Kebanyakan ibu-ibu bila terlalu banyak menggunakan cili untuk memasak, tangan akan rasa pijar atau panas-panas. Ada yang basuh tapi pijarnya tetap dirasai.
Selain tu ada yang biasa letakkan tangan dalam beras untuk beberapa ketika. Walau apa cara sekalipun, matlamatnya hanya satu untuk cepatkan hilang rasa pijar.
Ok kali ini ibu-ibu yang tangan rasa pijar kesan cili tak hilang-hilang boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Dila Mubarak. Petuanya sangat mudah dan berkesan.
Ads
Lepas pegang cili ke maklumlah selalu masak hari-hari atau lepas makan sambal belacan ke atau pun lepas makan budu sebab picit cili, berjam-jam tangan rasa panas cili kan..Tunggu hilang tak hilang jugak.
Sapu garam biarkan dalam 15 minit
Ini petuanya ya insya-Allah hilang.
Ads
Basahkan tangan dan sapu dengan garam. Saya dah cuba dengan gula. Tak berkesan.
Alhamdulillah dengan garam menjadi. Hebatnya Allah sediakan penawar untuk kita.
Kelahiran seorang bayi bukan sekadar berita gembira buat sebuah keluarga, tetapi juga satu amanah besar daripada Allah SWT. Setiap tangisan pertama si kecil membawa seribu makna, hadir bersama doa dan harapan agar dia membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Dalam Islam, kelahiran cahaya mata diraikan dengan penuh kesyukuran melalui beberapa amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Selain memilih nama yang baik, mak ayah juga digalakkan untuk menghidupkan sunnah-sunnah ini sebagai tanda syukur atas anugerah yang tidak ternilai.
Allah SWT berfirman dalam Surah As-Syura ayat 49 hingga 50 yang bermaksud:
“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia mengurniakan kedua-duanya lelaki dan perempuan, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Berikut adalah tujuh sunnah yang boleh diamalkan ketika menyambut kelahiran bayi.
Antara amalan yang sering dilakukan ialah mengazankan bayi di telinga kanan sejurus selepas kelahiran. Azan dilafazkan dengan suara sederhana, tidak terlalu kuat, cukup sekadar didengari oleh bayi.
Tujuannya adalah untuk memperdengarkan kalimah tauhid dan kebesaran Allah sebagai perkara pertama yang menyapa pendengaran si kecil. Walaupun terdapat perbincangan mengenai darjat hadis berkaitan amalan ini, para ulama daripada mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali menggalakkannya berdasarkan hadis sahih yang menyebut bahawa syaitan akan lari apabila mendengar laungan azan.
Ia menjadi simbolik bahawa kehidupan anak ini dimulakan dengan seruan kepada Allah.
Apabila menerima berita gembira, Rasulullah SAW akan terus sujud kepada Allah sebagai tanda syukur. Daripada Abu Bakar RA, Nabi SAW apabila menerima khabar yang menggembirakan, Baginda akan segera sujud kepada Allah. Riwayat Abu Dawud.
Mak ayah juga digalakkan melakukan sujud syukur atas kelahiran bayi. Ia tanda pengakuan bahawa segala nikmat datang daripada Allah, bukan semata-mata usaha manusia. Sujud syukur boleh dilakukan secara ringkas, tanpa azan dan iqamah, sebagai luahan rasa terima kasih yang tulus kepada Pencipta.
Tahnik ialah amalan menyapu sesuatu yang manis seperti kurma yang telah dilembutkan pada lelangit bayi. Jika tiada kurma, boleh digantikan dengan madu asli.
Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Musa Al-Asy’ari menceritakan bahawa beliau membawa anaknya yang baru lahir kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, mentahniknya dengan kurma dan mendoakan keberkatan buatnya.
Tahnik bukan sekadar tradisi, malah mengandungi hikmah kesihatan dan doa. Ia juga melambangkan harapan agar anak membesar dalam keberkatan dan kebaikan.
Islam sangat menitikberatkan pemilihan nama yang baik kerana nama adalah doa sepanjang hayat. Anak akan dipanggil dengan namanya di dunia dan juga di akhirat.
Disunatkan menamakan anak pada hari ketujuh kelahiran, walaupun boleh juga dilakukan lebih awal. Pilihlah nama yang membawa makna baik, mudah disebut dan tidak mengandungi unsur yang bertentangan dengan syarak. Nama para nabi, sahabat dan nama yang mempunyai maksud terpuji amat digalakkan.
Elakkan memilih nama hanya kerana trend semata-mata tanpa memahami maknanya.
Pada hari ketujuh juga, disunatkan mencukur keseluruhan rambut bayi. Amalan ini melambangkan permulaan kehidupan yang bersih dan suci.
Rambut yang dicukur kemudian ditimbang dan nilai seberat timbangan itu disedekahkan dalam bentuk emas atau wang kepada golongan memerlukan. Dari sudut kesihatan, mencukur rambut membantu membersihkan kotoran yang mungkin masih melekat pada kulit kepala bayi.
Apa yang perlu diingat, sunnahnya ialah mencukur keseluruhan rambut dan bukan sekadar menggunting sedikit. Elakkan juga unsur adat yang bercampur dengan kepercayaan lain seperti penggunaan bahan tertentu yang tidak bersandarkan sunnah.
Aqiqah merupakan ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur atas kelahiran bayi. Hukumnya sunat muakkad bagi yang berkemampuan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang ingin menyembelih kerana kelahiran bayi, maka bagi bayi lelaki dua ekor kambing yang sama dan bagi bayi perempuan seekor kambing. Riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan.
Aqiqah biasanya dilakukan pada hari ketujuh, namun jika belum mampu, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum anak mencapai usia baligh. Daging aqiqah boleh diagihkan kepada keluarga, jiran dan golongan yang memerlukan sebagai tanda kesyukuran dan mengeratkan silaturahim.
Berkhatan termasuk dalam fitrah yang dituntut dalam Islam. Bagi anak lelaki, ia sangat dititikberatkan dan menjadi kewajipan menurut sebahagian besar ulama.
Terdapat riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah SAW mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka. Walaupun begitu, para ulama berbeza pandangan tentang waktu terbaik untuk melaksanakannya. Ada yang menyarankan ketika kecil, ada juga yang membolehkan sebelum atau ketika baligh.
Bagi anak perempuan, khatan yang dianjurkan dalam Islam adalah secara sederhana dan tidak berlebihan. Ia tidak seharusnya memudaratkan atau mencacatkan. Apa yang dituntut adalah mengikut garis panduan syarak dan nasihat pakar perubatan.
Setiap anak yang lahir adalah amanah dan ujian. Sunnah-sunnah ini bukan sekadar adat atau budaya, tetapi tanda syukur dan pengharapan agar si kecil membesar dalam lindungan Allah.
Semoga setiap mak ayah tidak terlepas pandang amalan-amalan ini. Mudah-mudahan anak yang dikurniakan menjadi penyejuk mata, penenang hati dan pembela agama suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain strok jantung, terbakar atau lemas, strok haba adalah keadaan kesihatan yang memerlukan masa dan bantuan pertolongan yang tepat.
Apakah itu strok haba?
Strok haba berlaku apabila suhu badan anda naik dengan cepat dan ketara tetapi anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengawalnya. Ia boleh disebabkan oleh berada di tempat yang panas terlalu lama. Strok haba boleh membawa maut kerana ia meninggalkan pesakit dengan kerosakan otak dan organ dalaman. Strok haba boleh berlaku tiba-tiba tanpa menunjukkan sebarang keadaan yang berkaitan.
Tanda dan simptom strok haba:
-Demam tinggi lebih daripada 40 darjah Celsius
-Keadaan mental yang luar biasa seperti ucapan yang tidak jelas
-Tingkah laku pelik seperti kebimbangan, ketegangan atau tekanan
-Peluh berlebihan
-Kulit panas, kering dan radang
-Sakit kepala
-Corak pernafasan yang tidak normal (nafas pendek)
-Kehilangan kesedaran
Pertolongan cemas bagi strok haba
Langkah pertama
Hubungi bantuan perubatan.
Semasa menunggu ambulans, jauhkan mangsa dari sumber haba. Jika mereka terdedah cahaya matahari, gerakkannya ke bayang-bayang atau ke dalam rumah. Turunkan suhu badan mangsa serta-merta dengan mana-mana peranti yang boleh digunakan seperti:
-Letakkan mangsa di bawah pancuran sejuk atau tekanan air paip
-Jika boleh, letakkannya dalam tab air sejuk
-Gunakan hos taman untuk menyembur ke atas badan mereka
-Gosokkan mangsa dengan air sejuk
-Letak mereka di hadapan kipas dan menggabungkan air dengan air kabus
-Letakkan pek ais ke tempat paling hangat di atas badan mereka seperti leher, lipatan peha, ketiak. Jika tidak ada pek ais yang tersedia, gunakan tuala basah
Langkah kedua
Periksa isyarat penting.
Sekiranya mangsa masih sedar, berikan dia minum air sejuk. Elakkan minuman beralkohol atau produk yang mengandungi kafein.
Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, mulakan CPR.
Bagaimanakah untuk mengelakkan strok haba?
Pilih pakaian yang sesuai. Pakaian yang ringan dan longgar adalah disyorkan. Pakaian ketat menghalang badan anda berpeluh dan menghalang untuk menyejukkan dengan cara yang betul
Lindungi diri anda dari selaran matahari. Pilih pelindung matahari yang sesuai dengan SPF yang betul, letakkan pada kulit anda setiap dua jam apabila terdedah kepada matahari
Kekal hidrasi. Minum cecair yang cukup akan mengganti kehilangan air dari berpeluh. Selain itu, ia membolehkan badan anda untuk menjaga suhu normal
Jangan tinggal atau meninggalkan sesiapa sahaja di dalam kereta yang diletakkan dengan enjin. Apabila diletakkan di bawah matahari, suhu kereta boleh naik sehingga 7 darjah Celcius dalam masa 10 minit
Beri masa badan anda untuk membiasakan diri dengan cuaca panas. Hadkan waktu terdedah bawah panas sehingga anda dapat mengendalikannya dengan mudah.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bercakap tentang ilmu Faraid pasti ramai yang bertanya tentang harta peninggalan suami. Tak ramai yang tahu tentang harta faraid jika berlaku kematian pada si isteri. Ada juga yang menyangka semua harta isteri akan jatuh pada suami walhal harta isteri perlu difaraidkan.
Sama seperti perkongsian dari Roslina Sabiyah & Co. dimana ada yang datang mengadu tentang suami si mati ingin mengambil semua harta si mati tanpa mengetahui tentang hukum faraid. Sama-sama kita baca perkongsian ini.
Soalan:
Puan, arwah kakak saya baru meninggal. Beliau meninggalkan seorang suami, ibu ayah masih ada dan beliau tidak ada anak. Kakak ada 5 adik-beradik termasuk saya (3 lelaki dan 2 perempuan). Kakak seorang yang bekerjaya dan mempunyai beberapa harta peninggalan berbentuk rumah, tanah dan beberapa simpanan di kwsp, tabung haji dan bank.
Masalahnya puan, suami kakak mengatakan harta2 tu semua akan jadi 100% hak suami semuanya kerana beliau ialah waris asobah kepada isteri. Bukankah kami adik-beradik si mati pun ada bahagian puan? Mohon pencerahan.
Jawapan:
Suami bukan waris asobah!
Apa maksudnya? Jika isteri meninggal dunia, harta2 isteri bukanlah automatik akan jadi milik suami semuanya. Rumah yang atas nama isteri, akaun bank, kwsp, tabung haji, asb, barang kemas dan lain2.. akan kena difaraidkan kepada waris2 faraid isteri.
Siapa waris faraid isteri tu tadi?
Suami: 3/6 (suami dapat 1/2 kerana si mati tiada anak) Ibu: 1/6 (ibu dapat 1/6 kerana si mati meninggalkan saudara lebih dari seorang) Bapa: 2/6 (bapa dapat 1/6 dan baki) 5 adik beradik (3L&2P): tak dapat faraid kerana terhalang oleh bapa.
Waris asobah hanyalah anak lelaki, bapa, bapa saudara, datuk, cucu lelaki dan adik-beradik lelaki. Tapi perlu diingat, dalam 1 situasi kematian, hanya ada 1 kategori asobah sahaja yang boleh wujud dalam 1 masa. Contohnya, kalau si mati ada anak lelaki, maka bapa atau datuk atau adik-beradik dah tak boleh jadi waris asobah. Waris asobah hanya akan dapat bahagian faraid selepas ditolak bahagian faraid waris fardhu dahulu. Kadang2 waris asobah akan dapat bahagian yang paling banyak dan kadang2 ada juga keadaan yang waris asobah langsung tak dapat bahagian kerana tiada lagi baki faraid.
Berapa bahagian suami? Jika si isteri meninggal dunia dan dia tak ada anak, suami akan dapat 1/2. Tapi kalau si mati ada anak, maka suami akan dapat 1/4. Walaupun si isteri tu baru kahwin dengan suami tu beberapa bulan. Si suami tetap ada hak faraid ke atas harta isteri walaupun harta2 isteri tu diperolehi dari harta pusaka arwah suami yang sebelumnya.
Selain hak faraid, suami juga boleh mohon harta sepencarian ke atas harta pusaka isteri di mahkamah syariah. Harta sepencarian bukan diperolehi secara automatik tapi perlu dimohon dan diputuskan di mahkamah syariah berapa bahagian yang suami akan layak dapat.
Kesimpulannya: Suami tak dapat 100% kerana suami tertakluk kepada bahagian faraid (1/2 @ 1/4). Adik-beradik si mati juga tak dapat bahagian pusaka kerana telah terhalang oleh bapa yang merupakan waris asobah.
Pengajarannya: semua persoalan perlu diselesaikan dengan secara baik dan berlandaskan ilmu. Kadang2 kita rasa bahagian kita banyak dan kita rasa kita ada hak ke atas sesuatu. Rupa2nya selepas diperhalusi, bahagian kita hanya terhad sahaja ataupun sebenarnya tak ada bahagian langsung rupanya. Sebab itu penting untuk merujuk masalah kepada yang ahlinya dan bukannya selesaikan masalah dengan emosi atau bersangka-sangka. Moga ada manfaatnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!