Anak berusia lima bulan. Dia sering demam selepas menerima suntikan imunisasi. Adakah hal ini normal? Apakah cara yang berkesan untuk mengelakkan bayi atau kanak-kanak demam selepas menerima suntikan ini?
Jawapan:
Suntikan imunisasi yang diberikan kepada bayi memang boleh menyebabkan dia demam. Namun yang demikian, anda perlu faham bahawa tidak semua bayi akan mengalami demam dan tidak semua suntikan imunisasi akan menyebabkan seseorang bayi demam.
Ads
Ads
Demam yang dialami selepas mendapat suntikan imunisasi, biasanya disebabkan oleh reaksi tubuh badan terhadap suntikan tersebut. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau jika bayi demam selepas menerima suntikan.
Ads
Bagi mengelakkan anak demam selepas menerima suntikan, boleh memberikan ubat demam kepadanya, empat jam sebelum suntikan diterima. Pemberian ubat demam boleh diulang selepas suntikan diberi, sekurang-kurangnya empat jam selepas dos yang pertama.
Jangan risau kerana demam yang disebabkan oleh suntikan imunisasi, selalunya tidak lama dan akan hilang dalam masa satu hari.
Mama mana yang tak perlukan waktu rehat untuk diri sendiri? Tanyalah mana-mana wanita pun pasti mahukan masa untuk dirinya sendiri. Bukan untuk mengada-ngada tapi ada kajian ye membuktikan betapa mama amat memerlukan ‘me time’!
Perkongsian mantap Puan Liyana Nazli di facebooknya ini memang menarik. Bukan saja-saja tapi dibuktikan dengan kajian sekali. Hebat! Jadi kalau ada yang nak judge mama yang saja nak ambil masa ni patut fikir dulu.
Siapa kata me-time itu mitos mengada-ngada emak dan isteri zaman moden?
Siapa kata me-time itu tak perlu pun sebenarnya? Dah kau jadi mak, terimalah takdir hidup dikelilingi anak-anak 24-7, begitu katanya.
Siapa mak-mak yang rasa bersalah kerana mencari me-time dalam kehidupan sehari-hari?
Tak payah rasa bersalah ya, my fellow mothers friends. Keperluan me-time ni dibuktikan oleh kajian psikologi ya? Bukan kami, mak-mak ni saja mencari peluang untuk melepaskan diri dari tanggungjawab yang tak berkesudahan. Tapi, kajian menunjukkan, tak kiralah siapa pun anda, wanita atau lelaki, mak-mak atau wanita bujang, surirumah atau wanita bekerja, bahkan budak-budak pun, me-time adalah keperluan untuk memastikan keadaan mental yang sihat. It is your happy pill!
Tapi, me-time yang macam mana yang di katakan berkualiti tu?
Kajian ni kata, me-time ni tak semestinya kamu bersendirian tetapi yang lebih penting ialah memilih untuk melakukan aktiviti yang disukai dan menggembirakan. Itu pun dah dikira me-time dah. Kajian menunjukkan sama ada bersendirian atau bersama kawan dan ahli keluarga, me-time memang sangat membantu memastikan emosi dan mental anda kekal waras. Eheh!
Duduk sorang-sorang ni, walau sekejap membantu untuk:
1. Reboot otak kita yang duk fikir pasal kerja dan tugasan memanjang. 2. Bantu kita relaks dan meningkatkan konsentrasi 3. Menjadikan kita lebih produktif selepasnya 4. Membantu kita mengenal diri 5. Membantu kita selesaikan masalah 6. Memperbaiki hubungan suami isteri.
Tau dak kajian dari University of Michigan kata, kekurangan privasi atau me-time ialah penyebab lebih besar kepada masalah rumahtangga berbanding kualiti hubungan seksual. Ha ni bukan saya kata, kajian yang kata!
Cara orang enjoy me-time pun berbeza-beza. Untuk dapatkan me-time yang berkualiti, cari sesuatu yang memberikan anda pengalaman yang bermakna untuk diri anda. Why? Sebab dia bagi kita sense of competency, kita rasa we matter as an individual. Kita hargai diri kita jadi kita rasa lebih connected dengan orang disekeliling kita.
Jadi, what is deemed meaningful experience to you, does not necessarily have to be meaningful for others. Anda-anda yang kata anda tak perlu me-time tu sebenarnya anda ada juga enjoy me-time, jangan tipu! Cuma, me-time anda mungkin dalam bentuk buat bussiness sampingan yang diminati atau buat kerja persatuan ke atau kemas rumah cantik-cantik ke. So your me-time might look as work for others. But, why bother? Asalkan diri sendiri bahagia dan kita hormatlah pilihan setiap orang kan?
Bebudak pun ada me-time dia juga tau. Me-time bebudak ialah dalam bentuk aktiviti yang tidak berstruktur. Dia bebas pilih apa saja yang dia nak main. Masa tu memang bermanfaat untuk otak dia. Jadi, nak elak rasa bersalah, bagi anak enjoy me-time dia cukup-cukup. Eheh! Kita layankan saja sebab lepas tu mak pulak nak me-time ye, nak. Beri peluang kepada semua ahli keluarga untuk mempunyai waktu privasi masing-masing. They’ll come back better.
Jadi, buang rasa bersalah jauh-jauh. Ditch the guilt. Kita sedang menjaga diri kita supaya kita boleh jaga orang-orang lain disekeliling kita juga. Jangan beritahu pasangan “I need a space and it doesn’t matter to you what I do.” Tapi kongsilah dengan dia tentang me-time anda dan tunjukkan minat apabila dia bercerita tentang me-time dia pulak. Barulah bahagia.
Jadi, pada anda yang rasa me-time itu tidak perlu, it is your loss. Saya akan enjoy me-time mengikut cara saya dan saya tak perlukan anda untuk buat kami mak-mak ni rasa bersalah.
Kredit: Liyana Nazli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi amalan masyarakat melayu mengamalkan jamu sebelum atau selepas bersalin. Rata-rata beranggapan bahawa pengambilan herba semulajadi tidak akan mendatangkan kesan berbanding ubat-ubatan.
Malangnya, tanggapan itu salah sama sekali. Ini kerana bahan yang terkadung dalam kebanyakkan jamu yang dijual secara bebas di laman sosial kini tidak disahkan kesahihan semulajadinya dan keberkesananya. Pelbagai risiko boleh terjadi kepada ibu dan anak yang baru lahir akibat mengamalkan jamu. Ikuti perkongsian dari Doktor Amirul Amzar;
Seorang wanita datang ke Jabatan Perubatan Kecemasan dengan simptom muntah-muntah dan sakit perut yang amat sangat. Beliau baru 6 minggu melahirkan anak pertamanya.
Di Jabatan Kecemasan, ujian darah yang diambil menunjukkan kerosakan fungsi hati. Enzim hatinya meningkat hampir 10 kali ganda dari bacaan normal!
Selepas ditanya lebih lanjut, rupa-rupanya beliau mengambil jamu untuk berpantang. Malah, lebih menyedihkan lagi, anaknya yang sedang disusukan juga mengalami masalah kuning.
Si ibu diberi rawatan dan dinasihatkan agar berhenti mengambil jamu. Beliau diberi temujanji untuk pemeriksaan semula fungsi hati.
Dengan kebenaran beliau, kes ini dikongsikan buat tauladan pada umum.
Hasil carian di google mendapati terlalu banyak promosi set bersalin jamu dijual. Malah platform Lazada dan facebook juga digunakan bagi penjualan produk sebegini
Aduan rasmi telah dilakukan kepada pihak NPRA.
Diharapkan masyarakat berhenti menggunakan jamu selepas bersalin bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi.
Elakkan pengambilan jamu selepas bersalin.
Sebarang aduan berkaitan produk farmaseutikal atau tradisional boleh diemailkan di aduanproduk@moh.gov.my
Kalau dah nak jadi tak kira anak kecil atau besar. Begitulah yang di alami oleh seorang ibu ini apabila anak lelakinya yang berusia dua tahun tercekik buah tembikai.
Menurut Nurul Anisah Abdul Rahman ketika anaknya tiba-tiba tercekik buah tembikai masa tengah makan, hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu.
Pertama kali pengalaman anak sendiri tercekik buah tembikai. Muka dia tiba-tiba merah suara keluar tak keluar. Terus buat heimlich maneuver.
Dekat 10 saat buat masih tak keluar. Dia dah muntah-muntah tapi tembikai tu masih tak keluar! Umi dah gelabah. Tokwan cuba korek tapi tak dapat. Masa tu teringat tak boleh gelabah nanti lagi teruk!
Standby nak pergi klinik tapi tangan tak henti ketuk-ketuk belakang dia sambil buat trust dekat bawah dada. Muka dia makin merah. Macam-macam andaian bermain dekat kepala ni.
Akhirnya alhamdulillah terkeluar seketul isi tembikai. Tak besar mana tapi budak-budak memang tak pandai muntah sendiri. Alhamdulillah ya Allah.
Sesungguhnya aku tak ada daya langsung, sepandai mana pun praktik ilmu tapi kalau Allah tak izinkan tiada yang boleh selamat.
Masih trauma. Ada hikmah disebalik setiap detik tadi. Jangan lepas pandang anak walaupun sesaat dua. Benda nak jadi sekejap saja.
Dan sungguh, manusia tiada daya walaupun usaha, kalau tiada keizinan Tuhan tak mungkin keajaiban terjadi.
Harap perkongsian ini dapat dijadikan peringatan bersama ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.