Anak-anak bawah 5 tahun perlu mahir menggunakan deria badan sebelum menguasai asas pra akademik seperti membaca, menulis dan mengira. Deria badan dapat dirangsang melalui bermain.

Bermain adalah pekerjaan setiap anak dan fitrah mereka. Mereka belajar melalui bermain.
Jadi anak yang bijak bermain akan dapat menguasai banyak kemahiran seperti kemahiran sosial dan komunikasi, kemahiran motor halus dan motor kasar, kemahiran mengurus diri serta merangsang perkembangan emosi yang sihat.

Anak Tak Duduk Diam, Gayat Di Tempat Tinggi, Maknanya Kurang Rangsangan Deria Ini!

Rangsang Deria Vestibular Untuk Perkembangan Emosi, Sosial dan Komunikasi

Deria VESTIBULAR?? Apa tu?

Deria vestibular adalah deria keseimbangan dan pergerakan. Penting untuk mak ayah rangsang deria ni lagi-lagi untuk anak bawah 5 tahun

IKLAN

Deria vestibular ni bantu kita untuk memanjat, berlari, naik basikal, melompat, meniti jambatan dan semua aktiviti yang melibatkan pergerakan dan keseimbangan badan tanpa jatuh.

Anak-anak yang tidak mendapat rangsangan yang secukupnya akan berkemungkinan mengalami Sensori Processing Disorder (SPD)

SPD berlaku disebabkan otak tak dapat proses input yang diterima deria. Input yang sampai ke otak mungkin diproses secara berlebihan (hypersensitive) atau tidak sampai (hyposensitive)

Ramai anak-anak seperti autism, ADHD, ADD, syndrome down dan lain-lain mempunyai isu sensori ni. Tapi, kanak-kanak tipikal pun tidak berkecuali ya. Lagi-lagi pada zaman dimana anak-anak terlebih “screening time”.

IKLAN

Contoh masalah SPD yang melibatkan deria vestibular:

Kategori pertama
– Tak boleh duduk diam. Contoh, bila dipaksa duduk. Anak akan goncang kaki.
– Suka buat sesuatu aktiviti yanmg laju dan bahaya. Contoh naik buai dengan laju. Sampai kita tengok pun kecut perut.
– Suka goyang badan sepanjang masa (body rocking)
– Suka melompat pada perabot macam katil dan sofa, trampoline, suka berputar pada kerusi berpusing dan macam-macam lagi perlakuan yang aktif

Kategori kedua
– Tak suka main buai, gelongsor dan lain-lain mainan
– Gayat bila kena turun tangga atau kena jalan atas permukaan yang tak rata
– Senang mabuk dalam kenderaan yang bergerak
– Sangat pasif dan kurang aktif
– Gayat atau takut bila kaki tak cecah lantai atau tanah contoh masa main buai

Anak Tak Duduk Diam, Gayat Di Tempat Tinggi, Maknanya Kurang Rangsangan Deria Ini!

IKLAN

Jom tengok ada tak anak-anak kita yang tunjukkan ciri-ciri kat atas?

Antara aktiviti untuk rangsang deria vestibular yang boleh mak ayah buat:
–  Sediakan peralatan macam trampoline atau gym ball untuk anak channel keperluan sensori dia di rumah. Dia boleh lompat atas trampoline dan bouncing atas gymball.
– Kerapkan bawak anak ke playground supaya dia dapat memanjat, naik buai, naik gelongsor
– Kalau boleh, sediakan satu ruang vestibular kat rumah. Boleh letak gymball dan trampoline kat situ. Dan boleh juga letak monkey bar
– Naik basikal
– Duduk atas kerusi goyang (rocking chair)
– Berpusing atas swivel chair
– Berenang. Aktiviti ni sangat bagus sebab dia rangsang deria lain jugak seperti proprioseptif, tactile (sentuhan), rangsang perkembangan gross motor anak jugak.

Aktiviti-aktiviti ni sangat bagus sebagai warm-up sebelum mengajar anak membaca, menulis dan mengira.

Kredit: Terapis Cara Kerja Pediatrik, Khairunnisa Nawi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI