Keterujaan kita untuk memberikan makanan pejal pada anak sememangnya dipuji. Pun begitu dalam rasa teruja janganlah kita terlalu untuk mencuba pada anak. Bayi perlu melalui tempoh percubaan dan langkah demi langkah agar pemakanannya menjadi lebih sempurna.
Dalam pada mencuba, ada beberapa makanan atau pemakanan yang sebaiknya elak diberikan pada anak-anak kita. Salah satunya adalah buah anggur. Bukan tidak boleh, tetapi tunggulah ketika anak semakin membesar dan bukanlah pada usia bayinya.
Banyak kes yang dilaporkan mengenai kejadian bayi tercekik anggur yang menyebabkan maut di seluruh dunia. Sebagai contoh, di United Kingdom, terdapat kes di mana seorang bayi lelaki berumur 17 bulan tercekik semasa memakan anggur di rumah bersama keluarganya.
Ahli paramedik berjaya mengeluarkan anggur tersebut tetapi anak kecil tersebut meninggal dunia. Ada apa pada sebiji buah anggur? Saiz dan bentuk anggur menyebabkan ia senang tersekat dalam saluran pernafasan anak anda apabila tercekik.
Kanak-kanak mudah tercekik jika diberikan anggur kerana:
* Tidak mempunyai set gigi yang lengkap * Baru belajar mengunyah makanan dengan betul * Refleks menelan masih berkembang * Saluran pernafasan lebih kecil berbanding dewasa
Doktor mencadangkan untuk memberi anggur kepada anak berumur 5 tahun ke atas. Buat anak yang masih berada di prasekolah, anda boleh memberikan anggur yang telah dipotong separuh atau suku.
Terdapat laporan anak kecil berumur lima tahun di United Kingdom meninggal dunia kerana tercekik anggur. Anggur tidak dapat dikeluarkan dari tekak dan anak kecil tersebut meninggal dunia kerana sakit jantung.
Ads
Ia lebih selamat untuk dimakan oleh anak anda jika kulit anggur dibuang terus. Hal ini kerana selaput anggur yang licin akan menyukarkan proses mengeluarkan anggur dari tekak anak sekiranya tercekik. Solusi untuk anda yang masih memilih untuk memberikan anak anggur adalah dengan:
* mengupas kulit anggur terlebih dahulu
* lunyaikan seperti prun dan barulah dihidangkan kepada si manja anda
* suap anak anda perlahan-lahan dan peka jika anak anda tersedak ketika makan
Ads
* pastikan juga anda sentiasa bersamanya ketika dia sedang makan dan peka akan tanda-tanda tercekik
* selain itu, pastikan anak anda tidak ada alergi makanan sebelum mencuba menu baru.
Makanan bayi lain yang harus dielakkan
Makanan yang tidak sesuai atas risiko mudah tercekik bagi anak yang berumur 4 tahun ke bawah ialah :
* Jagung dan jagung bertih
* Kekacang dan bijirin
* Daging, ayam atau keju yang dipotong besar
* Gula-gula, gula-gula getah
* Buah-buahan atau sayuran bertekstur keras seperti epal dan karot
* Buah atau sayur berkulit licin – anggur, tomato ceri
* Sosej, kecuali saiz potongan sesuai untuk umur
* Makanan mudah melekit seperti mentega kacang (boleh diberikan jika disapukan sedikit atas roti)
Ads
Pun begitu, malang tidak berbau. Jika anak tiba-tiba tercekik makanan, elakkan melakukan perkara ini.
* Jangan memasukkan jari ke dalam tekak anak anda. Ia akan menolak makanan lebih jauh ke dalam tekak.
* Jangan memberikan air kepada anak anda. Bukan sahaja memudaratkan, air tidak akan membantu mengeluarkan makanan tersebut.
* Jangan menggoncang atau membalikkan tubuh anak anda. Ini boleh menjurus kepada kecederaan lebih lanjut dan menggerakkan makanan lebih ke dalam tekak si kecil.
