Masuk sahaja bulan September, ibu bapa kebanyakannya tarik nafas lega disebabkan bulan ini mendapat cuti umum selama tiga hari berturut-turut pada hari isnin. Cuti umum yang dimaksudkan adalah cuti Awal Muharram, Hari Keputeraan Agong dan Hari Malaysia.

Seiring dengan hari Keputeraan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah semalam, isteri kepada penyanyi Tomok, Ayu Abbas telah memuat naik satu video ucapan anak-anaknya, Arrian dan Andra di laman Instagram dan Twitter miliknya.

Tuah Video Ucapan Untuk Tuanku, Arrian & Andra Dijemput Ke Istana Oleh Permaisuri

Dalam video tersebut, mereka bukan sahaja membuat ucapan kepada Tuanku , malah turut menjawab soalan Ayu atau lebih mesra dipanggil Dibu yang menyoalkan siapa Agong bagi mereka.

Junjung kasih KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG dan PERMAISURI AGONG…..Selamat menyambut hari keputeraan Tuanku Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah..
DAULAT TUANKU…
.
.
.
Cerita dia macam ni…semalam lepas balik jalan-jalan dibu suruh arrian siapkan homework sekolah…then andra tanya esok makan apa kat school(ni je attention dia pegi sekolah..?)…so dibu cakapla esok no school..CUTI..and of course la dua2 excited and tanya kenapa…borak2 and cerita about Agong’s birthday…ingatkan adik tak tahu Agong tu apa…sekali terus nyanyi lagu Raja yang gembira ??‍♀️….so okla they know a little bit about our Malaysia….keep up a good work Arrian & Andra…..belajar pandai2…capai cita2…jangan asik main je okay….dibu & ayah always doakan and sayangggggg both of u ??????

View this post on Instagram

Junjung kasih KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG dan PERMAISURI AGONG…..Selamat menyambut hari keputeraan Tuanku Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.. DAULAT TUANKU… . . . Cerita dia macam ni…semalam lepas balik jalan-jalan dibu suruh arrian siapkan homework sekolah…then andra tanya esok makan apa kat school(ni je attention dia pegi sekolah..?)…so dibu cakapla esok no school..CUTI..and of course la dua2 excited and tanya kenapa…borak2 and cerita about Agong’s birthday…ingatkan adik tak tahu Agong tu apa…sekali terus nyanyi lagu Raja yang gembira ??‍♀️….so okla they know a little bit about our Malaysia….keep up a good work Arrian & Andra…..belajar pandai2…capai cita2…jangan asik main je okay….dibu & ayah always doakan and sayangggggg both of u ??????

A post shared by @ ayu_abas on

IKLAN

Berikutan tweet berkenaan, salah seorang pengikut Ayu di Twitter telah retweet video berkenaan dan mention akaun Twitter peribadi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah @cheminahsayang sehingga video berkenaan mendapat perhatian dari Tuanku Permaisuri. Malah lebih mengejutkan, Tuanku menyampaikan hasrat untuk menjemput mereka ke istana.

Tuah Video Ucapan Untuk Tuanku, Arrian & Andra Dijemput Ke Istana Oleh Permaisuri

Tuah Video Ucapan Untuk Tuanku, Arrian & Andra Dijemput Ke Istana Oleh Permaisuri

Terkejut dengan jemputan itu, Ayu dengan sendirinya membalas tweet tersebut, malah anak-anaknya juga turut merasa teruja dan mereka berbesar hati atas jemputan dari Tuanku Permaisuri tersebut.

IKLAN

Tuah Video Ucapan Untuk Tuanku, Arrian & Andra Dijemput Ke Istana Oleh Permaisuri

Sementara itu di laman Instagram, rata-rata follower Ayu dan Tomok mengucapkan tahniah kepada mereka atas jemputan ke istana, malah memuji cara didikan yang diberikan Ayu untuk anak-anak.

Tuah Video Ucapan Untuk Tuanku, Arrian & Andra Dijemput Ke Istana Oleh Permaisuri

IKLAN

Tuah Video Ucapan Untuk Tuanku, Arrian & Andra Dijemput Ke Istana Oleh Permaisuri

Kami dari Pa&Ma Merafak Sembah dan Setinggi-tingi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi pada Isnin, 9 September 2019 bersamaan 9 Muharram 1441 Hijrah.

Semoga Allah lanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku!

ARTIKEL LAIN [Bawa Je Anak Travel, Tak Ada Masalah Pun, Nak Tunggu Anak Besar, Kita Pulak Dah Tak Larat,” Ibu Ni Kongsi Tip Bawa Anak Kecil!]

SUMBER:  Siti Rahayu Abas

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI