Bila punya anak kecil, usah dilupakan ubat-ubatan setiap kali hendak bercuti. Musim cuti sekolah dan musim perayaan ini apa kata ibu ayah semak dahulu barang keperluan dan ubat-ubatan wajib ada dalam beg sebelum travel.

Ini penting sebagai persediaan sekiranya anak tiba-tiba tak sihat. Jadi bagi mengelakkan sebarang kekalutan, ibu ayah boleh sediakan satu beg yang ada semua barang keperluan ini dan bila-bila masa boleh guna. Jika nak ke mana-mana pun angkut terus satu beg ini.

Berikut perkongsian Siti Fathimah Madhzir sebagai panduan bersama.

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya, Jangan Lupa Ubat-Ubatan Ni Dalam Beg Ibu!

1. Vicks
Untuk keselesaan baby. Apply di dada dan belakang badan setiap kali lepas mandi. Vicks ni tak panas but suitable for baby. Tambah-tambah kalau baby batuk boleh lah rajin-rajin apply didada dia.

Boleh cairkan kahak yang mana pekat-pekat tu sebab dia sedikit panas. Tak macam vicks orang dewasa. Vicks dewasa dan vicks baby berbeza ya. Yang baby suitable untuk baby dan kulit baby. Jangan apply di hidung dan bahagian muka.

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya, Jangan Lupa Ubat-Ubatan Ni Dalam Beg Ibu!

2. Minyak telon
Yang ni wajib pakai lepas mandi. Untuk elakkan anak kembung perut. Sapu di perut, tapak kaki dan belakang badan di bahagian pinggang. Ayra lepas mandi confirm akan bubuh minyak ni. Yang ni je sesuai dengan kulit dia. Pernah try jenis lain kulit dia jadi ruam.

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya, Jangan Lupa Ubat-Ubatan Ni Dalam Beg Ibu!

3. Nasal hygene
Ni agak recommended. Untuk selsema. Spray dalam hidung baby tengok lepas tu hingus yang pekat-pekat akan keluar. Hidung baby pun akan selesa sikit lepas spray. Yang tersumbat pun jadi kurang tersumbat.

IKLAN

Ni doc yang suruh beli time checkup ayra. Ayra pakai ni terus boleh tidur selesa. Kalau tidak nak menyusu pun payah hidung tersumbat. Spray dalam 2 to 6 kali sehari. Kalau nampak susah nak bernafas boleh spray.

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya, Jangan Lupa Ubat-Ubatan Ni Dalam Beg Ibu!

3. Cool fever
Untuk keluarkan panas dalam badan. For baby sebaiknya apply dekat bawah ketiak, belakang badan dan tapak kaki. Jangan apply dikepala.

Bila apply kat kepala bahaya. Panas tu nanti terkumpul kat otak so ada side effect. Jadi apply lah dekat bawah ketiak, belakang badan dan kaki. Bahagian ni jugak terkumpul suhu yang panas.

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya, Jangan Lupa Ubat-Ubatan Ni Dalam Beg Ibu!

4. Dropolene
Ni untuk elakkan ruam di bahagian sulit dan dubur. Sapu nipis kat bahagian kulit dubur kalau nampak merah-merah. Sat ja hilang ruam merah-merah kat kulit.

IKLAN

Bila anak kerap kencing, berak atau lambat tukar pampers kulit mesti akan merah so boleh apply ni. Ayra pakai time naik ruam ja. Kalau tak merah2 atau naik ruam takyah pakai pun boleh.

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya, Jangan Lupa Ubat-Ubatan Ni Dalam Beg Ibu!

5. Paracetamol ( ubat demam/tahan sakit )
Benda ni wajib ada dalam beg yer. Kita tak tahu bila anak nak demam. So kalau demam panas tengah-tengah malam sementara nak pi klinik or hospital boleh apply nih sementara waktu sebelum pi check up.

But sebelum apply kena tanya kat klinik siap-siap. Berapa ml nak kena bagi kat baby kalau dy demam. Setiap kali check up baby kat klinik depa cucuk depa akan bagi ubat ni for spare kalau-kalau anak demam. Jangan bagi ikot dan ja bahaya. Kiraan ml ubat berdasarkan berat baby yer.

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya, Jangan Lupa Ubat-Ubatan Ni Dalam Beg Ibu!

6. Garlic balm ( balm bawang putih )
Ni pun untuk kurangkan selsema baby. Apply dekat hidung dengan ubun-ubun. Garlic balm ni dy bagi keringkan hingus baby. Nak mujarab lagi masa masak bubur baby buh bawang putih sikit dalam bubur tu. Tu lagi bagus untuk bagi panas dalam badan dan cairkan hingus dan kahak yang pekat tu.

IKLAN

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya, Jangan Lupa Ubat-Ubatan Ni Dalam Beg Ibu!

7. Thermometer
Ni wajib! Sentiasa check suhu anak time dy demam. Takut-takut suhu naik mendadak boleh jadi sawan. Kalau suhu dah 39 tu cepat-cepatlah lah bawak pi hospital takut anak sawan/tarik.

Kerap-kerap lah check suhu anak time dia demam. 3 jam sekali ke kalau rajin la. Kalau tak rajin tu 4 ,5 jam sekali pun ok. Lani musim demam so wajib ada benda-benda  ni dalam beg baby yer!

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Kredit : Siti Fathimah Madhzir

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI