Kebahagiaan begitu dirasakan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza saat menyambut ulang tahun kelahirannya sambil ditemani suami dan dua insan paling disayangi iaitu Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Dato’ Siti yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke -43 semalam diraikan dalam majlis ringkas namun amat menarik perhatian ramai bila mana muncul dengan tema anak patung Barbie.
Hadir dalam semua warna merah jambu, kata Siti ia bagi memenuhi permintaan anak sulungnya, Aafiyah yang begitu sukakan karektor kartun Barbie.
“Dah lanjut usia baru dapat buat theme Barbie.
“Sebenarnya nak tunaikan permintaan Aafiyah yang nak tea party Barbie,” tulis Siti menerusi Insta Story nya.
Pada petang itu, Siti muncul dengan dress merah jambu, sama seperti Aafiyah lengkap dengan gaun persis ibunya.
“Thanks you Ibu lahirkan Aafiyah”
Dalam pada itu, perkongsian Siti di Insta Story menarik perhatian ramai. Kata Siti, paling istimewa di hatinya tentulah ucapan paling bermakna dari Aafiyah buat dirinya.
Menerusi video pendek yang dikongsikan Siti, Aafiyah membuat ucapan sempena hari lahir dengan berterima kasih pada ibunya.
“Thank you Ibu lahirkan Aafiyah” ❤️
Ucapan paling istimewa di hari lahir Ibu,” tulis Siti.
Walaupun baru berusia hampir empat tahun, namun Aafiyah seakan anak yang begitu matang, malah membingkiskan ucapan khas buat ibunya. Anak bijak!
Selamat hari lahir buat Dato’ Siti. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjang untuk terus membahagiakan dua pertama hati comelnya, Aafiyah dan Afwa.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa orang kata 5 tahun fasa pertama perkahwinan selalunya kita diuji? Kenapa masa bujang hidup senang, tapi lepas kahwin, susah sangat nak atur kewangan? Bukan ke orang kata, lepas berkahwin ada rezeki lain yang tak dijangka, tapi mana?
Kenapa hidup masih menanggung bebanan hutang keliling pinggang, sampai ada yang sangup mengadaikan emas, kereta, rumah, dan lain-lain. Apa yang kita plan ning untuk ke arah yang lebih baik, seolah tiada hasil pun.
Ya, itulah ujian dariNya sebelum dia datangkan kesenangan. Kadang, aku merasainya juga. Kata orang “Eh! Aku nampak kau macam berduit je, program sana sini, ada kelas tuisyen lagi, mana ada susah”. Satu je yang aku jawab, Rasul tak suka kita tunjukkan kesusahan kita pada orang lain. Kesusahan pada fasa pertama perkahwinan ini, hanya aku dan Isteri sahaja yang merasainya.
Isteri aku selalu pesan pada aku, andai hari ini kita rasa terbeban dengan ujian Allah, “Allah tu bersama dengan sangkaan HambaNya”. Maka, berfikirlah yang baik-baik tatkala kita diuji, mungkin Allah simpankan rezeki buat kita setelah kita lulus ujian ni dengan sabar dan tenang.
Merungut tiada guna, bergaduh sesama pasangan tentang kewangan tak akan ada jalan penyelesaian pun. Teruskan berdoa dan berusaha untuk naikkan taraf kehidupan yang lebih baik.
Moga penulisan ini mampu menjentik hati-hati pasangan yang sedang dalam kebimbangan tentang soal rezeki. Bersabarlah, ia hanya bersifat sementara, kelak ianya mendatangkan kebaikan yang berpanjangan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sambutan majlis ulang tahun kelahiran ke-5 anak kepada pengasas produk kosmetik, Farhana Zahra tular di laman TikTok.
Mana tidaknya, hadiah yang diterima oleh kanak-kanak perempuan yang dikenali Nur Fatima Az Zahra sangatlah membuatkan ramai terkesima kerana tidak seperti budak seusia dengannya.
Menerusi hantaran dikongsikan usahawan Kelantan sebelum ini, anak perempuannya meluahkan ‘hajat’ untuk mendapatkan kereta mewah seperti G Wagon dan BMW sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.
Apabila disoal ‘kenapa’ mahu hadiah berkenaan, kanak-kanak tersebut menyatakan dia mahu pergi ke sekolah menaiki kenderaan tersebut meskipun usianya belum cukup dewasa.
“Hari itu alasan dia tak nak pergi sekolah sebab belum birthday dia, jadi tak cukup lagi 5 tahun.
“Sekarang dia minta Cikna BMW dengan G Wagon pula baru nak pergi sekolah. BMW Cikna tahulah, G Wagon tu apa?”tulisnya.
Terbaharu, hajat kanak-kanak perempuan itu ditunaikan oleh ibu bapanya apabila kelihatan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz G Class atau turut popular dengan panggilan G-Wagon.
“Untungnya kau dik, G Wagon yang ini limited edtion. ! je dalam Malaysia,”tulis salah seorang tetamu yang hadir memeriahkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Nur Fatima.
Baik anak lelaki mahupun anak perempuan, tetaplah mereka ini memerlukan perhatian. Kita ni, daripada kecil dimomokkan dengan, “Anak lelaki, mana boleh nangis, malulah!” “Eh, abang boy. Mana ada boy lembik!”
Anak lelaki diajar untuk tidak meluahkan perasaan. Anak lelaki seolah “tidak dibenarkan” express apa yang mereka rasa.
Pendam je. Diam je. Telan je. Sebab daripada kecil, nak nangis, dengar ibu ayah cakap jangan nangis. Malu lah lelaki nangis.
Selain daripada itu, anak lelaki dirasakan tak perlukan sentuhan. Tak perlukan pelukan. Tak payah dicium dan disapa mesra.
Anak lelaki sering diberikan kata-kata yang kasar, kata-kata yang kononnya kelelakian. Kata-kata sinis dan sarkastik nak bagi “kental” kononnya.
Saya takde anak lelaki. Tapi saya ramaiiiii “anak” lelaki sebagai klien kat tempat kerja. Umur remaja. Seawal 9 tahun hingga 20 tahun.
Bila saya dekati mereka, Allahu. Halus sebenarnya rasa hati mereka ni. Datang dengan masalah depression, low self-esteem, takde keyakinan diri, dan banyak juga kurang kawalan anger/kemarahan.
Saya nak mereka selesa, jadi mereka boleh panggil saya dengan apa juga panggilan yang mereka nak gunakan pada saya. Makcik ke, aunty, or even kakak. Tapi awak tu tak lah. Hahaha.
Kalau yang sebaya-sebaya anak saya, saya bahasakan diri aunty je terus. Yang remaja, umur 18-21 tahun tu, kebanyakan terus panggil kakak. Sebab kalau berpuan-puan, dia rasa dia cakap dengan cikgu. Jadi dia less likely nak “bebas” meluahkan.
“Saya daripada kecil abah suka tengking saya bila saya buat salah. Salah tu tak besar pun. Gaduh dengan adik, berlari dalam rumah. Abah tengking macam saya berdosa besar sangat. Tapi dengan adik, elok je dia cakap slow-slow.”
“Last saya menangis masa umur tadika kot kak. Bila dah masuk sekolah, saya tak menangis dah. Kalau sedih, kalau geram, dekat rumah saya masuk bilik, tekup muka dengan bantal, saya jerit. Kalau kat sekolah, saya masuk bilik air, saya tumbuk dinding.”
“Tapi kalau kadang-kadang tak tahan sangat, itu yang saya tersepak terajang adik-adik. Kat sekolah saya pukul kawan-kawan.”
“Saya tak boleh marah ke kak? Saya ni manusia! Ada perasaan kot. Lainla saya ni anak kucing, anak anjing!”
“Pujuk? Tak payah mimpi lah kak. Memang takkan kena pujuk punya. Anak lelaki ni, mama kata tak payah lembik sangat. Mengada je nak peluk-peluk.”
“Saya rindu baba dengan ummi sebenarnya. Dah lama tak peluk, tak duduk dekat-dekat. Last masa sekolah rendah. Itupun kalau saya dekat, baba kata, “apa ni abang. Dok jauh sikit. Lelaki tak gesel-gesel lah!”
“Saya tengok cerita mat salleh, ayah dia boleh kawan dengan anak lelaki dia. Tapi ayah saya tak macam tu pun. Bila saya bagitau nak macam tu, ayah kata, tak payah terpengaruh dengan tv. Nanti jadi anak tak hormat mak bapak!”
Ini antara luahan-luahan anak lelaki remaja yang saya terima bila bersesi bersama mereka.
Kawan-kawan, tak kira anak kita lelaki atau perempuan, mereka tetap manusia yang Allah jadikan ada fitrah beremosi. Ingin dikasihi, disayangi, disantuni dan dihargai dengan baik.
Seperti anak perempuan, anak lelaki juga mesti dididik dengan kelembutan. Dengan budi bicara. Dengan cinta dan dengan halus kasih sayangnya.
Berlembut dengan anak lelaki, takkan menjadikan mereka lelaki lembut. Malah kita akan menjadikan dan membesarkan seorang lelaki yang punya hikmah dan santun yang baik dalam diri mereka.
Peluklah anak lelaki kita. Setiap hari tunjukkan sayang kita pada dia. Sambil peluk, sambil pesan. “Abang, jadi anak lelaki ni tanggungjawab abang besar ya. Adik perempuan dan even kakak pun, bawah tanggungjawab abang.”
Disamping kita zahirkan sayang dan hargai dia, kita kongsikan juga tanggungjawab dia. Supaya dia ada rasa, “empunya” pada ahli keluarga. Bukan bila dah besar, buat hal masing-masing.
Anak lelaki juga perlukan kata-kata yang baik. Kata-kata yang mereka dengar, mereka ini dipuji, dihargai, diiktiraf sebagai anak yang punya emosi, dan sebagai individu yang juga mesti dihormati.
Santuni anak-anak lelaki kita, bagaimana kita nak seorang lelaki menyantuni seorang perempuan bernama isteri.
Anak lelaki, cara marah mereka biasanya dengan menggunakan kekuatan fizikal. Kalau anak kecil, saya selalu cadangkan pada parents untuk adakan “anger corner”. Letak pasir mainan, punching pillow atau air. Bila mereka marah, ajar anak untuk luahkan dan lepaskan marah pada corner tersebut. Bukan pada orang atau merosakkan barang.
Kenalilah anak-anak lelaki kita. Dekati mereka. Berbuallah juga seperti mana kita berbual dengan anak perempuan. Pelajarilah hobi mereka, santuni minat mereka. Sokonglah apa yang sedang mereka kongsikan, andai ada silap, tegurlah dengan hikmah.
Besarkan anak lelaki, kita sedang membesarkan seorang ketua keluarga, seorang ketua masyarakat, malah seorang ketua negara. Semuanya bermula daripada rumah.
Daripada susuk seorang ibu dan ayah lah, anak lelaki belajar menjadi siapa diri mereka bila dewasa nanti.
Tanamkan tauhid yang kuat dalam diri mereka. Tanamkan pegangan agama yang ampuh dalam diri mereka. Tanamkan hebatnya mereka bila dalam hati mereka ada CINTA Allah dan Rasulullah.
Beritahu mereka, menjadi lelaki, kekuatan mereka, bila mereka menjadi paling lembut hatinya dengan Allah. InsyaAllah, terpandu setiap langkah anak lelaki kita.
Semoga kita menjadi ibu dan ayah, yang anak-anak lelaki kita akan banggakan, bila mereka bergelar KETUA juga, suatu hari yang indah nanti. Aaminnn insyaAllah dengan berkat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!