Semua ibu bapa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak tetapi tanpa sedar kadangkala ibu bapa juga ada berbuat kesilapan.
Sesetengah kaedah keibubapaan yang digunakan menjadi toksik kepada tumbesaran anak sehingga dewasa.
Sememangnya ia satu perkara yang subjektif dan sangat sukar untuk dibincangkan dalam masyarakat. Namun kini kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mental membuatkan ramai yang berusaha untuk belajar menjadi ibu bapa yang tidak toksik.
Bukan hendak menunding jari pada kaedah keibubapaan orang dulu-dulu tetapi jika ada yang tidak bersesuaian digunakan dalam mendidik anak zaman sekarang maka tak salah kalau kita hendak meninggalkannya.
Mendidik anak terutama di zaman sekarang memerlukan setiap ibu bapa itu belajar pelbagai ilmu keibubapaan.
Perkongsian daripada Dr Azlina Rodzy, Clinical Psychologist tentang beberapa tanda ibu bapa toksik boleh sama-sama kita jadikan garis panduan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
Ads
8 TANDA IBU BAPA TOKSIK
Membesar dalam suasana yang toksik adalah sesuatu yang tidak mampu dibayang oleh seorang anak dan kesannya boleh memberi impak berpanjangan sehingga anak-anak telah menjadi dewasa.
Kebanyakan ibu bapa sebaiknya ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak. Namun ada masa ibu bapa juga ada membuat kesilapan dan tidak menyangka bahawa tindakan mereka sebenarnya toksik untuk anak-anak.
Ads
Ada beberapa tanda toksik oleh ibu bapa yang dilaporkan meninggalkan kesan psikologi dan emosi terhadap anak-anak.
1. Gagal menyediakan keselamatan dan peneguhan untuk anak
2. Terlebih kritikal.
3. Menagih perhatian anak.
4. Membuat gurauan toksik tentang anak.
5. Mengutamakan perasaan mereka daripada anak.
6. Memberikan “silent treatment.”
7. Mengabaikan sempadan sihat.
8. Meletakkan tanggungjawab kegembiraan mereka atas bahu anak.
8. Mengunakan wang dan perasaan bersalah untuk mengawal anak.
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Selepas viral kes guru aniaya kanak-kanak tadika di Melaka baru-baru ini, salah seorang ibu kanak-kanak yang turut belajar di situ pun telah meluahkan perasaannya mengenai kelakuan anaknya yang boleh dikatakan setiap pagi merengek tak mahu ke tadika.
Melalui perkongsian Nordiana Borhan, dia menceritakan patutlah bila setiap kali nak hantar ke tadika, anaknya merayu-rayu sambil menangis tak mahu pergi.
Sebelum ini tak fikir pun perkara buruk yang berlaku di tadika terbabit walaupun kadang-kadang nampak ada kesan lebam dan air kencing di seluar sekolah anak setiap kali pulang ke rumah.
Setiap pagi anak menangis & merayu tak ke tadika
Luahan…
Aku bersyukur sangat, kalau tak disebabkan cikgu Atika viral video ni, sampai bila-bila kekejaman berlaku kat taska ppkk, aku sedih sangat, aku paksa anak aku gi sekolah, aku cakap, kalau baby tak nak gi sekolah mama tak nak belikan mainan, patutla setiap kali hantar ke school mesti die akan menangis dan merayu, ibu jangan tinggal baby, ibu tolong baby, nanti bila waktu pagi, kejutkan baby g school dia buat-buat meninggal, Ya Allah sedihnya, baru la aku tahu kenapa peha baby lebam-lebam.
Bila tanya “Kenapa kaki baby lebam-lebam? Siapa buat?”
“Kawan baby buat”
Cikgu-cikgu saiko anak aku sampai macam tu sekali, baru lepas 6-7 hari tangan kanan ada kesan gigit, tak sangka, bila tanya “siapa buat baby?” Dina gigit baby. Rupanya, pada 11/8 aku terbaca polis report kes dera kat taska anak aku, berderau darah aku, sedihnya luluh hati ni.
