Siapa yang tak kenal dengan pengacara yang pernah popular suatu ketika dahulu, iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain kan? Walaupun jarang berada di kaca televisyen kini, namun Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain masih lagi aktif di media sosial.
Ibu kepada empat cahaya mata ini gemar berkongsi di media sosial tentang kehidupan seharian tentang anak-anak walaupun sibuk dengan tugasan sebagai ibu dan isteri.
Setiap kali bekas pengacara Majalah 3 ini berkongsi foto bersama anak-anak, pastinya ramai yang tertarik dengan keindahan wajah si kecil ini kerana persis seperti kacukan Inggeris.
IKLAN
Malah ada yang bertanya sama ada Nurul Syuhada dan suami mempunyai darah kacukan negara luar kerana terserlah genetik Melayu Inggeris pada wajah keempat-empat anaknya itu.
IKLAN
Nurul Syuhada mendirikan rumah tanggan dengan suaminya Raja Amir Raja Azwa pada tahun 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Seorang lelaki dipenjara enam tahun setelah didapati bersalah menyebabkan bayinya mengalami kecederaan teruk pada otak yang berlaku di Victoria, Australia.
James Tipene, 33, mengaku bersalah menggoncang anaknya yang berusia lima minggu hingga tidak sedarkan diri selepas berang dikejutkan dari tidur pada 26 Jun tahun lepas.
Ketika perbicaraan dijalankan, James memberi alasan dia bertindak demikian kerana mahu anaknya ‘lebih jantan’ dan berhenti menangis, lapor portal Daily Mail.
Hakim mahkamah ketika menjatuhkan hukuman berkata bayi itu bernasib baik tidak terbunuh akibat daripada tindakan keji ayahnya sendiri.
Bayi yang dilahirkan pada Mei 2018 itu mengalami pendarahan pada otak, sawan, kekurangan oksigen, kecederaan tulang belakang dan kecederaan pada mata.
Mangsa ditemukan ibunya dalam keadaan sejuk, mata terbeliak dan tidak sedarkan diri.
Tertuduh pada mulanya berbohong mengenai punca kecederaan pada bayi itu apabila ditanya oleh pasukan paramedik dan doktor, namun akhirnya mengaku apabila perbualannya dengan ibu mangsa dirakam polis.
Bayi lelaki itu yang terpaksa menjalani pembedahan pada otak dilaporkan tidak akan dapat merangkak dan mungkin berdepan kerosakan neuron seumur hidup.
James menyalahkan pembawaan ganas pada dirinya ketika membesar di mana dia diajar bahawa “lelaki tidak boleh menangis” dan bayi yang menangis “tidak cukup jantan”.
Bila ada anak kecil di rumah, memang setiap hari ada saja perkara mencuit hati akan berlaku. Banyak gelagat mereka yang buat kita terhibur dan rasa bahagia. Meriah satu rumah!
Namun ada satu ‘ketakutan’ yang akan kita rasakan bila secara tiba-tiba suara riuh anak hilang. Suasana jadi sepi dan tak ada sebarang bunyi langsung. Kalau inilah yang terjadi, boleh jadi anak sedang usahakan ‘projek’ lain ketika itu.
‘Kantoi’ Buat Hal..
Keadaan ini sudah pastinya perkara normal yang akan berlaku. Seperti yang dikongsikan oleh syakiladiyana melalui akaun TikToknya, ketika itu dia sedang sibuk mengemas barangan dapur sebelum ketika anaknya ‘kantoi’ melakukannya sesuatu.
Duduk Tepi Fridge, Makan Butter
ketika ibu ini mencari anaknya, dia menemukan bayi tersebut sedang duduk di tepi peti sejuk sambil makan mentega!
“Tolong mengemas yang ni pun. Baru beli barang dapur, dia capai ni dulu senyap sorang-sorang buat kerja tepi peti ais.”
Ketika dijumpai, mulut anaknya comot dengan kesan mentega. Apabila si ibu mengambil semula mentega darinya, mulalah dia menangis.
Berikut komen yang ditinggalkan warganet;
Yang comelnya kedengaran si comel itu seolah-olah menyebut perkataan butter ketika ditemui ibunya. Cerdik betullah awak ni sayang, memang sedap kan makan mentega. Kalau bukan sebab ibu awak jumpa, mahu habis seketul butter awak habiskan!
Tiada yang dapat mengubati kerinduan seorang ibu terhadap anak yang dikandung dan dilahirkan. Lebih menyebakkan apabila pada usia 15 hari si kecil yang dirindukan sudah pergi menghadap Ilahi. Sesungguhnya kerinduan yang paling sarat ialah rindu kepada insan yang telah pergi buat selamanya.
