Bersalin secara pembedahan bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti. Namun setiap pembedahan mempunyai risiko tersendiri. Salah satunya ialah bernanah, membengkak dan tidak sembuh-sembuh jika tidak dijaga dengan baik.

Demi melahirkan zuriat yang dikandung, para ibu reda apabila disarankan melalui proses pembedahan caesarean. Namun pastikan luka dijaga dengan baik dan tahap kesihatan diri perlu dipertingkatkan untuk membantu proses penyembuhan.

Jangkitan Kuman, Luka Caesar Bengkak & Bernanah. Bila Tekan Keluar Macam ‘Cheese’

Jururawat Bel Nawhen mengulas mengenai penjagaan luka caesarean setelah tularnya video luka pembedahan seorang wanita yang mengeluarkan nanah seperti keju cair. Video yang dipercayai dari luar negara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Jangkitan Kuman, Luka Caesar Bengkak & Bernanah. Bila Tekan Keluar Macam ‘Cheese’

Video ini tular kembali. Ada yang mengatakan ia berlaku kerana tidak berpantang sebaik-baiknya. Siap ada salahkan makanan dan lain-lain lagi.

7 SEBAB LUKA CAESAREAN BERNANAH

Bel turut menyatakan 7 perkara dan sebab yang boleh menjadi punca luka caesarean bernanah.

IKLAN

Sedangkan kalau ada nanah macam cheese tu, maknanya berlaku jangkitan pada luka.

Jangkitan Kuman, Luka Caesar Bengkak & Bernanah. Bila Tekan Keluar Macam ‘Cheese’

Sebab berlaku jangkitan adalah:

#1. Keadaan penjagaan luka yang tidak sempurna seperti ibu tidak mandi dalam tempoh masa yang lama,
#2. Luka pembedahan dibiarkan lembab (kelembapan tu favourite kuman).
#3. Luka tak dicuci sempurna.
#4. Ada uncontrolled diabetic mellitus yang mana kita tahu luka memang akan lambat sembuh.
#5. Berat badan yang tidak dikawal.
**Pesakit yang mempunyai masalah obesiti, penyakit kencing manis dan penyakit daya ketahanan rendah berisiko menyebabkan luka lambat sembuh.
#6. Sukat segala mak nenek air. Dah sukat air jadi sembelit dan kulit pun tak dapat kelembapan yang sebaiknya lepas tu dah sembelit tu, buang air besar nak kena teran dah bagi tekanan kat abdomen (bagi caesarean) dan perineum (bagi kes kelahiran normal dengan luka episitomi)
#7. Sapu kunyit, manjakani, manjalara, manja-manja, herba entah mana asal usul kat luka pembedahan hingga kuman akibat penyediaan bahan sapuan tadi menjangkiti kawasan luka.

Jangkitan Kuman, Luka Caesar Bengkak & Bernanah. Bila Tekan Keluar Macam ‘Cheese’

IKLAN

PEKA JANGKITAN KUMAN & ELAK JAHITAN TERBUKA

Selain itu, turut dikongsikan penjagaan yang perlu dilakukan ibu untuk menjaga luka pembedahan. Dalam tempoh selepas bersalin, ibu perlu memastikan bahagian luka dijaga dengan rapi dan peka tanda-tanda terjadinya jangkitan kuman.

Dah bedah maknanya dah selesai ke?

Tidak.

Luka jahitan dan luka pembedahan perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak ada jangkitan atau jahitan yang terbuka.

IKLAN

Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka adalah;

  • Terdapat lelehan cecair atau nanah daripada bahagia luka.
  • Kulit sekitar bahagian tersebut merah dan kelihatan bengkak.
  • Luka kelihatan seperti terbuka dan apabila disentuh, akan merasa sakit.
  • Demam

JAGA KEBERSIHAN & KAWAL KENCING MANIS

Secara umumnya, pesakit akan dinasihatkan untuk;

  • Menjaga kebersihan diri dan sekitaran.
  • Mengambil pemakanan yang sihat.
  • Pengawalan berat badan yang optimum.
  • Mengawal paras gula bagi pesakit kencing manis

Sumber: Bel Nawhen

Artikel berkaitan: [1 Tahun 5 Bulan Lepas Caeser, Luka Bedah Berdarah Semula! Terbuka Sepanjang Jari Kelingking]

[Hilang Darah Lebih Seliter; Otot, Salur Darah Dipotong. Perjuangan Ibu Bersalin Czer Janganlah Dibanding]


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI