Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut. Adalah amat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan.
Ramai ibu bapa yang beritahu anak gosok gigi tiap hari tapi kenapa boleh rosak? Berbalik pada hal ini, ibu bapa kena tahu bagaimana cara anak gosok gigi. Ini penting untuk memastikan gigi anak bersih dan tak mudah rosak.
Little boy brushing his teeth.
Kebiasaannya ibu bapa akan paksa anak gosok gigi waktu pagi sahaja sedangkan waktu malam masa yang sangat perlu untuk menggosok gigi.
Menurut Dr Mohd Hisyammuddin posisi memberus gigi anak sangat penting untuk memastikan bakteria tidak menjadi punca kepada karies gigi. Berikut antara perkongsiannya.
Ads
Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi berkenaan posisi untuk memberus gigi anak-anak kita sekaligus dapat memantau sebarang masalah yang terdapat dalam mulut anak-anak kita terutamanya karies gigi (gigi berlubang).
Ads
Untuk posisi A, saya cadangkan diaplikasikan kepada anak-anak dibawah umur 4 tahun dan teknik ini seboleh-bolehnya perlu dimulakan seawal gigi pertama mula tumbuh. Dengan posisi ini, anak-anak Insyaallah akan memberikan kerjasama (mungkin di peringkat awal, kaedah ini seolah-olah seperti “paksa rela”) dalam membantu proses memberus gigi dengan lebih berkesan.
Nurse bukan sahaja memberikan perkhidmatan di hospital ataupun klinik. Mereka juga bertanggungjawab untuk melakukan lawatan ke rumah-rumah ibu yang baru melahirkan bayi kerana pemerhatian penuh perlu dilakukan. Dengan lawatan nurse ke rumah akan memudahkan ibu dalam pantang kerana ibu tidak perlu berulang-alik ke klinik ataupun hospital.
Namun tak semua ibu yang menerima kedatangan nurse ke rumah. Ada yang tidak suka diganggu. Ikuti perkongsian Puan Salina tentang ibu berpantang yang menolak lawatan nurse ke rumah.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kehamilan di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Cerita sedih, lokasi di rahsia kan. Semoga cerita ini jadi iktibar bg kita semua.
Tengah mengurut, ada yang bagi salam, picit loceng, ting tong loceng bunyi, so akak tanya la, dik nak buka pintu ke?? Ibu dalam pantang tersebut bertanya, sape tu kak?
Jawab akak, “Nurse yang datang nak melawat awak la, nak akak buka kan pintu ke? (nak bangun tiba-tiba..)
Kak tak payah bukak, suami tak izinkan nurse datang melawat, saya tak suka, rimas! Datang hari-hari pulak tu, menyusah kan sy je! OMG, stress saya kak hari-hari benda yang sama. Lepas tu suruh bawak baby cucuk sana sini, sakit la baby.
Akak tanya lagi, Habis tu baby kuning? Jawabnya, Tak apa saya pantau sendiri je dengan suami.
Sombongnya, selamba, sedih, luluh hati dengar dia kecam nurse yang datang melawat, tahu tak pentingnya nurse tu datang melawat? Akak pun terus bebel, Nurse bukan datang suka-suka je tau, diorang datang periksa awak dan baby, check tekanan darah, periksa baby awak ada jaundice ke tidak, dan check luka awk (Episiotomy dan perineum awk).
Suami boleh tau ke luka awak macam mana? Kasi tengok boleh la tapi benang jahitan lepas tu? kaki awk bengkak tu? Awak tahu tak bahayanya pulmonary Embolism?
Kemudian dia jawab, Tak tahu pun ape tu kak?? Allahuakbar, pasal tu awak kena benarkan nurse melawat di rumah, Tak lama pun! Just nak tengok luka awk, bayi, benda ni bahaya, darah beku dalam saluran darah di paru-paru tu punca kematian ibu masa berpantang!
Akak tanya lagi, suami awk doktor ke? Dia tahu ke pasal benda-benda ni? Jawapannya, taklah suami saya kerja niaga sendiri.
Allahu panjang lebar akak membebel! Tiba-tiba fon akak berbunyi, bila angkat (kak Salina mengurut kat mane ari ni, akak jawab dekat kawasan #####. Perbualan disambung, Akak kereta akak ada kat luar suruh dia buka pintu just sain je, kita tak nak tanggung apa-apa risiko!
Akak lupa pulak nurse kenal akak, kereta akak. Korang semua tolong la kasihan pada nurse-nurse yang bertugas, bagi kerjasama, mencegah sebelum Parah. Bila dah parah menyesal tak sudah. Dah kena leter, bebel baru bagi nurse masuk, kesian nurse berpeluh-peluh kat luar.
Kereta akak pun nurse dah kenal hahahha. Maaf panjang lebar celoteh hari ni. Alhamdulilah, ibu dan baby kena pergi check joundis, senyum lebar nurse atas kerjasama akak Bidan, yg penting kesihatan ibu dan bayi dalam berpantang. Syukur, tq baca! diorang lagi takut akak bidan membebel dari nurse. Haus tekak hari ni air liur kering, takpe ilmu harus di sampai kan.
