Apabila anak sudah boleh makan, pasti mereka akan jemu jika dihidang dengan menu yang sama setiap hari kan? Apa kata mama buatkan kelainan dalam menu dengan menyediakan Mini Japanese Cheese Cake untuk si comel anda.
Jom ikuti resepi yang dikongsi!
*Mini Japanese Cheese cake- Baby Version*
Hari ini,kita tukar mood baking kek khas untuk baby. Since anak macam kurang makan bubur nasinya..Saya share resepi khas untuk mommy di luar sana.
Bahan-bahan:
Ads
60g cream cheese
1 biji telur gred b
5g tepung jagung
10g unbleached flour
1 1/2 sudu puree kurma @ madu(nak kelainan..blh letak bulberry atau strawberry)
10g unsalted butter
25g susu full cream/susu formula
Cara membuatnya:
*Asingkan telur putih n kuning
*Satukan kesemua bahan² yang diatas(guna telur kuning dahulu)
Ads
*Kacau sampai dapat tekstur mcm yang likat(nak cantik..ayak dahulu tepung)
*Pukul telur putih sehingga kembang..time ni blh msukan puree kurma @ madu
*Boleh satukan adunan telur putih dgn adunan tepung tadi
*Panaskan oven sekejap
*Bakar dalam oven guna teknik water bath…suhu 160c selama 1 jam
Dah siap…boleh buat kek hari jadi baby jugak nanti..
Ads
Saya buat tak tebal..just nice untuk baby pegang dan makan-makan
Pernah dengar singgang ikan cekur ubi? Bagi yang mungkin tak tahu tentang hidangan ini, mari kita kenali sajian yang sangat sedap ini. Singgang ikan cekur ubi sangat bagus untuk kesihatan terutamanya untuk ibu yang baru lepas bersalin.
Cekur yang digunakan dalam masakan sangatlah bagus dalam merawat penyakit seperti batuk, selesema, demam, sakit kepala, penyakit kulit, sakit sendi, vertigo, luka, sakit gastrik, penawar bagi bisa ular, keradangan, muntah darah, kudis dimulut dan lepuh lidah dalam kalangan kanak-kanak.
Cekur dapat membantu dalam mengecutkan rahim ibu yang baru bersalin dan turut digunakan untuk menggalakkan pembuangan angin. Badan akan berasa segar dan ringan jika si ibu mengambil cekur sebagai bahan tambahan dalam masakan mereka.
Cekur juga boleh membantu melegakan keradangan kerana mempunyai ciri- ciri antiradang dan antinosiseptif iaitu menghalang rasa sakit. Khasiat cekur dibuktikan dalam satu kajian terhadap haiwan yang mendapati ekstrak daun cekur menunjukkan ciri- ciri antinosiseptif dan antikeradangan terhadap haiwan yang diuji. Ciri- ciri ini menyokong penggunaan cekur dalam bidang perubatan tradisional dalam merawat ulser mulut dan sakit tekak.
Sebatian fenolik dalam cekur juga turut didapati mempunyai ciri- ciri antibakteria dan antikulat terhadap bakteria yang lazimnya menyebabkan keracunan makanan terhadap manusia. Jom kita lihat resipi singgang ikan cekur ubi yang dikongsikan di pautan Facebook.
Resepi ini dikongsikan oleh Nurasykin Alidi Facebook.
RESIPI SINGGANG IKAN CEKUR UBI
Lauk fevered anak- anak dan suami. Kalua masak SINGGANG IKAN CEKUR UBI ni confirm licin tau! Hirup pulak kuah panas- panas pehh Nak sediakan pun mudah. So kalau mak- mak tengah BERPANTANG, menu sihat macam ni sesuai dan bagus juga untuk orang yang tengah berdiet sebab rendah kalori.
#KHASIAT_UBICEKUR Selain bantu buang angin, cekur juga membantu menyembuhkan kembung perut, memulihkan rahim, bantu banyakkan susu badan, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, meghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.
Bahan- bahan: – 3- 5 ekor ikan selar/ kembung/ any ikan yang sesuai. – 9 biji cili api – 3 ulas bawang putih – hiris – 3 biji bawang besar – 1- 2 keping asam keping (kalua suka masam boleh tambah lagi) – 2 batang serai dititik – 3 inci halia – dihiris nipis – Ubi cekur 3 inci – hiris atau tumbuk – Bendi kuantiti terpulang – Daun limau 1 tangkai – Daun ketumbar dan akar – Air masak (kuantiti terpulang) – Garam secukupnya
Bahan tambahan: 2 inci kunyit hidup dihiris/serbuk kunyit 1 inci lengkuas – hiris Bungan kantan 1
Cara penyediaan: 1. Didihkan air dalam periuk. 2. Masukkan semua bahan yang dihiris.
3. Lepas tu masuk asam keping 4. Bila kuah dah betul mendidih masukkan pula ikan. Ikan tu kalau naks edap korang boleh bakar dulu atau goreng sekejap. Pakai minyak sikit je. Terpulang. 5. Tutup periuk biar ikan masak. 6. Lepastu taruk bendi dan perasakan garam.
7. Siap untuk dihidang.
Makan ikan singgang macam ni kalau lawan dia budu ngan ulaman, fuh bole menambah nasi sampai tersandar oii.
Mudahkan resepi singgang ikan ubi cekur ni. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan makan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.
Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut.
Namun mungkin ada yang sukar untuk mencari daun palas terutama bagi yang tinggal di bandar-bandar besar. Jangan risau, anda masih boleh menikmati juadah kegemaran anda dengan menggunakan daun pandan sebagai daun pembungkusnya. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Puan Mieza Hasmiza ini.
CARA BUAT KETUPAT PULUT GUNA DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN;
Beras pulut
Santan
Garam secukup rasa
Daun pandan untuk membalut
*Sukatan beras pulut dan air santan sama banyak
CARA PENYEDIAAN;
Rendam Beras Pulut
Rendam beras pulut selama 1 jam.
Masak Pulut Guna Periuk Nasi
Kemudian, sukatkan air santan dan beras biar sama banyak.
Saya masak dalam rice cooker senang. Tunggu sampai agak-agak berasnya dah melekat dan anjal. Separuh masak pun tak apa sebab nanti kita akan kukuskan lagi.
Sejukkan
Bila dah tutup suis rice cooker, cedokkan pulut yang dah hampir masak ke dalam talam atau pinggan.
Kita nak biarkan pulutnya sejuk sedikit supaya mudah nak diisi dalam daun pandan nanti.
Bungkus
Bila pulut dah agak sejuk, bolehlah bungkus pulut tadi dengan daun pandan.
Boleh tengok cara isikan pulut ke dalam kelongsongnya dalam gambar di bawah ini.
Boleh nampak yang akhir sekali tu saya ikat dengan tali rafia aja senang.
Tips 1: Jangan isi penuh sangat sebab nanti ia akan mengembang bila dah dikukus. Kita taknaklah isinya terkeluar pula daripada sarungnya.
Tips 2: Kalau nak daun tu tak patah masa nak membalut, ambil daun pandan sehari awal dan rendam dalam air supaya lembut dan mudah dibentuk
Kukus 15-20 Minit
Bila dah siap balut, saya kukus lagi selama 15-20 minit.
Kalau tak pasti takut tak masak, lepas 20 minit boleh cuba ambil sebiji dan rasa. Alhamdulillah saya cuba tengok, memang dah masak elok.
Ini hasilnya yang dah siap kukus, bolehlah dihidangkan dengan rendang, serunding.
Biasanya jika diberi pilihan lauk ikan dan ayam anak-anak lebih suka pilih ayam lagi. Cuma kalau setiap hari ayam, ibu bapa pun jemu. Sesekali boleh ubah selera anak untuk makan ikan. Cuma kena pandai sesuaikan menu.
Perkongsian Puan Niza Hamid mengenai resipi ikan cencaru sumbat kelapa ni boleh dicuba. Mesti anak suka. Yang penting ibu ayah boleh asingkan siap-siap isi dengan tulang. Sekurangnya anak dapatlah protein yang seimbang.
RESEPI CENCARU SUMBAT KELAPA GEBU
Bila ada anak-anak kecil, menu ikan selalunya tak mendapat sambutan. Tapi, bila buat sumbat kelapa ni, laku pulak.
Macam Kakniz suka makan gitu je dengan nasi, tak payah kuah tak payah lauk lain. Makan sampai tinggal tulang ikan. Tak boleh buat selalu, kang ke laut dalam dietnya.
Jom tengok cara nak buatnya.
BAHAN-BAHAN
6 ekor ikan cencaru
Sebiji kelapa parut
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Seinci kunyit hidup (ditumbuk)
4 biji cili padi (ditumbuk)
Sebiji telur
Sedikit tepung beras
Daun kunyit
Garam secukup rasa
Secubit gula
CARA-CARA
🐟 Siang ikan cencaru, bersihkan dan potong kedua-dua bahagian tepi. Ada yang buat sebelah, tapi Kakniz suka nak sumbat banyakkk, baru gebuuu. Hehe.
Perisakan dengan garam. Ketepikan.
🐟 Tumbuk bawang putih, kunyit dan cili sampai lumat.
🐟 Masukkan bahan tumbuk ke dalam kelapa parut. Tambahkan telur, garam, gula dan tepung beras. Gaul sebati semuanya. Fungsi telur dan tepung adalah untuk ‘mengikat’ kelapa agar tak bersepah ketika menggoreng.
🐟 Sumbat ikan cencaru dengan kelapa di kedua-dua bahagian yang dikelar tadi.
🐟 Balut dengan daun kunyit dan kemaskan.
🐟 Panaskan minyak dan goreng cencaru yang telah siap disumbat hingga garing. Angkat dan toskan.
Siap! Tak ambik masa lama pun.
#share buat idea nak masak nanti. Jarang jumpa yang sumbat kelapa kalau makan kat kedai. Yang ada selalunya yang sumbat sambal. Buat sendiri je puas hati!
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.