Anak kerap sakit akan tak ada selera nak makan. Berat pun akan turun. Emak pun huhuhu jadinya. Berat baru nak naik, tapi dah demam balik. Macam mana nak buat? Memang tak boleh nak halang sakit ni tapi ada cara nak mencegahnya.
Daripada terus bergantung pada ubat semata-mata, baiklah cuba cara semulajadi yang mungkin boleh diamalkan jika anak mula menunjukkan tanda tak sihat.
Apa yang dikongsikan oleh Aini Amirah Kassim mungkin boleh dimanfaatkan oleh ibu. Boleh cuba mana yang sesuai untuk anak.
Ni saya beri sedikit tip ye untuk bantu cepatkan anak sihat.
TIP BANTU KURANGKAN DEMAM , SELSEMA DAN BATUK
✔ Jika anak minum susu formula, kurangkan kepekatan susu
Ads
✔ Berikan air masak suam untuk membantu anak bernafas dengan lebih baik sekiranya selsema dan sukar bernafas
✔ Banyak beri anak air masak/light drink
✔ Buat bone broth. Sup ayam yang ada tulang + bawang putih halia banyak + cuka
✔ Berhentikan sementara pengambilan makanan berasaskan gandum dan tenusu (fm, cheese, coklat) serta kentang. Ini penggalak mukus/kahak
Ads
✔ Banyakkan sayur hijau.
✔ Hentikan makanan/minuman bergula, berperisa dan berperwarna.
✔ Elak bawa anak berhampiran orang merokok dan ke kawasan orang ramai yang tak terjamin kebersihannya.
Ads
✔ Potongkan bawang merah dan letakkan di sekitar rumah dan kawasan anak. Bawang merah berfungsi sebagai penyerap virus yang berkesan.
✔ Gunakan lemon dalam mandian. Mandikan anak dengan air suam + lemon. Lemon bertindak sebagai antiviral untuk mengurangkan kahak dan menurunkan suhu badan.
Sesudah anak sihat, digalakkan untuk berpada dengan makanan yang bergula, masin, berperwarna dan berperisa.
Serta makanan berasaskan gandum (yang bergluten) seperti biskut, roti dan lain-lain. Boleh beri pada anak, tetapi kurangkan. Makanan ini boleh lemahkan antibodi anak, maka anak kerap sakit.
Pasti ada terdetik di hati pasangan suami isteri nak memiliki anak kembar. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu cara merancang serta mencuba rezeki untuk memilikinya.
Jika kita berusaha dan ikut apa yang dinasihatkan doktor, pasti ada hasil yang boleh mengembirakan kita. Tak semestinya yang ada baka kembar sahaja boleh hamil anak kembar.
Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat telah kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan di facebook miliknya.
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR? SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR
Tahniah kepada Puteri yg sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telur/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.
Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telur dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embrio yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Orang Asia 1-2 %
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %.
Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
Kembar sebelah ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda
Hamil umur 40 tahun ke atas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
Pemakanan berkhasiat, suplemen dan asid folik
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan suplemen vitamin dan asid folik lebih berpeluang hamil kembar.
Minum susu dan makan produk tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
Makan keladi atau ubi
Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
Hormon subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 %.
Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
Rawatan IVF / IUI
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Perkembangan setiap kanak-kanak memang berbeza, sebagai ibu bapa kita memang perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku kepada si kecil agar dapat memastikan mereka membesar seperti kanak-kanak lain.
Setiap kali bayi menangis pasti membuatkan ibu dan ayah menjadi gusar dan tak senang duduk. Apa yang pasti tangisan itu tentunya menandakan bahawa mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.
Tapi bagi yang baru pertama kali bergelar mama papa keadaan ini memberikan tanda tanya. Yang pasti rengekan si kecil anda adakalanya berkaitan dengan masalah kesihatan dan juga perkembangan mereka.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor Mohd Saiful Nizam di laman Twitter, beliau berkongsi satu keadaan yang sering dihadapi oleh kebanyakkan bayi. Tongue Tie atau lidah pendek yang mana masalah ini bisanya boleh dikesan jika bayi anda kerap mengamuk ketika menyusu, kelaparan walaupun sudah menyusu, berat badan bayi yang tidak memuaskan walaupun kerap menyusu dan juga masalah pertuturan.
1) Bayi Anda kerap mengamuk ketika menyusu?
2) Bayi Anda masih kelaparan walaupun sudah lama menyusu?
3) Kenaikan berat badan bayi tidak memuaskan walaupun kerap menyusu?
3) Anak Anda alami masalah pertuturan? Pelat?
Tongue tie adalah keadaan dimana terdapat selaput membrane yang melekat antara lidah & lantai mulut mengakibatkan pergerakan lidah bayi terbatas & terikat.
PENYEBAB? – faktor kongenital dimana membran yang sepatutnya hilang selepas kelahiran masih kekal melekat antara keduanya. pic.twitter.com/n82hlPpvUG
Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Mohd Saiful Nizam ada menyatakan gejala-gejala yang ada pada bayi jika ada masalah lidah pendek ini.
Gejala-gejala:
1) Bayi sukar melekap pada puting ibu sewaktu menyusu
2) Bayi selalu mengamuk ketika/selepas menyusu kerana tidak kenyang
3) Kenaikan berat badan tidak memuaskan
4) Sakit atau luka pada putting ibu
5) Kesan buruk pada pertubuhan gigi
6) Pelat/lambat pertuturan
Menurut beliau lagi, masalah ini berlaku apabila otot nipis di bahagian bawah lidah yang menyebabkan lidah gagal berfungsi dengan baik terutamanya dalam pertuturan.
Bagaimana nak tahu ada Tongue tie?
Bayi atau anak Anda tidak mampu keluar atau jelir lidah melebihi paras gigi bawah.
Satu kajian oleh Messner (2002), anak yg ada Tongue tie tak boleh sebut huruf ‘R’ @ ‘L’ kerana hujung lidah pendek. Jadi sebutan “Rupa” akan berbunyi “Wupa”.
Bagi anak yang mempunyai masalah ini, Dr Mohd Shaiful menyatakan tidak semua perlu menjalani rawatan atau pembedahan, ia bergantung kepada tahap perkembangan si kecil itu sendiri. Namun jika anda ada perasan tentang gejala-gejala yang disebutkan, beliau sarankan untuk segera berjumpa pakar ENT atau Pakar Pergigian untuk pemeriksaan awal.
RAWATAN
Bergantung pada tahap perkembangan & pertuturan. Jika tidak alamai masalah menyusu, berat badan bagus boleh “tunggu & lihat”.
Namun, seandainya ada salah satu gejala yg disebutkan, pembedahan kecil dipanggil “frenulectomy” @ Tongue tie release dilakukan. pic.twitter.com/TEbA4xoj0D
Segeralah berjumpa Doktor Pakar ENT atau pun Pakar Pergigian Kanak-kanak jikalau bayi/anak Anda alami gejala-gejala seperti diatas agar pemeriksaan awal dapat dilakukan demi perkembangan pertuturan & tumbesan anak Anda #medtweetmy
Jika ada bayi anda yang mengalami gejala tersebut, ikutlah saranan Dr Shaiful ini untuk bawa si kecil anda berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian. Rawatan awal mungkin dapat membantu si kecil anda melalui proses perkembangan yang baik.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.