Lain orang lain caranya. Ada yang suka bergaya dan mengumpul pelbagai koleksi beg tangan, perkakasan dapur dan sebagainya untuk kepuasan diri. Ada juga yang gemar melancong dan meneroka serata alam. Semua ini dilakukan atas minat dan hobi mengikut cara tersendiri.

Namun ada juga yang gemar menabung simpanan di bank. Tak terkecuali ada juga yang gemar mengumpul emas sebagai hobi. Walau tidak banyak, sebolehnya diusahakan sebaiknya demi kepuasan diri.

Masing-masing cara namun inilah sebahagian cara yang memberi kepuasan pada kita. Perkongsian ringkas Mardena Nena yang lebih gemar mengumpul emas ini boleh dijadikan inspirasi. Biar tak tebal dan saiz besar seperti orang lain, namun gram emasnya bertambah.

Mula-Mula Belilah Yang Halus, Tak Perlu Bergaya Sakan, Ni Tip Beli Emas Cara Mudah!


Tips beli emas.

IKLAN

Time gaji simpanlah sikit, duit nafkah letak tepi, kumpul duit RM5.

Lepas tu puasa la dari shopping, so dapat la beli apa yang nak kan.

Lain orang lain minat lain cara, dari bujang lagi suka beli tapi hat halus-halus la, kumpul rasa ada bajet kemudian trade in tambah la duit bagi dapat besar sikit.

Gitu lah nak beli satu-satu benda pun. Dena jenis tak minat sangat bergaya-bergaya ni. Pakai seadanya saja, janji dapat kumpul duit target nak beli berapa gram tu je.

IKLAN

Mula-Mula Belilah Yang Halus, Tak Perlu Bergaya Sakan, Ni Tip Beli Emas Cara Mudah!

Setiap tahun kena kumpul gram tak kisah berapa pun. Agak dah bosan dengan design tu, trade in beli corak baru. Tu lah keje mudah Dena hihi.

Yang penting beli time harga murah ok. Berjinak-jinat dengan emas dari umur 22 tahun, bila mula kerja ada gaji tetap!

Ingat target, tambah gram setiap tahun. Simple!

IKLAN

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Mula-Mula Belilah Yang Halus, Tak Perlu Bergaya Sakan, Ni Tip Beli Emas Cara Mudah!

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI