Gelagat si comel kesayangan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya semakin membuatkan wargamaya terhibur. Ada sahaja aksi comel dan telatah Fatima yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya.
Jika sebelum ini Fatima dilihat semakin pandai melaram, mengenakan pengilat kuku dan aksesori, namun kali ini sedikit berbeza.
Terbaru menerusi akaun Instagram rasmi Fattah dan Fazura, pasangan ini memuat naik video Fatima yang dimarahi oleh Fattah kerana menconteng pintu bilik air.
Fatima dilihat sedang asyik membersihkan kesan contengannya sambil dipantau oleh Fattah yang berada di sisinya.
Walaupun dimarahi bapanya, namun Fatima tetap berdiam diri dan tekun mencuci pintu hingga bersih.
Ads
Pun begitu ketika dihujung video, aksi Fatima terus buat ramai yang ketawa. Mana tidaknya, aksi comel Fatima yang menjawab dengan begitu bersahaja seolah-olah langsung tidak bersalah kerana menconteng dinding.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut anak kecil ini yang pada mulanya kasihan melihat Fatima kena marah terus terhibur bila mana Fatima menjawab seperti seolah-olah tidak bersalah.
Muat naik video penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza sedang bertarung aksi lasak telah meraih perhatian perminatnya.
Video berdurasi 1 minit itu merupakan penggambaran muzik video (MV) single terbaharinya berjudul Magis raih perhatian.
Video berkenaan menunjukan aksi lasak penyanyi sehingga membuatkan peminatnya kagum. Beliau yang sebelum ini dikenali ramai sebagai seorang yang lemah lembut telah membuat kejutan kepada peminatnya!
IMPIAN JADI SRIKANDI TERCAPAI
Menerusi kapsyennya Siti meluahkan watak Srikandi merupakan impian sejak sekian lama. Dia juga meluahkan puas hati dengan kerjasama itu berjaya merealisasikan impiannya.
“BTS .. Saya belajar step bertarung di lokasi dan syukur dapat laksanakan yang terbaik untuk masa yang ditetapkan.. Terima kasih guru seni pertahan diri , pelakon utama lelaki bersama saya berlawan , pelakon kanak kanak yang hebat ,pelakon aksi lasak yang gigih sama sama bertahan ditengah panas terik.”
“Team produksi yang melayan & menjalankan kerja dengan pantas , penari saya dan semua yang terlibat menjadikan MV ini lebih menarik dan mengikut kehendak dan impian saya .. Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi .. Semoga MV ini dapat diterima baik dan terima kasih juga Astro di atas kesempatan ini dan memilih lagu Magis sebagai lagu OST bagi Hikayat.”
PEMINAT TERUJA!
Sementara itu, menjengah diruangan komen, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa teruja melihat aksi lincah penyanyi anak kelahiran Pahang ini. Antara komen adalah seperti berikut
“Naik bulu roma tgok tokti silat.. Mcm srikandi melayu Islam terbaik.” “Tgh fight pun cantik tokti” “Comel je Tokti… Terbaik lah.” “Another side of Dato Siti… Hebat wanita ini.”
Tiada kata mampu menggambarkan betapa peritnya takdir yang menimpa keluarga kecil ini. Dalam sekelip mata, seorang anak perempuan bernama Alisha kehilangan dua insan paling disayang ibu dan ayah yang pergi meninggalkan dunia dalam jarak hanya lima hari.
Ibunya, Wan Nur Farahana Wan Hassan, 34, maut dalam kemalangan tragis di Bukit Belah, Machang. Saat keluarga masih cuba menguatkan diri menghadapi kehilangan itu, takdir seolah-olah menguji lagi apabila si suami, Nurihsan Nordin, 33, pula menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarganya di Teluk Kandis, Salor, kira-kira jam 5.30 pagi, Khamis hanya lima hari selepas pemergian isterinya.
Nurihsan yang bekerja sebagai pembantu jurutera dan menetap di Klang, Selangor, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terlalu sedih memikirkan kehilangan isteri tercinta. Kini, anak-anak kecil mereka termasuk Alisha, terpaksa membesar tanpa kasih seorang ibu dan bapa.
Namun apa yang lebih menyayat hati, di tengah-tengah duka dan kehilangan itu, ada pula insan tidak berhati perut yang mengambil kesempatan. Rantai emas Alisha — satu-satunya kenangan daripada arwah ibu bapanya hilang dipercayai dicuri semasa kejadian kemalangan yang meragut nyawa ibunya.
Lebih memilukan, kehilangan rantai itu hanya disedari selepas ahli keluarga melihat kesan lebam pada leher kecil Alisha. Rantai yang sebelum ini sentiasa melingkari lehernya, kini hilang tanpa jejak.
Ibu saudara arwah, Wan Samira Wan Hussain, berkongsi rasa kecewa dan sebak menerusi satu hantaran di Facebook. Dalam tulisannya yang menyentuh hati, beliau merayu agar rantai emas Alisha dipulangkan, sambil mengingatkan bahawa barang itu bukan sekadar emas, tetapi penuh nilai sentimental buat keluarga kecil yang sedang diuji ini.
“Anak bongsu arwah Ihsan & Farah, Alisha… Wahai peragut rantai anak yatim piatu ni, pulangkan balik rantai anak ini. Awak mengambil kesempatan masa hari kejadian. Jelas ada kesan lebam pada leher Alisha. Alisha cakap, dia pakai.”
“Afiya pun cakap adik dia pakai rantai ni. Andai ada kedai emas yang membeli rantai ni, tolong bagi CCTV kat kami, nak cari siapa yang menjual rantai ni. Rantai ni tempah khas di kedai, bukan walk in beli camtu. Tolong ye, pulangkan. Semoga Allah jentik hati insan tersebut untuk pulangkan balik. Harap posting ni sampai ke si ‘yang mengambil’.”
Walaupun belum menerima sebarang maklum balas, Wan Samira tidak berputus asa. Dalam satu lagi hantaran, beliau terus menaruh harapan agar orang yang mengambil rantai itu membaca pesannya dan mengembalikannya dengan cara baik.
“Andai la kann… posting saya tadi sampai & dibaca pada orang yang mengambil rantai Alisha tu, dan Allah jentik hati awk untuk pulangkan balik, demi Alisha ni, saya mohon PM saya. Saya berjanji akan rahsiakan identiti awk. Percayalah, tenang hidup awk jika awk pulangkan semula. Rantai tu sentimental value bagi family arwah. Moga ada doa-doa dari akak-akak, abang-abang, acik-acik online diangkat Allah. Moga ada yang PM besok.”
Ruangan komen di hantaran itu dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa marah, sedih dan kecewa dengan sikap tidak berperikemanusiaan individu yang sanggup mengambil kesempatan di saat orang lain sedang berduka.
Ada yang menulis dengan nada geram:
“Allahu… kejamnya hati manusia ni. Anak kecil baru kehilangan mak ayah, rantai pun kau sanggup ambil?”
Seorang lagi pengguna turut berkongsi rasa sedih dan simpati:
“Tak dapat bayang perasaan keluarga ni. Moga Allah ganti dengan rezeki dan ketenangan yang lebih besar untuk Alisha.”
Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar rantai itu dikembalikan kepada keluarga dengan cara yang baik:
“Semoga Allah jentik hati orang yang ambil tu. Pulangkanlah… bukan hak kita, dan anak kecil tu perlukan sesuatu untuk ingat arwah mak ayahnya.”
Dalam suasana kehilangan dan kesedihan yang masih belum surut, keluarga arwah kini hanya mahu satu agar rantai emas Alisha kembali ke tangan Alisha, simbol kasih sayang dan kenangan terakhir daripada ibu dan ayahnya yang telah tiada.
Moga doa orang ramai menjadi asbab terbukanya pintu hati si pelaku, dan semoga keadilan serta kebaikan akhirnya berpihak kepada keluarga kecil ini yang kini hanya bertemankan kenangan.
“Mak, gula putih naik harga ke lepas ni?” Soalan spontan anak masa tengah bancuh air teh petang-petang. Mungkin ramai keluarga pun mula tertanya-tanya benda sama bila terbaca berita tentang cukai jualan ke atas gula mentah.
Tapi jangan risau, menurut kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan, gula bertapis atau gula putih kekal tidak dikenakan cukai dalam semakan semula SST yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.
Penjelasan ini dibuat selepas MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan kenaikan harga pasaran gula disebabkan cukai ke atas gula mentah.
Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam kenyataannya hari ini, MOF berkata gula mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran gula halus akan dikenakan Cukai Jualan sebanyak lima peratus.
Dalam bahasa mudahnya, gula yang kita beli kat pasaraya tu tak ada cukai tambahan, jadi tak perlu panik untuk borong gula sekarang. Yang penting, kawal penggunaan gula dalam keluarga demi kesihatan semua bukan sebab takut cukai.
Menurutnya, kerajaan MADANI mengambil pendekatan bersasar dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan keperluan utama rakyat seperti gula, garam, ayam, telur, daging, ikan, sayur-sayuran, minyak masak dan beras bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan pelaksanaan semula SST.
“Gula mentah yang digunakan dalam pengeluaran gula halus akan dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus.
“Namun, pengilang seperti MSM layak memohon pengecualian cukai atas bahan mentah dan input mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan MOF dikeluarkan susulan kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan kenaikan harga gula susulan pelaksanaan semakan SST.
Namun, MOF menjelaskan kerajaan memberi jaminan langkah-langkah bersesuaian telah diambil bagi mengelakkan kesan kepada pengguna.
Dalam pada itu, MOF menjelaskan disebabkan MSM layak memohon pengecualian, tiada sebab untuk berlakunya sebarang kenaikan harga gula putih, memandangkan pengilang turut menerima insentif bulanan daripada kerajaan bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga di pasaran.
Katanya, pengecualian cukai itu boleh dipohon menerusi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, seperti diperuntukkan di bawah Butiran 1, Lajur (2), Jadual B dalam Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan daripada Pembayaran Cukai).
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.