Hari ini tentu ramai ibu bapa yang mula menghantar anak ke tadika. Risau anak menangis di hari pertama bersekolah. Macam mana nak elakkan ya?
Bagi yang baru pertama kali pergi ke tadika tentu berdebar-debar perasaannya. Si kecil mungkin sudah sedia maklum sejak lama lagi tentang kemasukan mereka ke sekolah.
Ada kanak-kanak yang teruja dan tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tadika tetapi ada juga yang tidak mahu ke sekolah dan akan mula menangis bila sahaja ibu atau ayah menyebut perkataan ‘sekolah’. Ada bermacam ragam dan gaya si kecil yang kali pertama melangkah ke alam persekolahan.
Sebagai ibu ayah tentu sahaja anda ada cara tersendiri untuk memastikan anak tidak menangis atau meraung bila kali pertama ke tadika. Dalam tempoh seminggu pertama hari sekolah, anda boleh praktiskan tip berikut ini.
1. Ambil cuti
Kalau ini adalah hari pertama anak memulakan alam persekolahan, apa salahnya ibu dan ayah atau salah seorang mengambil cuti. Sekurang-kurangnya ia sebagai tanda sokongan menghantar anak ke tadika untuk kali pertama. Bangunkan anak awal pagi dan siapkan sarapan kegemarannya. Kalau anak masih liat untuk bangun awal, jangan tengking atau marahkan dia. Bersabar dan kejut anak dengan lemah lembut supaya dia tidak akan meragam nanti.
Ads
2. Beri kata semangat
Berikan kata-kata pujian dan semangat kepada anak anda supaya dia tidak meragam semasa ditinggalkan di tadika.
3. Tunggu sebentar
Ads
Si kecil mungkin masih belum biasa ditinggalkan sendirian tanpa ibu atau ayah di sisi. Jadi apa salahnya tunggu seketika sehingga anak anda benar-benar dapat menyesuaikan diri di tadika. Jangan tinggalkan dia tanpa memberitahunya. Yakinkan si kecil yang dia akan gembira belajar bersama kawan-kawan di tadika.
4. Jangan lupa tinggalkan pesanan
Terangkan kepada anak yang anda akan kembali mengambil mereka selepas kelas pembelajaran selesai. Maklumlah jika tidak dipesan bimbang pula anak risau apabila tidak nampak kelibat anda di tadika.
Ads
5. Minta bantuan cikgu
Sekiranya anak anda jenis kuat menangis dan tidak benarkan anda pergi meninggalkannya, eloklah minta nasihat daripada pihak guru di tadika. Mungkin pihak tadika boleh cuba memujuk dan menenangkan anak anda atau memberi kebenaran kepada anda untuk menemani anak pada minggu pertama persekolahan.
6. Tanya pengalaman anak
Sebagai salah satu cara untuk menggembirakan anak, jangan lupa untuk mendapatkan maklum balas anak semasa di tadika dengan bertanyakan soalan yang positif seperti “tadi cikgu ajar apa?”, “tadi lukis apa?” dan “ramai kawan tak?” Secara tak langsung ia akan merangsang anak untuk seronok bercerita pengalaman pertamanya di tadika
Semoga dengan cara ini, anak akan lebih bersemangat untuk ke sekolah, ibu dan ayah pun senang hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak ‘mabuk’ bila naik kenderaan, boleh cuba petua ini, guna bahan dapur saja. Ada anak yang jenis ‘mabuk’ bila naik kenderaan. Entah macam mana boleh ada simptom tersebut. Asal naik kereta atau kenderaan lain, si kecil akan pening kepala dan muntah-muntah.
Bayangkan kalau yang terpaksa melalui perjalanan jauh balik ke kampung. Sudah tentu ia boleh mengganggu ‘mood’ nak berjalan dan lebih kasihan pada si kecil yang menanggung ketidakselesaan tersebut.
Anak ‘Mabuk’ Bila Naik Kenderaan
Mabuk perjalanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi sama ada melalui perjalanan dalam kenderaan di darat atau laut mahupun udara.
Antara tanda-tanda anak anda jenis ‘mabuk’ kenderaan adalah kerap meragam, gelisah, mengadu kepala pening, berpeluh walaupun suhu sejuk, berasa loya dan akhirnya muntah hingga boleh mengalami dehidrasi jika terlalu banyak mengeluarkan cairan.
Bagaimanapun ibu ayah jangan risau kerana simptom mabuk kenderaan bukanlah sesuatu yang serius kerana kebiasaannya ia boleh hilang dengan sendirinya.
Tetapi sebagai ibu ayah sudah tentu kita kena sentiasa mengambil tahu dan bersedia membuat persiapan jika anak mempunyai masalah mabuk kenderaan.
Namun adalah wajib untuk kita sebagai ibu bapa mengambil tahu tanda mabuk supaya lebih bersedia, sekali gus tidak menjadikan perjalanan yang dirancang bertukar kepada perkara lain.
Pengalaman anak mabuk kenderaan turut dilalui oleh seorang ayah, Pengiran M. Nizam Rahman yang berkongsi petua tradisional bagaimana mengatasi masalah mabuk kenderaan yang dialami oleh anak kecilnya.
Perjalanan dari Kuching ke Mukah kali ini betul-betul mencabar.
Gerak dari Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi. Sampai di Mukah jam 7.00 malam. Penat memandu.
Mungkin anda pernah mengalami situasi bila berjalan jauh, anak-anak mabuk kenderaan. Boleh cuba cara ini. Ambil beberapa biji lada hitam. Lekatkan pada pita pelekat dan tampal pada pusat anak.
Boleh Cuba Petua Ini, Guna Bahan Dapur Saja
Petua guna lada hitam atasi mabuk kenderaan
Bahan-bahan:
Beberapa biji lada hitam
Pita pelekat
Caranya:
Lekatkan lada hitam pada selotep, kemudian tampal pada pusat anak. Pastikan lada hitam berada pada tepat lubang pusat anak. Selamat mencuba!
“Ala comelnya kasut baby ni” dah borong banyak kasut untuk baby. Hari-hari nak pakaikan dia kasut walaupun dalam rumah sebab comel. Opss tunggu dulu mama, sebelum mama borong kasut banyak-banyak mama baca dulu perkongsian ini ya.
Tak salah kalau nak pakaikan anak kasut, tapi mama tetap perlu dedahkan kaki anak dengan pelbagai permukaan ya. Jangan sampai dia geli pula nak pijak rumput, ini tanda bahaya!
Ini masa Ashrof Haikol umur setahun lebih. Jalan pun macam anak itik 😂
Satu pesanan keramat oleh Child Psychiatrist kepada saya masa tu–
“Bila anak dah boleh jalan, JANGAN CEPAT SANGAT PAKAIKAN KASUT. Sebab tapak kaki anak perlu banyak menerima ‘tekanan’ dari pelbagai permukaan, untuk ransang sistem saraf & otak dia.”
Hmm. Lalu hati saya berbisik — “Abih 5 pasang kasut yang aku baru beli ni nak buat apa, doktor?” 😑
“Buat dedak je la, markonahhh.” Jawab doktor di dalam hati. Hahahahah.
Salah satu aktiviti yang sangat disarankan oleh Child Psychiatrist tersebut adalah berjalan kaki ayam di atas jalan tar, rumput, pasir, lumpur dan sebagainya, macam dalam video ni. Dapat buat 20-30minit sehari pun dah memadai.
https://web.facebook.com/watch/?v=347102729330346
Mula-mula nak expose Haikal jalan kaki ayam ni memang macam-macam jugak lah cengkadaknya. Geli, menangis, meronta. Tapi hadap je la.
Itu belum campur kena hadap cakap2 orang lagi– Takut kaki anak luka lah. Takut ada paku, kaca, semut api, tahik kucing lah. Takut tapak kaki anak jadi kasar lah. Takut nanti anak tak biasa pakai kasut lah.
Tapi redahkan aje. Lantakkan orang nak cakap apa. Teruskan buat benda betul (seperti yang disarankan doktor) dan berwaspada sentiasa.
Tak lama lepas Haikal dibiasakan dengan aktiviti kaki ayam ni, macam-macam perubahan positif yg saya nampak pada Haikal.
Fine & gross motor skills dia semakin kemas.
Focus & alertness dia semakin tajam.
Physical strength semakin padu.
Sense of balance & body awareness semakin baik.
Creativity semakin out of the box.
Sensory development dia secara keseluruhan sangat advanced berbanding kanak-kanak seusianya.
Dan masa tu, orang-orang yang sibuk cakap-cakap dulu tu datang semula kat saya dan tanya– camane eh kau buat kat anak kau sampai jadi camni? 😂
Itulah lumrah kehidupan ye tuan puan. At first, people will ask you WHY you do it because they think you’re crazy. But later, they’ll ask you HOW you do it because they jeles oredi. 😂
Tapi nak buat benda betul yang tak biasa dilihat dalam masyarakat ni memang bukan satu perkara yang mudah, tapi kalau kau yakin itu betul — DIAM DAN BUAT JE.
And let the success make the noise. Giceww.
Ini 5 lagi perkara penting yang Child Psychiatrist pesan pada saya dulu :
1. Lepas anak 2 bulan, jangan pakaikan mittens (sarung tangan) dan stokin dah. Kecuali bila sejuk.
2. Bila anak dah start berjalan, jangan cepat sangat belikan kasut. Jangan jadi bodoh macam aku, anak baru menapak 2-3 langkah terus menggelupur beli 5 pasang kasut. Dalam rumah pun pakai kasut kengkadang. Konon comel. 😌🔫
3. Untuk anak 2 tahun ke bawah, hanya belikan kasut yang bertapak lembut. Yang tapak tebal2 tu toksah.
4. Dedahkan tapak kaki dan tapak tangan anak dengan pelbagai tekstur permukaan. This is veryyyy important to stimulate their sensory, nervous, and brain system.
5. Kurangkan screen time, because it limits child’s body movements and sensory stimulations. Human limbs are made to move. Ada kajian mengatakan, paksa anak (bawah empat tahun) duduk diam lebih dari 20 minit adalah satu bentuk penderaan. Because they need to move A LOT, especially pada 2 tahun pertama. Kalau tak banyak bergerak, ada lah nanti “short” kat mana2 untuk perkembangan tahun2 yang seterusnya.
Saya harap perkongsian ringkas hari ni bermanfaat k.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa mengadu susah nak kawal tingkah laku dan emosi jika anak buat perangai. Lagi sedih anak kecil pun dah pandai tak nak dengar cakap, suka melawan, memberontak, tak hormat ibu bapa dan macam-macam lagi.
Sebenarnya anak seawal usia setahun ni senang dibentuk jika ibu bapa tahu cara nak kendalikan. Jangan tunggu anak dah berusia 4 atau 5 tahun baru nak ajar. Itu dah di kira lambat.
Penulis Buku Keibubapaan, 3 Krayon, 3 Kertas, 3 Pensel Warna, Adlil Rajiah yang juga merupakan seorang ibu berkongsikan pengalamannya bagaimana untuk membentuk jiwa anak supaya tidak mencabar kesabaran mak ayah.
Sikap dan tahap toleransi anak adalah sangat bergantung kepada kekuatan hubungan ibu bapa dan anak itu sendiri. Dan kekuatan hubungan itu, bergantung kepada effort ibu bapa dan anak dalam membina hubungan tersebut.
Anak-anak ni macam kita juga. Kita akan “ikut cakap” dan “ikut arahan” orang yang kita rasa “connected to” sahaja. Kan? Dan kalau orang tu macam tak penting atau takde kena-mengena, kita akan ignore je, dan feel free to break the rules.
Kajian menyatakan anak-anak yang mempunyai STRONG CONNECTION dengan ibu bapa, adalah anak-anak yang paling mudah beri kerjasama, bukan saja dengan ibu bapa, tapi juga dengan orang sekeliling.
Bagaimanapun, anak-anak ni ada angin dia jugak. Kadang-kadang mereka akan “buat perangai” dan ikut kepala sendiri, sebab bahagian otak “prefrontal cortex” mereka masih belum berkembang sepenuhnya.
Sebab itu, dalam Islam pun sebutkan mereka ini sebagai belum mummayiz. Belum ada kewarasan dan kematangan sepenuhnya.
Saya nak kongsikan 9 tip yang selalu saya amalkan dan alhamdulillah memang nampak keberkesanannya pada anak.
Amalkan 12 Pelukan Sehari
Menurut kajiansetiap manusia perlukan 4 pelukan untuk “hidup”, dan 8 pelukan untuk maintain emosi yang baik sepanjang hari.”
Jadi keseluruhannya kita perlukan 12 pelukan setiap hari.
Jadikan rutin untuk beri pelukan pertama lepas bangun tidur, dan pelukan terakhir sebelum masuk tidur.
Selain tu, selit la bila-bila. Masa pergi kerja ke, masa balik kerja ke, masa hantar anak sekolah, ambik dari sekolah atau pengasuh, masa tengok TV atau masa main.
Kajian mengatakan, pelukan adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi bila anak dah meningkat remaja. Hugs will trigger stronger parent-teens connection, dan lebih mudah untuk ibu bapa “mengawal” anak-anak remaja.
2. Bermain!
Setiap kali main dengan anak, wujudkan interaksi. Bukan bagi anak main sorang-sorang dan mak ayah main phone kat tepi.
Bermain dan bergelak ketawa dengan anak will keep us deeply connected and feel younger, by stimulating endorphins and oxytocin in our bodies. Ia juga akan buat anak lebih positif dan tenang setiap kali berhadapan konflik dan amarah.
3. Bila berinteraksi dengan anak, TUTUP TELEFON
Zaman sekarang ni, memang susah betul nak berenggang dengan phone, kan?
Bila orang suruh put away phone masa layan anak, kita pun beri alasan kononnya, nak rekod momen indah dengan anak, nak simpan buat kenangan, nak optimize penggunaan teknologi, dan sebagainya.
Tak salah pun nak rekod video atau gambar anak-anak untuk kenangan. Memang semua orang pun suka flashback kenangan. Saya pun sama.
Tapi jangan lah sampai setiap saat pun, phone melekat kat tangan, sampai kita lose those “live moments” dengan anak-anak.
4. CONNECT, before each activity transition
Selalunya anak-anak akan ada hard time transitioning from one activity to another. Kan?
Contohnya bila kita nak suruh anak berhenti main dan pergi mandi. Atau suruh anak switch off TV, dan bersiap untuk tidur. Mesti macam nak berperang. Panggil berulang kali, anak tetap buat derkkk je, last-last anak jiran sebelah yang menyahut.
Sebelum suruh anak buat apa-apa, datang kat anak, tengok matanya, sebut namanya, geletek sikit badan dia, sampai lah you’re confident enough that he has the inner resources to manage himself through a transition, then baru lah suruh dia buat apa-apa yang sepatutnya.
5. One-On-One Time, untuk setiap anak.
Menurut kajian, setiap anak perlukan sesi one-on-one dengan setiap ibu bapa mereka sekurang-kurangnya 15 minit sehari, untuk bina kepercayaan dan hubungan yang kuat.
Semasa sesi tersebut, boleh buat apa yang anak suka. Atau boleh alternate doing what your child wants, and doing what you want.
Ada hari, kita yang beri kebebasan untuk anak pilih apa yang mereka nak buat. Dan ada hari, kita pula yang menentukan aktiviti dan peraturan.
Lebih baik, kalau aktiviti tu ada unsur gelak ketawa dan physical touch.
6. RASA, apa yang anak rasa.
Memang, bukan senang nak consistently engaged dengan emosi anak-anak.
Tapi ingat, sepertimana kita nak orang lain faham apa yang kita rasa, macam tu jugak lah anak nak kita faham dan bimbing apa yang mereka rasa. Emosi dan perasaan menentukan sikap dan tindakan seseorang.
Bagi saya sendiri, setiap kali anak tantrum atau mengamuk, saya akan anggap itu sebagai peluang keemasan untuk saya bantu dia kenali emosi dan get connected with him. Lama-lama nanti anak akan belajar untuk kawal emosi sendiri, lebih mudah bekerjasama, dan lebih percayakan ibu bapa mereka.
7. LISTEN LISTEN LISTEN!
Melihat dunia dari perspektif anak-anak, akan buat anak rasa dihormati dan sentiasa cuba wujudkan win-win situation dalam perhubungan. Anak-anak yang selalu didengari oleh ibu bapa, akan lebih mendengari ibu bapanya.
Bila hari kita moody, keletihan atau stres, of course kita nak anak-anak dengar dan faham keadaan kita juga, kan? Oleh itu ambillah peluang untuk jadi pendengar yang baik.
8. Slow down, and embrace the moments.
Setiap rutin harian kita, sebenarnya adalah peluang untuk connect dengan anak-anak.
Masa makan, masa mandi, dalam kereta, masa tengok TV, masa duduk-duduk, masa masak atau masa kemas rumah.
Jadi gunakan setiap ketika bila anak ada bersama, sebagai peluang untuk get connected dengan dia.
9. Sesi peluk-peluk dan berbual, sebelum tidur.
Bagus juga kalau kita ajak anak masuk tidur dan tutup lampu awal daripada waktu tidur sebenar supaya kita dapat luang masa bersama bercerita dan sebagainya.
Menurut pengalaman saya, ini sahaja masa yang Haikal akan cerita SEGALANYA yang berlaku pada dia sepanjang hari tersebut kepada saya. Apa yang jadi kat sekolah, apa yang kawan-kawan atau cikgu dia cakap atau buat, apa isu yang dia alami masa saya takde dan sebagainya.
Dan setiap kali anak mula bercerita, apa yang kita perlu buat ialah dengar dan selami perasaan mereka.
Dan jangan lupa, malam seterusnya, follow up dengan isu yang diluahkan pada malam semalam.
Jika tip ini diamalkan memang akan nampak kesannya untuk pembentukan tingkah laku anak yang positif dan sama-samalah kita jadi ibu bapa hebat buat anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu tentang penggunaan bius epidural waktu bersalin kembali hangat dibincangkan. Baru-baru ni, satu video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh pelakon...