Lepas terjerit pada anak mesti menyesal. Ini antara salah satu situasi yang biasa berlaku pada ibu bapa yang seharian penat bekerja dan bila anak buat perangai memang tak boleh nak kawal kemarahan itu.
Katakanlah, pada satu hari yang sukar, anda baru pulang dari kerja dan anak kecil anda buat perangai, anda tidak mampu lagi menahan rasa marah, tertekan, dan runsing.
Anda pun menghempas pintu, mengatakan kata-kata yang melukai hati anak, dan meninggikan suara.
Si kecil itu menangis dan anda pula mula berasa buntu dan semakin tertekan. Jika ini terjadi, perkara yang perlu anda lakukan adalah:
1. Berhenti dan Bernafas
Anda mungkin terfikir, cara apakah ini? Sebenarnya, langkah ini mudah untuk disebut tetapi percayalah, sukar untuk dibuat, terutamanya dalam keadaan diri kita yang sedang keletihan, marah dan tertekan.
Jadi, apabila anda perasan yang darah anda mula menyirap dan hampir hilang kawalan diri, berhenti seketika apa yang anda sedang lakukan dan tarik nafas dalam-dalam beberapa kali.
Percayalah, fikiran anda pasti akan lebih tenang dan anda mula perasan yang jantung anda tidak lagi berdegup kencang.
Ads
2. Minta Maaf
Kita sebagai ibu bapa sering mendidik anak kita supaya meminta maaf apabila melakukan kesilapan. Ini adalah masa yang sesuai untuk mengajar melalui tauladan.
Selepas anda bertenang, minta maaf kepadanya. Ia lebih berkesan jika anda menghampiri anak anda, menyentuhnya, dan turun ke aras mata si kecil anda. Ia memberikan rasa percaya dan dekat pada anak itu.
Minta maaf yang anda menjerit padanya, minta maaf yang anda telah menakutkannya dan minta maaf kerana anda gagal mengatasi keadaan secara matang.
Ia secara tidak langsung mendidik anak anda yang ibu bapa juga tidak lari dari membuat kesilapan dan apa yang penting adalah kita mengambil tanggungjawab atas kesalahan kita sendiri.
3. Beri Penjelasan
Ingat tak tadi kita telah baca yang apabila anak kecil sedang dimarahi, keupayaan otaknya untuk menerima maklumat telah terhenti? Jadi, kali ini, semasa anda sedang berbaik dengannya, cuba sekali lagi untuk memberitahu apa kesilapan yang dia telah buat.
Ads
Ketika anda tenang, barulah si kecil itu lebih mudah untuk menerima pengajaran dari anda.
Lagi satu tip penting ketika sedang memberi penjelasan kepada anak tentang kesilapan mereka adalah: pastikan anda tidak menggunakan kata-kata yang berbunyi seolah-olah menyalahkan peribadi anak.
Menurut kajian, “Ibu bapa yang belajar untuk memulakan ayat dengan “saya” atau “ibu” berbanding “kamu” boleh mengubah cara perbualan daripada yang berbentuk menyerang kepada berbentuk mendidik.”
Jadikan ia habit untuk menerangkan apa yang anda tidak suka dan tambahkan apa yang anda suka atau harapkan dari anak anda.
Ads
Dalam erti kata lain, elakkan dari menyebut:
“Aina pukul ibu tadi. Aina tak sayang ibu ke? Tuhan marah tau. Kalau Aina buat lagi, siaplah!”
Katakan seperti:
“Ibu marah tadi sebab Aina pukul ibu. Tak baik pukul ibu sendiri. Tuhan marah. Ibu sedih bila Aina sakitkan ibu. Ibu tak mahu Aina buat lagi”
Ia akan Terjadi Lagi – Latihan Serta Ilmu Keibubapaan Akan Membuatkan Kita lebih Mahir Mengawal Marah
Semua orang akan melakukan kesilapan. Sebagai ibu bapa, antara kesilapan yang sukar untuk kita elakkan adalah hilang kawalan marah dan berkata kasar kepada anak-anak.
Apa yang penting adalah kita terus mengakui kesilapan dan segera mencari jalan untuk berbaik dengan anak-anak supaya dapat terus mendidik mereka secara berkesan!
https://my.theasianparent.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila anak tak sihat, macam-macam difikirkan sehinggakan kerja pun terganggu. Selagi anak tak baik dari demam atau batuk, lagilah nak tidur pun tak lena. Lagi satu kalau anak batuk berpanjangan lagi susah hati.
Melalui perkongsian ibu ini, Huda Rahman dia ada berkongsikan hirisan kentang mampu membuatkan batuk anaknya hilang tanpa makan ubat. Senang dan tak perlu keluar belanja yang besar.
Hari tu anak Huda on off demam. Sampaikan minggu lepas baru ok. Bayangkan lama tak lama dia demam danasyik on off cenggituu.
Yee lah mak mana yang tak susah hati. Lagi-lagi budak kecil, Huda tak nak ajar sangat dia dengan segala ubat, usus budak pun masih tak kuat.
Bila demam dah ok, dia mula batuk pulak. Allahu Tuhan saje yang tahu seksanya tengok anak kecik batuk. Sampaikan malam dia tak boleh tidur. Disebabkan budak kecik dia tak ada ubat untuk batuk kan, so Huda cuba minyak bawang putih. Tahan sekejap, lepas tu. Batuk balik.
Huda tak tahan sekali bukak cik Google, Huda terjumpa petua ni. ( Petua menghilangkan batuk bayi menggunakan kentang). Dalam hati berserah je kat Tuhan dah macam cara buat.
Malam yang pertama Huda buat ini lar hasilnya. Time dia tidur letak kentang dalam stokin hiris nipis-nipis. Sekali bangun esok habis hitam kat kentang.
Malam kedua buat kentang tak sehitam ni. Dan malam ketiga buat kentang still segar kekuningan.
Anak Huda pun dah tak ada batuk-batuk lagi. Dah boleh tidur nyenyak macam biasa dah.
Khasiat dia bukan sekadar untuk batuk, demam, selesema pun boleh guna cara ni. Senang bukan? Korang yang pening pikir nak hilangkan batuk anak cuba lah petua ni.
Mana tau sesuai dengan anak Korang. Tak cuba tak tahukan. Guna bahan dari dapur je.
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham. Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji. Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak, setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka sahaja. Kita harus memikirkan keseluruhan penyelesaian untuk masalah itu demi anak-anak juga.
Sekiranya pergaduhan sering berlaku di hadapan anak, ia bukanlah pemandangan sihat untuk mereka. Emosi mereka akan terjejas dan memberi kesan mendalam terhadap tumbesaran mereka. Dalam pada kita memperjuangkan apa yang betul (bagi kita), anak-anak yang menanggung akibatnya.
APAKAH KESAN TERHADAP ANAK-ANAK JIKA IBU AYAH MEREKA SELALU BERGADUH?
1. Keyakinan Diri Terganggu
Anak-anak yang sering diabaikan kerana kemelut yang emlanda kedua ibu bapanya akan sering merasakan merelah punca kejadian itu. Kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan mereka selalu menyalahkan diri sendiri kerana tidak membantu untuk menyelesaikan perkara itu.
Sumber foto: www.freepik.com
Kerana tekanan itu mereka menjadi kurang yakin dengan diri sendiri dan mengalami kekeliruan. Apabila kerap berlaku, ia boleh menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan.
2. Emosi Tercalar
Tekanan melihat pergaduhan ibu bapa di depan anak menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain. Segala kata cacian dan perlakuan ketika sedang bergaduh akan menyebabkan anak-anak mengalami trauma dan tantrum kerana ia ibarat mimpi ngeri buat mereka.
Kemurungan ini akan menjadikan mereka menjadi anti sosial dan kerap menjauhkan diri dai persekitaran yang sihat dan tidak mahu disayangi sesiapa kerana rasa khuatir diabaikan.
3. Tidak Menikmati Kehidupan Yang Bahagia
Memandangkan ibu ayah yang selalu bergaduh, anak-anak terbentuk menjadi dewasa sebelum usia mereka. Apatah lagi jika selalu ditinggalkan, mereka dilatih dari awal untuk menjaga dan menguruskan diri sendiri.
4. Tidak Menunjukkan Emosi
Apabila terlalu kerap mendengar pergaduhan ibu ayah menyebabkan mereka lebih cenderung untuk memendam perasaan dan tidak mahu memihak kepada sesiapa. Ini adalah kesan daripada kejadian terpaksa mendengar dan berada dalam situasi di mana ibu dan ayah bergaduh teruk. Setiap apa yang mereka rasakan akan dipendam dan menjadikan mereka orang yang mempunyai krisis dengan emosi dan identiti sendiri apabila meningkat dewasa.
5. Tingkah Laku Bermasalah
Ketika membesar, anak-anak memandang ibu ayah mereka sebagai idola. Setiap perlakuan ibu ayah akan menjadi ikutan. Jika sering berdepan dengan keadaan yang tidak baik ketika mereka membesar, itulah yang akan mereka ikuti. Mereka cenderung untuk bertindak kasar. mereka juga sukar menilai kasih sayang sebenar kerana tidak pandai menilainya.
Sumber foto: www.freepik.com
6. Cenderung Untuk Mengalami Gangguan Pelajaran
Apabila selalu melihat pergaduhan yang berlaku, anak-anak akan mengalami gangguan emosi sekaligus mengganggu prestasi pelajaran mereka. Bukan sahaja mengalami masalah disiplin, anak-anak ini juga akan mengalami kesukaran memahami pelajaran dan hilang semangat untuk belajar kerana tekanan yang dihadapi.
7. Kesihatan Terjejas
Bukan sahaja emosi, tetapi kesihatan anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan. Biasanya anak-anak ini akan mengalami sakit kepala, sakit perut, serangan lelah atau penyakit yang berulang.
8. Gangguan Tabiat Makan
Beberapa kajian mendapati anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan antara ibu ayah mereka akan berkait dengan masalah pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.
Ketika marah, macam-macam boleh terjadi. Kita cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak baik atau mengeluarkan kata-kata kesat yang memberi impak bukan kepada pasangan tetapi anak-anak juga. Sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab, carilah penyelesaian yang terbaik dalam keadaan emosi yang stabil.
Capailah kata sepakat dengan cara yang baik supaya tidak menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anak-anak yang disayangi.
“Anak saya ni nakal, tak reti duduk diam, tak dengar kata” pernah tak anda terasa anak yang sangat aktif ni nakal dan tak dengar kata? Ada sahaja akalnya asalkan tak duduk diam.
Menurut Terapi Cara Kerja, ibu bapa tidak boleh melabel anak yang aktif itu sebagai anak yang nakal. Ikuti artikel ini untuk penjelasan lanjut.
ELAK LABEL ANAK AKTIF ANAK NAKAL
Seringkali Ibu Ayah Kalau Refer anak Atau Nak Tanya pada Team Guru dan Terapis #nuhakids mereka akan tanya “Kenapalah Anak saya aktif Tak dengar kata? Anak Saya Ini Tak Normal ke?”
Tak semestinya ya semua anak Yang Lihat macam Hiperaktif itu perlu Extra Stimulation disebakan isu sensori mereka.
Ada kalanya Aktif yang Normal.
Anak Aktif Bergerak yang Baru Belajar batasan.
OK lagi.
Lain lah Kalau Anak Anak Ibu Ayah Ada macam seperti Ibu Ini Yang cerita anak dia Suka Berpusing, melompat, pecahkan Pasu dan TV di rumah.
Dengar Macam Dasyatnya Aktif dia kan?
Tak Faham Arahan langsung.
Anak ini jenis Melompat Tak Tentu Pasal. Tak Dapat Sofa dia Lompat Je kat mana Jua permukaan. Nampak Tak Reti penat Langsung.
Sekali Tu Ibu dia Cerita lagu dia Terjatuh. Eyh Bangun dia sambung Lompat. Tak nampak tanda berputus asa langsung. Sekali tu tiba tiba datang peluk kita Pulak.
Bila Minta duduk adalah 3 saat lepas tu sambung Pusing pusing badan dia.
Dia ajak Kita sekali. Kita sekali je pusing rasa nak muntah dah ni.
Ibu dia cerita lagi Kalau dia nak sesuatu mainan dia main Rampas je. Tak Pun Main Rentap. Sakit kata mak dia ngadu.
Anaknya juga jenis suka sangat Langgar orang Tak Reti nak kawal Badan dari terlanggar orang. Dia main redah je. Yes Redah je!
Kalau Beginilah Kisahnya Anak ini mungkin ada Hyposensitive terhadap Deria Sensori yang dia rasa. Jadi Dia Nampak amatlah Aktif.
Jadi kita namakan Hiperaktif. Nak Kepastian Bawalah Jumpa Terapis.
Kecelaruan Sensori ataupun kurangnya Input Sensori akan Menyebabkan anak akan Terus buat Behavior seperti di atas.
Mari saya Kongsikan Apa kita boleh buat bantu anak ini
1️⃣ Beri Stimulasi Vestibular seperti Aktiviti Somersault, Bergolek atau Pusing di buaian yang Intensiti Tinggi.
2️⃣ Beri juga Stimulasi Proprioseptif Yang bantu Adik rasa Body Awarenessnya seperti Wheelbarow, Animal Walking
3️⃣ Bawa jumpa Terapis bertauliah secara Online atau Atas Talian Untuk dapatkan Konsultasi. Kerana Setiap anak Hyposensitive wajar dapat Intervensi.
Jika mengenali sesiapa Perlu bantuan seperti ini boleh ke Nuha Kids Holistic Education
Jemput Tag Pasangan atau Sahabat yang mungkin Anaknya Aktif cuma Belum pasti Aktif atau Hiperaktif.
Jemput follow dan Share Agar Lebih Ramai Belajar Sesuatu.
Ada Beza Tau Aktif anak anak Biasa dan Hiperaktif Ini.
Jadi Jangan Suka Sahaja Label anak.
Dua dua Pun OK. Kita Yang perlu tahu Cara Nak Bantu Mereka
Kredit: Nurul Sheriena Musa
Your Parenting Partner.
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...