Banyak benda yang berada disekeliling kita sebenarnya terdedah kepada kuman dan virus. Terkadang kita terlupa sekecil-kecil perkara boleh membahayakan kesihatan anak-anak.
Nak makan kat kedai pastikan basuh dulu sudu dan garfu yang tersedia di atas meja !! Bukan apa, baru ni saya bawa anak dan isteri makan di kedai. Kebetulan benda ni jadi depan mata saya.
Geli, kotor dan bahaya !!
Saya ternampak ada seorang individu ni terbersin betul-betul tepat ke arah bekas sudu dan garfu ni.
Sepatutnya satu bekas tu kena basuh semula. Mana boleh biar macam tu je.
Ads
Virus, lendir, hingus dan air liur dah melekat kat semua sudu garfu yang ada kat situ. Kena basuh.
Aniaya kat orang lain yang nak guna nanti.
Ads
Tak semua orang basuh dulu sudu dan garfu yang ada terletak di setiap meja makan. Ramainya ambil terus suap ke mulut. Aduh, geli betul la.
Sepatutnya pemilik kedai makan elakkan letak bekas sudu dan garfu kat atas meja. Sebab anda tak tahu apa orang dah buat kat atas meja tu.
Kalau diorang nak buat aniaya pun bukan korang tahu. Nampak ringan sudu dan garfu je tapi kalau terkena boleh jadi kes naya ni.
Ads
Paling kesian sekali mestilah anak-anak kecil. Antibodi diorang bukan kuat sangat, senang-senang je boleh sakit kalau berjangkit bakteria dan virus dari sudu tu.
p/s : Tolong sampaikan meseg ini pada orang ramai supaya mereka boleh lebih berjaga-jaga dan tak teraniaya begini.
Menurut kajian sifat keperibadian manusia terbahagi kepada dua, iaitu introvert dan extrovert. Dalam bahasa mudah, si introvert adalah seseorang yang bersifat tertutup atau lebih suka menyendiri. Sementara si extrovert adalah seseorang yang bersifat terbuka atau gemar bersosial.
Perbezaan antara si introvert dan si extrovert adalah cara mereka mendapatkan ”energy”. Si introvert mendapatkan ”energy” melalui diri mereka sendiri. Sementara si extrovert mendapatkan ”energy” dari orang-orang di sekeliling mereka.
Sebagai ibu, kita kena kenal diri kita
– Extrovert ke
– Introvert ke
Ibu Extrovert ni biasanya suka :
– berkawan
– suka beramah mesra
– suka bertegur sapa
– suka berziarah ke sini sana
Kenapa?
– kerana Ibu yang Extrovert ni dapat energy & semangat bila bersilaturrahim dan bercampur dengan orang lain
Ibu Introvert pula biasanya suka :
– menyendiri
– dilihat sebagai suka berahsia
– agak pendiam
– kadang dilihat agak serius
– suka bersembang dengan satu orang sahaja pada satu masa
– suka percakapan yang ‘deep’ dan bermakna sahaja
Kenapa?
– Kerana ibu yang introvert ni dapat energy & semangat bila mereka bersendirian
Kadang walaupun kita Introvert, ada juga sisi Extrovert kita. Kadang walaupun kita Extrovert, ada juga sisi Introvert kita.
Bila kenal diri, mudah kita nak cas balik ‘bateri emosi’ kita yang sudah habis dan kosong.
Ada masa kita kena ambil Me Time dengan bersendirian. Ada masa kita kena ambil Me Time dengan mencari kawan.
Know yourself. Take care of yourself. Fill your cup first. You can’t pour from an empty cup.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kita hari ini memang tidak dapat lari daripada dunia digital. Televisyen, telefon pintar, tablet dan komputer seakan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Malah, ada ibu ayah yang memberi ruang untuk anak menonton kartun atau menggunakan aplikasi pembelajaran bagi mengisi masa lapang.
Namun, pendedahan yang terlalu lama sebenarnya boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan mata si kecil. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bayi bawah usia 2 tahun tidak dibenarkan langsung terdedah dengan ‘screen time’ kecuali untuk panggilan video singkat bersama keluarga. Manakala kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun pula hanya dibenarkan maksimum satu jam sehari sahaja.
Perkongsian oleh Dr. Redza Zainol, Pegawai Perubatan Pediatrik, menyedarkan ramai ibu ayah tentang bahaya cahaya biru (blue light) yang dipancarkan daripada skrin gajet.
Katanya, kajian mendapati pendedahan lebih satu jam sehari boleh menembusi hingga ke saraf mata dan merosakkan retina. Walaupun kanta mata dan kornea mampu menapis sinaran UV dari matahari, cahaya biru daripada skrin tetap mampu menembusi lebih dalam.
Lebih membimbangkan, pendedahan berpanjangan juga boleh mengganggu kitaran tidur anak. Blue light menghalang penghasilan hormon melatonin yang penting untuk tidur, menyebabkan anak sukar melelapkan mata jika menonton skrin terlalu dekat dengan waktu tidur.
Penggunaan gajet tanpa kawalan boleh menyebabkan:
Penglihatan kabur
Mata kering
Sakit kepala
Rabun jauh di usia muda
Sebab itu, ibu ayah perlu lebih cakna. Jangan biarkan anak menggunakan gajet sesuka hati, sebaliknya kawal dan bimbing mereka dengan cara yang betul.