Suatu masa dulu, Nourul Depp dan suami menyimpan hasrat untuk memiliki seorang lagi anak. Mengikut apa yang dibincangkan bersama suami, mereka berdua sama-sama menginginkan bayi perempuan. Suaminya sentiasa positif dan mahu merancang bersama, ada rezeki dari Allah SWT maka adalah anaknya nanti. Tambah suaminya lagi, paling penting usaha.
Dalam sebuah postingnya di Instagram, Nourul berkongsi foto sebuah gambar. Ketika itu mereka sekeluarga ke Phuket dan nasib tidak baik, cuacanya asyik hujan. Jadi mereka banyak menghabiskan masa melayan anak-anak di bilik permainan yang ada. Dalam perkongsiannya, Nourul memberitahu ada aktiviti mewarna dan kertas yang dia dapat adalah gambar ini. Lantas Nourul mula mewarna tanpa berfikir apa-apa. Waktu itu tujuannya untuk melayan anak sahaja. Bila dah hampir siap mewarna, baharulah Nourul terfikir yang dia dapat kerta dengan gambar budak perempuan. Terus sahaja ibu jelita ini terfikir rancangan mereka untuk mendapatkan bayi perempuan.
Dia turut menambah, sebaik selesai terus ditulisnya nama Isabella pada kertas itu. Katanya nama itu terbit dalam mindanya kerana lagu Isabella nyanyian kumpulan lagenda, Search asyik bermain di fikirannya. Dia tunjukkan pada suaminya dan diminta untuk menyimpan kertas itu. Mana tahu itu imaginasi yang dapat membantu mereka mencapai hasrat. Dua bulan selepas percutian itu, masih tak ada rezeki. Nourul tidak berharap lagi dan memutuskan tidak mengapa jika tiada.
Walaupun begitu, Nourul amalkan pemakanan yang dapat membantu untuk mendapatkan bayi perempuan. Dia juga merujuk kalendar cina untuk melihat waku sesuai untuk hamil. Dalam perkongsiannya itu, Nourul mengatakan setiap apa yang dikehendaki harus seiring dengan perancangan, udasa dan doa. Tidak salah untuk berimaginasi dan lihat sumber inspirasi untuk mencapai impian. Setiap hari dilihat, law of atrraction!
Nourul juga mengatakan dia tidak percayakan gambar ini, ia satu kebetulan. usaha berterusan dan doa tanpa henti itu yang membuatkannya hamil lagi.
Benarlah kata Nourul, bukan kita nak percayakan gambar itu ada kuasa ajaib. Sebenarnya itu semua berkat usaha dan doa mereka sekeluarga. Rezeki dari Allah SWT yang tidak ternilai buat keluarga penyanyi ini. Pa&Ma doakan Norul dan bayi sihat sahaja dan semoga urusan bersalin akan dipermudahkan.
Ibu-ibu yang sedang menahan sakit kontraksi biasanya akan meminta ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang kuat. Biasanya ibu yang bakal bersalin ini akan diberikan gas entonox bertujuan untuk melegakan sedikit kesakitan. Namun tak semuanya berkesan kepada ibu itu sendiri, ada yang tidak rasa apa-apa malah lebih sakit dan ada juga yang terasa pening selepas menyedut gas ini.
Apa itu gas entonox dan apa kesan penggunaanya terhadap ibu dan bayi yang bakal dilahirkan? Ikuti perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat.
ENTONOX
Entonox = campuran oksigen ( 50% ) dan gas nitrous oxide (50%). Campuran ini tak menghilangkan semua rasa sakit nak bersalin, tapi ianya mampu kurangkan rasa sakit tu walaupun tak dapat hilang semua. kebanyakan wanita nak bersalin suka menggunakan entonox ini kerana mereka mampu mengawal dan boleh menggunakan entonox ini pada bila-bila masa mereka memerlukan.
Ibu akan bernafas menggunakan topeng muka yang boleh dipegang oleh ibu sendiri, kalau peneman ketika bersalin tu adalah suami, si suami boleh tolong pegangkan topeng muka ini.
Gas ini ambit masa 15-20 saat untuk berfungsi, maka ibu boleh mula menyedut gas ini sebaik sahaja sakit kontraksi hendak bermula.
Ianya berkesan kalau ibu sedut gas ini perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam.
Kesan sampingan
✅TIADA KESAN BAHAYA kepada ibu dan bayi
✅ibu kadang-kadang boleh berasa kepala melayang-layang ‘Lalok’ atau pening sedikit ✅ada pesakit melaporkan berasa mengantuk dengan menyedut Entonox ini atau susah memberikan perhatian atau fokus – jika ini berlaku ibu perlu berhenti menggunakan entonox
Kalau entonox ini tak jalan, boleh fikirkan alternatif lain, bincang dengan doktor cara lain pula untuk berperang dengan kesakitan bersalin. Sakit bersalin bukan main-main.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa ibu ayah agar anak dipermudahkan belajar lengkap dengan bacaan Arab, rumi, maksud serta panduan memohon ilmu bermanfaat, kefahaman dan akhlak mulia menurut Islam.