Benarlah kata orang, bersalinkan anak kedua dan seterusnya sememangnya amat mudah sehinggakan ibu sendiri tak dapat mengagak bila masanya waktu yang sesuai untuk ke hospital.

Pengalaman ibu ini, Farhain Azmi satu pengalaman manis tapi mendebarkan bila mana tanpa disangka telah melahirkan bayi ketiganya di rumahnya sendiri. Dia yang hanya bangun untuk membuang air besar tiba-tiba merasa kontraksi hebat sebelum bersalin sendiri sambil ditemani suami. Ikuti kisahnya.

PENGALAMAN BERSALIN DI RUMAH

Saja nak cerita semula pengalaman bersalinkan Nurfarah Zuhayra di rumah. Sebelum itu, saya nak tegaskan di sini saya bukan pengamal doula dan saya sendiri tak galakkan kalian bersalin di rumah.

“Tak Sempat Suami Sediakan Barang, Baby Dah Selamat Keluar Bersama Air Ketuban, Pengalaman Ibu ‘Terberanak’ Di Rumah!

Ceritanya begini, pada tarikh 23 April lalu saya seperti biasa ke klinik kesihatan untuk routine checkup minggu ke 39. Ini temujanji terakhir sebelum bersalin. Jangkaan bersalin saya pada 1 Mei 2019.

Nurse dah pesan sekiranya saya belum ada tanda bersalin pada 30 April, saya dikehendaki terus melapor diri di hospital berdekatan pada 1 Mei 2019. Sebabnya saya ada kencing manis ketika mengandung (GDM).

Balik dari klinik, saya sempat ke pasaraya untuk beli barang dapur. Saya sempat masak dan mengemas rumah. Tiada langsung tanda sakit bersalin. Ye saya masih aktif buat kerja.

Jam 4 pagi, saya terbangun dari tidur. Perut rasa memulas-mulas seperti mahu buang air besar. Memang saya masuk tandas dan buang air besar. Selesai buang air besar, perut masih memulas-mulas.

“Tak Sempat Suami Sediakan Barang, Baby Dah Selamat Keluar Bersama Air Ketuban, Pengalaman Ibu ‘Terberanak’ Di Rumah!

IKLAN

Masa ini, saya fikir keadaannya sama seperti sakit nak bersalinkan Firas. Firas anak kedua saya. Dilahirkan 2 tahun lepas pada usia kandungan 41 minggu.

Dalam pukul 4.30 pagi, keluar tompokan darah dan menitis pada lantai bilik. Masa ini, sudah berlaku kontraksi. Pinggang saya mula sakit. Saya cuba call suami. Suami saya seorang anggota polis, sedang bekerja 24 jam.

Suami Jadi Penyelamat

Suami saya bergegas pulang ke rumah. Malam itu, anak-anak tidur dengan saya di bilik saya. Saya masuk bilik anak saya dan berbaring atas katil sementara tunggu suami. Bimbang anak-anak terjaga. Masa ini, kontraksi makin kerap dan saya rasa dah tak boleh nak bangun dari katil.

 

Sekitar jam 5 begitu, suami sudah call talian 999 dan minta bantuan ambulans. Sementara tunggu ambulans sampai, ada seorang pegawai perubatan masih di talian bercakap dengan suami. Seingat saya, dia ada bertanyakan keadaan saya dan skala kesakitan saya.

IKLAN

Suami juga diminta menyediakan sebesen air dan sehelai kain. Poopss. Bunyi air ketuban pecah. Tak sempat suami sediakan barang, baby telah selamat keluar bersama air ketuban. Habis basah tilam anak saya dengan air ketuban dan darah. Saya sempat melihat jam dinding. Jam 5.45 saya selamat melahirkan anak perempuan. Anak yang ketiga.

“uweeeek.. uweeeek.. uweeek”

“Isteri saya dah bersalin, puan”
Öh, kalau begitu cik cari tali kasut. Pusingkan baby. Biar mengadap punggung ibunya. Baby dah menangis ke?”

“Tak Sempat Suami Sediakan Barang, Baby Dah Selamat Keluar Bersama Air Ketuban, Pengalaman Ibu ‘Terberanak’ Di Rumah!

“Ye dah menangis terus lepas keluar”

IKLAN

Jiran-jiran pun datang masa ni. Terkejut makcik-makcik tu tengok saya dah terbaring dengan baby ada di bawah kangkang saya. Siap buat memek muka takut lagi. haha

10 minit lepas bersalin, ambulans sampai. Seorang Nurse potong tali pusat anak, seorang lagi cek tekanan darah saya. Mereka berusaha keluarkan uri. Tapi uri tak dapat dikeluarkan. Uri perlu dikeluarkan di hospital. Nurse minta saya berjalan turun ke bawah sebabnya “stretcher”tak dapat dibawa naik. Rumah saya tingkat 1. Tiada lift. Tangga pula sempit.

“Awak jalan slow2 ye”

“Mana beg awak dan anak?. Bagi IC sekali Saya bawa siap-siap”

Saya terus dibawa ke hospital Kuala Lumpur. Di sana, doctor terus keluarkan uri. Doktor beritahu saya tiada sebarang luka atau koyakan. Jadi tak perlu jahit. Ye sama, seperti bersalinkan anak no 2. Tiada luka, tiada koyakan dan tidak perlu dijahit. Bersalin ketika awal pagi. Bezanya anak no 2 saya sempat ke hospital. Anak pertama pula saya bersalin induce, ketika cukup 40 minggu kerana GDM juga dan melalui proses episotomi.

Saya bersalin Zuhayra pada 24 April, rabu dan tinggal di wad selama 4 hari untuk pemantauan jaundis.

Saya telah ditembual oleh nurse klinik kesihatan untuk tujuan Laporan Insiden Bersalin Tidak Selamat. Saya ceritakan kronologi bersalin seperti yang saya tulis ini.

Tapi selang beberapa hari, terdapat juga 2-3 orang nurse masih call saya untuk amik keterangan. Ada yang meragui saya. Mungkin sebab sekarang banyak kes doula dan orang memilih nak bersalin di rumah. Entahla.

Saya berulang kali tekankan saya tahu tanda-tanda sakit nak bersalin tu bagaimana. Cuma mungkin rezeki saya, saya dapat sakit bersalin yang sekejap je. Dari anak pertama hingga ke tiga. Setelah berpuas hati dengan keterangan saya, nurse pesan sekiranya saya bersalin anak ke empat kena terus cepat ke hospital. Risau jadi macam ni lagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI