Berperang nak beri anak makan ubat supaya cepat sembuh situasi yang biasa yang perlu ibubapa hadapi. Sampaikan ada anak meraung-raung macam kena dera semata-mata terpaksa makan ubat. Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh ikuti perkongsian dari doktor tentang cara yang betul untuk pujuk anak makan ubat tanpa perlu berperang.
TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT.
Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka.
Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah:
1. Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang.
Ads
2. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat mengurangkan selsema. Ini memudahkan tugas ibubapa memberikan ubat untuk anak.
3. Berikan ubat dalam jumlah yang sedikit, demi sedikit dengan menggunakan syringe (picagari). Mungkin setiap kali berikan satu ml. Ambil sedikit masa untuk anak menghabiskan 5ml ubat.
4. Campurkan dengan madu. Bagi anak yang berusia 2 tahun ke atas, berikan ubat dan campurkan sedikit madu bagi membantu mengurangkan rasa pahit ubat yang bakal ditelan.
Ads
5. Berikan anak air yang mencukupi beberapa jam sebelum ubat diberikan. Anak yang mengalami dehidrasi selalunya lidah mereka lebih sensitif dan lebih mudah menolak ubat yang rasanya pahit.
6. Masukkan ubat dari tepi lidah supaya anak tidak mudah tercekik sepertimana kita memberikan ubat terus ke tengah lidah.
7. Ada beberapa ubat yang diformulasikan sebagai suppositories (ubat masuk punggung) terutamanya ubat demam. Boleh gunakan dengan meletakkan sedikit minyak bagi memudahkan masuk ke dalam punggung.
8. Tunjukkan kasih sayang ketika memberikan ubat pada anak, kerana pada masa itu anak-anak mahu rasa selamat, dilindungi dan disayangi. Memarahi anak bukan cara terbaik memujuk anak memakan ubat.
Ramai ibu bapa menganggap anak tidur mulut terbuka atau anak bernafas melalui mulut itu hanyalah perkara kecil. Hakikatnya, tabiat mouth breathing boleh memberi kesan jangka panjang kepada perkembangan muka, gigi, tidur, emosi dan juga postur tubuh si manja.
Lebih awal ibu ayah sedar, lebih mudah masalah ini dirawat—malah banyak komplikasi boleh dicegah sebelum anak membesar. Ramai tidak sedar bahawa anak bernafas melalui mulut adalah tanda awal masalah kesihatan yang sering diabaikan, sedangkan kesannya boleh kekal hingga dewasa.
Bila anak kerap membuka mulut ketika tidur, struktur muka dan rahang mereka akan berkembang secara tidak normal. Antara kesan yang sering berlaku ialah:
Walaupun tidak membahayakan nyawa, perubahan ini kekal dan boleh menjejaskan keyakinan diri anak apabila mereka meningkat besar. Anak bernafas melalui mulut untuk tempoh lama meningkatkan risiko long-face syndrome dan perkembangan muka yang tidak seimbang.
Anak yang bernafas melalui mulut biasanya mempunyai rahang yang tidak kuat dan tidak berkembang sempurna. Ia menyebabkan:
Masalah ini sebenarnya boleh dicegah jika pernafasan mulut dihentikan sejak awal. Ramai pakar pergigian juga menekankan bahawa punca utama malocclusion kanak-kanak adalah tabiat pernafasan mulut yang tidak dirawat.
Tidur dengan mulut terbuka menyebabkan anak:
Deep sleep sangat penting untuk pembebasan hormon pembesaran dan perkembangan otak. Bila tidur terganggu, tumbesaran dan fokus si kecil juga akan terjejas. Anak bernafas melalui mulut semasa tidur biasanya menunjukkan tanda-tanda letih pada waktu pagi walaupun tidur lama.
Pernafasan mulut mengurangkan proses penapisan dan kelembapan udara. Ini menyebabkan:
Ini kerana oksigen yang masuk tidak optimum seperti pernafasan melalui hidung. Dalam jangka panjang, tahap tenaga dan kemampuan belajar anak juga boleh terjejas.
Tabiat mulut sentiasa terbuka menyebabkan posisi lidah tidak betul. Akibatnya:
Ramai pakar terapi pertuturan mengaitkan anak bernafas melalui mulut dengan kelewatan bahasa kerana otot oral tidak berfungsi secara normal.
Untuk ‘tangkap’ lebih banyak udara, kepala anak akan condong ke depan. Lama-kelamaan:
Pantau sama ada anak mempunyai:
Jika melibatkan tonsil besar atau saluran sempit, pemeriksaan pakar ENT sangat disarankan.
Kadang-kadang mouth breathing berlaku kerana habit. Ibu ayah boleh:
Beberapa teknik lembut yang selamat dilakukan ibu bapa:
Ia kelihatan kecil, tetapi sangat besar kesannya untuk masa depan perkembangan wajah dan kesihatan anak.
Mouth breathing bukan sekadar tabiat kecil. Ia memberi kesan kepada rupa, perkembangan rahang, kualiti tidur, emosi, postur dan kesihatan keseluruhan anak. Semakin awal ibu ayah peka, semakin mudah kita membantu anak bernafas dengan betul dan membesar dengan lebih sihat. Kesedaran tentang anak bernafas melalui mulut dapat membantu mencegah banyak masalah jangka panjang yang sering tidak disedari.
Gigi kekal sudah tumbuh di belakang, perlukah gigi susu dicabut? Hal ini sering menjadi dilema pada mama papa. Perlukah dibawa ke klinik atau biarkan ia tercabut sendiri.
“Mama tengok ni. Ada gigi baru tumbuh kat belakang gigi Anis,” kata Anis sambil mengangakan mulut ke arah ibunya. Setelah diteliti, memang ada gigi baru kekal tumbuh di belakang gigi kacip bawah. Memang sudah agak panjang dan tumbuhnya menyenget. Gigi kacip susunya itu juga sudah mula bergoyang apabila ditolak lembut dengan jari. Timbul kekeliruan pada fikiran si ibu sama ada ingin mencabut gigi susu tersebut untuk memberi laluan kepada gigi kekal tumbuh atau membiarkan sahaja gigi susu tersebut tercabut sendiri. Mama dalam dilema…
Situasi begini biasa terjadi pada kanak-kanak yang mula melalui fasa tumbuh gigi kekal seawal usia enam tahun. Bagaimana untuk membuat keputusan sama ada perlu mencabutnya atau tidak? Sekiranya dibiarkan adalah gigi kekal tersebut akan tumbuh senget dan bertindan.
GIGI SUSU MULA GOYANG
Menurut pandangan profesional pergigian, Dr Mazleen Abdul Rahman dari Klinik Pergigian Dr. Leen mengatakan masalah atau dilema ini biasa berlaku terutama sekali bagi ibu bapa dan anak pertama mereka. Katanya ramai yang mendapatkan perkhidmatan untuk mencabut gigi apabila gigi susu anak mereka mula bergoyang.
“Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar enam bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia dua setengah hingga tiga tahun, semua gigi susunya telah tumbuh sepenuhnya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, diikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut urutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
“Apabila umur kanak-kanak sekitar enam tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Hal ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika gigi yang bergoyang dicabut terlalu awal, maka gigi kekal yang bakal tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya,” kata Dr Mazleen.
Kanak-kanak akan memiliki 20 batang gigi susu. Warnanya putih dan akan mula luruh apabila mencecah usia lima tahun ke atas dan diganti dengan gigi kekal.
5 KEADAAN GIGI SUSU PERLU DICABUT OLEH DOKTOR
Walau pun begitu, Dr Mazleen memberikan beberapa keadaan yang memerlukan gigi si manja dicabut oleh doktor gigi iaitu:
1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
2. Gigi susunya si manja boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.
4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.
5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan atau tidak berani untuk mencabut sendiri gigi anak yang sudah bergoyang.
MITOS TENTANG GIGI TIDAK TERSUSUN
Selain itu, menurut Dr Mazleen, terdapat mitos yang mengatakan sekiranya gigi susu yang sudah bergoyang tidak dicabut segera, gigi kekal yang tumbuh akan menjadi tidak tersusun dan bertindan. Katanya,hal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Terdapat beberapa keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh menjadi tidak teratur? 1. Keturunan Rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat untuk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2.Gigi yang dicabut terlalu awal Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak mengambil tempat kawasan yang dicabut. Hal ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di lokasi tersebut tiada tempat . Biasanya gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3.Gigi susu yang tidak dicabut Gigi tidak teratur biasanya terjadi apabila gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh. Pada kebanyakan keadaan, gigi kekal menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.
TIP ELAK ANAK TRAUMA UNTUK PERIKSA GIGI
Dr Mazleen menyarankan ibu bapa agar membawa si manja untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia dua atau tiga tahun. Bukan sahaja bertujuan cabut gigi, tetapi untuk pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
“Hal ini amat penting kerana apabila mereka sudah biasa dan tidak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan sama ada tampalan atau cabut. Jangan sesekali memaksa mereka untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik. Bimbang sekiranya mereka tidak melakukan dengan rela hati mereka boleh menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sehingga dewasa kelak,”.
Katanya lagi, gigi yang bergoyang tidak semestinya terus dicabut. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak menjadi tuan, adakah ia kesan daripada kesilapan ibu bapa dalam mendidik? Ikuti penerangan pakar pendidikan awal kanak-kanak ini.
Mungkin ramai yang berpendapat ibu bapa yang memberikan kebebasan kepada anak-anak akhirnya akan menjadi mangsa keadaan, di mana si kecil setelah meningkat usia menjadi seorang yang agresif dan terlalu bebas bersuara hingga boleh mengganggu emosi orang lain. Adakah ia benar?
SUKA MEMANIPULASI
Menurut Prof Dr Bustam Kamri, Dekan Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, kanak-kanak pada usia lima hingga enam tahun sudah pandai memanipulasi untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Kajian menunjukkan kanak-kanak mula tidak bercakap benar apabila antara usia dua hingga empat tahun. Ini menandakan pemikirannya sudah terpisah daripada ibu bapa. Ini juga menandakan kefahamannya kepada perkataan ‘tidak’ atau ‘tak boleh’ membantunya menggambarkan sempadan antara keinginan, kehendak dan perasaan.
Manipulasi atau lebih mudah disebut berbohong ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah untuk mengelakkan daripada didenda, mendapatkan kelebihan, mengawal, sebab sesuatu akibat yang tidak diingini atau merangsang kendiri. Dia seperti orang dewasa, berbohong untuk mendapatkan kuasa, mengekalkan privasi atau melindungi rakan.
Anda perlu faham kanak-kanak pada usia ini sudah tahu perbezaan bercakap benar dan berbohong dan tahu ia adalah satu kesalahan. Senang sahaja kalau anda ingin mengetahui sama ada dia berbohong atau tidak. Selalunya dia akan berkata, “Saya tidak boleh beritahu” atau “Saya tidak tahu.”
BUKAN KRISIS MORAL, FAHAMI DULU PUNCA DIA BERBOHONG…
Walau bagaimanapun, jika anak anda mula berbohong pada usia ini, ia tidak boleh dianggap sebagai krisis moral. Dia hanya berbohong untuk mendapatkan apa yang diingini dan ia dianggap normal dan sihat. Anda tidak perlu menjadi detektif menyiasat kerana ia akan membuatkan dia berasa dirinya tidak dipercayai.
Membantu si manja membina moral dan bertanggungujawab kepada perlakuannya adalah satu matlamat jangka panjang. Antaranya ialah anda sebagai model tingkah laku dengan mempercayainya, mengawal diri dan menghormati orang dewasa. Berikan dorongan dan rangsangan untuknya bertanggungjawab kepada diri. Sentiasa tenang kerana semakin tenang maka semakin baik cara anda berkomunikasi dengan anak.
MENGELAK DARIPADA DIMARAHI ATAU DIHUKUM SELALU JADI PUNCA DIA BERBOHONG
Peribahasa siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri tidak boleh digunapakai bagi kanak-kanak sebaliknya anda perlu melihat kembali sebab pembohongan itu terjadi. Ia adalah untuk mengelak daripada dimarahi atau dihukum.
Walau apa pun, anda boleh boleh menasihatkannya dengan kaedah bercerita seperti cerita “Budak Gembala Kambing” yang mempermainkan kepercayaan orang dengan meminta tolong kononnya serigala datang untuk makan kambing gembalaannya. Dengan ini, si anak akan menilai cerita dan memahami kesan berbohong.
Selain itu, anda perlu meneliti juga sebab dia berbohong, mungkin mahukan lebih perhatian dan aktiviti yang melebihi jangka waktu yang diberi. Berikan anak bimbingan bagi memperbetulkan perlakuan negatif kepada positif di samping memberi keyakinan diri.
MEMBUAT PILIHAN
Ibu bapa menggalakkan anak kecil daripada awal membuat keputusan sendiri (seperti membuat pilihan pakaian sendiri dan memilih makanan sendiri) adalah baik. Memang ada kesan positif di mana anak berdikari, petah dan sebagainya. Tetapi ramai yang gusar andai cara ini punca kepada anak membesar menjadi anak bos, agresif dan sukar menerima teguran.
Menurut Prof Dr Bustam, perkara ini baik kerana ia membantu perkembangan personaliti dengan membina deria automoni. Apabila kita diberikan, selalunya kita akan merasakan ada kawalan. Anak membina keyakinan dalam membuat pilihan dan mengawal apa yang berlaku kehidupannya. Rasa ingin mengawal dengan mencuba secara negatif dalam diri si anak juga dapat dikurangkan.
Daripada ini juga, si kecil belajar bahawa apa yang berlaku dalam kehidupan adalah bergantung kepada apa yang dipilih. Cara terbaik belajar membuat pilihan terbaik adalah dengan membuat banyak pilihan. Biar anak belajar membuat keputusan sejak kecil supaya dia boleh membuat keputusan yang rasional dan waras apabila dewasa nanti. Tetapi bagi mengawalnya, anda boleh mengehadkan pilihan kepada anak seperti memilih satu antara dua pilihan yang ada.
ANAK JADI TUAN AKIBAT SILAP ASUHAN
Anak menjadi tuan ialah kesan gaya didikan ibu bapa permissive iaitu tidak mengawal tingkah laku anak. Akibatnya anak tidak tahu batas sempadan dan ikut gerak hati sendiri serta tidak matang. Ia juga boleh terjadi dengan gaya didikan yang terlalu mengongkong iaitu autoritarian. Dalam didikan cara ini, anak dipaksa patuh arahan tanpa sebarang alasan. Buat sahaja apa yang disuruh kerana menjadi takut kerana hubungan dan dendaan.
Gaya mendidik autoritatif pula lebih kepada kompromi iaitu memberi masa menerangkan peraturan tetapi masih menekankan peraturan. Ibu bapa ada masa mendengar pandangan anak. Anak memahami batas sempadan, bertanggungjawab dan cepat matang. Manakala gaya demokratik pula lebih berdiplomasi. Peraturan dipersetujui bersama bebas memberi pandangan dan berbincang bersama keluarga. Mengelakkan hukuman fizikal. Komunikasi mesra dan terbuka anak dan ibu bapa. Kesannya mesra penyayang dan emosi stabil.
Anda boleh memilih sendiri cara didikan autoritatif atau demokratik bersesuaian dengan personaliti anak. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan terjadinya fenomena ‘anak menjadi tuan’ pada masa akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.