“Biarlah anak tengah selera nak makan” Selalu kita dengar ungkapan sebegini dari orang-orang tua kita bila mana kita larang anak dari makan banyak dan berlebih-lebihan. Hakikatnya kenaikan berat badan dan mencapai paras obesiti sebenarnya amatlah tidak sesuai untuk anak kita.
Paling terkesan pastinya tisu otaknya yang makin mengecut. Apa jadi kalau tisu otak anak mengecut? Inilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Bila berat badan bertambah lebih dari paras normal, tisu otak anak akan makin mengecut.
Warna merah yang banyak, terang dan jelas dalam gambar sebelah kiri, itu untuk aktiviti otak yang normal. Sebaliknya pulak warna merah dalam gambar otak di sebelah kanan untuk anak yang obese.
Dopamin. Hormon yang mainkan peranan untuk kawal fungsi dan aktiviti otak. Dopamin yang cukup, sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental seorang anak.
Hormon ni akan rendah bila berat badan anak kita berlebihan. Otak tak dapat jalankan fungsi dengan baik, dan aktiviti otak akan menurun.
Anak nak kawal pergerakan pun dengan bantuan dopamin. Boleh bayangkan kalau dopamin rendah, signal lambat sampai, aktiviti anak akan jadi makin slow.
Hormon dopamin kalau rendah, boleh jugak tingkatkan risiko depression pada anak tau. Buat anak susah nak tidur pun ya jugak.
Ads
Sebab tu penting sangat kita jaga berat badan anak. Biar ideal. Tak nak overweight atau obese. Nanti akan bantutkan fungsi otak anak kita yang baru nak berkembang.
Kawan baik obesiti ada 2 je. Wajib korang elakkan 2 bahan ni kalau berat anak nampak macam tak boleh nak dikawal.
1. Karbohidrat – Gula, roti, nasi, kuih, kek, makanan bertepung, tak kisah gandum mahupun gluten free, ada yang masih tinggi dengan karbo contohnya tepung beras dan tepung kentang.
– Kurangkan sebanyak mungkin dari anak yang obese. Ini yang akan buat badan anak makin menaik. Nasi, bagi kuantiti yang anak perlu je, bukan selagi dia tak kenyang, kita biar anak makan. Bukan begitu tau.
2. Makanan ultra proses
– Paling perlu kita elakkan dari anak yang obese, sebab makanan macam ni bahan ramuannya bukan dalam kawalan kita.
Ads
– Biskut, roti, nugget, coklat, cereal, dan banyak lagi sampai tak tertulis kan. Kebanyakkan yang konsepnya makanan dalam pek, plastik, tin, dan disimpan pada suhu bilik hingga boleh bertahan 2 – 3 tahun, itu lah dia makanan ultra proses.
– Gula tinggi, transfat, pemanis tiruan seperti High Fructose Corn Syrup (HFCS), ini yang buat anak ketagih nak makan selalu dan buatkan dia susah nak dapat berat badan ideal.
Cukup je pantang dan kurangkan 2 bahan makanan ni. Cuba je dulu, 2 minggu. Hasilnya korang akan nampak sendiri. Berat badan anak confirm akan turun, dengan izinNya.
Tapi tulah, susah nak buat. Susah sangat. Kalau ada kemahuan yang jelas, kenapa nak anak dapat berat badan ideal, kenapa nak anak sihat, kenapa nak otak anak berfungi dengan baik, insyaAllah korang akan kuat untuk teruskan.
Ads
Kita yang anak berat ideal pulak, taknak lah beriya bagi anak ambil makanan ultra proses k. Makanan macam tu, memang kena elakkan jugak, tak kisah berapa berat pun anak kita. Tetap kena cuba elak sedaya mungkin. Tak ada yang baik pun kan dengan makanan macam tu.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Bagusnya, semua Rina makan’ begitulah reaksi rata-rata warga maya yang menonton video perkongsian Maryam di laman Instagramnya.
Maryam DurianKimchi yang juga merupakan personaliti media sosial bersama ahli keluarga kini sedang bercuti di Thailand dan begitu menikmati makanan di sana. Malah si kecil, Rina turut seronok mencuba semua makanan di sana.
Tanpa menolak satu pun makanan yang disuap, gelagat Rina membuatkan ramai yang menonton terasa lapar dan ingin ke Thailand untuk mencuba makanan di sana.
Seronok betul Rina makan ya! Pelbagai jenis makanan yang dicuba dari mee, sotong hinggalah buah-buahan.
Rina yang kini berusia 2 tahun menjadi perhatian ramai kerana telatahnya yang suka makan dan memberi isyarat sedap dengan menunjukkan ‘thumbs-up’ setiap kali makan.
“Ibu, saya nak makan nasi dengan kicap je, taknak sayur dan ayam.” Ada pengalaman tak anak-anak anda memilih makanan atau pernah terjumpa anak yang memilih makan?
Berikut adalah tips untuk kita mulakan daripada awal supaya anak kita lebih mudah untuk menerima pelbagai jenis makanan dan tidak cenderung untuk menjadi “picky eater”
1. Tetapkan waktu yang betul
Latih anak untuk makan mengikut waktu yang betul supaya anak terbiasa dengan rutin. Rutin yang tetap membolehkan badan anak beradaptasi dengan rasa kenyang Dan lapar dengan lebih teratur.
2. Kenalkan pelbagai jenis makanan bermula dari kecil.
Ibu bapa boleh memperkenalkan pelbagai jenis karbohidrat, sayur, buah dan protein kepada bayi anda setiap hari bermula daripada umur 6 Bulan. Lidah bayi sangat sensitif kepada rasa. Kalau nak anak mudah makan sayur dan buah, ibu dan ayah perlulah sediakan sayur dan buah yang berbagai untuk anak setiap hari.
3. Kenalkan pelbagai tekstur makanan
Bermula daripada umur 6 bulan, perkenalkan tekstur yang lembut kepada lebih pejal secara beransur-ansur mengikut usia bayi. Apabila sudah boleh mengunyah, ibu dan ayah boleh memperkenalkan makanan yang bertekstur kasar seperti bihun, pasta, cucur, jagung. Ini bagi melatih kemahiran sensori, fizikal, dan perkembangan oral motor anak.
4. Jadikan masa makan, masa Yang menyeronokkan
Antara cara menarik minat anak anda terhadap makanan adalah
Memberi peluang anak anda membantu ketika penyediaan makanan
Sediakan makanan daripada pelbagai jenis warna dan bentuk bagi menarik minat anak
Respon dan tumpukan perhatian kepada anak anda ketika sedang makan supaya dia rasa seronok untuk makan
Elak marah atau bermasam muka sekiranya makanan tumpah atau anak bermain dengan makanan kerana ini akan membuatkan anak trauma atau tidak suka waktu makan.
Semua tips ini boleh dipraktikkan secara berulang kali. Yang penting, proses memupuk makan secara sihat dan seimbang perlulah dimulakan awal. Jom ibu dan ayah, berikan anak anda makanan berkhasiat untuk tumbesaran yang baik.
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini jarang disebabkan oleh penyakit yang serius.
Apakah yang dimaksudkan dengan enggan makan?
Menurut perkongian daripada MyHealth Portal, keengganan untuk makan berlaku apabila kanak-kanak menolak makanan baru yang diperkenalkan kepadanya atau apa jua makanan ditawarkan kepada mereka.
Apakah makanan yang biasanya ditolak oleh kanak-kanak?
Kanak–kanak yang berumur antara 1 tahun hingga 5 tahun biasanya takut untuk mencuba makanan baru yang diperkenalkan kepada mereka. Kanak-kanak memilih makanan dan akan makan makanan tertentu sahaja. Masalah yang paling utama adalah kanak-kanak yang enggan makan sayur.
Masalah utama dalam kalangan bayi adalah keengganan makan makanan pejal.
Apakah penyebab masalah ini berlaku?
Keengganan untuk makan merupakan sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak. Pada amnya, kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit.
Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak mengalami gejala seperti penurunan berat badan, muntah dan tercekik, anak anda perlukan penilaian yang lebih terperinci oleh doktor anda. Kemungkinan anak anda mengalami penyakit lain (selain daripada keengganan untuk mengambil makanan) seperti:
-Mempunyai perasaan benci terhadap makanan
-Kegagalan otot-otot pengunyahan ( mulut)
-Penyakit “gastro oesphageal reflux”
-Kegagalan Neuro (otak saraf)-contoh:cerebral palsy (keabnormalan perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan koordinasi pada anggota-anggota tubuh).
-Usus kecil tersumbat “Intestinal obstruction”
Achalasia – keadaan yang mengganggu aktiviti normal otot esofagus “gulet” dan ini melibatkan perjalanan bahan-bahan yang ditelan.
Bagaimana masalah ini boleh berlaku?
Bayi anda menunjukkan masalah dengan:
-Tidak bercerai susu pada masa yang sesuai
-keengganan memakan makanan pejal.
Kanak-kanak mungkin:
Lebih suka memilih makanan – hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja.
Enggan memakan makanan baru yang diperkenalkan.
Enggan makan apa jua jenis sayur.
Hanya makan sejenis makanan sahaja sepanjang masa.
Jika pertumbuhan dan perkembangan anak anda berlaku secara normal, kemungkinan masalah ini adalah masalah biasa.
Tanda-tanda bahaya:
Jika anak anda mengalami tanda atau gejala seperti berikut: – sila berjumpa doktor dengan “SEGERA”
-Peningkatan berat badan yang perlahan.
-Perkembangan yang perlahan.
-Batuk atau tercekik semasa makan.
-Muntah yang berulang.
Adakah terdapat sebarang komplikasi berlaku disebabkan oleh masalah ini?
Tiada komplikasi berlaku sekiranya perkembangan dan pertumbuhan anak anda normal.
Walaupun anak anda hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja, ini tidak bermakna anak anda mengalami kekurangan zat makanan.
Adakah masalah ini boleh dirawat?
Anak anda perlu dinilai oleh doktor sebelum diberi sebarang rawatan. Walaupun anak anda memilih atau mengelak salah satu jenis makanan daripada diet hariannya, ini anda tidak perlu bimbang jika dia membesar secara normal.
Jika anak anda membesar secara normal walaupun menolak makanan, cuba cara berikut:
-Berikan makanan yang sering dielakkan oleh anak anda pada masa yang lain. Terus berusaha dan jangan putus asa.
-Terus memperkenalkan makanan baru kepada anak anda.
-Sediakan makanan yang berbeza (termasuklah makanan yang disukai oleh anak anda ) pada setiap waktu makan.
-Hidangkan makanan dalam pelbagai bentuk yang menarik.
-Elakkan makanan manis seperti gula-gula di antara waktu makan.
-Anda boleh memberi vitamin tambahan sekiranya anak anda enggan mengambil makanan tertentu dalam jangka masa yang lama.
-Elakkan makan ketika menonton tv kerana ia akan mengganggu perhatian anak anda.
-Makan bersama ahli keluarga akan menggalakkan anak anda makan. Ia juga memberi anda peluang memberi perhatian dan mengajar anak anda makan.
-Tunjukkan contoh yang baik dengan memakan perlbagai jenis makanan.
-Paling penting – elakkan daripada pertengkaran ketika waktu makan.
Belajar untuk mengurangkan perasaan risau atau bimbang kerana keadaan ini boleh menguatkan lagi keengganan anak anda untuk makan..
-Jangan memaksa anak anda untuk makan.
-Jangan bertengkar dengan anak anda semasa waktu makan.
-Jangan menghukum anak anda sekiranya tidak mahu makan.
-Berikan pujian jika anak anda mula memakan jenis makan yang selama ini ditolak olehnya.
Bagaimana masalah ini dapat dielakkan?
Anda harus:
Menunjuk contoh dengan memakan hidangan yang lengkap bersama anak anda.
Perkenalkan pelbagai jenis makanan baru seawal umur 6 bulan.
Jangan berikan terlalu banyak susu atau jus antara waktu makan utama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit Foto: Freepik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.