Lazimnya, wanita selepas bersalin akan menjalani tempoh memulihkan diri atau dikenali sebagai tempoh berpantang.
Namun, ada beberapa amalan pantang terlalu ketat dan tidak baik untuk kesihatan. Berikut adalah mitos tentang beberapa amalan berpantang dan fakta yang boleh digunapakai.
Tidak boleh makan ubi-ubian
Mitos: Ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan daripada jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana makanan ini dipercayai mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut. Hal ini berikutan ia makanan jenis ini berangin.
Fakta: Ubi-ubian merupakan makanan bijirin yang membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Jika tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, anda boleh mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet.
Tidak boleh makan sayur ‘sejuk’
Mitos: Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun dan tembikai dianggap ‘sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang.
Dengan mengelakkan makanan ‘sejuk’, ia dikatakan melambatkan proses pemulihan. Tambahan lagi, makanan sejuk juga menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan.
Fakta: Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat. Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.
Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain memberi sumber vitamin dan mineral dan dapat mengelakkan sembelit serta mempercepatkan penyembuhan luka.
Ads
Sayuran hijau juga mempunyai klorofil yang membantu merangsang pembentukan sel darah merah pada anda yang mungkin mengalami anemia.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, anda boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ‘sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur tetap dapat penuhi.
Untuk sayur-sayuran, anda boleh memilih sawi, kucai, ulam-ulaman antaranya pegaga, daun cekur dan ulam raja. Manakala pilihan buah-buahan pula adalah seperti oren, epal, betik dan pisang.
Tidak boleh makan ayam
Mitos: Ayam dianggap sebagai ‘berbisa’. Makanan berbisa dikatakan boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin. Malah, boleh menyebabkan pendarahan kepada ibu dalam pantang.
Fakta: Ayam merupakan sumber baik bagi protein, vitamin dan garam mineral. Anda perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Hal ini kerana sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan.
Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh. Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran dan dapat mencegah masalah anemia.
Ads
Jika tidak boleh makan ayam, gantikannya dengan ikan.
Tidak boleh minum banyak air
Mitos: Ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang.
Minum air dalam amaun yang banyak sepanjang tempoh berpantang juga boleh menyebabkan perut buncit, menggelebeh dan peranakan bengkak.
Fakta: Urat adalah salur darah. Kembang atau kuncup salur darah bukanlah disebabkan makanan atau minuman. Anda perlu minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari.
Hal ini penting supaya toksin boleh dikumuhkan dan semua organ dalaman boleh berfungsi dengan baik. Kepercayaan ibu dalam pantang perlu mengehadkan pengambilan air adalah perlu dielakkan.
Ads
Pengambilan air yang mencukupi penting untuk memulihkan kecergasan badan, memberi keseimbangan elektrolit dan mengawal suhu badan. Minum air yang mencukupi boleh mengelakkan sembelit yang biasa dialami ibu berpantang. Ia juga amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi.
Tidak boleh makan telur
Mitos: Makan telur ketika berpantang akan menyebabkan luka bernanah. Lebih-lebih lagi bagi yang bersalin secara caesarean.
Fakta: Nanah disebabkan oleh jangkitan kuman. Sedangkan, telur adalah sumber protein yang baik dan bagus untuk pemulihan luka dalaman. Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 21mg Kolin.
Tidak boleh mandi terlalu lama
Mitos: Ibu berpantang yang mandi terlalu lama boleh menyebabkan dirinya dimasuki angin dan mengalami bentan.
Fakta: Larangan untuk tidak mandi dalam tempoh yang lama adalah disebabkan mahu anda menjaga luka perineum atau di bahagian perut yang semestinya perlu dijaga dengan baik.
Ia tidak boleh terlalu basah dan perlu segera dikeringkan selepas mandi bagi memastikan luka di bahagian berkenaan cepat sembuh.
Tidak boleh menggunakan kipas dan/ atau pendingin hawa
Mitos: Penggunaan angin sejuk daripada kipas dan pendingin hawa akan menyebabkan angin memasuki badan ibu berpantang.
Fakta: Kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak masuk menerusi kulit dan terus ke saluran darah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai sangat yang sudah tahu tentang kegunaan lemon ketika anak demam atau badan terlalu panas, kan?
So, lemon dah jadi bahan wajib ada kat rumah, hari biasa boleh buat lemonade, infused water atau guna dalam masakan. Time anak demam, tak susah nak cari dah sebab memang dah ada dalam peti sejuk.
1. Lemon, bukan sahaja kaya Vitamin C, tetapi juga kaya manfaat sebagai ‘NaturalSupplement’ dan juga sebagai remedi semulajadi.
2. Mampu membantu melawan bakteria dan virus – jika anak 3 tahun ke atas demam, boleh cuba minum air perahan lemon + madu 2 hingga 3 kali sehari.
( Info madu: Saya masih ingat sharing seorang pengamal perubatan tentang keunikan madu.
Madu bukan sahaja bersifat antibakteria antivirus dan antiradang, ia juga tiada masalah untuk diberikan ketika demam kerana istimewanya madu ciptaan Allah, ia berfungsi menyejukkan badan dan pada masa yang sama, memanaskan badan, BERGANTUNG KEPADA KEADAAN BADAN KETIKA ITU.)
Bayi 1 tahun ke bawah belum sesuai diberikan madu – isu Botulism.
Bayi 2 tahun ke bawah: ibu menyusu yang perlu minum air lemon + madu ini, anak akan dapat khasiatnya daripada susu ibu. Kerap susukan anak.
