Baru berusia 3 bulan, bayi comel ini telah dijangkiti Covid-19 varian Omicron. lebih menyedihkan apabila doktor mengesahkan baby Mulan berada pada tahap 4 dan memerlukan bantuan oksigen sepanjang berada di Wad Kanak-Kanak Hospital Klang.
Ianya satu tamparan hebat buat ibu bapa Mulan. Bayi berusia 3 bulan masih belum boleh diberi makan ubat. Hati ibu mana yang tak sedih melihat si kecil ini bertarung sendiri melawan kesakitan. Ikuti perkongsian penuh si kecil pejuang Covid-19 ini.
“Sedih sangat bila tengok frontliner cuba sedaya upaya untuk ambil darah baby Mulan, cuba dekat tangan tak dapat, dekat kaki pun susah nak dapat. Jagalah anak anda sebaiknya, bila dah terkena memang menangis jelah berdoa semoga dia cepat sembuh. Baby memang tak boleh makan ubat, dia kena kuat untuk lawan sendiri rasa sakit bila batuk. Sampai lembik tak bermaya!”
Pada mulanya saya yang positif Covid-19, berjangkit dekat kenduri kahwin. Ada yang tak sihat datang ke majlis adik saya. Bila saya dah kuarantin jadi anak sulung dan ayahnya yang jaga baby Mulan. Dari situlah baby Mulan yang baru berusia 3 bulan mula berjangkit dengan kakaknya, Airis 5 tahun.
12 Mac
Mulan mula tunjuk simptom-simptom Covid-19 dengan batuk yang sangat teruk tapi masa tu dia belum demam lagi. Dia sebenarnya berjangkit daripada kakak dia yang start batuk teruk. Tapi bila buat RTK saliva tu result kakaknya negatif.
19 Mac
Pagi tu Mulan start menangis. Dia batuk yang teruk lepastu muntah. Lepas muntah Mulan start demam panas. Suhu dia 38.5 dan dada dia mula melekuk, berombak. saya terus bawa dia ke Hospital Klang.
Keadaan dekat kecemasan memang sangat busy. Doktor dan nurse pun tak menang tangan sebab dekat situ ramai ibu mengandung, orang tua, kanak-kanak dan bayi yang positif Covid. Dari situ kita kena monitor suhu anak, lap untuk turunkan suhu.
Bila ambik x-ray ada nampak tompok Covid. Doc bagitahu anak dah stage 4. Memang menangis lah kita. Malam tu doc decide untuk letak wad kecemasan dulu, 2 hari tidur dekat kecemasan sebab wad kanak-kanak untuk pesakit Covid-19 memang penuh sangat-sangat. Imagine kita tidur dekat kecemasan.
Ads
Budak-budak ramai masuk wad sebab Covid Omicron ni memang attack kanak-kanak. Jadi parents tolong jaga anak-anak sebaiknya.
20 Mac
Malam ahad baru dapat masuk wad kanak-kanak. Doktor pun dah monitor. Setiap hari nurse akan check nadi, suhu dalam 3-4 kali sehari. Termasuk dengan ibu pun dia check.
Hari ketiga doktor dah cabut oksigen. setiap pagi, 4 pagi nurse akan bagi antibotik. Alhamdulillah doktor and nurse memang betul-betul pantau. Budak lain ada yang demam sampai sawan. Budak pramatang pun ada yang terkena jangkitan Covid-19 ni.
23 Mac
Mulan boleh discharge. Sepatutnya husband yang uruskan pembayaran, Tapi sebab si kakak datang dengan ayahnya dan kakak Airis baru 5 tahun jadi doktor tak benarkan diaorang naik, bahaya. Lepas balik rumah tetap kena kuarantin 2 hari dekat rumah. Doktor minta untuk kuarantin.
Ads
25 Mac
Pergi CAC untuk potong gelang. Lepas potong gelang baru boleh duduk satu family.
Pengalaman urus anak Covid-19
Pukul 4 pagi, nurse akan start check suhu & nadi. Dalam pukul 5 kena timbang pampers dan kena catit dalam kertas. Minum susu berapa oz, berak berapa kg, kencing berapa gram. Yang ini memang kena buat everyday.
Doktor pakar akan datang check setiap 2 kali sehari. Macam Mulan memang saya lap-lap badan jelah masa tengah on oksigen. Lepas habis oksigen baru boleh mandi. Kalau nak makanan luar kena order online. Lima hari duduk sana memang Alhamdulillah semua okay. Kalau ibu yang negatif nak jaga anak yang positif dalam wad memang kena pakai face mask. Tapi kebanyakan parents yang jaga anak, dia pun positif juga.
Nasihat saya jagalah baby sebaik mungkin sebab baby ni kita tak ada ubat nak bagi dekat dia. Cuma boleh bagi susu ibu jelah. Kalau batuk, baby kena lawan sendiri jelah. Macam ubat antibiotik pula, hanya doktor je yang boleh bagi.
Ads
Nak dekat raya ni, hati-hati lah semua. Semua dah semangat nak raya. Elak bagi orang pegang anak. Untuk orang yang sakit pulak, tolonglah jangan pergi kenduri, jangan keluar rumah. Tolong jangan membahayakan orang lain. Bila kena dekat baby memang kesian.
Covid Omicron ni memang sangat cepat merebak, jadi jagalah diri sebaiknya. Kalau nak cuba rawat secara alami boleh, tapi kalau dah teruk sangat cepat-cepat bawa pergi hospital. Jangan pandai-pandai buat sendiri kalau dah teruk.
Satu lagi pesanan, kalau anak dah batuk teruk tapi RTK buat dekat rumah semua negatif sebaik-baiknya pergi klinik dan buat test dekat klinik. Itu sebaiknya.
Terima kasih tak terhingga juga buat frontliner Hospital Klang yang banyak membantu merawat baby Mulan. Semuanya Alhamdulillah okay.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui tentang khasiat telur terutama untuk anak kecil. Namun nak memilih telur terbaik untuk anak juga perlu tahu caranya supaya anak dapat khasiat terbaik dari telur ayam.
Doktor Mazliana Mazlan berkongsi tip untuk memilih telur yang baik untuk anak. Ikuti perkongsian ini.
Pilih telur yang baik, supaya anak dapat khasiat yang sebenar walau hanya dari sebiji telur.
🥚 Telur kaya dengan protein
🥚 Telur naikkan kadar kolesterol baik
🥚 Telur tinggi omega 3 yang bagus untuk otak dan minda anak-anak
🥚 Telur ada choline yang baik buat ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi
🥚Telur ada antioksida lutein and zeaxanthin yang baik untuk mata
Rajin-rajinlah kita makan telur, ajak suami dan anak-anak makan telur selalu k.
3 ciri telur yang baik;
1. Telur dari ayam tanpa antibiotik dan hormon
2. Telur dari ayam yang berkeliaran tak dikurung
3. Telur yang diberi makan dari sumber makanan sebenar dan bukan GMO
Pilihan telur yang baik, penting supaya kita dapat khasiat yang optimum, penting jugak untuk kurangkan kesan alergik dari telur.
Andai kata anak korang alergik dengan telur, cuba cari telur terbaik yang ada 3 ciri ni. Ramai yang makan telur tayyib, alhamdulillah dah tak ada kesan alergik gatal-gatal.
Kita cuba sama-sama ya, cuba pilih telur terbaik untuk anak makan di rumah.
Usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri memohon doa ramai agar mendoakan anaknya, Luqman Al Haqeem, 2 bulan yang kini berada di hospital akibat jangkitan respiratory syncytial virus (RSV) dan jangkitan Adenovirus.
Lebih menakutkan, paras oksigen bayinya itu semakin menurun dan ia sangat merisaukan kerana anak keenamnya itu masih kecil untuk melawan virus tersebut.
“Mohon doa kalian.. oksigen anak saya dah drop mengejut nasib baik @shahidadherbs perasan.. susah hati saya..benda yang paling abah tak sanggup tengok bila tengok anak abah sakit..”
“Tambahan pula luqman baru menginjak 2 bulan… Ada 2 virus yang menyerang Luqman iaitu virus RSV dan Adenovirus…hari ni oksigen luqman dan mula drop dan saya berterima kasih kepada @dr_iqbal_paeds_ qbal nurse di KPJ Damansara yang merawat anak saya di sini..dan wife saya”
Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.
Manakala Adenovirus merupakan virus biasa yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit dari masalah penafasan dan radang perut dan usus akut. Ia lazimnya berjangkit melalui kontak rapat dengan individu yang dijangkiti atau melalui titisan penafasan dan cecair di udara melalui batuk dan bersin.
“Semoga anda semua sudi mendoakan kesembuhan buat anak saya Luqman Al Haqeem B Aliff Syukri ..”
Rata-rata warga maya mendoakan kesihatan serta kesembuhan buat bayi comel ini. Ada juga warga maya yang menasihati agar tidak membiarkan bayi sekecil ini dicium oleh orang dewasa kerana virus merebak hanya melalui ciuman.
Moga cpt sembuh utk baby luqman. Aamiin🤲 ms baby gni jgn bwk keluar atau jmp ramai org ke mjlis2x. Kite xtau sape yg pembawa virusnya, kdg ade yg cium baby bahaya jugak😔
Semoga bb luqman cpt sembuh.. seeloknya bb yg masih fragile jgn bg sapa sapa cium atau berkunjung dulu kecuali saudara mara terdekat saja.. bb sng dijangkiti virus.. klu boleh biar bb ada kt bilik dia je tnpa kunjungan org luar.. bila bb dh sakit kita as a parents yg susah hati dan x cukup rehat ..
Syafakallah 😢😢 Virus RSV atau Respiratory syncytial virus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.Virus ini biasanya dijangkiti oleh bayi melalui air liur orang dewasa melalui ciuman.😢
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia semalam dipercayai akibat dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.
Katanya, mangsa dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak, mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada keesokkan harinya.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Daro pada hari berikutnya sebelum dirujuk ke Hospital Daro malam tadi.
Bagaimanapun, keadaan mangsa tidak stabil sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada jam 2.08 pagi ini, katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit berkenaan.
Malah menurut ibu arwah adik Farhan Lukman Abdullah, Mastura Ali, arwah seorang kanak-kanak yang aktif dan tiba-tiba berubah menjadi lemah dan hilang selera makan.
“Sebelum itu, dia memang aktif dan sering bermain bersama kakaknya. Malah arwah juga rapat dengan anak saudara saya yang lain.
“Bagaimanapun, selepas dijangkiti penyakit tersebut, keadaannya mula lemah dan tiada selera makan. Pada waktu malam pula, dia sering menangis dan tidak boleh tidur lena,” katanya.
Katanya, Farhan dikejarkan ke Hospital Daro tiga hari lalu, namun kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu apabila keadaan kesihatannya semakin merosot.
Sementara itu, saudara rapat yang enggan namanya dikenali menyifatkan pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar untuk keluarga mereka.
“Masih terbayang keletah dan wajah riang Farhan ketika bermain bersama anak saya. Kini, dia tiada lagi dan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Biar pun terasa kehilangannya, kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Pangtray, Daro sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemang Pek pada 2.30 petang semalam.
Sumber: Bernama & Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.