Dahulu, dirinya pernah berasa kecewa lantaran dihempap dengan dugaan yang dibebankan di bahu sejurus melahirkan anak kedua. Namun kini Nurul Ain tekad berubah menjadi ibu yang sentiasa berdiri teguh di belakang anaknya Muhammad Al Qhalef bin Mohd Hafidzul, dua tahun yang disahkan mengalami sindrom Down. Mari baca luahan hatinya.
Saat mengandungkan kamu, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sangkaan mama, kamu bakal lahir dalam keadaan yang sihat dan selamat, sama seperti bayi normal lain yang menjadi dambaan setiap ibu.
Pemeriksaan antenatal saban bulan, mama lalui seperti kelazimannya. Menurut kata doktor, si ibu dan si anak dalam kandungan disahkan sihat. Mama langsung tidak pernah berdepan dengan masalah kesihatan. Malah mama sering diberi pujian daripada doktor kerana semua hasil ujian yang dijalankan menunjukkan keputusan yang sangat memuaskan.
Semasa usia kandungan lebih kurang tujuh ke lapan bulan, mama menjalani ujian imbasan 4D. Hasil ujian itu pun langsung tidak dapat mengesan sebarang permasalahan yang menyelubungi diri kamu sejak dari dalam kandungan. Paling mama ingati, mama teruja apabila dapat menyaksikan iras wajah kamu saling tak tumpah, sama seperti kakak sulungmu yang dilahirkan normal.
Musibah ini hanya mama ketahui setelah kamu dilahirkan, sayang. Doktor yang menyambut kelahiran mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lantaran kamu tidak menangis. Tambahan pula keadaan fizikal kamu agak lembik dan bentuk muka pula berbeza daripada kanak-kanak normal.
Ads
Siapa sangka mama yang berumur 28 tahun saat mengandung dan melahirkan kamu boleh terjebak memiliki anak sindrom Down. Sungguh mama tidak menyangka dugaan ini menimpa kita.
Bila difikirkan sejenak, mama beranggapan hal ini mungkin ada kaitan dengan faktor keturunan. Hal ini lantaran kakak mama pun turut mempunyai anak sindrom Down dan usia sepupu kamu kini sudah tujuh tahun.
Sesungguhnya mama akui dugaan ini sangat mencabar. Mama mengambil masa hampir enam bulan untuk menerima diri kamu seadanya. Dahulu, saat melihat kamu, mama rasa malu untuk menjaga dan membawa kamu di khalayak ramai. Maafkan mama, Qhalef.
Lama-kelamaan mama sedar tiada apa-apa yang patut mama malukan. Kamu darah daging mama! Manakan mungkin mama melakukan sedemikian kepada kamu. Naifnya mama saat itu.
Ads
Syukur Alhamdulillah, doktor dan keluarga kita terutamanya papa banyak menyedarkan dan memberi semangat padu kepada mama. Mama mendapat kaunseling dan ilmu yang betul tentang cara penjagaan dan pengendalian anak istimewa. Ya! kamu memang sangat istimewa pada pandangan mama, sayang.
Perkembangan kamu agak lambat dan sangat mudah terkena jangkitan semasa masih bayi. Hospital umpama rumah kedua disebabkan mama dan papa kerap keluar – masuk hospital demi menjaga kamu yang diduga dengan masalah batuk berpanjangan.
Kini, kamu dan mama sama-sama menjalani rutin fisioterapi. Di rumah pun mama selalu berikan kamu urutan khas saban pagi. Mujurlah mama ada sesikit bekal ilmu lantaran turut memiliki spa D’Layla Beauty di Seksyen 7, Shah Alam.
Ads
Mama akui, masa kita berdua lebih banyak berbanding apa yang seharusnya mama peruntukkan untuk kakak. Harap dia faham tentang dugaan yang sedang kita sekeluarga lalui. Sungguh mencabar buat mama tetapi mama perlu terus kuat untuk menempuhi semua ini.
Ya! Mama akan terus kuat dan bertahan sama seperti kamu yang kini semakin banyak menampakkan peningkatan perkembangan diri. Bila kamu mula faham apa yang diarahkan dan tahu memberi beri isyarat saat memerlukan sesuatu, pencapaian itu sudah cukup hebat di mata mama.
Harapan mama terhadap kamu tidaklah menggunung tinggi. Mama selalu berdoa Allah panjangkan usia mama agar dapat terus membimbing dan melihat kamu berupaya untuk berdikari di masa hadapan.
Mama sayang kamu,
Nurul Ain Mohd Rosly
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tugas menguruskan rumah tangga dan membesarkan anak tidak pernah berhenti. Satu kepenatan yang tak termampu dizahirkan dengan kata-kata.
Bila terasa penat melampau, selain merehatkan diri atau me time bersama kawan-kawan, jangan lupa amalkan Zikir Fatimah untuk menghilangkan rasa kepenatan ini.
Mudah sahaja untuk dihafal, berikut merupakan perkongsian zikir yang boleh diamalkan serta kisah dari Rasulullah SAW dan puterinya.
Dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan untuk ibu-ibu melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah RA mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib RA tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta?
Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Jadi amalkanlah zikir ini jika rasa terlampau penat melakukan tugas-tugas harian. Lakukan setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali Subhanallah – 33 kali Alhamdulillah – 33 kali
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah, tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi, maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik.
Namun, adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi anda?
Beberapa langkah pencegahan mudah boleh memastikan si manja anda selamat semasa anda mengendongnya.
Sebelum mengendong bayi, baca dahulu arahan yang disertakan pada anduh bayi dengan teliti. Paling utama, periksa berat minimum pada anduh sebelum meletakkan bayi baru lahir anda di dalamnya. Ini kerana, bayi yang mempunyai berat kurang daripada 2.5kg berisiko untuk lemas di dalam anduh
Semasa mengendong bayi, pantau aliran udara bayi supaya tidak terhalang. Anda perlu memastikan muka si manja tidak ditutupi dengan anduh dan pantaunya sepanjang masa
Berhati-hati semasa dan selepas penyusuan. Jika anda menyusukan bayi di dalam anduh, pastikan anda ubah posisi bayi selepas menyusukannya supaya kepalanya dapat menghadap muka dan tubuh anda
Begitu juga jika anda ingin menunduk semasa sedang mengendong bayi. Jika anda ingin menunduk untuk mengambil barang atau sesuatu, bengkokkan lutut anda dahulu. Jangan menundukkan pinggang anda jika ingin mengambil barang yang terjatuh. Ini adalah bagi memastikan bayi anda terletak selamat di dalam anduh
Kerap perhatikan bayi. Pastikan bayi anda kekal berada pada posisi yang selamat
Sebelum mengendong bayi, sentiasa periksa dahulu anduh. Pastikan tali dan kain anduh dalam keadaan baik sebelum meletakkan bayi anda
Gunakan anduh bayi yang sesuai dengan berat dan umur si manja
Walau bagaimanapun, anduh boleh jadi merbahaya pada bayi, jika bayi mengalami keadaan di bawah:
Fabrik anduh menekan hidung dan mulut bayi menyebabkan bayi sukar untuk bernafas dan lemas. Ini berlaku apabila anda meletakkan bayi baru lahir pada anduh. Bayi baru lahir mempunyai otot leher yang lemah dan mereka belum boleh menyeimbangkan kepala.
Jika bayi diletakkan pada posisi dagu mereka menunduk ke dada orang yang mengendongnya, tidak kiralah ibu ataupun bapa. Posisi sebegini akan mengehadkan aliran udara dan bekalan oksigen bayi, serta menghalang bayi untuk menangis meminta tolong dan bayi juga akan lemas.
Bayi yang lahir pramatang dan mengalami berat badan kurang daripada 2.5 kg berisiko lemas jika diletakkan dalam anduh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menangis kerana mahukan sesuatu sampai berguling di lantai. Itu perkara biasa bila mana melihat anak yang tantrum.
Ada juga anak yang menangis tanpa henti hanya kerana permintaannya tidak dipenuhi oleh mak ayah. Ada sebabnya mengapa anak mahu kemahuannya dituruti malah memberontak dan menangis.
Menurut perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, pemilihan makanan tinggi gula menjadi penyebab tantrum. Elakkan makanan tinggi gula dan jajan!
Ada dekat sini yang anak mudah tantrum? Kalau dekat supermarket, shopping mall biasa sangat tengok anak berguling. Berstreet dance atas lantai. Sampai bersih lantai anak mop.
Mak ayahnya pula cekak pinggang. Tak puas hati ke macam mana. Tangan penuh plastik makanan segera. Gula gula pelbagai perisa dan warna. Minuman macam mana kaler ada.
Bagaimana temper tantrum boleh terjadi? Makanan yang diberi pada anak beri kesan langsung pada paras gula anak.
Makanan tinggi gula, pewarna dan karbohidrat berproses seperti jajan, gula gula, lolipop, roti coklat.
Antara punca utama ‘blood sugar swing’ – adik beradik ‘mood swing’.
Paras gula anak turun mendadak. Lepas itu naik juga mendadak ibarat roller coster. Mananya tak tantrum anak. ake noted ye mak dengan ayah.
Beri anak makan ‘regular meals’ sarat zat penting iaitu iron, zinc, magnesium, iodine, vitamin D, vitamin B, omega-3.
Bantu tingkatkan fungsi OTAK. Kawal paras gula darah anak. Seimbangkan hormon yang control emosi, keupayaan untuk fokus. Barulah dapat bantu anak tantrum.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.