Selain mengawal screen time, ibu ayah boleh mengajar anak dua senaman mata ringkas ini:
1. Rule 20-20-20 Selepas 20 minit menonton skrin, minta anak mengalihkan pandangan ke objek sejauh 20 kaki (lebih kurang 6 meter) selama 20 saat. Cara ini membantu merehatkan otot mata dan mengurangkan ketegangan.
2. Senaman Fokus Jari (Near & Far Focus) Letakkan ibu jari lebih kurang 20 cm dari mata anak. Minta mereka fokus pada jari itu selama 20 saat, kemudian alihkan pandangan ke objek jauh selama 20 saat. Ulang beberapa kali. Senaman ini menguatkan otot fokus mata dan membantu penglihatan jauh-dekat.
Pastikan pencahayaan bilik mencukupi semasa anak menggunakan skrin.
Elakkan anak menonton skrin 2-3 jam sebelum waktu tidur.
Aktifkan tetapan night mode atau gunakan aplikasi penapis cahaya biru.
Galakkan anak bermain di luar rumah pada waktu siang untuk mendapat cahaya semula jadi yang baik untuk kesihatan mata.
Kesimpulannya, walaupun skrin sukar dielakkan dalam kehidupan hari ini, ibu ayah tetap boleh melindungi mata anak dengan mengawal pendedahan, mendidik mereka amalkan senaman mata dan menyediakan suasana seimbang antara dunia digital dan aktiviti fizikal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa sebenarnya bentan dari sudut sains? Elok diketahui punca-punca bentan ini supaya tidak terikut pantang larang karut.
Perkataan bentan selalu berlegar dalam masyarakat terutama sekali bagi wanita selepas bersalin dan kanak-kanak berkhatan. Penjelasan ini merungkai apa sebenarnya bentan dari sudut sains.
“Siapa suruh langgar pantang??! Kan dah BENTAN !!”
Bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Bentan juga turut dikaitkan dengan kanak-kanak yang berkhatan. Dalam masyarakat Melayu, bentan dipercayai sebagai akibat melanggar pantang-larang selepas bersalin.
Antara contoh pantang-larang selepas bersalin ialah :
Apakah yang dimaksudkan dengan bentan?
Dari aspek perubatan, bentan adalah komplikasi akibat jangkitan kuman yang dialami selepas proses kelahiran bayi.
Antara gejalanya ialah : Demam, badan berasa lemah / seram sejuk, pening, loya, sakit sendi, tumpah darah, keluar cecair berbau busuk dari faraj, sakit pada bahagian peranakan, sakit pada bahagian luka kelahiran dan jantung yang berdegup kencang.
Terdapat pelbagai sumber jangkitan yang boleh berlaku pada wanita semasa proses berpantang:
1) Jangkitan pada luka tempat kelahiran
Ia boleh berlaku pada luka bahagian faraj jika pembedahan secara normal atau menggunakan vacuum atau forceps. Jangkitan juga boleh berlaku pada luka pembedahan bagi kelahiran secara Caesarean.
2) Jangkitan pada payudara (mastitis)
Dalam masyarakat Melayu, ia lebih dikenali sebagai bengkak susu. Ia boleh terjadi akibat saluran susu yang tersumbat atau rekahan pada puting buah dada yang tidak dirawat.
3) Jangkitan pada salur peranakan.
Ia boleh berlaku jika terdapat sisa daripada proses kelahiran (product of conception) yang tertinggal dalam saluran peranakan contohnya bahagian daripada uri. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit perut, sakit pada ari-ari dan menyebabkan tumpah darah.
4) Jangkitan pada saluran kencing.
Ini boleh berlaku jika wanita tersebut kurang minum air semasa berpantang. Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk proses pelawasan kencing.
Mengikut pantang-larang orang-orang lama, wanita berpantang perlu menghadkan pengambilan air bagi mengelakkan muka menjadi sembap atau kaki bengkak. Tetapi, perlu diingatkan di sini, jika terdapat simptom muka, badan atau kaki menjadi sembap, wanita tersebut perlu diperiksa untuk penyakit darah tinggi. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan atau stroke.
Selain itu, jangkitan pada saluran kencing boleh berlaku jika penjagaan kebersihan faraj diabaikan. Faraj perlu kerap dibersihkan dan kerap menukar tuala wanita.
5) Jangkitan salur pernafasan
Ini boleh berlaku sebagai komplikasi dari prosedur bius (anaesthesia) semasa pembedahan Caesarean. Antara simptomnya ialah batuk, sesak nafas, pernafasan kencang atau sakit dada.
6) Sebab-sebab lain yang tidak berkaitan dengan kelahiran
Jangkitan juga boleh berlaku pada bahagian tubuh yang lain, yang tidak terlibat semasa proses kelahiran. Contohnya akibat gusi bengkak, jangkitan dalam telinga dan cengkam kuku yang bernanah.
Sebagai peringatan utama , bentan adalah salah satu cara tubuh berkomunikasi untuk meminta bantuan dan rawatan . Ia tidak perlu diabaikan atau hanya dipandang mudah sebagai “akibat melanggar pantang”. Dapatkan rawatan dari klinik dan hospital berhampiran dengan segera!
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.