Kebanyakan ibu bapa terlupa bahawa anak-anak perlu mendapatkan perlindungan tambahan yang baik selain daripada mengutamakan penjagaan kebersihan dan pemakanan yang sihat. Perlindungan tambahan boleh didapati dalam produk penjagaan kesihatan.
Namun tanpa perancangan rapi, kita mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal barang yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan penjagaan kesihatan anak-anak. Bagi si manja, mereka sangat memerlukan produk seperti minyak untuk melegakan ketidakselesaan, pembersih mandian, alat melegakan pernafasan agar mereka kekal cergas dan aktif setiap hari. Ikuti senarai semak yang ibu bapa wajib beli dan simpan di rumah sebagai kit kecemasan.
a. Minyak Untuk Si Manja
Di Malaysia, penggunaan minyak dan bayi, adalah sangat sinonim. Ia menjadi rutin harian yang sangat penting untuk si manja. Boleh dikatakan setiap ibu bapa pasti akan mencari minyak untuk kegunaan anak-anak. Minyak yang mampu untuk melegakan ketidakselesaan perut, kulit dan pernafasan si manja. Namun bukan mudah untuk memilih minyak terbaik dan mengandungi bahan semulajadi yang tidak mengakibatkan iritasi terhadap kulit anak, terutamanya bayi.
b. Spray Pelindung
Penyakit berjangkit sangat senang merebak pada masa kini terutamanya pada musim pandemic. Justeru itu, ramai ibu bapa mula sedar akan kepentingan sanitizer. Untuk memastikan kuman dapat dikurangkan seminimal mungkin, pemilihan sanitizer yang betul amatlah penting. Sanitizer yang berkualiti mesti mempunyai alkohol sebagai bahan kandungan utama agar dapat membunuh kuman. Kini pemilihan sanitizer bersaiz kecil dan lebih mudah dibawa dan digunakan dalam bentuk spray menjadi kegemaran ramai ibu bapa.
Ibu bapa juga haruslah berwaspada kepada jangkitan penyakit yang datang daripada serangga, terutamanya nyamuk. Di Malaysia, penyakit denggi dikategorikan sebagai epidemik yang sering berlaku di sesetengah kawasan. Jadi sebagai ibu bapa, persiapan untuk mengelakkan segala penyakit adalah amat penting.
c. Pembersih Mandian
Pembersih mandian sangat penting untuk memastikan anak-anak sentiasa dalam keadaan bersih dan berbau harum. Pemilihan produk pembersih mandian juga harus diambil teliti terutama kandungan yang terdapat di dalamnya yang boleh mengekalkan kelembapan kulit si cilik. Pastikan kandungan bahan organik digunakan dalam pembersih mandian untuk anak anda kerana kulit si manja sangat sensitif dan perlu dilindungi.
Buat pilihan terbaik
Terdapat banyak lambakan produk penjagaan bayi dan kanak-kanak yang ada di pasaran membuatkan ramai ibu bapa keliru apa yang bagus untuk anak mereka. Jika anda masih tercari-cari produk penjagaan diri untuk si kecil, boleh tinjau barisan produk yang ada di bawah jenama Audelia Naturals.
Audelia Naturals mempunyai pelbagai pilihan produk minyak, spray pelindung dan pembersih mandian yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi untuk kulit bayi dan kanak-kanak yang lembut dan halus.
Terdapat lima jenis minyak roll-on dan tiga jenis diffuser oil daripada produk Audelia Naturals yang penting untuk si manja. Antaranya adalah BABY SHIELD (roll-on dan diffuser oil), HAPPY BELLY, BEDTIME (roll-on dan diffuser oil), SNIFFLES (roll-on dan diffuser oil) dan APT OIL.
a. Baby Shield
Berfungsi untuk melegakan iritasi kulit dan keradangan secara mengikut kesesuaian kulit bayi dan keadaan bayi. Kandungan bahan yang terdapat dalam Baby Shield seperti minyak kelapa membantu melembapkan kulit, antioksidan semula jadi, anti kulat, anti-radang dan anti bakteria.
Kandungan Baby Shield terdiri daripada Isopropyl Myristate, Caprylic/Capric,Triglycerides, Minyak Boswelia Carterii (Organic Frankincense), Cocos Nucifera (Minyak Kelapa)
b. Happy Belly
Dicipta khas untuk membantu memberi perlindungan terutamanya pada bahagian perut. Minyak ini juga membantu melembutkan kulit. Bersaiz 10ml dengan harga mampu milik RM39.
Happy Belly mengandungi bahan seperti Isopropyl Myristate, Caprylic/Capric, Triglycerides, Mentha Piperita, (Peppermint) Oil, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Oil
c. Bedtime
Masalah bayi sukar tidur adalah perkara normal. Antara tip yang boleh membantu ibu bapa memudahkan proses bayi tidur lena antaranya memastikan bayi disusukan sampai kenyang, menukar lampinnya dan mengurut lembut badan bayi menggunakan minyak yang menenangkan.
Campuran minyak Bedtime dapat membantu untuk melahirkan persekitaran yang dipenuhi dengan aroma yang menenangkan semasa proses tidur. Justeru itu, si kecil akan mendapat tidur yang lebih lena.
d. Sniffles
Bayi dan kanak-kanak mudah mendapat jangkitan selesema yang mengganggu kelancaran pernafasan akibat hidung tersumbat dengan hingus. Justeru penggunaan minyak aromaterapi yang mengandungi bahan-bahan semula jadi membantu mengurangkan masalah ini. Campuran Peppermint, Lemon dan Oren melahirkan aroma yang segar dan dingin, memberikan kelegaan dalam udara yang dihidu.
e. APT Oil
Semakin membesar si kecil semakin banyak ragamnya termasuk bab pemakanan. Antara masalah normal yang sering dihadapi oleh ibu bapa ialah berkaitan selera makan anak.
Selain mempelbagaikan menu hidangan untuk menarik minat anak makan, ibu juga boleh menggunakan APT Oil melalui aroma terapi yang di rumus dengan pati minyak myrrha, limau purut dan halia.
Sementara untuk pilihan rangkaian spray pelindung daripada bakteria dan gigitan serangga, Audelia Naturals menyediakan dua pilihan iaitu:
a. Go Germs Buster
Go Germs Buster spray untuk membantu mengurangkan kuman seminimal mungkin. Kandungannya seperti Alcohol Denat, Aqua, Glycerin, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Fragrance membantu untuk menghapuskan sebahagian kuman pada bahagian tubuh badan anak.
Membantu mengurangkan sehingga 99% bakteria. Aloe Barbadensis leaf juice, Camomile extract dan Glycerine membantu melembabkan kulit. Ia juga mampu mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus yang tersebar melalui sentuhan.
b. Buzz Free
Buzz Free Spray adalah pelembap kulit yang selamat digunakan pada bayi setiap hari. Bahan utama kami ialah Minyak Andiroba, yang membantu melembutkan kulit dan menghilangkan ketidaksempurnaan dan gigitan serangga. Bahan yang terdapat di dalam Buzz Free ini antaranya Aqua, Carapa Guaianensis Seed Oil, Ceteareth-20, Ceteareth-12, Polysorbate 20, Phenoxyethanol, Allantoin, Fragrance, Chlorphenesin, Glycerin, Sodium Hydroxide yang sememangnya mampu meredakan kesan gigitan serangga. Bau dari Andiroba Oil mencegah daripada letusan kulit dan ruam yang disebabkan oleh gigitan serangga.
Cara menggunakannya amat mudah, hanya semburkan jumlah yang mencukupi pada mana-mana kulit yang terdedah dan pakaian pada anak anda.
Untuk produk mandian, disarankan ibu bapa menggunakan produk yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi memandangkan kulit bayi dan kanak-kanak sangat sensitif dan halus.
Top to toe Audelia Naturals
Cecair pembersih yang mempunyai keseimbangan yang sempurna dalam membersih dan melembabkan kulit bayi. Lembut pada kulit dan mengekalkan kelembapan, untuk memastikan ia lembut dan licin. Diformulasi dengan bahan organik dan tumbuhan semulajadi serta tidak memedihkan mata bayi.
Cecair mandian Top To Toe ini juga dilengkapi dengan Minyak Boswelia Carterii (Organic Frankincense) yang secara saintifiknya dapat membantu melindungi sel kulit si kecil anda serta mengekalkan kelembutan kulit mereka.
Kesemua lapan jenis produk daripada Audelia Naturals ini sangat penting untuk si manja. Kesemua bahan kandungan produk AUDELIA NATURALS ini dipilih dengan penuh teliti dan sebahagian daripadanya diimport daripada negara Eropah. Kesemua bahan mentah dibawa ke Malaysia untuk proses penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan pelbagai jenis minyak yang berpatutan dan mampu menyelesaikan masalah yang dialami oleh kanak-kanak serta orang dewasa di Malaysia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kapur barus selalu kita dengar tapi tahu tak mak ayah produk yang mengandungi bahan ini seperti di dalam Minyak Cap Kapak atau ubat ‘berangin’ lain sangat bahaya untuk kanak-kanak terutama anak di bawah usia dua tahun.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, ubat yang mengandungi Camphor atau kapur barus ini boleh menyebabkan sawan pada anak. Ikuti perkongsian beliau.
Budak dua tahun ni dah satu jam sawan tak berhenti-henti. Ibu bapanya baru berpindah rumah. Ruang tamu penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun.
Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak. Tak lama lepas itu, dia mula muntah-muntah dan tak sedarkan diri.
Tak ada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak itu tapi bau minyak tu kuat sangat dari mulut dia.
Bila sampai di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan. Tapi dia berterusan sawan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.
“Puan kami dah cuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan dah tak ada lagi.”
Masih terngiang-ngian lagi kata-kata dari doctor pakar saya pada si ibu.
Dia meraung sekuat-kuatnya. Digoncang-goncang badan anaknya. Tak bergerak, tak bernafas dan kulitnya mulai biru sejuk.
Si ayah tersandar di dinding. Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Kelu tak berkata apa-apa. Kisah benar ini tak akan saya lupakan.
Baca label pada ubat
Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor yang dilarang untuk digunakan pada kanak-kanak bawah 2 tahun.
Camphor atau kapur barus ialah bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan di dalam pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selesema.
Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor sebab ia mudah terserap melalui kulit dan membrane mucus (mata, bibir, bahagian dalam hidung).
Produk yang mengandungi Camphor atau kapur barus ini jika digunakan pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh menyebabkan sawan dan kematian.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang telah diletakkan. Mak ayah hati-hati ya.
Jangan letak pada hidung, mata atau kulit yang luka. Ia akan terserap di dalam darah dan boleh capai tahap toksik di dalam badan.
Apa pun produk yang kalian nak guna pada anak, biasakan diri untuk baca label dulu. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca dan ambil tahu.
Genap seminggu kelahiran cucu sulung dalam keluarga Datuk Ziela Jalil, satu majlis tahnik telah diadakan sekali dengan pengumuman nama.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Ziela Jalil di instagramnnya, majlis tahnik itu telah dilakukan oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin.
Dalam pada itu juga, keluarga Ziela Jalil turut mengumumkan nama puteri sulung itu Tun Alayna Zeeya Binti Dziya Faqhran.
Sebelum ini, Ziela berkongsi rasa keterujaannya apabila telah naik satu pangkat lagi bergelar nenek beserta beberapa keping gambar di ruangan ‘Instagram Story’ nya.
Beberapa minggu sebelum kelahiran Alayna, Ziela menganjurkan majlis doa selamat dan baby shower serba pink sambil menghitung detik kelahiran cucu pertamanya itu.
Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Sumber: ig Ziela Jalil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!