Susu badam sangat elok diamalkan setiap hari. Ia bukan sahaja mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit tetapi juga bagus untuk perkembangan otak anak. Badam kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan dan sekali gus mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan pengamalnya nampak awet muda.
Susu Badam Elok Amalkan Setiap Hari
Jika dilihat kepentingan anak-anak mengamalkan susu badam ini pula adalah ianya baik untuk kesihatan otak kerana badam mengandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnisebab yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Oleh sebab itu juga, ramai ibu-ibu di negara India sangat mengalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan badam.
Jadi apa kata hari ini kita cuba buatkan susu badam ini untuk kita anak beranak amalkan dan sekali gus menikmati khasiat susu badam yang cukup istimewa ini. 1 cawan badam boleh dapat 1.5 liter susu. Cukuplah untuk lima hari minum.
Anak Pintar, Mama Awet Muda
Bahan-bahan:
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
Kurma *tambahan
Cara penyediaan:
1.Basuh badam bersih-bersih selepas itu rendam semalaman.
2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam pengisar dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh.
Ads
*Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat.
3. Sudah siap kisar terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.
CARA MENIKMATI SUSU BADAM
Ads
1.Dimakan bersama madu
Apabila sudah mendidih itu kira sudah siap. Senang bukan? Apabila sudah suam maka bolehlah diminum. Sebelum minum letakkan 1 sudu madu. Rasanya sedap, tiada rasa pelik. Kalau ada kurma, masukkan sekali. Tidak perlu masukkan madu. Cukuplah manis daripada kurma itu.
2. Smoothies
Boleh letak buah-buahan. Kalau tiada buah pun tidak mengapa. Boleh minum begitu sahaja. Boleh juga letak chia seeds jika suka.
Cara praktikal penyediaan sajian bayi ini sangat praktikal dan boleh mengelakkan pembaziran dan jimatkan masa. Anda juga boleh lakukan untuk si kecil!
Bila ada anak kecil, mama tentu faham kesibukannya. Tapi itu bukan alasan untuk tidak menyediakan sajian dari air tangan sendiri. Tidak kira sama ada suri rumah, working at home mom ini sesuatu yang wajib anda cuba!
Puan Nurul Azira telah berkongsi tip ini. Berikut ialah perkongsian beliau;
Mudahkan, siap-siap buat stok untuk si kcil, beli daun sup terlebih pulak tadi, dari terkulai layuu macam tu je…apa kata kita hiris halus daun sup itu, bubuh dalam ice tray dan frozenkan.
Tahan pun tahan kalau dah di frozen kan macam ni…Kalau nak gua tinggal ambik je seketul,settle.
Ayam pun macam tu jugak…potong siap-siap, nk msk bubur ambik seketul.
Bukan takat ayam yang di frozen, beras pun di frozen kan jugak…sekejap je masak ye dan tekstur bubur ye pun cantik. Malam ni menu wani (anak) Bubur ayam campur dengan lobak merah dan daun sup. Semerbak je bau die. Anak saya still makan bubur blend (dikisar) walaupun gaga sudah tumbuh 8 batang, umurnya 1 tahun 5 bulan.
TIP SANGAT BERMANFAAT
Beliau yang kemudiannya dihubungi Pa&Ma menyatakan tip ini sangat-sangat bermanfaat kerana ia memudahkan serta meringankan kerja para ibu.
“ Walau pun saya suri rumah, saya tetap sediakan stok makanan untuk anak saya yang kecil ni setiap minggu. Selepas membeli barang dapur, saya akan asing-asingkan siap-siap bahan mentah untuk makanan anak kecil saya…
SIAP ASINGKAN LAUK
“Kalau beli ayam, saya akan asingkan bahagian dada untuk makanannya. Bersihkan, potong kecil dan masukkan dalam dulang kiub ais. Kalau hendak memasak saya tak perlu buang masa nak potong dan bersihkan. Hanya ambil bahan yang hendak di gunakan. Ambil seketul atau dua ketul ayam dan masukkan ke dalam bubur sedang direnih. Selalunya saya buat tidak banyak sahaja memandangkan dulang ais terhad, cukuplah untuk keperluan makanan anak selama seminggu,” katanya.
BERAS TERENDAM BEKU MENJIMATKAN MASA MEMASAK BUBUR
Beliau juga turut berkongsi cara menjimatkan masa memasak bubur dengan merendamkan beras ke dalam air dan dibekukan. Katanya cara ini menghasilkan bubur dalam kadar masa yang cepat dan tekstur bubur yang dimasak juga lebih cantik.
Setiap ibu pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak, terutamanya aspek penyusuan eksklusif, kan? Tapi ia tidaklah semudah disangka. Usah bimbang, ada resepi makanan penggalak susu yang boleh dicuba.
Antara cabaran utama ibu-ibu dalam melakukan penyusuan eksklusif adalah untuk memastikan bekalan susu mencukupi bagi memenuhi keperluan si manja.
Tetapi, masalah tersebut boleh diatasi dengan pengambilan makanan penggalak susu yang sihat dan berkhasiat.
Dalam perkongsian artikel ini, ikuti resipi yang sedap dan paling penting berkhasiat untuk ibu. Dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan bekalan susu badan untuk bayi.
5 resipi makanan penggalak susu sedap
1. Smoothie epal beri
Minuman ini boleh diambil sebagai sarapan atau snek minum petang. Ia dipenuhi dengan buah-buahan yang kaya protein dan nutrien.
Yogurt Greek adalah sumber kalsium yang hebat dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lama. Ia mengandungi bakteria dan probiotik sihat yang bagus untuk sistem pencernaan ibu dan bayi.
Bahan-bahan:
3 cawan jus epal
2 biji epal, dicincang halus
2 pisang beku, dipotong dua
2 cawan beri biru beku
2 cawan strawberi beku
1⅓ cawan yogurt Greek kurang lemak
Cara membuatnya:
Campur semua bahan dalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
Tuangkan smoothie dalam bekas minuman kecil. Sejukkan semalaman dalam peti ais sehingga pekat.
Jangan lupa goncang sebelum minum.
2. Tauhu cili manis dan bijan
Bagi ibu yang sedang mencari menu untuk makan tengah hari, mungkin boleh cuba idea resepi makanan penggalak susu ini.
Tauhu adalah alternatif daging yang baik dan merupakan sumber kalsium. Biji bijan juga tinggi kalsium, selain menjadi sumber serat dan zat besi.
Sebagai penyeri masakan, anda juga boleh menambah lada benggala. Haa, jangan tak tahu lada ini mengandungi lebih banyak vitamin berbanding buah sitrus!
Bahan-bahan:
600g tauhu lembut, dibasuh dan dikeringkan
2 sudu besar biji bijan
1 sudu kecil bawang putih dicincang halus
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili manis Thai
1 sudu kecil minyak bijan
¼ cawan daun bawang, dipotong
Cara membuatnya:
Masukkan tauhu ke dalam periuk bersama air sehingga menutupi permukaan tauhu. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api untuk mengekalkan kepanasan tauhu. Panaskan periuk kecil pada suhu sederhana. Masukkan biji bijan dan masak selama 2 hingga 3 minit sehingga dipanggang dengan baik.
Tumbuk menggunakan lesung batu atau lenyekkan biji bijan yang telah dipanggang sehingga menjadi separuh serbuk. Lakukan kaedah yang sama dengan bawang putih.
Satukan biji bijan, bawang putih, kicap, sos cili dan minyak di dalam mangkuk kecil. Angkat tauhu dengan berhati-hati daripada air rebusan dan potong. Letakkan di atas pinggan dan tuangkan sos yang disediakan tadi. Jangan lupa taburkan daun bawang yang telah dipotong. Sedia untuk dimakan!
3. Daging bersama brokoli tumis
Makanan ini penuh dengan nutrien yang menyokong kesihatan ibu dan bayi. Daging lembu dapat meningkatkan tenaga dan merupakan sumber protein dan zat besi yang hebat. Brokoli pula adalah sumber kalsium dan vitamin A yang bagus.
Resepi ini juga sedap dimakan bersama nasi panas!
Bahan-bahan:
500g daging lembu, dihiris nipis
1 sudu besar jus lemon atau limau nipis
2 sudu besar kicap, dibahagi 2
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar bawang putih, dicincang
2 sudu teh halia, dicincang
6 cawan brokoli
2 sudu besar stok ayam/ boleh gantikan dengan campuran air bersama mentega cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 1 sudu besar air
¼ cawan air
Cara membuatnya:
Campurkan daging bersama jus lemon atau limau nipis bersama 1 sudu besar kicap. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Ratakan seluruh permukaan kuali dengan minyak.
Masukkan daging dan biarkan selama 1 minit sehingga bertukar kecoklatan tetapi tidak masak sepenuhnya. Keluarkan daging ke dalam pinggan dan ketepikan. Masukkan bawang putih dan halia ke dalam kuali, tumis selama 30 saat atau sehingga naik bau wangi. Campurkan brokoli dan tumis untuk tempoh seminit atau sehingga warnanya bertukar menjadi hijau terang.
Kemudian, masukkan ¼ cawan air dan tutup kuali. Biarkan selama 2 minit atau sehingga brokoli menjadi lembut.
Campurkan 1 sudu besar kicap, stok ayam dan sos tiram ke dalam kuali. Biarkan ia mendidih dan masak selama 1 minit atau sehingga perisanya bergabung.
Masukkan daging yang telah diketepikan awal tadi ke dalam kuali. Kacau adunan air bersama tepung jagung dan masukkan ke dalam kuali. Masak hingga kuah menjadi pekat. Sedia untuk dinikmati!
4. Puding coklat chia
Puding ini sesuai dijadikan sarapan pagi yang lazat atau pencuci mulut enak. Ia juga makanan penggalak susu terbaik untuk dimakan. Makanan ini turut tinggi kandungan protein dan dapat membuat ibu berasa kenyang.
Bahan-bahan:
1 cawan susu lembu
6 sudu besar biji chia
¼ cawan madu
2 sudu besar serbuk koko
⅛ sudu kecil garam
1 sudu kecil ekstrak vanila
Pilihan untuk topping: buah beri, cip coklat atau kacang
Cara membuatnya:
Masukkan susu, biji chia, madu, serbuk koko, vanila dan garam ke dalam mesin pengisar. Mulakan kisaran tahap rendah sebelum menukar kepada kisaran lebih tinggi, sehingga campuran bahan-bahan menjadi halus dan sebati.
Puding ini harus mempunyai konsistensi pekat dan ia sedia untuk dinikmati bersama pilihan topping anda.Jika mahukan puding yang sejuk, tuang kisaran ke bekas dengan penutup dan sejukkan dalam peti ais. Sejukkan untuk tempoh 3 hingga 4 jam sebelum dimakan.
5. Booby bites
Snek ini bagus sebagai makanan peningkat tenaga segera. Tambahan pula ia mengandungi bahan seperti oat dan biji rami yang dapat menggalakkan susu.
Bahan-bahan:
1 cawan oat
½ cawan mentega kacang
½ cawan biji rami
⅓ cawan madu
½ sudu besar ekstrak yis
1 sudu kecil ekstrak vanila
½ cawan cip coklat mini
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan kering: oat, biji rami, cip coklat dan ekstrak yis. Masukkan mentega kacang, madu dan vanila. Gaul rata. Sejukkan adunan untuk tempoh sejam.
Keluarkan daripada peti ais dan bentukkan menjadi bebola kecil. Sudah boleh makan!
Baki bebola itu boleh disimpankan dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan kembali ke dalam peti ais. Snek ini boleh tahan sehingga 2 minggu!
Selamat mencuba resepi yang dicadangkan di atas. Moga bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang berusaha melakukan penyusuan eksklusif!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asyik makan biskut dengan air milo je untuk kudapan dalam pantang, jemu tau. Para ibu berpantang pun nak makan lain daripada yang lain dan sedap juga. Apa kata para suami buatkan isteri berpantang potato garlic. Senang sangat resipinya. Bagus juga untuk kesihatan ibu atau isteri berpantang.
Kentang mempunyai banyak khasiat yang berguna untuk tubuh badan. Kentang Sebagai penawar racun berlebihan yg semulajadi. Kentang membantu pertumbuhan bakteria dalam saluran pencernaan tubuh. Kandungan garam alkali menjadikan kentang sebagai salah satu makanan yang dapat menjaga kadar alkali dalam tubuh.
Kentang mempunyai khasiat potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
Kandungan potassium yang tinggi dalam kentang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat. Ubi kentang mempunyai indeks kekenyangan yang tinggi. Jadi memakan kentang boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
Jom lihat resepi potato garlic yang dikongsikan. Resepi ini dikongsikan oleh Aizah Zarirah di dalam Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI POTATO GARLIC
Bahan- bahan: – 300gram kentang dikupas, dipotong dadu dan digoreng dahulu. – Minyak/ olive oil/ magerin – ½ bawang holland, potong ikut selera – 5 – 6 ulas bawang putih, hiris tipis – Garam (sesuaikan) – ¼ sudu kecil lada hitam (boleh diganti oregano + basil) – ½ sudu the parsley kering.
Cara- cara: 1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan margerin sampai harum. 2. Masukkan gentang goreng, kacau hingga sebati. 3. Tambahkan garam, lada hitam dan Italian mix herbs. 4. Kacau sebati dan check rasa dahulu. 5. Tabur dengan parsley kering atau nak lagi sedap boleh je tabur sikit keju parmesan. Tapi untuk yang on diet elak lah.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. boleh buat untuk kudapan waktu petang. Anak dan suami pun boleh join makan sekali tau. Sedap dan berkhasiat. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Roti Mayo Keju Tarik ialah snek mudah dan lazat menggunakan roti, mayonis serta keju mozzarella. Ikuti resipi lengkap dan petua untuk hasil lebih rangup serta berkeju.