Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang selamat menimang anak keduanya selepas isterinya Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Bayi perempuan comel itu dilahirkan pada Selasa lalu di sebuah pusat perubatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Usop meluahkan rasa syukur diatas kelahiran anak keduanya itu namun ralat berikutan tidak dapat menemani isterinya di bilik bersalin kerana terlibat dengan persembahan.
“Kalau ikutkan doktor beritahu bersalin hujung Mei atau awal Jun. Jadi semuanya berlaku secara mengejut.
Ads
“Petang semalam (Rabu) saya ke Sintok kerana terlibat dengan persembahan. Ketika acara disana berlangsung saya dimaklumkan isteri sudah berada di wad kecemasan.
“Memang tak sempat nak balik sebab saya perlu teruskan kerja. Takkan saya nak tinggalkan acara sebab orang dah bayar. Syukur isteri dan anak kami selamat,” katanya.
Sementara itu, Usop berkata dia sempat menemani isterinya makan di luar sebelum bertolak ke Sintok dan ketika itu belum ada tanda akan bersalin.
Ads
“Sejak awal pagi saya dah ada rasa isteri akan bersalin hari ini (Rabu). Saya sempat bawa dia keluar makan. Macam-macam dia nak makan termasuk pulut durian,” katanya.
Untuk rekod, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga ada 4 Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Muhammaf Saif Umar kini berusia dua tahun.
Dikurniakan sepasang lagi kembar, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos memanjatkan rasa syukur atas kurniaan rezeki yang diberi.
Sejak kelahiran bayi kembar kedua mereka pada Jumaat, 20 November lalu, baik Dr Sheikh Muszaphar mahu pun Dr Halina di lihat sering berkongsi beberapa gambar dan video kembar mereka. Seronok melihat video-video yang dikongsikan, penuh emosi dan keterujaan menyambut kelahiran bayi kembar yang cukup bermakna dalam hidup mereka sekeluarga.
Paling mencuit hati pastinya melihat gelagat keempat-empat anak mereka yang cukup teruja menerima kehadiran adik-adik baru dalam hidup mereka. Kata Dr Sheikh menerusi videonya, keempat-empat mereka sudah menanti di depan pintu untuk menanti adik-adik mereka dari hospital. Tidak sabar melihat wajah-wajah comel yang bakal menyinari hidup mereka sekeluarga.
Perkongsian sebuah video menerusi instagramnya pagi ini, Dr Sheikh Muszaphar turut memuatkan sebuah video anak keduanya, Tasha yang mendodoikan bayi kembar mereka. Kata Dr Sheikh lagi, keterujaan Tasha membuatkan dia terharu.
“Anak-anak cukup teruja dengan twin, lebih-lebih lagi Tasha.
“Seawal jam 6 pagi dia sudah berada dalam bilik baby untuk bermain dengan mereka. Tasha sememangnya mengejutkan saya.
“Dia seperti menjadi seorang yang lain, kalau sebelum ini dialah tolong sakat adik beradik, kali ini dia cukup penyayang, penenang dan penuh dengan sifat kasih sayang,” katanya berkongsi.
Bukan itu sahaja, malah video yang dikongsikan oleh Dr Sheikh itu cukup mengujakan. Bagi meredakan tangisan adik kembarnya, bukan hanya menyanyikan sebuah lagu bahkan Tasha membacakan surah Al-Fatihah untuk menyenangkan adiknya. Jelas mempamerkan sifat seorang kakak yang penyayang kepada adik-adiknya.
Dalam pada itu, menerusi satu entri berlainan, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi sebuah video yang memperlihatkan keterujaan keempat-empat anaknya ketika baru pulang dari hospital.
Momen-momen indah yang seharusnya disimpan kemas untuk ditunjukkan pada anak-anak apabila mereka besar nanti.
Baik Bella, Tasha, Adam dan juga Noah, semuanya cukup gembira malah menanti di depan pintu untuk menyambut kepulangan ibu dan adik-adik kembar mereka. Malah mereka juga berebut-rebut untuk mengendong adik-adik kembar mereka. Cukup teruja.
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta dua kembar kedua mereka.
Para peminat juga memuji penampilan Hanis cantik dan nampak segar walau pun sedang berpantang. Kecantikan semula jadi terserlah, seri ibu selepas bersalin.
Adakah dikira pahala sunat sekiranya mencukur rambut anak lelaki yang baru lahir terlebih dahulu sebelum melakukan aqiqah kerana tidak cukup wang untuk melakukan majlis aqiqah pada hari ke-7 kelahiran?
Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang perkara ini. Ikuti perkongsian daripada lama sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini.
Sunat cukur rambut pada hari ke-7 walaupun masih belum berkemampuan untuk melakukan sembelihan aqiqah. Pahala sunat tetap dikira walaupun apa yang lebih baik adalah melakukan aqiqah terlebih dahulu sebelum mencukur rambut berdasarkan hadis Nabi SAW dan pandangan para ulama dalam bab ini. Namun begitu, sekiranya tidak mempunyai kelapangan waktu atau terdapat kekangan tertentu, maka boleh menangguhkan majlis aqiqah di kemudian hari sama ada pada hari ke-14, hari ke-21, atau mana-mana hari yang berkelapangan.
Namun begitu, sunnah-sunnah lain seperti mencukur rambut dan pemberian nama tetap dilakukan pada hari ke-7 kerana kesemuanya merupakan sunnah yang berbeza-beza dan tidak terikat untuk melakukannya secara serentak.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda SAW, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Mencukur rambut bayi merupakah salah satu perkara sunat yang digalakkan oleh Syarak. Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.”
Riwayat al-Tirmizi (1519)
Namun begitu, timbul persoalan berkenaan di antara mencukur rambut dengan aqiqah, yang manakah perlu didahulukan?
Bagi menjawab persoalan di atas, Imam Nawawi Rhm. dalam hal ini menyebut khilaf ulama Syafieyyah dalam hal ini,
Maksudnya:“Berkenaan isu adakah didahulukan cukur rambut berbanding sembelih (aqiqah)? (Jawapannya) Terdapat dua pandangan. [Pandangan paling tepat] adalah seperti yang dipegang oleh penulis, al-Baghawi, al-Jurjani, dan selain mereka bahawa disunatkan mencukur rambut setelah melakukan aqiqah (kerana) terdapat hadis yang menunjukkan isyarat (tertib) sebegitu. [Pandangan kedua menyebut] disunatkan mencukur rambut sebelum melakukan aqiqah. Pandangan ini dipegang oleh al-Mahamili dalam kitabnya al-Muqni’ dan dirajihkan oleh al-Ruyani sepertimana yang dinukilkan daripada ibarat Imam al-Syafie. Wallahua’lam.”
(Rujuk: al-Majmu’ Syarh Muhazzab, 8/433)
Hadis yang dimaksudkan imam Nawawi di atas merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih (aqiqah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberikan nama.”
Riwayat Abu Daud (1522)
Mengikut susunan hadis di atas, saranan untuk sembelihan akikah disebut terlebih dahulu sebelum disebutkan cukur rambut dan pemberian nama. Perkara ini dikuatkan lagi dengan pandangan yang diriwayatkan ‘Abd al-Razzaq dalam mushannafnya, daripada Ibn Juraij, katanya:
يُبْدَأُ بِالذَّبْحِ قَبْلَ الْحَلْقِ
Maksudnya: “Dimulakan dengan sembelihan (aqiqah), kemudian cukur rambut.”
(Rujuk: Mushannaf ‘Abd al-Razzaq, 4/332)
Berdasarkan perbahasan di atas, tertib yang paling terbaik adalah seperti yang ditunjukkan dalam hadis di atas iaitu mendahulukan majlis aqiqah terlebih dahulu sebelum melakukan cukur rambut dan selainnya pada hari ke-7 kelahiran.
Sekiranya tidak berkelapangan atau mempunyai kekangan-kekangan tertentu, maka boleh menangguhkan majlis aqiqah pada hari ke-14 atau hari ke-21. Sekiranya masih tidak berkelapangan juga, boleh melakukannya pada bila-bila waktu yang berkelapangan sebelum umur bayi menjengah akil baligh.
Namun begitu, sunnah-sunnah lain seperti mencukur rambut dan pemberian nama tetap dilakukan pada hari ke-7 kerana kesemuanya merupakan sunnah yang berbeza dan tidak terikat untuk melakukannya secara serentak.