampah.
Masukkan dalam loyang dan air fryer dengan suhu 170 selama 30 minit. Tengok ada orang buat suhu 160 dan 180, so sis ambik yang tengah-tengah. Kalau pakai oven rasanya lebih kurang je kot.
Tadaa dah siap.
Lepas bakar biarkan sejuk 15 minit lepas tu masukkan fridge 1 jam baru potong.
Kek pisang sememangnya tidak pernah kalah. Cukup enak rasanya apalagi dikukus, semakin bertambah gebu, lembut dan enak. Namun kek pisang dengan gabungan coklat yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat ini cukup hebat hasilnya.
Resipi yang dikongsikannya cukup ringkas malah gabungan bahannya juga tidak sukar dan mudah disediakan. Anak-anak pastinya cukup teruja saat kek dibakar di dalam ketuhar. Ternanti-nanti saban waktu. Jom cuba untuk anak-anak dihujung minggu ini.
Kek pisang coklat versi kukus. Lembut dan gebu. Yang nak mencuba cikza bagi resepinya sekali.
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan pisang yang siap dilenyek
4 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 Sb serbuk koko
Esen vanilla
Tepung gandum, soda, baking powder diayak.
Satukan telur, gula, minyak dan esen vanila kemudian diblander hingga sebati.
Masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan pisang dan tepung yang di ayak tadi. Kaup balikkan bagi sekata.
Sapu Planta pada loyang, adunan tadi dibahagi dua. Satu adunan dimasukkan serbuk koko dan yang satu lagi dibiarkan warna asal. Masukkan adunan berselang seli sehingga habis.
Mudahnya nak sediakan resepi American breakfast untuk set Sausage dan juga set Hashbrown. Terasa seperti makan di kedai bertaraf 5 bintang!
Jom ikuti resepi yang dikongsi wanita ini. Selamat mencuba!
Idea suami suruh buat jual #Americanbreakfast sebab dia memang suka tengok mat saleh masak. Alhamdulillah semua sukaa.
Saya sedekah resepi (American Breakfast) Style saya sendiri. Maaf jika tak serupa yang real punya macam mana.
Set sausage (Ramly) & Set hash Brown
🥪Toasted sandwich
Layerkan roti dengan chicken slice, cheese slice dengan salad je. Lepas tu bakar atas pan atas bawah bagi garing. Saya memang takde letak apa-apa sos. Healthy lah konon. Pastuu potong jangan tekan sangat nanti penyek jadi nya .
🍳 Scramble egg
Setiap 1 box masak 2 biji telur gred A. Pecah kan dalam bekas letak lada hitam , garam dan daun sup/bawang . Nak masak letak butter skit masak jagan lama-lama dan jangan kacau-kacau sampai kering . boleh tengok balik tekstur scramble tu macam mana.
lepastu serve laa dalam pinggan letak toasted sandwich (saya tak pasti potong bentuk tu ada panggilan lain mungkin) letak scramble egg atasnya boleh tabur blackpepper sikit dengan mushroom. Tambah sausage atau hashbrown. Ikut la tekak masing-masinh nak letak apa . Selamat mencuba 😘
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.