Setelah berbulan-bulan menghuni rahim ibu, si kecil hanya sempat didakap seketika. Perkongsian ibu ini cukup menyebakkan dan menyentuh jiwa terutamanya insan bergelar ibu. Tidak mudah menerima kehilangan tapi reda atas ketentuan Allah. Tatkala ibu lain berpantang dengan bayi disisi, ibu ini perlu berdepan kesedihan pemergiaan si anak.
Perkongsian Puan Solehah ini menjadi tular dengan menerima 7,500 reaksi daripada warganet dalam sebuah grup sokongan ibu. Perkongsian catatan yang meruntun jiwa menyebakkan. Anak yang dilahirkan berusia 15 hari pergi juga ekoran daripada pelbagai komplikasi dan kanser yang dihidapi.
11 JULAI 2019
HEBATNYA UJIAN UNTUK ANAKKU INI
Sayang anak ku ,jika kau mahu pergi . Pergi lah nak . Ibu abah dah sedia walau apa jua pown yang berlaku lepas ini . Dh tak sgup nk tgk keadaan mu masih kecil untk melalui ujian ini Hebat hebat ibu melahirkan mu ,hebat lagi ujian untk anak ku ini . Allah
17 JULAI 2019
IBU INGIN DAKAP & MENYUSUKAN WALAU SESAAT…
Semakin hari semakin ku dh tak sgup melihat dirimu ,melihat sakit mu Ya allah dye kecil lagi ,kalau gnti dgn ku ,ku rela ganti sakit nye . Allah Sayang anak ku ,semoga kau tahu ,tiap hari ku menunggu suara mu
Ku ingin dakap mu ,mnyusu mu walaupun sesaat tapi sukar untk dilafazkan sekarang . Semoga ada keajaiban untk anak kecilku #JuniorHeroIbu
25 JULAI 2019
ADIK DAH BAHAGIA BERMAIN DI SYURGA
Aku adalah insan terpilih mengandung dan melahirkan anak syurgaku ini . Adik dk sakit dh lepas nie ,adik bahagia dh boleh maen ditaman syurga . Tgu ibu&abah di pintu syurga . Al-fatihah untk anak syurga ku ini ??
6 OGOS 2019
ANAK SYURGA
Hari nie dh 28hari berpantang dan anak syurga saya dah pergi seminggu . Rase sedih berpantang tanpa anak disisi Sedih merindui anak syurga saye walaupown sye tak jage tempoh dye sakit ,lepas lahir terus ke NICU Rase nk mengandung lagi ,nk ada baby lagi .
Tapi doc suggestkan 2tahun lagi ,rase mcm lame je lagi . Sbb hati ini terlalu merindui anak syurga saye ,mybe pregnant lagi baru terubat rindu nie . Memang begini ke perasaan kehilangan anak syurga ? Doakan sye dapat baby cepat cepat
#MohdHafiz#JuniorIbu#Al-fatihah
7 OGOS 2019
PERPISAHAN SEMENTARA DI DUNIA
Perpisahan ini hanyalah sementara ,kita terpisah dengan anak tersayang didunia ,tapi dengan izinya, kita akan bertemu semula dengan anak tercinta kita disana nanti. Inshaallah, ini adalah janji nye .
Kita disini kena berusaha kuat untuk sama sama kita berjumpa dengan anak tersayang disana kelak .
KESAT AIR MATAMU SAYANG
Anak kita, wildan kita sedang menanti kita, saham syurga kita .
Semoga ibu diluar sana yang ada anak syurga tabah, kuatlah, redhalah, senyumlah. Kesat air matamu sayang. Anak kita menunggu kita dipintu syurga
(Mase nie hari pertama adik boleh duk atas riba ibu ,tapi haritu jugak adik pergi) 25/7/19
Mohd Hafiz #JuniorIbu #Alfatihah
MENGALAMI KANSER DARAH & MASALAH ORGAN-ORGAN PENTING
Solehah dalam temuramah dengan Pa&Ma berkongsi Allahyarham anak keduanya itu menghadapi pelbagai masalah kesihatan.
“Anak saya bukan satu masalah, jantung,paru paru. Organ lain seperti usus, buah pinggang juga bermasalah.
“Allahyarham Mohd Hafiz juga dikesan mengalami kanser darah. Sebelum pergi buat selama-lamanya, dia telah melalui dua kali rawatan kimoterapi.
“Apa pun saya bersyukur Mohd Hafiz bertahan selama 15 hari. Walau pun dari hari pertama kelahiran doktor tidak memberikan harapan kepada kami. Kata doktor, harapan untuk Allahyarham hidup lama amat tipis. Apa pun saya reda ketentuan Allah ini, pasti ada hikmahnya,” kata Solehah mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma.