Biskut Kacang Mazola Lejen. Campur Semua Bahan & Uli Sekejap, Siap!

Share

Dah buat list untuk biskut raya ke? Kalau mama masih lagi tercari-cari biskut apa nak buat dan sedap, boleh cuba pula resipi biskut kacang mazola. Kalau nak buat selepas raya sebagai kudapan untuk anak-anak pun tetap boleh. Asalkan rajin semua jadi.

Sebenarnya biskut raya ni antara biskut lejen dan popular sebelum ada biskut moden seperti sekarang. Mana yang biasa buat biskut dulu-dulu mesti tahu.

RESIPI MENARIK [Tak Pandai Buat Kuih, Cuba Apam Kampung Gula Merah Ni Paling Senang!]

Ok untuk kali ini biskut kacang mazola resipi dari air tangan Puan Nayla Gee confirm buat anda semua akan rasa “ketagih” dan susah nak berhenti makan. Paling penting ia gebu dan terus cair di mulut.

Resepi Biskut Mazola

Bahan-bahan
– 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa minyak lepas tu blender kering)

Kacang disangai dan dibuang kulit

– 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)

– 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
– 1 cawan minyak mazola

Cara-cara
– campurkn kacang kisar, gula icing & tepung gandum gaul sebati

– lepas tu tuang minyak mazola sikit-sikit uli & gaul
– kalau dah ok boleh lah kepal-kepalkan atau bulat-bulat kan

RESIPI WAJIB CUBA [Baby Cakoi Sos Pandan Kastard. Makan Panas-Panas Memang Terangkat!

– hiasan atas lebihan kacang tadi & sapukan telur kuning
– masak dalam oven suhu 150°c & masa 20 minit ikut oven masing-masing
– siap tuggu sejuk baru masuk dalam botol. Boleh dapat 100 biji

Kredit Resipi: Nayla Gee

IKLAN