Aktiviti sensori ini boleh anda lakukan bersama si kecil. Berwarna-warni dan menarik, si kecil tentu seronok.
Memang benar bermain sambil belajar itu lebih berkesan. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak, apa yang mereka pelajari semasa bermain jauh lebih berkesan dan mudah dikuasai. Perkongsian Puan Asyidah Muslih ibu kepada si kecil Aufa Nashwa, 2 tahun 2 bulan ini boleh memberikan idea permainan yang menyeronokkan buat si kecil.
“Saya buat aktivti ini untuk anak bermain sambil belajar. Keperluan sensori sangat penting untuk perkembangan anak. Saya suka bagi anak bermain bermacam-macam jenis permainan sensori untuk dia explore sambil bermain. Biarkan dia sentuh. Biarkan dia lihat. Biarkan dia rasa. Bermain sambil belajar,” kata Asyidah kepada Pa&Ma.
kebanyakan idea diperolehi daripada Pinterest.
Aufa atau Opa mula didedahkan dengan permainan sensori bermula usia 8 bulan di mana si kecil ini boleh duduk. Ia bermula dengan sensory biasa-biasa seperti sentuh bahan yang berlainan tekstur, mcm beras, pasta, pasir dan ais.
Perkenalkan secara berperingkat
“Saya perkenalkan berperingkat. Ikut skill apa yang anak dah ada. Contoh masa baru pandai duduk, saya bagi dia main dengan beras dan pasir pantai. Kemudian buat apa-apa permainan sensori yang edible(selamat kalau masuk mulut) contoh nya aktiviti coloring (yogurt + pewarna makanan, puree buah frozen, tepung + pewarna makanan, ice + pewarna makanan, tepung jagung + air).
Cepat bezakan apa yang boleh dimakan & apa yang tidak
“Bila buat aktiviti mcm ni, saya perasan anak saya lagi cepat pandai bezakan apa yang boleh dimakan apa yang tidak. Dia dah tak masukkan apa-apa dalam mulut sejak usia 1 tahun kalau dia tau tu bukan makanan.
“Jadi bermula usia 1 tahun saya banyakkan aktiviti yang dia boleh pegang objek kecil seperti duit syiling, bola pompom, pasta untuk latih pinch and grasp skill (latihan mencubit dan menggenggam),” kata ibu ini.
Bagi anda yang ingin turut membuat aktiviti sensori bersama anak boleh mengikuti idea aktiviti yang dikongsikan ini.
#1: Spider web color sorting activity
Bapak Opa yg prepare lukis spider web tu semalam. Siap guna pembaris lg buat line ?. Mama x pandai. Hari nie tinggal buat spider web pd bowl tu je utk fine motor skill and problem solving. Opa main sorting pompom balls tu sambil nyanyi lagu Incy Wincy Spider (she loves that song sambil tangan merayap mcm spider crawling ?). Tp video tu x boleh up sbb suara mak opa sumbang ?.
Opa mmg suka activity yg color sorting nie. Boleh pelbagaikan mcm2 aktivity color sorting nie untuk improve fine motor skills and bermain dgn colours. As for today, Opa sort pompom tu guna tong je
#2: Egg shells smashing activity
Egg shells smashing activity. Low cost and less preparation toddler activity! Hanya perlu kumpul je kulit telur lepas masak, basuh bersih2 and keringkan. Disebabkan ktorg satu family sejenis pemakan telur so kumpul dalam 2 hari pon dah dpt byk ?. Pastu susun dalam plastik and ready untuk dismash oleh Opa! Also less mess activity. Lepas main, buang dalam tong sampah.
#3: Monster play dough!
Invitation to create a monster play dough!.
Actually nak buat activity nie esok or lusa since x print lg activity paper yg ada gmbr monster tu. Tp si Opa nie dah x sabar2 ajak jom main mama jom main mama.
#4: Beautiful flowers ice sensory play
Aktiviti riadah petang semalam ktorg pusing2 block sambil cari2 pokok bunga yg colourful. Bapak Opa ikot sekali sbb dia kena petik pokok tinggi2. Mama tukang arah je ?. Pastu balik, Mama bekukan bunga2 tu jd ice utk main hari ni.
Mama provide few tools untuk Opa main. Hammer, squeeze bottle and dropper utk hand exercise. Mama letak jugak coloring water utk colour lebih ceria while playing with ice.
Sensory play offers kids the opportunity for self-expression because there is no right answer and children feel safe to change or experiment with what they are doing.
#5: Farm animals sensory bin
Aktiviti semalam. Farm animals sensory bin. Mama mmg suka aktiviti sensory and messy play macam nie (walaupon berhuhuhu je la nak kemas lepas tu ?). Selain bagus utk sensory and improve fine motor skills dgn scooping, aktiviti mcm nie boleh galakkan two ways communication and pretend play. Sambil bermain, sambil kita sebut satu2 nama haiwan and mcm mana bunyi haiwan tu.
Mama tanya, Opa jawab. Bunyi cow mcm mana, Opa pon Moo Mooo ?. Pig oink oink ???. Nampak simple tp at the same time, sambil bermain, sambil belajar kan? Sambil2 tu, tgk je la Opa pretend play ikot imagination dia mcm mana. Kadang dia cakap, dog lapar. Bg makan. Dah malam, masuk dalam nie (barn) tido pastu dia gigih sumbat kuda dalam barn cinonet tu x muat ??. Imagination tu Mama x ajar. She creates her own
“Anak saya suka membaca tetapi dia tak suka menulis”. “Susah betul nak suruh anak saya ini buat latihan menulis”. Ini adalah antara rungutan yang sering dengari daripada ibu bapa tentang kemajuan anak mereka terutama bila bacaan tidak lagi menjadi keutamaan.
Secara umumnya aktiviti menulis di peringkat tadika sering kali bermula dengan “latihan”. Perkataan latihan ini sudah cukup menunjukkan bahawa aktiviti ini adalah bersifat “kerja’, melibatkan penggunaan otot-otot kecil jari memegang pensel serta fokus mata untuk menghasilkan coretan yang berbentuk di atas kertas.
Huruf yang ditulis berulang-ulang tidak menghasilkan contohnya perkataan yang difahami dan sering kali anak hanya melakukan aktiviti ini bukan kerana suka tetapi dipaksa.
Bagaimanakah kita boleh memastikan aktiviti ini menjadi sesuatu aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan?
Mengajar anak sebarang kemahiran baru seharusnya dimulakan dengan menyemai minat dahulu. Contohnya,kalau ingin anak suka membaca, mulakan dengan membaca buku cerita kepadanya.
Dengan itu, kalau ingin anak suka “ menulis” anda seharusnya mempamerkan keseronokan menulis serta kenapa menulis itu suatu kemahiran yang perlu dipelajari.
Bagaimana hendak kita mulakan? Ikuti empat langkah mudah ini.
LANGKAH SATU
Aktiviti penulisan pertama tidak perlu melibatkan anak-anak menulis atau memegang pensel. Tak pegang pensel? Macam mana anak hendak menulis kalau tak guna pensel? Tentu ibu ayah pelikkan.
Sebenarnya pensel dan pena akan digunakan tetapi yang akan menggunakannya adalah ibu atau ayah atau guru. Ibu atau ayah bertindak seperti wartawan atau seorang setiausaha. Ibu atau ayah bersama sekeping kertas dan pensel atau pena akan mengajak anak untuk bercerita.
Tanya anak apa aktivitinya pada hari itu
LANGKAH KEDUA
Seterusnya, ibu atau ayah akan bertanya kepada anak apa yang berlaku pada hari tersebut( maka seeloknya aktiviti ini dilakukan pada sebelah petang atau malam). Ibu atau ayah mungkin sudah mengetahui tentang perkara-perkara menarik yang mungkin telah berlaku pada hari itu, contohnya, anak baru sahaja pulang daripada lawatan sekolah ke zoo. Ibu atau ayah , boleh bertanya, “ Tadi adik pergi ke mana dengan kawan-kawan dan cikgu”. Dia menjawab “ Zoo”. Seterusnya ibu bolah bertanya, “ Ada apa di zoo?”.
Ibu atau ayah tulis apa yang anak ceritakan dengan ayat yang ringkas dan tulisan yang besar
LANGKAH KETIGA
Kemudian ibu atau ayah akan menulis apa yang anak akan ceritakan apa yang dilihat. Ibu atau ayah akan menulis di atas kertas. Masa ini ibu boleh bagitahu bahawa pada hari itu bermulalah aktiviti menulis diari aktiviti anak. Ibu akan menulis dalam ayat yang lengkap sambil diperhatikan oleh anak.
Apa yang berlaku di sini adalah anak melihat “fenomena” menulis, anak mengamati tulisan yang ditulis ibu atau ayahnya yang merupakan hasil daripada kata-katanya atau ideanya. Anak didedahkan kepada sebab dan perlunya dia untuk menulis. Anak akan teruja melihat apa yang difikirkannya dapat digambarkan dalam bentuk tulisan.
LANGKAH KEEMPAT
Akhirnya membuatkan anak-anak suka menulis. Aktiviti ini sebaiknya dilakukan setiap hari. Ianya boleh menjadi lebih menarik dengan meletakkan gambar yang berkaitan, tiket masuk atau sebarang kenangan berkaitan aktiviti. Mendekorasi muka depan diari boleh juga dijadikan aktiviti kreatif yang tersendiri.
Apa yang pasti aktiviti penulisan seperti ini membolehkan anak melihat proses menulis itu dan melihat bahawa ia adalah sesuatu yang bermanfaat malah menyeronokkan. Jom kita ajak anak-anak lakukan aktiviti menulis cara ini;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tak apa anak minum susu tu pun dah kenyang..” Ini yang selalu ibu fikirkan, sedangkan ia menjejaskan perkembangan anak. Bagaimanapun, ada di antara anak-anak yang selalu sahaja meminta untuk makan, yang mana sedikit sebanyak beri kelegaan buat ibu bapa kerana anak masih lagi mahu makan dan tidak begitu memilih.
Namun ada segelintir kanak-kanak yang sukar untuk makan, walaupun sudah dipujuk. Yang mereka mahu hanya minum susu sahaja.
Walaupun baru sejam minum susu, anak boleh lagi minta susu seterusnya. Mungkin bagi sesetengah ibu rasa mudah sebab tak perlu fikir apa-apa. Tapi kesan jangka panjangnya adalah anak akan kekurangan nutrisi.
Perkongsian dari Pegawai Sains Pemakanan, Azimah Zainal, mengenai anak susah makan wajar di beri perhatian dan ibu tidak boleh menganggap anak minum susu dah cukup untuk perkembangannya.
Pada sesi runding cara pemakanan, saya di datangi seorang ibu muda yang membawa anak berusia 3 tahun yang di rujuk oleh Doktor Perubatan di klinik atas masalah kekurangan berat badan
Pada usia 3 tahun, anak ini beratnya 10 kilogram dan carta berat untuk umur anak ini menunjukkan dia sedang mengalami masalah kekurangan berat badan teruk.
Dalam sesi soal jawab kekerapan pengambilan makanan, anak ini minum susu formula lebih dari 10 botol sehari. 240ml setiap satu jam.
Ibu asyik mengulang pernyataan yang anaknya memang tidak mahu makan. Hanya akan minta susu bila dia lapar. Kata ibu lagi biskut dan roti pun anaknya tak mahu.
Kebetulan di atas meja saya tadi memang ada sebungkus biskut yang baru sahaja saya beli pagi tadi dan terus saya offer sekeping pada anak. Anak itu duduk diam dan makan dengan tekun.
Sepanjang sesi berlangsung 5 keping biskut berjaya di habiskan oleh anak tersebut. Terus saya maklumkan pada ibu tersebut.
Puan, anak puan ini tidak nampak seperti seorang yang memilih makanan tetapi dia hanya tau yang bila lapar dia perlu minta susu.
Ibu, anak yang berusia 3 tahun perlu di beri makanan keluarga 4 hingga 5 kali sehari dengan kekerapan pemberian snek sebanyak 1 hingga 2 kali sehari. Susu pula keperluannya hanyalah 3 gelas sahaja sehari
Anak yang diberikan susu formula terlalu banyak akan menyebabkan anak tidak mahu makan makanan utama. Susu itu telah memenuhi hampir keseluruhan perut anak tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga seharian bagi anak.
Keperluan tenaga yang tidak mencukupi akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan anak menjadi tidak normal.
Pelbagaikan Makanan
Usah ajar anak terlalu bergantung kepada susu sahaja. Bila anak lapar, kita momokkan dengan susu.
Susu perlu untuk anak tetapi pemberian susu yang melebihi dari pengambilan makanan adalah tidak normal dan tidak bagus untuk anak.
Tambahan pula gula tambahan yang terdapat dalam susu formula tadi boleh memberi pelbagai impak yang tidak baik pada anak.
Ajarlah anak untuk makan pelbagai jenis makanan dan berikan snek yang berkhasiat pada anak. Elak beri kanak-kanak makanan yang tinggi lemak, tinggi garam dan gula.
Kadang-kadang memberi anak makan adalah sesuatu perkara yang sangat mencabar, tetapi ianya bukan alasan untuk kita sumbatkan anak kita dengan susu yang banyak. Tiada istilah tak apa anak tak makan asalkan anak minum susu.
Mohon hilangkan persepsi itu dari pemikiran ibu-ibu semua. Anak-anak perlu pelbagai khasiat dan nutrisi dari pelbagai jenis makanan untuk pastikan anak- anak membesar dengan baik dan sempurna.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu. Benar, karakternya berlainan berbanding anak perempuan. Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu, anak lelaki boleh jadi insan yang hebat. 4 sebab yang dikongsikan oleh kaunselor ini amat disarankan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Perkongsian daripada kaunselor, Puan Farhan tentang kenapa anak lelaki perlu rapat dengan ibu ini sebenarnya adalah formula yang amat diperlukan untuk membentuk lelaki yang hebat, positif dan berkualiti dari rumah.
Hasil didikan dari awal daripada ibu sendiri tentunya berkesan membina karakter dan jiwa anak lelaki sebagai pemimpin. Seringkali mendidik anak lelaki diserahkan kepada bapa kerana lelaki tentu akan memahami lelaki, namun sharing yang bermanfaat ini memberikan inspirasi kepada ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Berikut ialah perkongsian beliau;
KENAPA ANAK LELAKI PERLU RAPAT DENGAN IBU?
Anak lelaki perlu rapat dengan ibu. Keperluan ini adalah untuk membantu anak anda agar membesar dengan seimbang dan mempunyai ciri ciri yang positif sebagai seorang lelaki yang berkualiti.
Anak lelaki yang rapat dengan ibunya akan mendapat manfaat seperti berikut
#1. LEBIH MENGHARGAI WANITA YANG ADA DISEKELILINGNYA
Anak lelaki yang rapat dengan ibu pastinya akan lebih peka pada setiap apa yang ibu lakukan setiap hari. Kepayahan, kegigihan dan keletihan ibu akan lebih dihargai.
Seterusnya, ini akan mendorong mereka untuk menghargai wanita yang ada disekeliling mereka seperti adik beradik dan juga isteri.
#2. BELAJAR SIFAT LEMAH LEMBUT
Anak lelaki yang rapat dengan ibu akan belajar sifat lemah lembut. Ibu pada kebiasaanya mempunyai sifat lemah lembut dan anak akan belajar melaluinya. Jadi, anak anda akan belajar sifat lemah lembut itu dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Contohnya: Lemah lembut dalam percakapan
Anak lelaki itu memang sifatnya sedikit kasar, namun apabila mereka rapat dengan ibu, sifat kasar itu lebih mudah diuruskan.
Sebab itu, ibu jangan segan untuk pelukan anak lelaki dan amalkannya dari kecil. InsyaAllah mereka akan lebih mudah diurus.
#3. LEBIH HANDAL PENGURUSAN RUMAH
Anak lelaki yang rapat dengan ibu juga akan lebih senang untuk diajar menguruskan rumah. Secara tidak langsung, mereka akan membesar menjadi seorang lelaki yang pandai serba serbi contohnya memasak, mengemas dan sebagainya.
#4. BELAJAR MENGURUS PERASAAN DENGAN BAIK
Ibu itu sifatnya suka mendengar dan lebih peka dengan masalah anak. Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibu akan bersedia untuk berkongsi masalah dan apa sahaja isu tentang dirinya.
Gambar hiasan.
Contoh, andainya dia sedang bersedia dia akan lebih mudah berkongsi dengan ibunya. Seterusnya, dia akan dibantu untuk mengurus perasaan dengan baik.
Anak lelaki yang tidak rapat dengan ibu akan banyak memendam perasaan dan ini akan menyebabkan anak itu sukar mengurus perasaan sendiri kerana tidak ada orang yang membantunya keluar dari setiap isu yang dihadapi. Ini akan membuatkan anak itu menjadi sedikit ganas dan mungkin juga mudah marah.
Kerjasama strategik antara RichWorks dan Astro bukan sekadar kolaborasi biasa lantaran bakal membuka lebih banyak peluang, akses kepada ilmu, inspirasi, dan bimbingan yang selama ini mungkin sukar dicapai.