Biasanya apabila anak mula menginjak usia setahun dan mula boleh berjalan, waktu ini adalah masa untuk mereka meneroka semua tempat. Tak kisah di mana sekalipun hingga lubang yang kecil pun boleh membuatkan mereka minat.
Masa inilah perhatian yang lebih perlu diberikan kerana anak akan mudah tertarik pada benda yang mereka rasa agak pelik dan paling mudah akan masukkan dalam mulut atau hidung.
Menurut Doktor Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M.Sallih ada 5 perkara bahaya yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa supaya anak tak memasukkan sebarang objek ke dalam hidung mereka.
Ads
Apa bahaya apabila anak termasuk objek ke dalam hidung?
Suatu hari nanti anda mungkin akan berhadapan dengan situasi seperti ini. Saya kongsikan mengapa keadaan ini perlu diberi perhatian.
Jangkitan pada kawasan rongga hidung boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kawasan sekitar seperti rongga sinus.
Pembengkakan dan masalah pada struktur mata juga boleh berlaku jika jangkitan lewat dirawat.
Untuk kes yang lebih teruk, jangkitan ke bahagian otak juga boleh berlaku. Kawasan hidung termasuk di dalam kawasan ‘dangerous area of the face’ di mana jangkitan mudah merebak ke ‘cavernous sinus’ dan bahagian otak.
Berisiko untuk tertelan atau tersedut ke rongga pernafasan. Yang ini bahaya!
Sekiranya objek adalah bersifat menghakis seperti bateri, risiko jangkitan dan kerosakan lebih teruk pada hidung adalah lebih tinggi. Jangan biar lama di rumah.
Semua perkara di atas boleh berlaku kepada anak-anak kita.
Tip ajar anak umur 2 tahun bebas pakai lampin, boleh cuba cara ahli terapi cara kerja ini kongsi. Bukan mudah sebenarnya mengajar dan melatih anak-anak untuk bebas memakai lampin. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan anak-anak berjaya melakukannya dengan baik.
Tidak dapat dinafikan memang agak mencabar melatih anak-anak ‘melupakan’ lampin tidak kiralah lampin kain atau pun lampin pakai buang. Tidak semua anak-anak boleh melalui fasa latihan ini dengan cepat.
Ada banyak kebaikan kepada anak-anak yang sudah tidak lagi memakai lampin. Satu fasa penting dalam proses perkembangan anak-anak adalah latihan ke tandas. Perkembangan emosi dan sosial mereka akan menjadi lebih baik.
Hasil kajian yang telah diterbitkan di dalam Journal of Pediatric Urology pada tahun 2002, kebanyakan anak yang lewat bebas lampin akan meningkatkan risiko mendapat masalah mengawal pundi kencing. Untuk kesan jangka panjang pula mereka berisiko mengalami masalah usus.
Selalunya ibu bapa sudah boleh mula mengajar anak bebas lampin pada umur 2 hingga 3 tahun. Ada juga anak yang sudah menunjukkan kebolehan bebas lampin seawal 18 bulan. Untuk mengelakkan kejadian lantai basah, tilam basah atau bau hancing seluruh rumah, lebih baik ibu bapa tahu dahulu tanda-tanda anak sudah bersedia untuk bebas lampin:
1. Boleh duduk, berdiri dan melangkah anak tangga di tandas dengan sendiri.
2. Mempunyai skil motor dan koordinasi yang baik untuk membuka pintu sendiri.
3. Berminat untuk ke tandas dan proses di dalam tandas (duduk, ambil paip air atau tisu, flush)
4. Mahu mengikut sesiapa sahaja ke tandas untuk melihat proses di tandas.
5. Sudah mempunyai keupayaan untuk menahan kencing atau berak selama lebih kurang 2 jam.
6. Sudah pandai maklumkan mak ayah dengan bahasa tubuh atau beritahu nak “iyak”/ ‘pupu” atau ‘kencing/cing”.
7. Tidak minat lagi memakai lampin dan mahu membuka sendiri lampin selepas ‘membuang.’
8. Pandai mengikut arahan.
9. Mempunyai masa yang sama untuk ‘membuang’ seperti selepas bangun tidur atau selepas makan.
Tanda-tanda di atas juga boleh digunapakai untuk anak berkeperluan khas, cuma umur sahaja berbeza. Jika anak mempunyai tanda di atas, sudah tiba masanya ibu bapa mengajar anak-anak bebas daripada memakai lampin.
Ada banyak sangat cara untuk mengajar anak bebas lampin. Kalau ikut cara orang dulu-dulu ada yang buka sahaja baju anak. Jika hendak ‘membuang’ wajib beri tahu jika tidak, mereka akan didenda. Hasilnya dalam sehari dua, anak-anak tidak perlu lagi memakai lampin.
Berikut teknik yang selalu digunakan oleh ahli terapi cara kerja untuk anak berkeperluan khas, tetapi diolah sedikit untuk anak yang tipikal.
1. Pilih sama ada hendak melatih anak menggunakan tandas terus ataupun guna ‘potty’.
Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan. Jika ibu bapa rajin gunalah ‘potty’ mungkin agak kurang menyeramkan untuk anak, mudah dibawa dan selamat. Kalau malas hendak membasuh, gunalah tandas terus. Kalau ada duit lebih, belilah tempat duduk tandas kecil yang dilengkapi tangga.
2. Latih anak menggunakan bahasa tubuh seperti pegang perut sambil cakap “berak/iyak”, “kencing/cing”, “pee/poopoo”. Pilihlah satu perkataan paling sesuai dan sebut setiap kali menukar lampin. Tunjukkan najis pada anak setiap kali anak ‘membuang’ dalam lampin.
3. Cerita sosial (Social Story)
Ceritakan kenapa kita ke tandas, apa yang dilakukan, proses di tandas dan sebagainya. Ibu bapa boleh juga cerita dengan memggunakan patung kesukaan. Contohnya,
“Setiap pagi, selepas Didi bangun tidur. Didi akan pergi tandas untuk “iyak/poopoo”. Mula-mula Didi buka seluar, duduk di atas tandas dan meneran (sambil buat muka meneran). Abang nak jadi macam Didi tak?” Ibu bapa boleh bercerita mengikut kretiviti masing-masing sambil membuat ekspresi muka bagi menarik perhatian anak.
4. Perhatikan tingkahlaku anak sebelum ‘membuang’ contohnya resah gelisah, ke hulu k ehilir, menyorok di belakang almari atau duduk di sudut bilik.
5. Catat masa setiap kali anak ‘membuang’ selama seminggu sebelum latih anak. Selalunya anak sudah ada pola masa yang sama seperti waktu pagi selepas bangun tidur, tengahari selepas makan dan sebagainya.
6. Pastikan anak makan makanan berserat seperti buah dan sayur dengan mencukupi. Proses melatih jadi lebih sukar sekiranya anak sembelit.
7. Pakaikan lampin jenis seluar (diaper pant) dan seluar bergetah yang longgar supaya mudah untuk dibuka.
Semua tip ini boleh mula dilakukan ketika umur anak setahun ke atas sebagai persediaan bebas lampin.
Ibu bapa boleh melatih anak bebas memakai lampin apabila sudah ada jadual masa, potty dan seluar dalam anak. Berikut langkah-langkah yang boleh dilakukan.
Tahap pertama (masih memakai lampin)
1. Bawa anak ke tandas 10 minit sebelum sebelum jadual pola masa, terutamanya sejurus selepas bangun tidur, selepas makan dan sebelum tidur. Boleh juga bawa setiap 2 jam. Lebih kerap lagi bagus.
2. Tekan sedikit di bahagian pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar anak untuk meneran.
3. Puji anak setiap kali anak berjaya ‘membuang’ di dalam tandas.
4. Jika anak terlepas ‘membuang’ di dalam lampin, tunjukkan lampin basah kepada anak sambil menegaskan tidak boleh ‘membuang’ dalam lampin
5. Disarankan ibu bapa untuk fokus dan melatih anak-anak secara berterusan selama lebih kurang seminggu.
Tahap Dua (pakai waktu tidur sahaja)
1. Ibu bapa boleh mula pakaikan anak seluar dalam kesukaan mereka untuk menggantikan lampin.
2. Pakaikan lampin waktu tidur siang dan tidur malam sahaja.
3. Tunjuk anak lampin basah sekiranya dia terlepas.
4. Bawa anak ke tandas sejurus bangun tidur. Jadikan rutin harian.
Tahap Tiga (100% bebas lampin)
1. Boleh mula kurangkan memakai lampin pada waktu malam.
2. Letak alas katil kalis air supaya katil tidak tercemar dengan bau hancing.
Kunci utama untuk berjaya adalah kerapkan memuji anak. Pokok pun boleh mati kalau setiap hari kita datang marah-marah. Sabar, jangan terlalu memarahi anak sekiranya lambat kerana hendak berjaya perlukan masa, bukannya sekali ajar sudah pandai.
Ada yang seminggu sudah berjaya, ada yang sebulan malah ada yang setahun baru berjaya. Latihan ini perlu berterusan barulah cepat nampak kesannya. Kalau skip sehari buat, esok malas, mula balik tahun depan maka bertahunlah jawabnya.
Ketika melatih anak bebas lampin, jangan lupa untuk melatih skil urus diri seperti pakai baju dan seluar. Tak adalah sampai umur 6 tahun masih lagi ibu baoa perlu bukakan seluar dan jirus setiap kali anak hendak membuang,
Biasanya anak-anak di usia 4-6 tahun bila disuruh menulis mesti akan mudah jemu. Puas dipujuk dulu, baru nak buat. Kadang kalau ada kerja sekolah yang diberikan oleh guru, ibu atau ayah yang terpaksa tulis sebab anak dah tak ada mood.
Bila difikirkan sampai bila nak buat macam ni kan? Ibu bapa perlu cari jalan penyelesaian bagi memastikan anak tak cepat rasa lenguh dan seronok.
Menerusi perkongsian pakar, ibu bapa perlu perhatikan cara anak memegang pensel sama ada betul atau tidak. Berikut dikongsikan tentang panduan ‘pencil grip’ anak-anak.
Cara pegang pensel untuk anak tak penat menulis
“Anak saya ni tak suka sangat nak menulis or mewarna, asyik cakap penat je. Geram betul.”
Parents, apa kata check balik pencil grip anak. Anak anak takkan mengadu kalau takde sebab tau. Ini guideline pencil grip based on umur anak.
Berikut merupakan panduan memegang pensil yang betul bagi tahap umur dari 1 tahun hingga 7 tahun. Ini bagi memastikan anak-anak tidak malas dan mudah letih menulis apabila menggunakan teknik memegang pensil dengan betul.
Kerap buat aktiviti, rangsang otot tangan
Antara sebabnya cara pegangan pensel yang tak betul. Contoh dalam gambar, pegangan kuat dan tegang akan buatkan tangan anak terasa penat. Sebab tu anak jadi tak suka nak menulis and dicop “malas”.
Kalau anak minat pegang dan bermain dengan pensel, parents boleh tunjukkan cara pegang pensel dengan betul. Tapi bear in mind, benda ni akan ambik masa dan perlu proses pengulangan yang kerap okay. Kalau umur 4 tahun still pegang pensel macam umur 1 tahun, anak perlukan bantuan ye parents.
Please rangsang fine motor skill anak anak dengan kerap and banyakkan aktiviti kat rumah. Tolong jangan ignore sebab benda ni sangat penting utk perkembangan anak. Btw parents, if anak still struggle untuk pegang pensel, selain banyakkan fine motor skill activity boleh try cari pensel holder macam ni ye. Inshallah boleh bantu anak slowly.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada semua pasangan yang berkahwin. Kehadiran cahaya mata disambut dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang. Dek kerana sayang, anak dimanjakan serta segala kehendaknya akan diikuti sehingga menjadi terlalu manja.
Semasa anak kecil, itu adalah perkara biasa. Tetapi jika dibiarkan sehingga dewasa, ia akan memberi kesan kepada anak-anak.
Anak-anak yang berumur enam tahun ke bawah sedang mengalami tumbesaran otak yang pesat. Dikatakan:
90 peratus daripada bahagian otak dibina sewaktu enam tahun pertama. Ia merangkumi komponen-komponen yang berkait dengan EQ atau Emotional Quotient. Selebihnya 10 peratus mula dibina dari umur 7 tahun sehingga usia mereka 20-an; dan ini adalah pertumbuhan IQ.
1. Tahu apa yang boleh dan tidak boleh
2. Perlu hormat semua orang
3. Ibu ayah tak ikut semua kehendak anak
Manja bukan sekadar apaila setiap kemahuan anak dituruti. Ia mempunyai banyak peringkat seperti:
1. Bayi baharu lahir perlukan belaian kasih sayang sebab dia memerlukan perhatian yang tinggi dengan dakapan kasih sayang dan dia tak boleh terus berdikari.
2. Ketika anak berusia 1 tahun ke atas – Inilah masa kritikal untuk mak ayah ciptak ikatan dengan anak-anak. Ajar anak dengan cara makan di meja, masukkan baju kotor dalam bakul, keluar berjalan tak semestinya perlu dibelikan permainan dan banyak lagi.
Sama ada anak kita lelaki atau perempuan, layanan dan didikan yang diberikan haruslah sama rata. Ajarkan mereka untuk membuat kerja rumah dan memikul tanggung jawab bersama-sama. Jangan sesekali hanya diajarkan pada anak perempuan untuk membuat kerja rumah, sedangkan anak lelaki boleh berehat menonton televisyen.
Menurut Steve Biddulph, penulis buku Raising Boys & Raising Girls, anak perempuan lebih cepat matang daripada anak lelaki. Kematangan ini berlaku kerana hormon estrogen (hormon dalam badan perempuan) membantu menghubungkan kedua-dua belah otak kanan dan kiri pada peringkat yang lebih cepat berbanding anak lelaki).
Tiada salah untuk ibu ayah melatih anak-anak membuat kerja rumah semasa mereka masih muda. Ia dianggap satu rutin praktis yang sangat baik dan membantu anak-anak menjadi lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain pada masa akan datang.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
ChatGPT kini menjadi trend untuk mengubah satu gambar keluarga menjadi potret ala studio, kolaj bayi dan foto editorial AI. Ketahui cara ia dilakukan serta contoh prompt yang boleh digunakan.