Pening dibuatnya bila bayi kecil kita sudah pandai menolak bubur, tak mahu makan. Apa nak buat? Tukarkan menu atau pelbagaikan dengan menu lebih kreatif.

Menurut Dietetion, Pn Fizah Sobri, cubalah pelbagaikan menu untuk bayi kerana bayi juga sudah punya rasanya sendiri. Jadi pelbagaikan.


Soalan Mommies
Anak saya masuk 8 bulan tolak bubur. Sebelum ni makan takde masalah pun. Saya risau anak tak makan. Macam mana nak bagi dia makan?

Jawapan saya
Berapa kerap kali bagi bubur sehari? Kalau pagi petang siang malam bagi bubur tapi cuma tukar lauk of cozz baby akan boring dengan menunya.

Bayi 8 Bulan Dah Mula Tolak Makan Bubur, Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak!

Kita yang dewasa pun tak akan makan nasi pagi petang siang malam, akan ada kepelbagaian dalam menu. Sama juga dengan baby.

Sebenarnya baby lagi cepat bosan dengan menu banding dengan dewasa.

Risau risiko cekik semasa tukar dari bubur ke menu lain?
Umur 8 bulan dah sesuai masuk tekstur lenyek malah boleh mula lauk cincang halus sudah. Banyak saja menu boleh dicuba masa ini.

Jemput-jemput, buah, lempeng, pasta. Haish macam macam la.

Ingat baby pun boleh bosan menu sama.

Bayi 8 Bulan Dah Mula Tolak Makan Bubur, Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak!

IKLAN

Cadangan resipi untuk bayi

Berikut merupakan cadangan menu anak yang boleh dicuba oleh semua mommies. Idea resipi dari Pn Dahlia Kamaruza ini memang terbaik. Kreatif!

Bayi 8 Bulan Dah Mula Tolak Makan Bubur, Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak!

Resepi Potato Fritata

Kentang sebiji (potong halus)
Carrot 1 inci (cincang halus)
Sawi daun sahaja (hiris halus)
Tepung jagung 1 tbs
Mixed herbs secubit
Minyak untuk menggoreng

Potong halus semua bahan. Ada sagat carrot dengan kentang tu boleh sagat je. Masuk dalam tapis, basuh kejap then toskan. Gaul bersama tepung jagung. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dan masukkan adunan.

Penyekkan hingga rata. Dah rata biar sampai masak dan garing sebelum terbalikkan. Api slow je. Siap.

IKLAN

Bayi 8 Bulan Dah Mula Tolak Makan Bubur, Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak!

Pancake Oat With Dragonfruit & Bayam

Bayam 4 helai daun sahaja (blend)
Dragonfrut 2 ice cube (puree)
Oat 1 tbs
Tepung gandum 2 tbs
Tepung jagung 1/2 tbs
Sedikit minyak
Sedikit air

Blend bayam dengan sedikit air. Campur bersama puree dragonfruit, oat, tepung gandum dan tepung jagung.

Panaskan pan dan tuang sedikit minyak. Cedok adunan sesenduk then biar masak sebelum terbalikkan. Siap.

Bayi 8 Bulan Dah Mula Tolak Makan Bubur, Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak!

Pancake Beetroot And Pumpkin

IKLAN

Beetroot 1/4 biji (puree)
Pumpkin 1 slice 3 inci (puree)
Telur 1 biji
Tepung gandum unblech 2 sudu besar
Tepung jagung 1/2 sudu besar
Unsalted butter 1 tsp
Sedikit air

Stim beetroot dan pumpkin sampai lembut then blend halus. Tambah sedikit air, telur dan tepung. Gaulkan sebati.

Bancuhan tak pekat sangat or cair sangat. Panaskan kuali leper, letakkan butter then cedok adunan ke atas pan. Tunggu dah masak baru terbalikkan.

Bayi 8 Bulan Dah Mula Tolak Makan Bubur, Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak!
Lempeng Bayam

Bayam 1/2 genggam (cincang halus)
Telur sebiji
Bawang holand 1 hiris (dadu)
Tepung gandum 5 tbs
Tepung jagung 1 tbs
Sedikit air
Minyak 1 tsp

Gaul bersama bayam, tepung gandum, bawang holand, tepung jagung dan telur dengan sedikit air. Bancuhan cair je tak pekat.

Panaskan kuali leper, letak minyak dan tuangkan adunan. Leperkan dan biarkan sampai masak. Terbalikkan dan biar hingga masak.

P/s: Boleh add on cbs/chicken powder/santan/susu fullcream untuk rasa yang lebih umpp.

Menarik: Kalau Tak Ada Kekangan Kewangan Ambillah, Elfira Loy Nasihatkan Bakal Ibu Ambil Epidural Waktu Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI