Pada usia anak 2 tahun ke atas mereka seakan mahu berdikari, seakan telah memperolehi kunci untuk membuat semua perkara sendiri. Kadang tu bila dihalang boleh mengamuk. Adakah ini perkembangan yang bagus? Jawapannya ya sebab waktu ini anak sedang meneroka dan belajar sesuatu dari persekitarannya.
Berdasarkan perkongsian Puan Aminah Hussain, ada beberapa peringkat perkembangan yang sepatutnya anak boleh buat pada usia dua tahun.
Berlari dan menyepak bola
Secara fizikalnya anak sepatutnya sudah boleh berlari dan menyepak bola. Sesetengah kanak- kanak juga sudah boleh melompat, membuka seluar atau lampin pakai buang serta mulai meniru setiap perbuatan abang, kakak atau ibu bapanya. Jika diberi mainan anak mungkin akan merosakkannya dan mengoyak buku.
Ads
Berhati- hati dengan orang luar
Iman semasa umurnya 2 tahun telah mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Dia menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari Ibu. Namun jika orang yang jarang dilihat berada disampingnya selama 10 hingga 15 minit dia akan mesra dengan orang itu, tapi masih sesekali melihat Ibu atau Abahnya, takut- takut hilang dari pandangan.
Mengenal anggota badan
Anak juga sudah mampu mengenal anggota badan dengan baik. Seperti Iman yang petah bercakap di usianya 2 tahun, mata, telinga, perut, pusat, hidung dan mulut mampu dituturkan dan ditunjuk dengan tepat dan betul. Ajar anak tanpa menggunakan slang pelat dan inshaAllah anak- anak ibu semua akan mampu bercakap dengan baik pada usia 3 tahun.
Minat kepada buku
Mereka juga mula menunjukkan minat terhadap buku. Apabila diberi pen dan keras mereka mampu melukis bulatan yang kurang cantik. Kanak- kanak di usia 2 tahun juga mampu memahami arahan mudah seperti, “jom kita keluar sayang” atau soalan mudah seperti “nak makan nasi tak?”
Ads
Menghafal
Anak sudah mampu menghafal dan mengingat. Kemampuan mengingat anak akan meningkat pada usia 8 bulan hingga 3 tahun. Sekitar usia 2 tahun, anak dapat mengingat kembali kejadian-kejadian yang terjadi beberapa bulan sebelumnya. Mereka juga dapat memahami dan mengingat dua arahan ibu atau bapa serentak dan mampu mengulangi lagu atau zikir yang biasa didengarnya semasa hendak tidur.
Ads
Cepat tangkap
Si kecil juga cepat menangkap kata-kata baru. Pada usia 2 tahun, anak mengalami perkembangan yang pesat dalam mengucapkan kata-kata. Perbendaharaan kata anak-anak pada usia ini mencapai 50 perkataan. Apatah lagi jika ibu sendiri yang menyebut perkataan- perkataan baru itu.
Begitu banyak perkara yang mampu dibuat ketika anak berusia 2 hingga 3 tahun. Siapa yang menjadi role modelnya? Tidak lain dan tidak bukan ialah ibu dan bapanya sendiri. Jadi kepada ibu bapa, kawal diri anda, jangan mengeluarkan kata- kata atau melakukan perkara- perkara yang tidak sepatutnya. Berilah makanan yang baik- baik pada anak dan ajarlah anak sendiri jika ada masa.
Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak kecil menderita? Alahan (allergy) bukan sekadar bersin atau ruam kulit biasa — ia boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan betul! Di Malaysia, semakin ramai kanak-kanak menjadi mangsa kepada pelbagai jenis alahan yang semakin meningkat setiap tahun. Ramai ibu bapa mengambil ringan simptom awal, lalu terlepas dari peluang untuk mencegah komplikasi yang serius. Jangan tunggu anak anda sesak nafas atau pengsan baru mahu bertindak.
Fakta Menarik: Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati hampir 20% kanak-kanak mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk alahan sebelum umur 5 tahun.
Jenis-Jenis Alahan yang Selalu Menyerang Kanak-Kanak
Alahan Habuk & Hama: Punca utama alahan pernafasan dan eczema.
Alahan Haiwan Peliharaan: Kucing dan anjing paling biasa mencetuskan alahan.
Alahan Ubat-Ubatan: Reaksi ubat seperti ruam, gatal, atau sesak nafas boleh berlaku dalam masa beberapa minit.
Alahan Cuaca: Terutama suhu dingin atau kelembapan tinggi.
INFO MENARIK: Ramai tidak tahu bahawa popcorn dari wayang atau jajan sekolah boleh mencetuskan alahan tersembunyi kerana bahan tambahan seperti pewarna dan pengawet tertentu!
Antara Sebab Kanak-Kanak Mudah Alahan
Faktor Genetik
Sistem Imun Lemah
Persekitaran Tidak Sihat
Pendedahan Awal kepada Alergen
INFO MENARIK: Kajian mendapati bayi yang lahir melalui pembedahan caesarean lebih berisiko menghidap alahan kerana kurang terdedah kepada bakteria “baik” dari saluran kelahiran semula jadi.
Tips Elakkan Alahan dari Awal
Peringatan: Jangan tunggu anak kena baru nak bertindak!
Buat ujian alahan seawal usia 6 bulan jika perlu.
Amalkan “4 Hari Rule” bila memperkenal makanan baru – satu jenis makanan, tunggu 4 hari, lihat kesan.
Guna pencuci bebas bahan kimia kuat untuk pakaian dan lantai rumah.
Guna penapis udara (air purifier) di bilik tidur anak.
TIP TAMBAHAN: Sapukan minyak kelapa dara (VCO) pada kulit bayi untuk membantu lindungi daripada eczema ringan secara semula jadi.
Kesan Negatif Jika Tidak Dirawat
Gangguan perkembangan fizikal dan emosi
Kurang tumpuan dalam pembelajaran
Keciciran aktiviti sosial
Risiko anafilaksis – kematian dalam masa MINIT!
PERINGATAN: Anafilaksis boleh berlaku hanya dalam 5 minit selepas terdedah kepada alergen! Ia memerlukan rawatan segera dengan EpiPen, yang kebanyakan keluarga di Malaysia TIDAK ada.
Peranan Ibu Bapa dan Masyarakat
Ibu Bapa: Jadilah “detektif” kesihatan anak. Jangan abaikan keluhan kecil.
Sekolah: Sediakan senarai pelajar yang ada alahan dan SOP kecemasan.
Klinik dan Farmasi: Edukasikan ibu bapa tentang risiko sebenar.
Masyarakat: Jangan memperlekeh anak yang tak boleh makan itu ini — itu bukan “manja”, itu risiko NYAWA!
INFO MENARIK: Di negara seperti Jepun dan Sweden, setiap tadika dan sekolah diwajibkan menyediakan pelan tindakan alahan individu untuk setiap pelajar. Kenapa kita belum mula?
Jangan Biarkan Anak Anda Jadi Mangsa!
Setiap saat yang terlepas boleh membawa padah. Lindungilah anak-anak kita dari serangan alahan yang boleh dicegah. Jangan leka, jangan cuai. Jadikan ilmu sebagai senjata, dan tindakan sebagai pelindung utama.
Anak anda bukan bahan ujikaji – mereka amanah dan masa depan bangsa. Bertindak sebelum terlambat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tip rangsang anak umur 1 hingga 2 tahun bercakap. Perkembangan bahasa dan komunikasi anak berumur 1 hingga 2 tahun adalah salah satu fasa penting dalam kehidupan mereka.
Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap
Pada usia ini, anak-anak sedang belajar memahami bunyi, perkataan, dan cara menyampaikan keperluan mereka. Namun, setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza, dan terdapat beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk merangsang kemahiran bercakap mereka.
Berikut perkongsian Maryam Jamadi yang merupakan seorang Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy
MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK 1-2 TAHUN
“Puan, macam mana nak bagi anak pandai cakap cepat ya?”
Saya selalu menerima soalan dia atas, yang pertama rujuk post sebelum ini “CARA MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK LEPAS LAHIR”. Kalau dah buat semua tips, seterusnya baru sambung di post ini sebab skill bahasa anak mengikut tahap, kalau anak umur 1 tahun tapi belum mengikut bunyi maksudnya tahap percakapan anak masih di tahap bawah 12 bulan.
TAHAP UMUR 1 TAHUN
-Boleh menyebut 1 patah perkataan. Contohnya “Makan”, “Susu”, “Nak”, “Cat”.
-1-50 perkataan yang bermakna sebelum mencapai umur 2 tahun.
1 tahun 1 bulan: 1 perkataan
1 tahun 2 bulan: 2 perkataan
1 tahun 5 bulan: 10 perkataan
2 tahun: 50 perkataan
*Tahap ini selalunya mak ayah keliru, 1-50 perkataan tidak termasuk perkataan ilmiah ya seperti bentuk, warna, ABC, 123. 1-50 perkataan adalah perkataan bermakna yang digunakan seharian.
TAHAP UMUR 2 TAHUN
– Boleh menggabungkan 2 perkataan.
– Contohnya perkataan “nak” : nak mandi, nak makan, nak susu dll
– Menyebut perkataan berdasarkan gambar.
– Tahu sekurang-kurangnya nama 6 anggota badan.
– 50% bahasa yang difahami.
*Untuk menggabungkan 2 perkataan, anak memerlukan sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. Maka, penguasaan perkataan baru sangat penting dalam perkembangan bahasa anak.
TIP NAK BAGI ANAK CEPAT CAKAP
1. Kerapkan berborak dengan anak.
Anak umur 1 tahun selalunya sudah mula dapat bezakan setiap bunyi walaupun belum pandai respon dan membalas perbualan. Dan fasa selepas lahir hingga 3 tahun adalah fasa “rapid growth” jadi perlu kerja keras untuk pastikan anak tidak terlewat percakapan. Sebab itu mak ayah kena selalu berborak dengan anak sejak lahir.
Macam mana nak borak? Tak kan nak borak politik atau sukan dengan anak kan? Cadangan saya, borak tentang perbuatan yang sedang dan akan dilakukan pun dah banyak membantu perkembangan bahasa anak.
Contohnya,
Masa mandi: “Jom mandi”, “Sabun badan”, “Shampoo kepala”, “Berus gigi”.
Masa pakai baju: “Pakai baju”, “Pakai seluar”, “Pakai pampers”.
Masa makan: “Makan”, “Makan nasi”, “Makan ikan”, “Ayam”.
2. Pace yang perlahan.
Ada mak ayah yang mengadu selalu berborak dengan anak tetapi anak tetap taknak bercakap, kerap berborak penting tetapi perlu berborak dengan pace yang perlahan ya. Jangan cakap terlalu laju boleh menyebabkan anak 1- 2 tahun tak dapat tangkap.
3. Fokus terhadap perkataan baru.
Berborak penting, tetapi perlu juga fokus untuk meningkatkan perkataan baru dengan menyebut banyak kali dan pergerakan mulut yang jelas untuk anak ikut serta panjangkan setiap “harakat” setiap suku kata. Seperti:
Makan: “Maaaaaaa kaaaannnnnnnn” × 10. Pastikan anak tenang dan fokus semasa proses mengajar perkataan baru.
3. Menyanyi bersama anak.
Anak lebih mudah belajar menyanyi dengan mak ayah berbanding belajar berseorangan dengan tv dan gadget. Jangan mengharap gadget dan tv untuk mengajar anak menyanyi, sebab kartun tak mengajar pergerakan mulut dan lidah pada anak. Paling berkesan bila buka lagu di radio atau handphone tanpa anak melihat gadget untuk memberi fokus anak melihat pergerakan mulut kita.
4. Bahasa badan.
Jadi mak ayah ini, kita kena “over” sedikit. Banyakkan bahasa badan semasa bercakap atau menceritakan sesuatu dengan anak secara tak langsung ia akan memupuk minat dan fokus anak terhadap bunyi yang didengari.
5. Beri pujian.
Puji anak setiap kali berjaya menyebut perkataan baru.
Ada mak ayah yang mula memberi gadget dan tv dengan harapan anak lagi cepat bercakap di tahap ini sebab “ingatkan dah sesuai nak beri”. Sebenarnya perkembangan bahasa anak lebih berkembang jika banyak berkomunikasi dengan mak ayah. Jangan “mengharapkan” gadget dan tv untuk mengajar anak bercakap cepat sebab ia akan menyebabkan:
1. “Pitch” suara yang didengari oleh anak berubah, anak menjadi hyposensitif(terkurang sensitif) terhadap bunyi menyebabkan fokus dan “eye contact” anak semakin kurang.
2. Anak tidak berminat untuk berkomunikasi 2 hala sebab bahagia “dilayan” oleh kartun di tv berbanding mak ayah.
3. Anak lebih minat menyanyi dan belajar perkataan berilmiah (shapes, colours, abc, 123) dan mengabaikan perkataan bermakna yang digunakan setiap hari.
4. Risiko masalah echolalia (parrot talk) disebabkan keliru terhadap komunikasi 1 hala atau 2 hala sebab dah terbiasa “bercakap” dengan kartun.
Terlalu banyak keburukan daripada kebaikan gadget pada anak, jangan terlampau mengikut orang lain. “Anak kawan saya fasih berbahasa inggeris sebab dari kecil berkepit dengan gadget”. Setiap perkembangan anak berbeza, gadget untuk anak bawah 18 bulan sudah terbukti boleh meningkatkan risiko kelewatan bercakap.
Lebih baik elak dari merawat. Jika mak ayah dapati perkembangan anak terlewat dalam perkembangan bahasa, sila dapatkan rawatan awal. Tak perlu tunggu-tunggu, sementara sedang dalam fasa “rapid growth” dan anak semakin membesar. Membantu anak sekarang lebih mudah berbanding bila dah besar.
Jika “takut” anak dikategorikan “speech delay”, Beyond Home Therapy sentiasa terbuka untuk membantu anda untuk penilaian awal perkembangan untuk kenalpasti tahap dan masalah anak.
Sumber: Maryam Jamadi Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy
Ramai ibu mengaku boleh jadi huru-hara uruskan anak-anak kecil apatah lagi kalau kesemuanya adalah anak lelaki yang sedang melasak.
Itu memang perkara biasa yang dilalui oleh kebanyakan ibu yang mempunyai ramai anak yang jarak usia antara mereka tak jauh beza.
Mungkin ramai antara ibu yang anaknya tak ramai atau jarak usia jauh merasa hairan bagaimana ibu-ibu ini dapat mengharungi kehidupan mereka seharian.
Perkara ini juga difikirkan oleh seorang wanita, Puan Basyirah Ahmad yang merasa kagum dengan adiknya yang bekerja dan mempunyai tiga orang anak lelaki yang masih kecil.
Walaupun demikian, adiknya masih mampu menguruskan rumah tangga dan anak-anaknya dengan teratur tanpa huru-hara. Beliau berkongsi tip yang sangat berguna untuk diamalkan oleh ibu-ibu lain.
BEKERJA. RUMAH TERJAGA. ANAK DENGAR KATA.
APA RAHSIA DIA?
Saya memang sangat adhore dengan adik saya yang sorang ni.
Pasangan muda. Dua dua bekerja. Orang kita, suka cari rumah jauh jauh dari tempat keja. Dia pun sama.
Maksudnya tipikal family macam kita. Balik kerja penat. Kemudian kena kelam kabut tangan macam sotong uruskan rumahtangga.
Tapi saya sangat terkesan dengan anak anaknya. Jarak umur anak anaknya boleh dikira agak dekat.
Semua hero boboyboi kuasa 3 kata orang. Yang sulong baru nak masuk 3 tahun.
Selalu kalau yang ada anak kecil, memang susah nak buat kerja. Yang sana meraung, yang sebelah sini pulak buat okestra lepas kena usik.
Belum campur dengan rumah bersepah dengan mainan, dengan bantal tilam penuh peta yang bersidai depan TV. Kain baju macam gunung.
Seram!
Tapi dia ni rilek ja. Balik rumah boleh bantai masak 3-4 menu. Siap bergulai bagai. Rumah kemas tersusun. Lantai rumah tu kira boleh buat golek golek lah.
Anak anak pun sangat jarang cranky. Tak adalah 24 jam asyik bergayut kat kaki dan buat muka kucing comel untuk mintak perhatian.
Satu hari, saya saja bertanya sekadar nak sembang sembang. Mintak petua. Macam mana dia uruskan anak anak kecil dia.
Saya share petuanya kat sini.
Harap harap boleh membantu mak mak kat luar sana yang kadang kadang kejung rambut jugak bergelut dengan urusan anak dan rumah tangga.
(1) MAK JANGAN TERJEBAK SEKALI BILA ANAK MENGAMUK
Kita paling kelam kabut kalau anak tantrum. Nak nak lagi kalau dah sampai guling guling hentak kaki dengan menangis volume tinggi. Emosi kita pun macam melayang sekali.
Kata dia, kalau tantrum, selalunya dia buat xreti ja. Bila dah penat dan tekak pun dah sakit, masa tu tau lah diorang diam.
Nanti bila dah ok, Baru dia cakap ngan anak.Bila time tu jugak nak pujuk, memang tak jalan. Silap silap lagi tinggi volume dia.
Jangan pukul.
Bila dia dah tenang nanti, hug dia kuat kuat. Buat sepakatan untuk selesaikan apa yang dia marah tadi.
(2) JAGA MASA TIDUR UNTUK ELAK ANAK MERAGAM TAK TENTU PASAL
Waktu maghrib ja, biasakan anak anak dengan khidmat diri (mandi, pakai baju tido). Kalau diorang keluar, seboleh bolehnya dia akan balik sebelum Maghrib supaya tak kacau jadual.
Lagi satu, bila kita arahkan budak budak masuk tido, jangan pulak kita dok depan TV layan drama.
Temankanlah anak anak tido. Bercerita sekejap. Jangan lupa cium anak anak. Masa nilah nak tunjuk yang kita sayang dan hargai diorang.
(3) BAGI ANAK MAIN SELAGI TAK MENDATANGKAN CEDERA PARAH
Sikit-sikit luka tu bak kata dia itu biasa. Tambah tambah anak lelaki. Masa main, biar ja rumah berkecah. Mak jangan sibuk nak marah marah.
Bagi timing sampai pukul berapa boleh main. Lepas main, ajar anak anak mintak suruh kemas mainan masing masing. Kalau anak yang besar dah terbiasa buat, senang. Nanti dia yang tolong bising dekat adik adik.
Boleh buat cabaran, siapa siap kemas dulu dia menang. Budak budak kan memang suka berlumba.
Dah siap kemas, puji. Jangan sibuk komplen anak simpan mainan tak ikut nombor siri!
(4) ACTION FIRST DARI MEMBEBEL
Hati kena kental. Kalau salah rotan ja sekali. Tapi kena sakit sampai menangis.
Kalau tak menangis anak akan pendam. So anak akan berdendam dengan parent.
Lepas rotan, biar anak relax dulu. Ambil segelas air baca la al-Fatihah or any surah bagi anak tenang. Dan masa tu jugak main dengan dia. Bagi dia makan. Lepas tu slow talk.
Masa ni bagitau anak apa yang dia buat tu salah. Dan jangan ulangi.
So anak akan ingat sampai bila bila.
Esok esok jeling sikit pun, anak dah faham parent marah kalau buat perkara tu.
Tapi jangan sikit-sikit nak pukul. Nnti jadi kebal pula
Contoh lain.
Bila anak cakap words yang tak elok.
Warning dulu.Tapi kalau tak lut amik ja cili api, tonyoh kat mulut dia. Kompom insaf
Saya Tanya, pernah ke tonyoh?
Dia bantai gelak.
Dia kata setakat ni belum kena lagi. Tapi sepuk dekat mulut anak tu pernah la.
Masa tu anak dah belajar sebut words yang tak baik. Terikut ikut dari budak lain. Budak budak ni macam span. Semua dia serap.
Cakap bodoh, b***.
Terus secara spontan mak ni sepuk anak dia. Berdarah pulak masa tu. Gelabah jugak. Terus lari masuk bilik tinggal bagi ayah budak budak tu yang handle.
Hakikat nya mak mana sanggup tengok anak sakit. Tapi demi mendidik akhlak, kena sanggup.
Kalau tak boleh tahan nak marah sangat, mak masuk la dalam bilik bagi cool. Pastu baru datang kat anak semula.
Masing masing dah tenang, baru boleh cakap elok elok.
(5) MAK MAK KENA TAU JUGAK JADI TOK MOH
Ada jugak time bila anak anak menangis tak tau punca. Kadang kadang pukul 3-4 pagi terjaga. Pujuk tak kena, tukar pampers pun tak jadi juga. Perut pun elok tak ada kembung segala.
Kalau macam ni, biasa dia akan ambil bawang putih. Jadi tok bomoh kejap.
Yang ni simple. Potong ja bawang putih tu, terus calit kat semua sendi anak anak.
Maklumlah, kita berkongsi bumi ni dengan mahkluk lain. Kadang kadang nak jugak diorang menyakat. Sapu sapu sket, bacakan ayat Kursi, Insyaa Allah yang duk menyakat tadi tau la dia nak lari.
Pesan dia lagi dengan rendah diri.
“Tapi kak, kami pun masih belajar parenting.So kami pun masih mengexperimentkan anak anak ikut cara orang tua dulu dulu.
Yang baik kami ikut, tak baik kami letak tepi.
Jadi mak bapak ni, mana ada yang sempurna. Kalau tengok anak orang tu buat perangai sikit, rumah pulak berkecah macam baru lepas perang, jangan cepat cepat jatuh hukum.
Kita tak tau, mungkin dia dah struggle setengah mati nak jadi ibu bapa mithali”.
Show love to gain more love,
Basyi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor bantu buat laporan penderaan. Tapi segalanya tak sempat. mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital. Masih kecil, baru 9 tahun.Dia dihantar ke hospital oleh...