Kehadiran ahli baru dalam keluarga pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua. Apatah lagi ibu yang hamilkan bayinya selama sembilan bulan atau juga buat pasangan yang sudah lama menantikan kehadiran zuriat sebagai pelengkap keluarga.
Ia sudah semestinya menjadi perkhabaran gembira buat ahli keluarga yang lain terutama buat insan yang bergelar datuk dan nenek selain buat pasangan yang baru menerima kehadiran bayi yang baru dilahirkan.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Datin Tengku Zawyah Tengku Izham yang menggunakan nama Teezac di laman Instagramnya, beliau berkongsi berita gembira mengenai Izara Aishah yang telah pun selamat melahirkan bayi perempuan melalui IG story di laman tersebut.
Menurut perkongsian yang dibuat, menantunya itu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9kg semalam. Beliau juga percaya Izara akan menjadi seorang ibu yang penyayang terhadap anaknya.
Ads
Untuk rekod Izara Aishah dan Muhammad Adib melangsungkan perkahwinan pada November 2017. Berita tentang kehamilan Izara memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
Sekitar September tahun lalu, Izara mengumumkan untuk cuti berlakon, yang mana sedikit sebanyak membuatkan para peminat dapat mengagak bahawa pelakon ini sedang hamil. Pada Januari tahun ini Izara mengambil keputusan untuk mewar-warkan kehamilannya. Dan kini pelakon Ombak Rindu The Series ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.9kg.
Ads
Tahniah diucapkan kepada Izara Aishah dan suami Muhammad Adib dengan kelahiran puteri sulung mereka. Pastinya dengan kehadiran si kecil ini akan menyerikan lagi kehidupan pasangan suami isteri ini. Selamat berpantang juga buat Izara.
Bila ada anak kecil perkara paling digeruni oleh ibu bapa iaitu bila anak jatuh sakit. Golongan kanak-kanak dan bayi antara yang paling berisiko tinggi mudah dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit.
Kini selepas negara berada dalam fasa peralihan endemik, ramai ibu bapa sudah boleh menarik nafas lega terutama apabila anak-anak mereka sudah menerima suntikan COVID-19 kerana kurangnya risiko boleh dijangkiti virus tersebut.
Bagaimanapun, kini terdapat beberapa penyakit berjangkit yang dibimbangi kerana jumlah kes kanak-kanak yang dijangkiti semakin meningkat.
Pakar Pediatrik & Pakar Endokrinologi Pediatrik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Rashdan Zaki Mohamed mengingatkan para ibu bapa agar lebih prihatin dalam memantau kesihatan anak masing-masing.
Menurutnya terdapat 4 jenis penyakit yang semakin banyak menyerang kanak-kanak ketika ini. Beliau berkongsi info tersebut di laman Twitter dan Facebooknya.
⚠️ Parents, please watch out for:
1. MIS-C (post COVID)
2. HFMD
3. RSV pneumonia / bronchiolitis
4. Acute hepatitis (a new concern)
These are our latest health concern in children. Cases 1 – 3 in the rise. 4 is the new concern by WHO
Follow this thread
— Dr Rashdan Zaki Mohamed (@RashdanMohamed) May 6, 2022
Menurutnya lagi, kes jangkitan penyakit nombor 1 – 3 semakin meningkat saban hari. Sementara penyakit nombor 4 iaitu Acute hepatitis merupakan kebimbangan baru oleh World Health Organization (WHO).
PENTING IBU BAPA WAJIB AMBIL PERHATIAN 4 PENYAKIT DI BAWAH YANG KETIKA INI MENJADI KEBIMBANGAN UTAMA
1.MIS-C / KAWASAKI – Komplikasi jangkitan COVID-19 (biasanya setelah 2-4 minggu jangkitan COVID-19) – Organ utama yang terjejas adalah JANTUNG, namun organ lain juga boleh turut terjejas – Tanda utama: Demam berpanjangan, ruam merah, bibir merah/kering/merekah, mata merah, bengkak kalenjar limfa, bengkak kaki/tangan – Tanda lain: debar-debar, keletihan, nampak tidak sihat keterlaluan
2. HFMD – Penyakit kaki, tangan, mulut – Amat mudah berjangkit! – Boleh dapat komplikasi radang jantung (dan organ lain), namun kebiasaannya jangkitan ringan – Tanda utama: ruam kaki/tangan, ulser mulut – Sebabkan ada ulser mulut, anak kurang makan/minum, membawa kepada kekeringan/dehidrasi – Kes sekarang ini tengah meningkat
3. RSV – Respiratory syncytial virus – virus yang biasanya menyerang peparu dan salur/sistem pernafasan – Jangkitan kuman pneumonia/bronchiolitis/wheeze – Tanda utama: Demam, sesak nafas, nafas laju/berbunyi
4. HEPATITIS – KKM dan WHO baru umum – Ada KEBIMBANGAN BARU di mana jangkitan/radang pada hati (hepar/liver) dikalangan kanak-kanak – Tanda utama: kekuningan pada kulit/mata (jaundice), loya, muntah, hilang selera makan, keletihan – Punca utama masih dalam siasatan
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teknik pernafasan Lamaze merupakan salah satu kaedah popular yang sering diamalkan oleh ibu hamil bagi membantu mengurangkan kesakitan ketika kontraksi. Kontraksi yang datang setiap beberapa minit sebelum proses melahirkan anak sememangnya tidak mampu dikawal dan boleh menjadi sangat menyakitkan. Namun, teknik pernafasan yang betul sebenarnya boleh membantu meredakan kesakitan tersebut buat sementara waktu.
