Setiap kali anak balik dari sekolah, selalukan kita akan bertanya belajar apa dan makan apa. Apa kata kali ini kita tukar topik untuk bertanyakan soalan yang lebih ceria untuk anak kecil kita.
Menurut perkongsian tip yang dikongsikan oleh Dr Malar Santhi Santherasegapan di media sosial, tiga soalan mudah ini harus ditanya supaya anak jadi lebih ceria dan gembira bila pulang dari sekolah. Tukar teknik untuk jadi lebih baik.
Anak yang pulang dari sekolah, sebenarnya setiap hari pulang dengan seribu satu perasaan, seribu satu cerita dan seribu satu pengalaman saban hari.
Dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga emosi anak supaya mereka membesar tanpa trauma walaupun kita sibuk dengan tugas kerja.
2-3 ayat yang mudah sebegini, boleh jadikan anak kita insan yang ceria, gembira dan berguna. Paling penting, menjadikan mereka manusia penyayang. 💖
3 perkara harus ditanyakan pada anak bila pulang dari sekolah atau rumah pengasuh.
1. Mommy rindu awak Ni paling penting untuk disebut. Penting untuk anak-anak tahu walaupun kita keluar bekerja, mencari rezeki, namun anak-anak masih priority utama mommy dan papa.
Kalau boleh ucapkan kata rindu sambil peluk dan kucup anak. Kuasanya lebih tinggi bila digandingkan begitu.
IKLAN
Sampai dah besar panjang anak akan ingat. Bila dia keluar rumah mommy & papa rindukan dia, teringat kat dia all the time.
2. Apa yang best dan kelakar kat school hari ini? – Tanya anak mengenai hari itu. – Latih anak untuk bercerita dan berkongsi tentang pengalamannya. – Dengar cerita anak dengan excited supaya dia rasa cerita dia diberi kepentingan dalam rutin harian mommy papa yang busy.
3. Hari ni kakak gaduh dengan sesiapa tak? Merajuk atau sakit hati? Dimalukan oleh sesiapa tak? – Sangat penting untuk latih anak sejak kecil untuk bercerita momen pahit kepada ibubapa. -Kebanyakkan kita sukar nak kongsi perkara yang memalukan kita, ini fakta.
Bila anak tak kongsi kat parents, tak cerita dekat siapa-siapa perasaan tu semua akan bottle up dan berbuku dalam hati.
IKLAN
Anak akan ada trauma dan luka yang tertinggal tanpa healing menjadikan mereka sensitif.
Ramai parents sekarang ada isi ini sejak kecil, sampai sekarang dah jadi parents.
So lets not pass it to out kids. Lets be better parents.
1. Bagitau anak almost everyday mommy love you, miss you walaupun anak dah tahu!
2. Dengar dan hayati cerita anak tentang harinya!
IKLAN
3. Latih anak untuk kongsi moment pahit & memalukan dengan kita, their parents.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Dilihat pada fizikal kanak-kanak perempuan ini, tidak sangka usianya sudah mencecah enam tahun. Tubuhnya genit, umpama baharu saha berumur dua atau tiga tahun. Pada usianya itu, berat Laila Az Zahra Mohd Ramdi Hafiz hanyalah 10kg dengan ketinggian tidak sampai pun 100sm. Kisah Rokiah Deraman, 36, telah dikongsikan Pa&Ma tidak lama dahulu.
Kali ini kami mendekati pasangan dua beranak ini untuk cerita lebih lanjut. Sesungguhnya Laila adalah kurniaan terindah dari Allah SWT buat Rokiah dan suaminya. Selepas melahirkan Laila, rahimnya terpaksa dibuang. Kini mereka bertiga sekeluarga hidup bahagia dan saling menjadi penguat antara satu sama lain.
Ikuti sesi temu ramah Pa&Ma bersama Rokiah yang menceritakan detik cemas ketika melahirkan anaknya itu. Sejurus dilahirkan, Laila terus dibawa ke NICU manakala Rokiah pula terpaksa menjalani pembedahan kedua selepas caesarean. Ternyata, kedua-dua ibu dan anak ini mempunyai semangat juang yang tinggi.
Alami Pendarahan Pada Awal Kehamilan
“Ketika saya mengandungkan Laila, tak ada masalah. Cuma pada awalnya tu ada pendarahan kerana saya pun tidak tahu saya sedang hamil. Saya berjumpa doktor kerana khuatir ada fibroid atau cyst. Bila doktor buat imbasan, rupa-rupanya saya sedang hamil,” cerita Rokiah.
Memandangkan keadaan rahimnya lemah dan mempunyai kemungkinan untuk gugur, doktor menyarankan Rokiah untuk mengambil ubat. Selama dua minggu pertama selepas menegtahui dirinya hamil, Rokiah terpaksa disuntik dan makan ubat penguat rahim. Sepanjang tiga bulan hamil, Rokiah dinasihatkan untuk banyak berehat.
Ketika usia kandungannya empat dan lima bulan, perkembangan Rokiah sangat baik. Perutnya juga membesar seperti yang sepatutnya. Rokiah menjalani pemeriksaan bulanan di Shah Alam, jadi bila dia pulang ke kampung untuk mengundi pada tahun 2013, rekodnya dirujuk ke klinik daerah di kampung Rokiah.
Balik Kampung Untuk Mengundi, Tak Sangka Terus Bersalin
“Kalau tidak salah saya, tarikh mengundi tahun itu adalah pada lima atau enam haribulan Mei. Laila pula saya lahirkan pada 8 Mei 2013. Kandungan saya baharu mencecah lapan bulan ketika itu. Tak sangka langsung akan bersalin. Memang ada perancangan mahu bersalin di Kelantan, jadi waktu itu kes kehamilan saya memang dah dirujuk ke salah sebuah klinik daerah di sana,” tambah Rokiah menceritakan detik-detik dia melahirkan Laila.
Kata Rokiah lagi, sepanjang pemeriksaan bulanannya di klinik sebelum ini, dia tidak pernah diminta untuk minum air gula. Mungkin kerana kandungannya tidak bermasalah dan berat juga tidak naik drastik, dia tidak perlu minum air gula. Apabila dia ke klinik daerah di kampungnya, dia diminta untuk membuat ujian glukosa pada usia kandungan lapan bulan.
Selepas tamat tempoh dua jam, darahnya diambil dan kemudian diminta berjumpa doktor. Tujuaannya ketika itu hanyalah untuk membuat imbasan biasa seperti yang selalu dilakukan kepada ibu hamil. “Pada waktu itulah doktor di klinik daerah mengesan ada sesuatu yang tidak kena. Menurut imbasannya, dia lihat seperti ada ketumbuhan dalam kandungan. Terperanjat doktor bila dia periksa bacaan air ketuban saya, indeksnya tinggal satu sahaja. Terus kes saya ditolak ke hospital. Sehelai sepinggang saya dibawa naik ambulans untuk menjalani pembedahan kecemasan,” kata Rokiah lagi.
Selepas dibawa ke hospital, Rokiah terus dibedah untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya. Jika mengikut tarikh jangkaan bersalin adalah pada 11 Jun 2013. Ketika dilahirkan, berat Laila hanyalah 1.6kg. Untuk menstabilkan keadaannya, Laila terus dihantar ke NICU. Rokiah tidak berpeluang untuk menatap wajah Laila langsung.
Tibalah waktunya untuk mengeluarkan uri, doktor dapati ia melekat pada dinding rahim Rokiah. “Saya masih mamai ketika itu, doktor maklumkan saya harus menjalani pembedahan membuang rahim. Saya tak boleh fikir apa pun, cuma terdetik jugalah waktu itu, apalah dosa saya sehingga diuji sebegini berat.
Doktor harus dapatkan keizinan suami untuk menjalankan pembedahan ini. Waktu itu dia sedang memandu untuk ke hospital. Sempat dia bertanya risikonya jika saya tidak dibedah. Kata doktor, kemungkinan saya akan meninggal dunia kerana saya mengalami pendarahan yang teruk.
Pun begitu, suami sangat kuat. Dia katakan kepada saya, tidak mengapalah jika rahim terpaksa dibuang. Sekurang-kurangnya saya dan anak selamat. Bayangkan jika Laila ‘pergi’, macam mana dengan nasib saya yang tidak boleh hamil lagi? Alhamdulillah, walaupun rahim dibuang, Allah SWT berikan juga peluang untuk saya menjadi seorang ibu,” cerita Rokiah.
Disahkan Menghidap Silver Rusell Syndrome
Apabila suaminya sudah membenarkan, doktor segera menjalankan pembedahan membuang rahim dan pemindahan darah ke atas Rokiah dengan segera. Menurut doktor, berat badan Laila menurun ke 1.4kg dan dalam tempoh 19 hari ia naik semula ke berat asalnya. memang normal anak pra matang mengecut, tetapi mereka akan segera naik berat badan semula.
Berbeza dengan Laila, perkembangannya sangat lambat dan ketika itu doktor merasakan Laila menghidap Silver Rusell Syndrome. Memandangkan pada awalnya mereka mengesyaki Laila menghidap Edward Syndrome, mereka mengambil sampel kromosom untuk dihantar ke Hospital USM dan keputusannya negatif. Doktor terus menggugurkan Laila dari kes tersebut.
“Pakar kanak-kanak mengesahkan Laila dengan sindrom ini yang dikatakan sangat jarang berlaku dan bukan disebabkan genetik. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bahkan nisbahnya 500, 000 : 1. Memang rare sangat kes Laila ni.
“Saya ingat lagi, ketika bawa pulang Laila ke rumah emak saya untuk berpantang, anak saudara saya panggil Laila alien. Yalah, tubuh dia kecil dan kepalanya besar. Saya tak salahkan dia, sebab dia pu masih kecil. Tapi teruk jugalah abang saya (ayahnya) marahkan anak dia,” kata Rokiah mengimbau kenangan ketika Laila baharu lahir.
Laila Sama Seperti Kanak-Kanak Normal
“Saya bersyukur kerana Laila membesar dengan sihat walaupun lambat. Dia minum susu sehingga sekarang dan sukakan sayur terutamanya ulam-ulaman. Ulam pegaga, salad dan kacang botol menjadi kegemarannya. Dicicah pula dengan budu dan makan dengan nasi putih. Dia agak lambat berjalan, pada usia dua tahun baharu ‘dapat kaki’. Pada usianya tiga ke empat bulan, dia harus berjumpa pakar di Hospital Serdang. Mereka banyak membantu Laila. Sehingga sekarang, setiap enam bulan dia ada temu janji bersama pakar di sana dan kami tidak pernah skip sebarang appointment.
Saya bersyukur perkembangan pembelajarannya sama seperti anak-anak normal. Dia sudah boleh membaca dan membuat aktiviti seperti kawan-kawan lain di sekolah. Mereka juga banyak bantu Laila dan tidak pernah mengejek anak saya. Guru-guru di sekolah pun sangat baik. Tiada lain yang saya harapkan, cuma mahu dia membesar dengan baik dan menjalani kehidupannya sama seperti orang lain yang normal,” akhiri Rokiah ketika pertemuan kami pada hari itu.
Semasa solat, itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah. Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu.
Ibu bapa yang ada anak kecil, semestinya tidak pernah akan terlepas untuk merasai pengalaman seperti anak menangis, memanjat di belakang, tiba-tiba datang duduk di depan, tarik telekung, mencabut kopiah yang dipakai atau sengaja duduk di atas sejadah sehingga sukar untuk kita sujud dan bermacam aksi mereka lagi.
Itulah yang dihadapi oleh suami pelakon dan pengacara Yana Samsudin, yang berkongsi telatah anak Mateen di laman Instagram miliknya. Pada awalnya, Yana yang tiada di rumah cuba menghubungi suaminya, Fadhil Zahari tapi tiada sebarang jawapan.
Oleh sebab itu, Yana mengambil tindakan untuk menonton di cctv rumahnya dan melihat gelagat anaknya sedang ‘menganggu’ suaminya solat bersama-sama.
Perkongsian ini turut mendapat perhatian pengikut Yana di ruangan komen yang menceritakan kembali pengalaman mereka.
TIP MEMBANTU IBU KUSYUK DALAM SOLAT
Bacakan doa.
Mohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita untuk beribadah. Anak-anak kecil memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘pengganggu’ waktu kita nak beribadah terutamanya solat. Syaitan dan jin sukalah ganggu anak-anak kita sampai nangis-nangis. Jadi, memang perlu doa banyak-banyak.
Mudah-mudahan dia tidak menjadi penghalang saya untuk kusyuk beribadah, dan dia juga terdiri dalam kalangan orang yang cinta untuk menunaikan solat. Berdoalah dengan apa-apa doa’ yang ma’tsur atau pintalah apa-apa yang baik yang kita harapkan pada Allah.
Pesan.
Anak kecil ini memang perlu dititip pesan, sebab memahami fitrah mereka yang suka bermain, waktu kita hampar sejadah dan memakai telekung pun, mungkin mereka nampak macam alat mainan je. Hehe. Cuma jangan kita lupa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hanya ibu bapa yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (HR Muslim).
Maka kita tidak terlepas peluang untuk membentuk acuan yang baik. Jangan risau kalau sekali dua belum tentu mereka dengar, ataupun pesanan tu bertahan seminggu je, tapi jangan pernah lelah nak berpesan secara berhikmah, inshaaAllah dia akan terdidik. Misalnya:-
“Adik, duduk diam-diam kejap ye, mama nak solat”
“Kakak, tak boleh tarik tarik telekung mama waktu mama tengah solat”
Bila dah besar sikit, boleh tanya,
“Kakak, kenapa kakak panjat belakang mama waktu mama tengah solat?”
