Orang tua-tua selalu cakap kalau bayi mengalami masalah kembung perut, elok diurut bahagian tersebut. Benarkah urutan boleh rawat kembung perut bayi?
Pakar Kanak-Kanak, Dr Foo Chee Hoe memberikan penjelasan tentang masalah kembung perut di kalangan bayi.
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan.
Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen ( usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Adakah kembung perut normal ?
Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’, iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu.
Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang, dan bayi membesar dan menyusu dengan baik. Sekiranya demikian, ibu-bapa tidak perlu gelisah mengenai masalah ini.
Sebab-sebab perut kembung
1) Cara menyusu dengan botol yang tidak betul – terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai ( terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan ( burp the baby ) selepas menyusu.
2) Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana ‘overstimulation’ pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut
Ads
3) Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas
Adakah urutan berkesan?
Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.
Masalah serius yang perlu dipertimbangkan
Namun, apabila berhadapan dengan bayi yang kembung perut, kita perlu memastikan ia bukan kerana disebabkan oleh masalah yang serius.
Walaupun abdomen(perut) bayi adalah kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut. Sekiranya rasa sangat kembung dan keras, ini kemungkinan besar menunjukkan masalah usus.
Pemeriksaan doktor yang teliti adalah penting untuk mengesan masalah-masalah seperti
Masalah usus tersumbat/terbelit ( intestinal obstruction ). Bayi juga muntah selalu,dan tidak buang air besar ataupun kentut untuk jangka masa yang lama
2. Masalah usus besar yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana masalah saraf (Hirschprung’s disease) – bayi juga sembelit dalam masalah ini
3. Alahan susu – sekiranya bayi adalah alahan kepada protein susu lembu ataupun laktosa (cow’s milk protein allergy / lactose intolerance), ia boleh menyebabkan kembung perut dan cirit-birit. Berat bayi juga tidak naik dan mengalami dehidrasi. Susu yang berdasarkan formula khas yang sesuai perlu dicari.
Ads
4. Masalah organ lain seperti hati yang bengkak, limpa yang bengkak, masalah buah pinggang, dan saluran air kencing boleh menyebabkan abdomen kelihatan kembung.
Cara-cara lain yang membantu semasa ‘colic’
1) Mendukung bayi anda semasa menangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi, dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap. Jangan keterlaluan merangsangkan bayi semasa menangis (overstimulate)
2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu
3) Cara alternatif/tradisional – sapu minyak ‘essential oil’. Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kajian terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk ‘colic’.
Ads
4) Cuba tukar formula susu sekiranya syaki ada alahan susu
Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar.
Namun, adalah sangat penting kita tidak terlewat mendapatkan perhatian doktor sekiranya masalah kembung perut adalah disebabkan oleh penyakit yang serius.
Tanda-tanda yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.
Bayi 9 bulan, berat baru 6.5kg, makan banyak dah bubur nasi 3 kali sehari, macam mana lagi cara nak tambah berat badan anak.
Risau kan?
Bila pergi klinik kesihatan, mulalah kena bebel dengan nurse. Pastu balik sedih kenapa anak tak naik-naik berat badannya ni.
Perkongsian dari Cik Nuie ini mungkin boleh memberi idea dan bantu ibu yang mempunyai masalah anak susah nak naik berat badan.
Saya antara ibu yang mengalami sindrom anak tak naik berat badan. ANAK SY MAKAN 5/6 kali sehari. MAKAN NASI TAU, bukan makan snek-snek atau kurang makan nasi. MAKAN UTAMA DIA memang nasi. Celik mata sampai tidur balik memang N.A.S.I
Saya nak kongsi sedikit info berkaitan “macam mana nak naikkan berat badan anak” – mana tahu kita semua boleh berjaya. Tak naik banyak sikit pun jadilah kan?
1st of all, jom kita belajar kenali makanan tinggi kalori.
JENIS MAKANAN TINGGGI KALORI & SESUAI UNTUK ANAK KECIL
Ni saya nak share jenis-jenis makanan yang boleh gain weight anak sebab ia kategori makanan tinggi kalori.
Beans (kekacang) * kekacang mmg tinggi kalori, ia juga sangat perfect untuk dijadikan snack food anak kita. Selain kekacang bagus untuk OTAK
Avocado * Boleh mix avocado dalam food lain. Sebab avocado kan rasa die sangat plain. So senang nak mix and match.
Whole Fat Yogurt * Seawal 8bulan dah boleh intro YOGURT pada baby. Make sure its whole fat, not 2% or skim, banyak yang FULL FAT, jadi kalau pergiMALL belek puas-puas.
Banana * Nampak cam buah kampung kan? Pisang? Haaaa pisang sumber kalori yang tinggi. Pisang baby food yang sangat perfect for dicing, slicing, and pureeing. Kebanyakan baby memang suke pisang!
Eggs * Buat Scrambled or omelet style eggs are often best for calories sebab bayiperlukan telur kuning untuk gain kalori.
Sweet Potato * buat mash potato add milk sikit atau butter untuklebihkan kalori dlm potato(siapa suke potato angkat tangan!)
Lentils * Sayasangat sukabuat puree pastu add into other baby foods. Or, mix with noodles, rice, or spread on toast. Serius sedap!! Try tau.
Salmon * Antara ikan yang banyak lemak dan sihat. Mahal pun kan. Tapijika mampu boleh je beli kasi anak makan
Quinoa * Ramai tnye quinoa tu apa? Bahasa melayu is serkam. Yg biasa burung makan tu. Ia kategori bijiran, nak serve sepertioatmeal for breakfast.
Cottage Cheese * Boleh mix cheese dalam food anak bila dah sampai usianya. Pemilihan cheese harusla bijak ya.
Nut Butters (peanut butter, almond butter, sunflower butter) * Buat la homemade peanut butter untuk ank ya. Sapu atas roti kompem sedap
Ground Meats (beef, lamb, dark chicken) * The high protein and calories. Sangat-sangattinggi. Pastikan anak dah sesuai makan daging, risau penghadaman anak plak nnt.
Bread * Pasti Go for whole grains and whole wheat untuk calories and nutrition yang lebih.
Added butter * Tambahkan butter dalam food anak. Pastikan unsalted butter ya.
Added oil (coconut/olive oil) * Minyak boleh membantu tumbuhkan lelemak pada anak-anak kita.
Okay, macam mana? Ada letak jenis-jenis makanan ni dalam makanan anak? Jom kita Istiqomah! Inshallah nampak hasilnya.
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah, tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi, maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik.
Namun, adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi anda?
Beberapa langkah pencegahan mudah boleh memastikan si manja anda selamat semasa anda mengendongnya.
Sebelum mengendong bayi, baca dahulu arahan yang disertakan pada anduh bayi dengan teliti. Paling utama, periksa berat minimum pada anduh sebelum meletakkan bayi baru lahir anda di dalamnya. Ini kerana, bayi yang mempunyai berat kurang daripada 2.5kg berisiko untuk lemas di dalam anduh
Semasa mengendong bayi, pantau aliran udara bayi supaya tidak terhalang. Anda perlu memastikan muka si manja tidak ditutupi dengan anduh dan pantaunya sepanjang masa
Berhati-hati semasa dan selepas penyusuan. Jika anda menyusukan bayi di dalam anduh, pastikan anda ubah posisi bayi selepas menyusukannya supaya kepalanya dapat menghadap muka dan tubuh anda
Begitu juga jika anda ingin menunduk semasa sedang mengendong bayi. Jika anda ingin menunduk untuk mengambil barang atau sesuatu, bengkokkan lutut anda dahulu. Jangan menundukkan pinggang anda jika ingin mengambil barang yang terjatuh. Ini adalah bagi memastikan bayi anda terletak selamat di dalam anduh
Kerap perhatikan bayi. Pastikan bayi anda kekal berada pada posisi yang selamat
Sebelum mengendong bayi, sentiasa periksa dahulu anduh. Pastikan tali dan kain anduh dalam keadaan baik sebelum meletakkan bayi anda
Gunakan anduh bayi yang sesuai dengan berat dan umur si manja
Walau bagaimanapun, anduh boleh jadi merbahaya pada bayi, jika bayi mengalami keadaan di bawah:
Fabrik anduh menekan hidung dan mulut bayi menyebabkan bayi sukar untuk bernafas dan lemas. Ini berlaku apabila anda meletakkan bayi baru lahir pada anduh. Bayi baru lahir mempunyai otot leher yang lemah dan mereka belum boleh menyeimbangkan kepala.
Jika bayi diletakkan pada posisi dagu mereka menunduk ke dada orang yang mengendongnya, tidak kiralah ibu ataupun bapa. Posisi sebegini akan mengehadkan aliran udara dan bekalan oksigen bayi, serta menghalang bayi untuk menangis meminta tolong dan bayi juga akan lemas.
Bayi yang lahir pramatang dan mengalami berat badan kurang daripada 2.5 kg berisiko lemas jika diletakkan dalam anduh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pusat bayi ialah sesuatu yang asing bagi yang baru bergelar mama dan papa. Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi, kebanyakan daripada kita akan kekok. Lebih ngeri bila ada kes pusat bayi bernanah kerana penjagaan yang salah.
Malah ada ib bapa yang ada anak dua tiga orang pun masih lagi takut nak sentuh dan uruskan bahagian tersebut. Sebenarnya bagaimanakah caranya pusat bayi perlu diuruskan?
Tali pusat bayi adalah berasal daripada umbilical stump sepanjang kira-kira 2sm setelah tali pusat bayi yang panjang (bersambungan dengan plasenta) dipotong semasa proses kelahiran. Ia akan di klip selepas pemotongan semasa proses kelahiran. Pusat bayi jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul akan menyebabkan jangkitan kuman atausepticaemia.
8 LANGKAH URUS PUSAT BAYI
Apa langkah-langkah yang boleh mama lakukan? Ikuti langkah-langkah ini sebagai panduan menguruskan tali pusat si kecil.
1.Bersihkan bahagian ini setiap kali selepas mandi atau menukar lampin si manja. Dengan cara ini, anda akan membantu mengeringkan bahagian dasarnya dan mempercepatkan proses luruh.
2.Ibu perlu memastikan tangan bersih semasa mencuci pusat bayi. Gunakan kapas bebola bersih yang dibasahkan dengan air bersih atau alkohol yang dibekalkan hospital dan sapu dengan lembut pada sekeliling pusat dan lipatannya.
3.Selepas dibersihkan, ambil sebiji lagi bebola dan sapu kering bahagian sekeliling pusat yang dibersihkan tadi.
4.Baki tali pusat yang di klip juga perlu sentiasa kering. Keringkan dahulu sebelum memakai barut. Jika lembap, boleh menyebabkan jangkitan kuman.
5.Elakkan memakai lampin hingga menutup bahagian pusat bayi yang belum luruh kerana ia akan menyebabkannya berkuap, lembap dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.
6.Kawasan tersebut perlulah sentiasa kering dan bersih sepanjang masa.
7.Biasanya tali pusat bayi akan luruh dalam masa tujuh hingga 10 hari selepas kelahirannya. Jangan dicabut, biar ia luruh sendiri!
8.Sebelum tali pusat bayi luruh, mama dan papa perlu mengelakkan dari memandikan bayi dengan cara merendam. Gunakan kaedah mengelap dan melalukan air sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian berkenaan.
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di...