Memberi fokus dan tumpuan kepada teknik pernafasan ini juga mampu mengalihkan perhatian daripada rasa sakit. Jadi, apakah sebenarnya teknik ini dan bagaimana ia berfungsi?
Diperkenalkan oleh pakar obstetrik dari Perancis, Fernand Lamaze sekitar tahun 1950-an, teknik pernafasan Lamaze masih digunakan sehingga kini. Ia menggunakan kaedah psychoprophylaxis, di mana wanita dilatih untuk mengawal pernafasan sebagai alternatif kepada ubat tahan sakit semasa kontraksi.
Secara umumnya, teknik ini merangkumi beberapa cara pernafasan seperti:
Teknik ini selamat diamalkan oleh ibu hamil dan tidak melibatkan sebarang risiko berbahaya.
Tujuan utama teknik pernafasan Lamaze adalah untuk mengurangkan kesakitan akibat kontraksi. Kontraksi berlaku apabila otot rahim mengetat dan melentur untuk membantu bayi bergerak keluar melalui saluran kelahiran.
Walaupun teknik ini tidak dapat menghilangkan kesakitan sepenuhnya, ia mampu membantu ibu mengawal reaksi terhadap kesakitan tersebut. Tahap keberkesanannya bergantung kepada toleransi individu terhadap rasa sakit.
Bagi mendapatkan hasil terbaik, ibu hamil disarankan untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada pakar. Namun, terdapat beberapa panduan asas yang boleh diamalkan.
Tarik nafas secara perlahan dan mendalam pada setiap permulaan dan pengakhiran kontraksi bagi memastikan tubuh kekal relaks.
Apabila kontraksi berkurang, kembali kepada pernafasan perlahan menggunakan hidung dan mulut.
Teknik pernafasan Lamaze merupakan kaedah semula jadi yang boleh membantu ibu hamil mengawal kesakitan dan emosi ketika bersalin. Walaupun ia tidak menghapuskan kesakitan sepenuhnya, teknik ini terbukti membantu ramai wanita menghadapi proses kelahiran dengan lebih tenang.
Untuk hasil yang lebih berkesan, dapatkan bimbingan daripada doktor atau pakar kebidanan bagi memastikan teknik ini dipraktikkan dengan betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buku pink dan ibu mengandung berpisah tiada. Ibaratnya seperti anak dan ibu. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink Ibu Mengandung?
Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama jer, ibu-ibu yang dah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak tu agak jauh, macam 3-4 tahun.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Buku Pink Wajib Bawa Ke Mana-Mana
Buku Pink anda tu WAJIB bawa KE MANA-MANA. Buku tu bukan setakat laku kat klinik kesihatan yang anda datang temujanji sahaja. Ia laku di mana-mana. Ia merupakan passport antarabangsa untuk anda dan kehamilan anda.
Di dalam buku pink itu terdapat segala info ibu dan kandungan seperti;
Jika ditakdirkan anda melahirkan anak dimana-mana hatta di shopping kompleks sekali pun, segala maklumat anda boleh diperoleh selengkapnya di sebuah buku pink.
Di dalam buku pink juga terdapat pelbagai info kesihatan yang diberikan secara PERCUMA seperti:
– Bayi dan Jaundis
– Jenis-jenis kontraseptif
– Tanda-tanda perlu rawatan segera ke hospital sewaktu hamil.
Jadi, rajinlah buka buku pink anda halaman demi halaman agar anda lebih faham. Ia bukan sekadar perhiasan.
Notakaki:
Dah ada buku pink, kenapa mesti tinggal?
Intan Najuwa bersyukur pemulihan C-section selepas melahirkan anak kedua berjalan sangat baik dan kini lebih kuat menjalani kehidupan sebagai ibu dua anak.