‘Maafkan ibu baby’
Bila teringat kesan-kesan lebam, bila tengok video tu, anak pegang beg tunggu turn, banyak sangat da berlaku kat my baby, setiap kali kalau aku yang hantar, pasti aku belikan sarap untuk cikgu-cikgu tu, sebab kenangkan jasa die jaga anak aku dalam keadaan baik, tapi rupanya syaitan!!!!!
Aku siap suggest kat kawan aku taska tu ok, kawan aku hantar anak die kat taska tu, sebab percaya aku, maaf Diera Nadiera. Aku bersalah sangat, Ada beberapa kali bila kemas baju kotor anak, ada seluar terkena kencing, sebab apa punca kencing dalam seluar kenapa??????
Bila tanya cikgu,”kenapa baby kecing dalam seluar?”
“Baby nak ke tandas baby nangis sampai terkecing puan”
Ya allah selama 10 tahun, dari umu anak sulung hantar ppkk, sampai transit, rupanya aku hantar anak kat tempat orang yang punya hati busuk!!! Takde belas kasihan, maafkan ibu baby, selama ni paksa anak ibu g sekolah… Please Alert apa yang terjadi, selama ni tengok video anak orang lain, bila tengok taska anak sendiri, Ya Allah tak boleh aku gambarkan perasaan aku ni, luluh hati ini, kes dalam siasatan, berharap biar cikgu-cikgu yang zalim tu kene tindakan yang setimpal, selama ni ibubapa beri kepercayaan, tapi ko buat anak aku cmniiiii…. Ya allah…… Ape pun terima kasih pada owner, cikgu erni ambil tindakan.
Pada asalnya tidak berniat untuk membuat tabungan anak, tetapi selepas beberapa ketika mengumpul timbul rasa untuk menyimpan duit buat anak mereka. Pasangan Raizuan Ibrahim dan Nurisha Anis Rosdi mula mengumpul not RM5 dan RM20 sejak tiga tahun yang lalu sebelum kelahiran anak lelaki mereka.
“Ketika itu matlamatnya berbeza. Kami fikirkan untuk kegunaan kami untuk bercuti dan sebagainya. Bila isteri disahkan hamil, terus terfikir untuk buat tabungan anak. Kebetulan waktu itu duit dah semakin banyak dan ditambah dengan pemberian orang untuk dia, jadi kami teruskan mengumpul duit itu, ” terang Raizuan apabila ditanyakan tentang permulaan mereka menabung untuk Muhammad Al-Fayyadh.
Pilih Not Duit Yang Jarang Digunakan
Menjawab persoalan mengapa not RM5 dan RM20 yang dijadikan pilihan, kata mereka kerana duit ini jarang digunakan. “Kalau berbelanja, kami banyak gunakan RM1 dan RM10, bila tengok selalunya berbaki not RM5 dan RM20 ni, itu yang menyebabkan kami selesa mengumpulnya. Kami kumpul bersama-sama. Tak ada tetapkan pun siapa yang simpan RM5 dan siapa kumpul RM20. Sama-sama simpan,” kata Raizuan lagi.
Tambah Anis pula, mereka berdua memilih nilai wang tersebut kerana ia sederhana dan tidak terlalu terbeban untuk mengumpulnya. Mereka akan masukkan duit-duit ini dalam dua tabung berbeza dan bila tiba hujung bulan akan dikira untuk melihat jumlahnya.
Pupuk Sikap Disiplin
Mereka berdua konsisten dan disiplin membuat tabungan ini apabila melihatkan jumlah simpanan yang banyak. Semakin lama, semakin banyak. “Itulah yang menjadi penguat semangat kami untuk terus konsisten buat simpanan. Tak pernah terfikir pun untuk ambil dan gunakan wang itu. Kami komited untuk kumpul lebih banyak lagi,” cerita Raizuan.
Selama tiga tahun simpanan mereka berdua, not RM5 dapat dikumpul melebihi RM4000. Duit not RM20 pula berjaya dikumpul lebih kurang RM2000 dalam tempoh setahun. Apabila wang yang disimpan sudah mulai banyak, tidaklah disimpan bawah katil atau di celahan almari baju. Raizuan dan Anis akan masukkan wang tersebut dalam akaun Tabung Haji.
Bersaing Sesama Sendiri
“Biarpun ini simpanan bersama, tapi kami selalu bersaing. Siapa yang berjaya kumpul lebih banyak wang untuk bulan itu. Rasa nak menang tu buat kami komited untuk menyimpan,” cerita Raizuan lagi. Menurut Anis pula, untuk membuat simpanan harus ada target dan matlamat yang jelas. Kena ada disiplin dan asingkan wang itu sebelum dimasukkan ke dalam tabung khas.
“Nak habiskan duit tu cepat. Nak mengumpul tu yang makan masa. Sebab itulah kita kena berdisiplin dan jangan mengelat. Kita dan pasangan kena saling menyokong dan kuat semangat. Maklumlah bila hampir hujung bulan tu, tengok pula duit bertimbun dalam tabung. Perasaan untuk ‘mengambil’ hak anak itulah yang perlu kita elakkan. Sekali dah ambil, nanti kita akan terbiasa,” kata Anis apabila diajukan soalan bagaiman mereka begitu komited dengan simpanan begini.
Tidak Terlalu ‘Tekan’ Diri Sendiri
Kata pasangan ini, mereka tidak mahu terlalu membebankan diri. Bergantung kepada keberadaan wang, jika ada maka akan disimpan. Tetapi seandainya pada hari itu not duit untuk kedua-dua nilai itu tidak ada, maka tiadalah simpanan. Esok pula mereka akan gantikan.
“Sekarang ni anak kami dan berumur setahun lebih. Usaha menabung ni akan kami teruskan. Mana tahu suatu hari nanti kami mampu buat simpanan dengan nilai not yang lebih besar pula. Rasanya untuk jumlah simpanan RM5 tu lebih dari yang kami beritahu tadi. Sebab waktu itu kami memang bersungguh-sungguh membuat tabungan,” kata Raizuan.
Berkongsi harapan mereka berdua, Raizuan dan Anis memberitahu yang mereka berharap tabungan untuk anak mereka akan jadi lebih banyak untuk kegunaannya di masa hadapan. Juga menyimpan hasrat untuk mengumpul not nilai yang lain pula. “Jika ada anak yang seterusnya pun, kami akan teruskan cara tabungan begini. Harapan kami agar masa depan Fayyadh selesa dan mudah ketika dia dewasa nanti,” akhiri Raizuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri, kan? Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa. Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan.
Kebimbangan mengenai sikap anak
Sebagai ibu bapa, pastinya tertanya-tanya apakah perwatakan anak yang mungkin di luar batasan normal seorang kanak-kanak.
Tidak dinafikan pada tahap tertentu, anda perlu berdepan dengan tingkah laku anak yang mungkin mendatangkan masalah.
Pastinya cara anda bertindak balas terhadap sikap anak itu memainkan peranan utama.
Pun begitu, terdapat beberapa perangai anak boleh dianggap sebagai petanda masalah yang lebih serius dan memerlukan bantuan profesional.
Fahami perangai anak
5 sikap anak berikut mungkin bermaksud mereka menderita gangguan tingkah laku atau didasari masalah tertentu.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda mengenal pasti permasalahan anak, seterusnya membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional bagi pencegahan awal.
#1. Membantah
Walaupun terdapat banyak penjelasan yang mendasari perangai anak ini, namun seringkali ia disebabkan gangguan tingkah laku seperti:
Gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD)
Gejala bertentangan dan bantahan (oppositional defiant disorder, ODD)
Conduct disorder (CD). Selalu tanda-tanda gangguan di atas sering bertindih kerana mempunyai gejala yang lebih kurang sama. Namun, perwatakan anak yang suka membantah ini akan lebih terserlah pada anak dengan ODD dan CD.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan, ia adalah perkara biasa untuk seorang anak menguji had kesabaran anda. Jadi jika anak membantah permintaan anda, tawarkan sesuatu kepadanya, seperti, “Kalau Qila kemas mainan, kita boleh pergi berjalan di taman.”
Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengikutinya, berikan amaran yang diikuti dengan akibat. Paling penting, pastikan anda konsisten. Jangan hari ini anda memarahi perangai mereka dan keesokan harinya, tiada sebarang hukuman jika anak mengulanginya.
#2. Kurang tumpuan
Antara sikap anak yang paling menguji kesabaran ibu ayah apabila mereka tidak memberikan fokus. Situasi ini seringkali berlaku jika mereka tidak berminat kepada sesuatu perkara itu.
Namun, sekiranya anda menyedari mereka sukar menumpukan perhatian atau kerap bertukar aktiviti tanpa menyelesaikannya, ia mungkin gejala ADHD.
Anak juga mungkin tampak impulsif – melakukan sesuatu dengan terpaksa dan terlalu aktif.
#3. Agresif secara fizikal
Bermula daripada tantrum hingga interaksi negatif dengan rakan sebaya lain, perangai anak yang agresif secara fizikal pastinya perlu ditangani segera.
Sebagai contoh, bagi anak dengan CD, perwatakan ini mungkin akan dikembangkan dengan mencederakan haiwan pula.
Secara keseluruhan, anak akan mungkin lebih terlibat dalam pengaduhan dan sukar mendengar kata.
#4. Menyalahkan individu lain
Apabila anak berkelakuan buruk, adakah mereka akan menyalahkan individu lain?
Secara umumnya, ia adalah sikap anak yang biasa untuk mengelak daripada mendapat masalah. Tetapi bagi anak yang mempunyai gangguan tingkah laku, perwatakan ini akan lebih ketara dan kerap dilakukan.
Anda akan melihat perangai anak yang secara berterusan tidak mahu menggalas tanggunjawab serta keengganan untuk menanggung kesalahan mereka sendiri.
#5. Tingkah laku antisosial
Jangan tersilap ya parents, sikap malu dan antisosial tidak sama. Biasanya kanak-kanak lelaki yang menghidap conduct disorder akan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial berbanding kanak-kanak perempuan.
Tingkah laku antisosial yang teruk pada fasa awal kanak-kanak akan membawa kepada diagnosis CD atau ODD.
Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat pelanggaran peraturan sosial, mengingkari autoriti dan mengabaikan individu lain.
Mengubah tingkah laku anak
Umumnya, seorang kanak-kanak cenderung meneruskan tingkah laku yang sama apabila diberikan penghargaan dan menghentikannya apabila tidak diendahkan.
Konsistensi tindak balas anda terhadap perangai anak adalah penting.
Ini kerana jika anda pernah memberi pujian di atas sikap anak yang tertentu, tapi pada hari lain hukuman diberikan untuk tingkah laku yang sama, ia boleh menyebabkan mereka keliru.
Apabila anda menganggap tingkah laku anak sebagai keadaan yang mendatangkan masalah, tiga pilihan berikut boleh dilakukan:
Tentukan bahawa perwatakan tersebut tidak menjadi masalah kerana ia sesuai dengan usia dan tahap perkembangan anak
Cuba untuk menghentikan sikap tersebut sama ada dengan tidak mengendahkannya atau memberikan mereka hukuman tertentu yang bersesuaian
Memperkenalkan tingkah laku baharu yang anda sukai dan perkukuhkan dengan memberi penghargaan pada anak jika mereka mengikutinya
Bersabar dengan sikap anak
Masalah tingkah laku kanak-kanak dapat diatasi dengan strategi disiplin yang konsisten.
Perlu diingat bahawa adalah perkara biasa bagi anak-anak membuat perangai sekali-sekala.
Ini merupakan satu proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak anda. Tetapi, jika masalah tingkah laku tidak bertindak balas terhadap strategi disiplin atau sikap anak mula menjejaskan pelajaran dan hubungan rakan sebaya, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!