“Kakak, boleh ke kalau waktu orang tengah solat, kita tarik telekung dia?”
Kadang-kadang ada la juga dia tetap panjat duduk belakang masa saya. Sakit pinggang masa tu, mashaaAllah. Bertabahlah sikit nak didik anak kecil ni kan, hehe. Tiba-tiba teringat sungguh bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w dengan cucu-cucunya.
Letak sejadah.
Percaya atau tidak, anak kita akan lebih suka bila kita hamparkan sejadah khusus untuk dia, dia akan ada ruang dia tersendiri untuk solat. Kalau anak perempuan, boleh pakaikan telekung untuk dia. Bila dia ad sejadah dia, telekung dia, berkuranglah sikit untuk kita diganggu.
Kecil-kecil dah terdidik dengan suasana begini, lama-lama dia akan terbiasa. Sebenarnya mereka lebih kepada nak ikut kita je. Contoh dalam ilmu psikologi, kita panggil “modelling” yang bermaksud “learning through observation and imitation of a model” (Cicarelli & White, 2009). Sebab itu kita perlu tampilkan contoh yang baik untuk anak kita iaitu qudwah hasanah.
Hidup berumah tangga memang banyak kisahnya. Penuh ranjau, suka dan duka dalam melayari bahtera. Satu hal yang penting, bukan senang untuk bertahan lama dan mengenal pasangan sepenuhnya. Tak terkecuali pasangan VVIP popular, Dato’ Aliff Syukri dan isteri tercinta, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid, yang melayari bahtera perkahwinan hampir 12 tahun lamanya.
Penuh ranjau suka duka malah pernah lari dari rumah gara-gara terlalu stress dalam perkahwinan. Begitu kata beliau. Pun begitu kini, pasangan yang dikurniakan empat orang anak dan bakal menyambut kelahiran anak yang kelima ini bersyukur dengan kebahgiaan berumah tangga yang dimiliki mereka.
Seronok mendengar perkongsian Dato’ Sri di instagram peribadi miliknya mengenai perjalanan kisah rumah tangganya. Paling menarik, Dato’ Sri Aliff Syukri turut membuat klip video bersama isterinya. Penuh romantik.
Inilah cinta sejati abang… Nak bercinta itu mudah dan dugaan lain, nak tunang pun lain dugaannya dan abang percaya untuk berkahwin adalah satu benda yang bukan sesukar mana, sebab benda yang paling sukar adalah mempertahankan perkahwinan.
Alhamdulillah sudah 12 tahun perkahwinan abang bersama dengan wife abg @shahidadherbs yang dahulu tak romantik, pendiam, tak suka masak, tak suka bergaya…yang abang anggap kami pasangan yang “tak serasi atau pasangan kontra”. Sukar abang nak faham dia dan dia nak faham abang.
Cuba korang bayangkan dahulu hampir hari-hari kami bergaduh dan lari rumah sbb terlalu stress. Sebab kami tak faham apa itu ertinya “perkahwinan” .
Sebenarya perkahwinan itu bukan acara perkahwinan yang gah dan perkataan “I love you, you love me” tapi sebenarnya cinta itu besar definisinya. Memahami bertolak ansur, kebebasan, menghargai kepercayaan, menghormati, mungkin senang untuk ditulis dan di ungkapi tetapi bukan senang untuk kita lakukan dengan pasangan kita. “masing-masing ada ego”.
Abang mungkin tidak terkecuali sama juga macam lelaki lain, ada ego. Nasihat abang, kita sebagai kaum suami kadang kala kena mengalah juga dan turunkan ego sikit untuk memberi penghargaan dan ruang kepada isteri. Barulah rasa lebih nikmat dalam alam perkahwinan. Abang juga sama macam korang, ada masalah yang sama ego dan bergaduh. Cuma kat laman sosial ni abang selalu, bajet-bajet happy je memanjang, padahal Allah je tau. Hanya orang yang dah kawin je tau. Setuju tak?
Lagu ini abang dedikasikan kepada isteri abg @shahidadherbs. Terima kasih wahai isteriku yang hebat dan sentiasa bersama abang ketika abang susah dan senang. Isteriku yang banyak berkorban demi anak dan suami, abang doakan dalam solat abang. Semoga awak adalah wanita terakhir yang bersama dengan abang sampai mati.
Abang sayang awak sampai syurga. Tiada wanita lain yang sesempurna awak. I love you sayang sampai jannah. Maafkan abang kalau selama ini banyak buat salah kat sayang. Abang akan cuba jadi suami terbaik untuk family kita.
Netizen turut memuji dan berkongsi kata-kata pujian buat pasangan ini.
Kredit foto: @aliffsyukriterlajaklaris
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!