3. Berfungsi ‘flush out’ toksin dari tubuh kita – minum air perahan lemon 3 kali seminggu untuk buang toksin/detox (selain detox semulajadi daripada badan).
4. Lemon kaya serat yang dinamakan Pectin, sejenis prebiotik yang berfungsi membantu kesihatan usus kita dan anak, juga sebagai makanan untuk probiotik, bakteria baik untuk usus.
5. Jika anak demam, LEMON SOCKS/SPONGING sangat baik untuk mengeluarkan haba panas dalam badan. Caranya, sediakan air yang dicampur dengan perahan lemon.
2 liter air untuk 1 biji lemon:
• Celup stokin ke dalam air perahan lemon, perah sedikit saja dan pakaikan pada anak.
Stokin akan cepat kering kerana air lemon diserap ke badan yang panas untuk menyejukkannya. Ulang celup, perah dan pakaikan lagi.
• Letakkan air lemon ke dalam bekas, ambil tuala kecil dan celup. Basahkan ke tubuh anak berulang kali. Juga letakkan tuala kecil ke atas kepala anak.
• Anda juga boleh letak air perahan lemon ke dalam botol spray bersih, sentiasa spray ke
tubuh anak hingga badan tidak lagi panas.
• Kerapkan mandi/berendam juga. Perah lemon ke dalam air rendaman badan anak.
Bagi anak yang berkulit sensitif, lakukan ‘patch test’ dahulu, iaitu, sapukan air lemon ke kulit anak. Jika air lemon menyebabkan kulit anak merah-merah, maksudnya ia tidak sesuai untuk anak.
6. Bagi Lemon yang bukan organik, kupas kulitnya terlebih dahulu atau rendamkan ke dalam campuran:
Air + cuka
atau
air + garam
atau
air + baking soda.
Ini untuk membuang sisa racun serangga/ pesticides residue pada kulit lemon.
7. Info tambahan untuk ibu ayah:
Membilas muka dengan campuran air dan lemon juga memmbantu memberikan kesegaran, mengembalikan mood dan juga membantu menghilangkan sel mati serta bintik bintik di wajah jika diamalkan selalu. In lemon we trust.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja pulang dari menjaga bayi keenamnya dari hospital akibat jangkitan RSV, Datin Shahida pula perlu menjaga dua anaknya yang dijangkiti HFMD dan demam.
(RSV: Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.)
(HFMD:Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.)
Bila anak ramai, begitulah terpaksa bergilir menjaga mereka kerana mereka sangat mudah menjangkiti sesama mereka. Yang adik baru baik, abang dan kakak pula sakit. Itulah orang kata dugaan anak-anak sedang membesar.
Ibarat seperti jururawat, itulah yang dirasai oleh Datin Shahida, pengasas kosmetik di bawah jenama Dherbs.
‘Lepas sorang keluar hospital..balik je rumah yusoff lagi pula kena HFMD’
‘Memang musim penyakit…Raudhah pula dah start demam..”
“Bayangkan dah macam nurse saya kat rumah ni..melawat sorang-sorang dalam bilik bagi ubat😅 3 sekali nak kena monitor…”
Rata-rata wargamaya turut bekongsi pengalaman sama di mana anak-anak mereka turut mengalami gejala HFMD dan asyik sakit sejak kebelakangan ini.
azwa_wanie96’s profile picture Rmai bby kena penyakit ni datin termasuk ank jiran sy 2 org dh.. skrg semua kna kuarantin lpas kluar hsptl…semoga ank datin cpt sembuh..
milazzmokhtar’s profile picture Masak kecik2 anak saya kena penyakit ni.. lepas baik banyak kuku rosak dan tercabut…semoga anak2 datin lekas sembuh
faradiba.azahar’s profile picture Ank sy pn baru lepas sembuh… 2 org sekali kena.. mmg kesian.. satu bdn penuh.. pedih.. 😭 rajin sapu lotion calamine/mandikan dgn sabun neem… itu yg sy ikhtiar… mudah mudahan serasi dan diberi kesembuhan.. Amiin YRA
Baru sahaja melahirkan anak keduanya lima bulan yang lalu, aksi berani dan lasak penyanyi Ayda Jebat menerusi persembahan untuk sebuah program nyanyian menarik perhatian ramai.
Tambah membuatkan wargamaya risau bila mana Ayda melahirkan cahaya mata keduanya itu menerusi kaedah pembedahan.
Malah ada wargamaya yang menganggap aksi stunt yang dilakukan Ayda agak berbahaya buat wanita yang baru sahaja melahirkan secara pembedahan atau caesarean.
“Dah la baru 5 bulan beranak czer ni. Harap-harap tak terceduk macam nila malam ni. Bismillah. Doakan tau,” tulis Ayda menerusi satu entri kapsyennya baru-baru ini.
Enggan membuatkan wargamaya terus bimbang dan begitu prihatin dengan dirinya, Ayda terlebih dahulu mendapatkan pandangan dan nasihat dari doktornya.
“Doktor sudah beritahu senaman apa yang perlu dibuat sebelum saya buat stunt tu.
“Kadang-kadang adalah rasa sakit di bahagian perut, kalau nak ikutkan yang paling hardest persembahan saya untuk minggu kedua ni, ketika saya nak masuk ke pentas dan diangkat oleh gorilla tu.
“Adalah saya nak buat tapi tak boleh kerana ada batasannya dan saya juga baru lepas czer kan, belum baik sepenuhnya.
“Apa-apa pun saya dah dapatkan nasihat daripada doktor,” katanya berkongsi.
Bila Anak Ada Minat, Tugas Kita Adalah Menyokong”: Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya...