Mengepam secara eksklusif atau exclusive pumping (EP) ialah keadaan di mana ibu yang mengepam untuk mengeluarkan susu daripada payudara. Ia selalunya disebabkan oleh pelbagai punca. Antara sebab paling utama ialah bayi enggan untuk menyusu secara terus dari payudara secara berterusan.

Namun bagaimana jika ibu mengepam secara eksklusif dilakukan secara sengaja tanpa berusaha untuk cuba menyusukan secara terus?  Dr Hairin Anisa Tajuddin, International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC) & Pakar Pediatrik menjelaskan kebaikan penyusuan susu ibu dan khasiat susu ibu yang perlu difahami sebagai dua perkara yang berbeza.

Dalam Mengepam Susu, Penyusuan Terus Dari Payudara Jangan Dilupa! Kalau Tidak 3 Masalah Boleh Berlaku

4 PUNCA IBU MEMERAH SUSU

Namun ia sering disalah anggap sehingga ada ibu mengambil jalan mudah dan memilih untuk melakukan pemerahan susu ibu menggunakan pam sahaja tanpa mempraktikkan penyusuan terus dari payudara. Kemudian, susu ibu perahan akan diberikan melalui botol.

Menurut Dr Hairin Anisa, ibu yang tiada ilmu penyusuan yang cukup, tidak mendapat bantuan awal dan tiada sokongan bagi mengatasi masalah penyusuan adalah antara faktor terjadinya amalan mengepam secara eksklusif ini.

Hal disenaraikan ini menyebabkan salah anggapan serta membuatkan ibu memilih untuk menjadi EP Mom.

#1. BAYI TAK MAHU DISUSUKAN

Bayi menolak untuk disusukan pada awal kelahiran menyebabkan ibu berasa amat tertekan. Selalunya penolakan berlaku kerana masalah yang boleh diatasi segera seperti ibu tidak tahu teknik asas pegangan yang betul dan posisi yang selesa untuk ibu dan bayi, bayi mempunyai masalah kekeliruan puting, lidah bayi yang pendek (tongue tie) atau bayi yang telah terpisah daripada ibu kerana masalah kesihatan sejak lahir (pramatang, jaundis dan sebagainya).

#2.PENYUSUAN MENYAKITKAN

Ibu pernah mengalami pengalaman penyusuan yang menyakitkan dan beranggapan penyusuan ibu secara terus dari payudara (direct latch) menyakitkan namun dalam masa yang sama mengetahui khasiat susu ibu tiada tandingannya. Ibu seperti ini tidak mahu memberikan susu formula dan berusaha untuk melakukan pengepaman dengan kerap.

#3. BAYI AKAN JADI MANJA

Ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan bayi secara terus kerana beranggapan anaknya akan menjadi terlalu manja, susah untuk ditinggalkan dan ibu sukar membuat kerja harian atau mudah ditinggalkan bersama pengasuh (kerana tidak terlalu bergantung kepada ibu).

IKLAN

#4. BERJAUHAN DENGAN BAYI

Faktor yang jarang berlaku ialah ibu yang berjauhan dengan bayi atas sebab bekerja di tempat lain dan bayi dijaga oleh penjaga lain. Bayi hanya akan berjumpa ibunya seminggu atau sebulan sekali.

Dalam Mengepam Susu, Penyusuan Terus Dari Payudara Jangan Dilupa! Kalau Tidak 3 Masalah Boleh Berlaku

5 KELEBIHAN YANG DIPEROLEH BAYI MENYUSU SECARA TERUS DARI PAYUDARA

Terdapat perbezaan kebaikan penyusuan antara menyusu secara terus dari payudara dan mengepam secara eksklusif. Berikut ialah kelebihan penyusuan secara terus daripada payudara.

1.BONDING YANG KUAT

Ikatan naluri  atau bonding yang lebih kuat kedudukan semasa menyusu di mana dadanya ke dada ibu menyebabkan dia boleh menghidu bau tubuh ibu. Pelukan ibu semasa menyusu yang akan merangsang rembesan hormon oksitosin (hormon cinta) daripada kelenjar pituitari ibu dan bayi.

2.DAPAT PROBIOTIK DARI IBU

IKLAN

Bayi mendapat probiotik iaitu bakteria baik yang terdapat pada puting payudara ibu yang dapat menguatkan sistem imun bayi.

3.SUSU DIHASILKAN SECARA EFEKTIF

Pengeluaran susu yang lebih efektif kerana mekanisme hisapan bayi (tekanan positif dan negatif dalam mulut bayi) membantu susu memancut lebih lancar. Sedangkan, pengepaman hanya menggunakan tekanan negatif yang dihasilkan oleh pam.

4.KEJADIAN KELIRU PUTING DAPAT DIKURANGKAN

Risiko untuk bayi menjadi keliru puting dapat dikurangkan dengan penyusuan terus dari payudara pada awal kelahiran.

5.RAHANG YANG CANTIK

Bayi akan memiliki bentuk rahang mulut yang lebih cantik berbanding bayi yang menyusu menggunakan botol.

IKLAN

6.SUSU SEGAR BERBANDING EBM

Bayi mendapat lebih banyak susu segar  berbanding susu yang diperah (EBM) yang selalunya susu yang telah dibekukan  atau sejukkan.

3  MASALAH IBU YANG MENGEPAM SECARA EKSKLUSIF

  1. Susu tidak dikeluarkan dengan efektif kerana pam payudara hanya membuat daya hisapan tanpa tekanan positif seperti mana hisapan bayi.
  2. Susu yang tidak dikeluarkan dengan sempurna ini akan berkumpul dan lama-kelamaan akan menjadi  ketulan atau curds yang akan menyumbat saluran kelenjar susu. Ibu akan berisiko mendapat rusty pipe syndrome dan plugged ducts yang akhirnya menyebabkan pengaliran susu tidak lancar. Maka, dengan ini ibu tersalah anggap bahawa susunya berkurangan. Namun, bila diperiksa payudaranya mempunyai ketulan-ketulan keras yang dipanggil galactocyst.
  3. Ibu cepat berasa penat kerana pada waktu malam kerana perlu bangun untuk memerah untuk diberikan kepada bayi atau untuk sebagai stok. Jika tidak di perah keluar, payudara akan membengkak dan kesakitan. Jika bayi boleh menyusu secara terus, bebanan ibu lebih ringan dan mudah kerana tidak perlu memerah pada waktu  tengah malam dan di awal pagi.

Dalam Mengepam Susu, Penyusuan Terus Dari Payudara Jangan Dilupa! Kalau Tidak 3 Masalah Boleh Berlaku

KANGGAROO CARE

Sekiranya ibu mengepam secara eksklusif berniat untuk memulakan semula penyusuan terus daripada payudara, kemungkinan anak menolak memang ada. Maka, ibu perlulah melakukan sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact & kangaroo care) dengan kerap sebelum memaksa bayi menyusu di payudara.

KELIRU PUTING

Bayi seperti ini sudah mengalami kekeliruan puting. Maka dia perlulah dipujuk secara perlahan-lahan tanpa paksaan. Berikan masa untuknya merasai ikatan naluri dan membiasakan dengan bau tubuh ibu terlebih dahulu. Ibu juga perlu yakin memegang bayi dan tahu teknik posisi yang betul. Jika asasnya tidak betul dan bayi tidak selesa, kegagalan akan berlaku. Dapatkan khidmat nasihat para kaunselor laktasi untuk bantuan lanjut bagi menjayakan misi ini.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI