Perjalanan ibu menyusu bukannya mudah. Banyak cabaran yang perlu dilalui bagi menjayakan proses penyusuan eksklusif sehingga bayi enam bulan atau lebih bagus lagi ketika usianya dua tahun. Menyusukan sudah cukup struggle, apatah lagi untuk membuat stok susu untuk anak.

Untuk terus bersemangat untuk menyusu anak serta menggalakkan penghasilan susu, ibu perlu sentiasa dalam keadaan gembira. Apabila emosi sentiasa positif, ia sebenarnya dapat membantu penghasilan susu lebih berkesan.

Nak BF Anak Kena Happy! Pembimbing Penyusuan Bertauliah Jelaskan Kaitan Hormon Dengan Susu Ibu
Sumber foto: www.freepik.com

Ikuti penjelasan dari Nor Azura, yang merupakan seorang Pembimbing Penyusuan Bertauliah;

KAITAN HORMON DALAM PENGHASILAN SUSU YANG BERTERUSAN.

Biasa kita dengar hormon paling penting dalam penyusuan adalah hormon Oksitosin dan Prolaktin,kan? Tapi macam mana pula ia berfungsi sehingga menjadikan ia antara hormon penting dalam penyusuan?

Penting untuk ibu tahu fungsinya supaya,
i)Ibu akan lebih jelas kenapa ibu perlu menyusukan bayi dengan kerap terutamanya selepas melahirkan.
ii)Serta kenapa apabila ibu memerah susu(semasa berjauhan dengan bayi) ibu perlu memerah dengan kerap walau pada awalnya ibu dapat amaun yang rendah.

Pertama yang ibu harus tahu adalah fungsinya:
Prolaktin: Untuk HASILKAN susu
Oksitosin: Untuk KELUARKAN susu

Nak BF Anak Kena Happy! Pembimbing Penyusuan Bertauliah Jelaskan Kaitan Hormon Dengan Susu Ibu

Apabila bayi menyusu pada payudara, hisapan bayi atau memerah akan merangsang saraf yang terdapat pada payudara.Ransangan ini akan memberi signal pada otak untuk merembeskan Oksitosin dan Prolaktin.

IKLAN

Baca Juga:

“Such An Understanding Daughter.” Fazura Syukur Anak Faham Mommy Daddy Balik Lewat Sebab Kerja

Jadi ‘Menteri Kewangan’ Dalam Rumah, Almy Nadia Senyap-Senyap Menyimpan Untuk Masa Depan Anak

Ibu Lebih Tenang, Ready Bersalin. Pakar O&G Kongsi Teknik ‘Push’ Mudahkan Kelahiran

Reaksi Oksitosin adalah lebih pantas dari Prolaktin, jadi sejurus bayi menghisap, rembesan OKSITOSIN akan membuatkan kilang susu tu ‘mengecut’ dan terus mengeluarkan susu ke saluran susu dan bayi akan mendapat susu.

Perasan tak adakalanya susu kita akan laju atau kita panggil Let Down Reflex (LDR)? LDR ni juga dikenali sebagai Milk Ejection Reflex (MER), flow laju ni berlaku sebab susu dah memang ada pun dalam saluran susu. Jadi apabila kilang susu tu mengeluarkan susu serta menolak keluar susu dari saluran susu, maka lajulah flow susu.

IKLAN
Nak BF Anak Kena Happy! Pembimbing Penyusuan Bertauliah Jelaskan Kaitan Hormon Dengan Susu Ibu
Sumber foto: www.freepik.com

Hisapan bayi juga akan membuat otak merembeskan hormon PROLAKTIN, dan paras Prolaktin akan lebih tinggi 30 minit selepas bayi mula menyusu. Paras ni memberi kesan untuk payudara menghasilkan susu untuk sesi seterusnya. Maka lebih kerap ibu mengeluarkan susu, lebih kerap susu baru akan dihasilkan.Jadi penghasilan susu pun akan berterusan lah..

Jadi penting untuk ibu memberi bayi menyusu atau memerah dengan kerap apabila berjauhan dengan bayi. Kita bukan saja nak kan susu, tapi kita juga nak hasilkan susu untuk sesi yang seterusnya terutamanya yang baru melahirkan.

Sebab ramai rasa kalau perah dapat sikit, baik tak payah perah atau suka jarakkan jadual memerah kononnya boleh dapat banyak (okey ni dah masuk bab FIL ya).

Boleh tengok video untuk lebih jelas;

IKLAN

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Nak BF Anak Kena Happy! Pembimbing Penyusuan Bertauliah Jelaskan Kaitan Hormon Dengan Susu Ibu

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI