Tidak menyangka situasi mencungap dan penat semasa menyusu petanda si kecil alami kelainan pada jantung dan paru-paru. Kini Izz bertarung nyawa untuk terus hidup.
Tiada ibu bapa sanggup melihat penderitaan anak. Namun itulah yang perlu didepani pasangan ini, Rizman Omar dan Noraini Hanapiah apabila anak bongsu mereka, Muhammad Izz Mahdi Bin Rizman 10 bulan yang mengalami jantung berlubang dan kini bertarung nyawa akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Anak bongsu dari tujuh adik beradik ini langsung tidak menyangka mengalami sebarang masalah. Kata ibunya, Noraini Hanapiah pada awal kelahiran kulitnya memang agak gelap berbanding bayi-bayi lain.Walau pun sedikit perbezaan pada kulit, dia tidak menunjukkan sebarang perbezaan lain selain daripada semasa menyusu dan menangis.
JANTUNG & PARU-PARU BENGKAK
“Apabila menyusu Izz sekali sekala akan kelihatan seperti semput dan penat. Dia juga kerap berpeluh bila menyusu. Ada pernah berlaku ketika kami pulang daripada ujian darah akibat prolonged jaundice yang dialaminya, dia menangis hingga tidak mengeluarkan suara muka. Mukanya merah dan nampak membiru kerana meneran tangisan tanpa suara.
Ibu tabah ini menceritakan jantungnya semakin membengkak dan paru-paru anaknya itu juga mmbengkak. “Kata doktor paru-paru dia dah basah macam span dah sebab darah terlalu banyak masuk ke paru-paru. Keadaan ini memaksa Izz untnk menjalani pembedahan dengan segera,” kata bekas guru tadika ini.
AWALNYA SEDIH & TAKUT
Mengimbau saat awal mengetahui permata hatinya ini mengalami masalah jantung, perasaaan sedih tak dapat digambarkan.
“Semua ibu bapa akan rasa sedih. Begitu juga dgn kami, sedih dan sebak. Memang tak sangka sebab awal dia lahir doktor tak sahkan pun dia ada jntg berlubg tapi setelah 3 mggu baru dapt tahu.Terkejut sgt waktu tu tapi kami sekeluarga sentiasa fikir positif. Tak dinafikan perasaan takut pun ada.
“Saya dan suami reda dengan ujian yang Allah berikan in. Kami tahu setiap penyakit ada penawarnya dan kami akan terus berusaha untuk kesembuhan Izz sebab kami fikir kalau kami sebagai ibu bapa tidak kuat bagaimana Izz akan kuat. Jadi jadi kami sentiasa layan dia seprti kanak-kanak yang sihat untuk dia terus kuat.
IZZ PERLUKAN PENJAGAAN RAPI, IBU TERPAKSA BERHENTI KERJA
Bagi memberikan bayi kecil ini Izz setiap hari, ibu ini sedia melepaskan jawatannya. Susah payah menjaga biarkan di tangan ibunya sendiri.
“Agak struggle juga jaga Izz sebab memang doktor suruh kami kuarantin Izz dari sebarang mjlis-majlis, orang ramai, keluar ke mall, tak boleh dedah dengan perokok. Haiwan-haiwan yang berbulu seperti kucing kerana dia mudah mendapat jangkitan.
“Kami elakkan dia daripada contact dengan bole orang-orang tidak sihat batuk selsema demam dan sebagainya kerana dia mudah dapat jangkitan. Kami juga selalu awasi agar Izz tidak menangis terlalu kerana boleh menyebabkan keadaan bibir kebiruan dan oksigen dlm bdn kurang. Keadaan ini memaksa ibu Izz berhenti kerja bagi memudahkan penjagaan Izz.
BERAT BADAN MENURUN MEMBIMBANGKAN
Keadaan fizikal Izz tidak seperti kanak-kanak seusianya. Kini Izz bertambah kurus. Berat bdannya semkin turun hingga ke tahap membimbanvkan sehingga doktor membekalkan 3 jenis vitamin untuk pertambahan berat badan agar seimbang dengan usianya.
“Izz tidak ada pantang larang dalam pemakanan,cuma doktor syorkn untuk dia makan lebih protien dan makan seimbang 5 kali sehari termasuk snek untuk peningktan bert badan. Doktor juga menyarankn supya makanannya dicampur dgn minyak zaitun atau minyak kelapa untuk mmperceptkan kenaikan berat badan.
MUDAH TERDEDAH JANGKITAN
Sudah menjadi kebiasaan bagi pesakit jantung bayi, keadaan tubuh yang lemah merisikokan mereka mudah mendapat jangkitan paru-paru. Sehingga 10 bulan usia, bayi comel ini sudah tiga kali ditahan di wad kerana jangkitan paru-paru.
“Bila batuk atau selsema, Izz selalu semput dan kami segera bawanya ke hospital bimbang perkara yang serius terjadi. Biasanya klu tak terlalu teruk doktor akan berikan bantuan pernafasan melalui nebulizer. Namun jika terlalu serius Izz akan ditahan di wad. Rawatan nebulizer bukan kerana dia lelah (asma) tapi sesak nafas dan nafasnya menjadi trlalu laju. Ini sangat-sangat bahaya untuk dia.
Kebersihan diutamakan dari kuman dan virus sehinggakan setiap hari kakak & abg balik dari sekolah kami pastikan membasuh tangan & kaki sebelum menyentuh & mencium Izz. Kadang kala kami juga rasa takut sekiranya ada org lain yg ingin menyentuh atau dukung Izz kerana Doktor memaklumkan imuniti badan Adik Izz lemah dan mudah terkena jangkitan
Kali terakhir si kecil ini dimasukkan ke hospital ialah pada bulan Julai 2019, selama 11 hari. Disebabkan keadaan Izz yang semakin kurus & berat badan yang makin menurun akibat jangkitan pada paru-paru, keadaan ini membimbangkan. Doktor yang merawatnya menyarankan untuk mendapatkan rawatan pembedahan segera di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
PEMBEDAHAN PERLU DILAKUKAN SEGERA, KOS RM60,000
Pembedahan yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM60 ribu itu amat perlu dilakukan. Namun jumlah tabungan masih belum mencukupi. Dengan hanya bergantung dengan satu pendapatan daripada bapanya yang bertugas sebagai pembantu makmal, bantuan daripada anda amat diperlukan. Bagi anda yang ingin membantu merealisasikan pembedahan untuk bayi ini bolehkan menyalurkan bantuan kewangan ke akaun Maybank : 112745143592 (Rizman Bin Omar).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mengalir air mata menyaksikan kasih sayang keluarga ini menerima berita kehamilan anak perempuan mereka. Netizen ramai mengakui memang sebak!
Perkongsian video berdurasi 1.44 minit Puan @nabeelasara di Twitter menjadi tular sehingga ditonton sebanyak 464 ribu kali & diulang kicau sebanyak 26 ribu.
Ibu ini yang kini hamil lima bulan mengakui merancang kehamilan sehingga keluarga stabil dan percaya Allah adalah Maha Perancang. Dia juga berharap agar perjalanan kehamilannya berlangsung dengan baik.
Paling menyebakkan ialah bagaimana penerimaan keluarga dengan pelukan dan ciuman. Berita kehamilan ini diterima ahli keluarga dengan penuh kasih sayang dan rasa terharu.
When we first got married, we told ourselves we won’t start to plan for a family until we’re fully stable financially & mentally. Clearly, Allah is the best planner of all. Please pray for a safe journey for @ashrafhaled , nabila & mini AN ? #5monthspreggypic.twitter.com/EguZ5Wapvx
Ibu ini tidak menyangka perkongsiannya menyebabkan ramai yang menangis dan turut menghargai komen-komen yang mendoakan kesejahteraan kandungannya. Dia juga turut mendoakan pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata dipermudahkan.
Reaksi netizen mengakui tersentuh hati dengan video ini.
Sedangkan kita nak ke pejabat pun dah sedih nak tinggalkan anak, apatah lagi kalau terpaksa pergi jauh dan tak boleh bawa anak sekali. Memang mudah sangat nak ‘jatuh’ air mata kan? Kalau tak jadi pada diri kita pun, sebagai mak-mak tentulah boleh relate dengan situasi ni.
Waktu mula-mula tengok perkongsian video dari pelakon Nadzmi Adhwa ni, memang menangis! Sedih sangat tengok momen ibu anak ni di dalam kereta. Dapat dilihat isteri Nadzmi, Ardell seperti menahan sebak apabila melihat wajah anak mereka. Tanpa berkata apa-apa, yang kedengaran hanyalah suara Nadzmi meminta Urwa untuk “Sayang Umi.”
Apabila Urwa mula melihat dan mencium wajahnya, Ardell tidak dapat menahan air matanya dan terus menangis. Selain video pendek tersebut, Nadzmi turut memberitahu yang isterinya menyertai misi kemanusiaan. Mungkin itulah yang menjadi punca kenapa Ardell tersentuh sangat apabila melihat kecomelan dan telatah Urwa.
Melalui posting terbaharunya, Ardell telah berangkat ke bumi Syam untuk menjalankan misi kemanusiaan bersama pasukannya leih kurang 11 jam yang lepas. Rata-rata yang menonton video tersebut juga berkongsi kesayuan yang sama dan mendoakan keselamatan Ardell ketika ‘berjuang’.
Sama-sama kita doakan agar perjalanan serta urusan Ardell dan teman-temannya dipermudahkan. Bukan mudah seorang ibu untuk meninggalkan anak yang masih kecil apa lagi untuk menjalankan misi kemanusiaan.
Terdahulu, ketika mengandungkan Urwa juga Ardell pernah ke Syria untuk membantu masyarakat di sana. Tidak dinafikan semangat Ardell sangat kental, semoga dia terus dilindungi Allah SWT.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!