Bila ada anak kecil ni mata ibu ayah kena sentiasa peka. Kadang bila sesuatu perkara nak berlaku sekejap je. Tak semestinya dari anak je tetapi kita pun ada masanya terlepas pandang.
Seperti yang tular di media sosial, bayi 8 bulan tersedak penapis dawai apabila ibunya tidak perasan ada serpihan besi dawai dalam bubur anaknya. Kejadian ini dikatakan berlaku di Vietnam.
Sebelum ni kita selalu dengar berita dawai kokot dalam makanan orang dewasa namun kali ini berlaku pula dalam makanan bayi kerana kecuaian ibu ketika menyediakan makanan anak.
IKLAN
Buat ibu-ibu semua, tolonglah berhati-hati. Sebaiknya janganlah pakai penapis macam ini atau apa saja peralatan yang ada dawai dalam penyediaan makanan anak.
Sekiranya rasa nak lumatkan lagi, kisar je bubur tu bagi betul-betul halus. Selepas tu sebelum nak suapkan makanan pada anak, tolong perhatikan dahulu. Bayi tak tahu apa. Yang mereka nampak hanya makanan itu sahaja.
IKLAN
Ingatlah dalam apa sahaja yang kita lakukan, bila ada anak kecil ni kena lebih extra penjagaan. Begitu juga bila anak menyusu. Tetap kena perhatikan untuk mengelak kejadian tersedak susu. Ini pun antara kes yang selalu berlaku dalam kalangan bayi.
Sumber: Nurasykin Ali Breastfeeding Peer Counselor
#kakekinkongsiinfo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengambilan ubat tanpa saranan doktor atau ahli farmasi sangat berbahaya. Tidak boleh suka-suka makan ubat atau pil hanya kerana ia viral dan dikatakan mempunyai fungsi tertentu seperti membesarkan payudara, menegangkan punggung, melangsingkan badan dan sebagainya.
Sekiranya anda mahu mengambil sebarang pil, sangat penting untuk bertanya dahulu tentang dos serta kesannya terhadap tubuh. Jangan sesekali beli ubat dari penjual atas talian hanya kerana terpedaya dengan strategi pemasaran mereka.
Melalui perkongsian di Medical Mythbusters Malaysia, Dr Amirul Amzar menerangkan tentang pil Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara. Ikuti penjelasan ini.
PIL PEMBESAR PAYUDARA (wajib baca sampai habis kalau nak guna)
Tular baru-baru ini perkongsian netizen berkaitan sejenis pil bernama Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara penggunanya. Kata netizen ini, pil tersebut mengandungi hormon estrogen yang membantu meningkatkan saiz payudara sekiranya diambil dua kali seminggu.
Perkongsian ini bukan sahaja SALAH malah berpotensi MEMUDARATKAN.
Postinor adalah pil hormon levornogestrel (sejenis hormon progestogen, BUKAN estrogen) yang mana berfungsi sebagai pencegah kehamilan dalam keadaan kecemasan (emergency contraception). Ianya adalah Racun Kategori C, bermakna boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor, tetapi perlu dijual dengan kehadiran ahli farmasi bertauliah.
Pil ini tidak disarankan diambil secara berterusan. Oleh itu, penjualan pil ini di internet atau media sosial adalah SALAH dan melanggar undang-undang.
Pil ini berpotensi menyebabkan beberapa kesan sampingan serius, antaranya: 1) risiko interaksi bersama ubatan lain 2) risiko membebankan fungsi hati 3) risiko kitaran haid tidak teratur sekiranya digunakan dengan kerap 4) risiko peningkatan tekanan darah 5) risiko kemandulan sekiranya digunakan tanpa kawalan
Oleh itu, pengambilan Postinor secara berterusan dengan bertujuan membesarkan payudara bukan sahaja tidak berkesan, malah ianya boleh memudaratkan. Ianya TIDAK MENGANDUNGI estrogen.
Saiz payudara dipengaruhi secara amnya oleh faktor genetik. Wanita asia secara umumnya mempunyai saiz payudara yang kecil berbanding wanita barat. Selain itu, secara amnya bentuk payudara dipengaruhi oleh jenis tisu yang membentuknya. Payudara dibentuk oleh 2 jenis tisu utama iaitu lemak dan juga kelenjar.
Wanita di peringkat umur subur mempunyai lebih tisu kelenjar berbanding lemak. Kelenjar ini berfungsi dalam penghasilan susu selepas bersalin. Oleh itu wanita yang mengandung mempunyai saiz payudara yang lebih besar. Apabila wanita berumur, tisu kelenjar akan berkurang dan lebih banyak tisu lemak menjadikan payudara kurang anjal.
Ada kajian yang menunjukkan payudara akan lebih menarik sekiranya seseorang itu tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Kajian yang dijalankan dalam kalangan saudara kembar ini juga menunjukkan berat badan berlebihan juga menjadikan payudara tidak menarik.
Oleh itu, jikalau mahukan payudara yang menarik, berhenti merokok, jangan minum alkohol dan dapatkan berat badan ideal. Bukan dengan makan pil hormon yang merbahaya dan tidak berkesan.
Dan terakhir, wanita yang mempunyai saiz payudara yang besar akan lebih berisiko mempunyai masalah sakit tengkuk, belakang dan bahu berbanding mereka yang berpayudara kecil. Maka bersyukurlah dengan kurniaan semulajadi.
Berapa oz sebenarnya yang ibu bekerja perlu dapatkan untuk memastikan penyusuan dapat berjalan dengan baik dan lancar hingga cukup tempoh 2 tahun?
Persoalan ini sentiasa buatkan ramai ibu yang bekerja dalam dilema lagi-lagi yang sedang berpantang dan akan mula masuk kerja tak lama lagi.
Menurut Kaunselor Laktasi, Noorfazila Binti Abdul Rahman, bab penyusuan susu ibu, ibu-ibu tak boleh nak selalu bandingkan susu kita dengan susu ibu lain. Ini bagi mengelakkan ibu itu sendiri rasa stres. Selagi cukup untuk anak, kira berjayalah walaupun tak penuh peti simpan stok.
Jadi nak tahu berapa banyak ibu perlu dapat, ini sepatutnya semua ibu perlu faham dulu.
Adakah ibu mesti dapat 20oz ke atas baru boleh berjaya dalam penyusuan?
Adakah dengan hanya dapat 12-15oz sehari ibu tak mampu berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu hingga cukup 2 tahun?
Adakah ibu yang mampu hasilkan lebih dari 40oz sehari confirm boleh berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun?
Adakah dengan sekali perah hanya dpt 3oz ibu tak mampu melengkapkan penyusuan untuk anak mereka?
Saya yakin ramai ibu yang keliru untuk memberi jawapan BETUL atau SALAH pada persoalan di atas..kerana tiada satu jumlah oz pun yang mampu menjanjikan kejayaan dalam penyusuan.
Semuanya bergantung pada KEPERLUAN ANAK.. Ya dengan mengetahui berapa oz yang anak perlukan setiap hari di rumah pengasuh barulah ibu boleh merancang perjalanan penyusuannya agar lebih lancar dan sempurna.
Sebab itulah saya katakan tiada satu jumlah oz pun yang WAJIB atau MESTI ibu perolehi kerana setiap orang keperluan anaknya berbeza..ada ibu yang anaknya cuma perlukan 12oz saja sehari tapi ada ibu seperti saya pernah perlukan 32oz untuk anak lelaki saya dalam sehari.
Jadi anda tidak perlu atau jangan sesekali BANDINGkan hasil kita dengan orang lain, jangan pernah persoalkan kenapa ibu lain boleh dapat lebih sedangkan dengan hasil yang anda perolehi mampu cukupkan keperluan anak anda hari ini.
Saya ambil contoh :-
1. Anak anda perlukan 3oz x 6 botol sehari..ada masa kesemua 6 botol habis, ada masa ada balance 1 botol..jangan kira yang minimum tapi ambil kira jumlah maksimum 18oz..
2. Jadi, jumlah hasil yang anda perlu dapat MESTILAH sekurang2nya 18oz..jika lebih alhamdulillah tp jika tidak cukup usahakan untuk mencukupkan keperluan itu sebaiknya..hasil yang dimaksudkan bukan hanya jumlah hasil di pejabat sahaja tapi termasuk hasil perahan waktu subuh dan sebelum tidur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas dua bulan melahirkan bayi perempuan, Syatilla Melvin berkongsi gambar terkini Sarima yang buatkan ramai geram melihat badan Sarima yang bersemangat dan pipinya yang tembam.
Menerusi perkongsian Syatilla, berat Sarima kini dah hampir mencecah 6 kilogram dan mungkin akan mengatasi abangnya, Syeriv ketika bayi.
Berdasarkan perkongsian Syatilla sebelum ini, dia memang menyusukan Sarima dengan susu badan dan bersyukur rezeki susunya meriah untuk Sarima.
Begitu juga ketika melahirkan Syeriv susunya juga banyak dan puas hati dapat menyusukan anak tanpa mencampurkan susu formula. Apa yang penting kena konsisten memberikan susu dan rajin mengepam untuk pengeluaran susu lancar.
“Paling utama, ibu yang menyusu ini kena disiplin. Jika ibu bekerja kena rajin mengepam tiga atau empat jam sekali untuk pastikan susu sentiasa meriah.
“Selain itu, menjaga pemakanan ketika menyusukan bayi juga antara tip paling penting. Nak makan apa sahaja terpulang tetapi boleh kurangkan makan pedas, elak minuman berkafein atau makanan terlalu manis dan berminyak,” katanya yang berkongsi tip dalam video diinstagramnya bulan lalu.
Dalam perkongsian di instagram Sarima, melalui apa yang dikongsikan Syatilla, setakat ini Sarima anak yang mudah dijaga dan tak banyak ragam. Jika dia menangis pun hanya nak menyusu.
Waktu tidurnya memang lama dan boleh sampai 3 jam barulah bangun untuk menyusu semula.