Sesungguhnya pembelajaran bermula di rumah kemudian ke sekolah. Ibu bapa merupakan orang pertama mendidik anak untuk membentuk keperibadian anak secara menyeluruh. Sebelum melangkah kaki ke alam persekolahan sebaik-baiknya mendapat pendedahan pendidikan asas supaya memudahkan lagi pembelajarannya ketika ke institiusi pendidikan secara formal.
Ibu bapa mesti ada ilmu pengajaran dan jadual yang konsisten apabila memilih home schooling supaya perkembangan anak tidak terjejas
Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Bustam Kamri merangkap Dekan, Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka menjelaskan bahawa asas pendidikan yang hendak disampaikan secara menyeluruh tanpa menekankan kepada akademik sahaja. Ibu bapa yang mempunyai masa dan tidak terikat dengan kerjaya digalakkan mendidik anak di rumah sebelum menghantar anak ke institusi pendidikan formal.
Manakala ibu bapa yang berkerjaya masih memerlukan sedikit masa yang terluang untuk bersama anak memberi pendedahan asas akademik untuk persediaan ke tadika.
Kalau masa dahulu sebelum diperkenalkan pendidikan informal seperti tadika dan taska, ibu bapa merupakan pendidik pertama sebelum anak-anak dihantar ke sekolah formal. Keadaan berubah memperlihatkan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak.
Namun masih ada ibu bapa yang berkeyakinan mendidik anak-anak di rumah lebih baik berbanding dengan pendidikan formal. Pendidikan di rumah lebih dikenali sebagai home schooling menjadi pilihan kepada ibu bapa yang ingin memberi tumpuan sepenuhnya selain daripada kesediaan ibu bapa yang mempunyai latar pendidikan berkemampuan untuk mengajar anaknya sendiri. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menguatkuasakan home schooling sejak tahun 2003 dengan meletakkan syarat-syarat tertentu.
9 KESILAPAN PATUT TAHU
Selain mempunyai kelebihan, terdapat kelemahan mendidik anak menerusi home schooling. Bagi ibu bapa yang bercadang untuk memilih pendekatan ini harus ambil peduli beberapa kesilapan.
Kesilapan ini boleh menjejaskan perkembangan anak secara positif yang merangkumi perkembangan kognitif, fizikal, bahasa, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. Pakar Kanak-Kanak, Dr. Bustam Kamri menjelaskan sembilan kesilapan yang patut tahu.
Kesilapan 1: Sosial
Anak-anak tidak dapat bersosial dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Masa berinteraksi dan bersosial yang diuruskan oleh homeschooler terhad. Mereka berinteraksi dengan ibu yang mengajar dirumah. Mungkin kalau ada rakan lain jumlahnya terlalu kecil. Masa berinteraksi dengan kanak-kanak lain seperti membawa ke taman permainan adalah terhad untuk anak-anak berinteraksi untuk membina perkembangan sosial.
Ads
Kesilapan 2: Ilmu pengajaran
Adakah anda terlatih dalam bidang tertentu? Guru tadika yang berkelayakan lebih menjurus keilmuannya. Manakala ibu bapa yang mengajar sendiri anaknya tidak dapat pendedahan keilmuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tentunya cara pendekatana pengajar mengikut kefahaman sendiri yang tidak sesuai dengan keperluan anak-anak yang pelbagai keupayaan dan kebolehan.
Kesilapan 3: Pengurusan masa
Ibu bapa terpaksa mengimbangi masa untuk menumpukan pendidikan home schooling dengan tugasan lain. Manghadapi kesukaran untuk menguruskan atau mendisiplinkan diri dengan masa. Oleh kerana terlalu sibuk dengan keadaan dan pengurusan rumahtangga kadangkala tidak dapat member tumpuan sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan.
Kesilapan 4: Persekitaran kelas
Ads
Anak-anak yang belajar menerusi program homeschooler terdapat kekurangan semasa belajar di peringkat tinggi kerana mereka tidak biasa dengan persekitaran kelas. Mereka mengambil masa untuk membiasakan diri dengan suasana persekitaran yang baru dan asing. Persekitaran di sekolah serba lengkap dengan peralatan dan bahan keperluan pengajaran dan pembelajar semestinya tidak sama dengan di rumah.
Kesilapan 5: Peraturan
Peraturan disiplin tidak dapat diikuti kerana mereka biasa dengan peraturan di rumah. Anak-anak yang telah biasa dengan suasana di rumah tentutnya agak memakan masa untuk menyesuaikan diri dengan peraturan di kelas yang formal. Keadaan ini menyebabkan mereka daripada home schooler merasa dirinya tertekan kerana tidak memahami tujuan peraturan untuk dipatuhi.
Kesilapan 6: Interaksi
Anak-anak yang diajar di rumah tidak dapat berinteraksi dengan orang dewasa selain daripada ibu bapanya sahaja. Kemungkinan akan menghadapi kesukaran dan merasa kekok apabila berhadapan dengan orang dewasa yang baru dikenali. Biasanya di dalam situasi formal anak-anak menggunakan panggilan tertentu mengikut kedudukan seperti guru, pembantu guru dan guru besar. Hal ini tidak terdapat di rumah kerana tidak ada tatacara panggilan untuk situasi tertentu.
Ads
Kesilapan 7: Rakan sebaya
Mereka yang mendapat didikan homeschooler tidak dapat belajar berinteraksi dan kerjasama dengan rakan sebaya mengikuti sistem pembelajaran formal. Anak-anak yang dididik di rumah terutama di kalangan anak tunggal hanya berdepan dengan ibu bapa sahaja sewaktu aktiviti pembelajaran dijalankan. Mereka sentiasa membuat tugasan secara sendirian dan tiada berlaku perbincangan dikalangan rakan sebaya. Secara tidak langsung anak-anak ini tidak mendapat didikan membina hubungan rakan sebaya.
Kesilapaan 8: Konflik dan fobia
Anak-anak yang dididik di rumah tidak dapat menangani tekanan keadaan seperti konflik. Kanak-kanak yang mendapat didikan di rumah tidak pernah mengalami perbezaan pendapat di kalangan rakan sebaya seperti pertengkaran perbezaan pendapat untuk mencari sesuatu keputusan. Hal ini menyebabkan anak-anak home schooler merasa fobia dan tertekan jika berhadapan peristiwa sedemikian.
Kesilapan 9: Pengalaman di tadika
Tidak berpeluang menikmati pengalaman keseronokan di tadika. Pengalaman persekolahan bersama rakan sebaya akan menjadi suatu yang unik dan pengalam kenangan teramat indah apabila dewasa. Kenangan dan pengalaman ini akan mengeratkan lagi hubungan di kalangan rakan sebaya.
Kesimpulannya pendidikan home schooling hanya sesuai untuk peringkat awal sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan sebenar. Sistem pendidikan di negara kita masih memerlukan kanak-kanak berada di dalam sistem supaya mereka dapat pengetahuan yang sama untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimana tiada salahnya jika ibu bapa yang berkebolehan untuk mendidik anaknya sendiri di peringkat asas sebelum memasuki persekolah formal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak mudah untuk bersabar di kala anak belum belajar untuk bersabar.Anak yang mengamuk dan meragam seumpama anak yang jatuh ke dalam lubang yang dalam.
Jika ibubapa turut mengamuk terhadap anak yang meragam itu, ibubapa sepertinya turut sama terjun ke dalam lubang tersebut.
Akhirnya kedua-duanya terperangkap dan tidak dapat naik ke atas.
Ibubapa seharusnya menjadi individu yang berada di atas dan akan menarik anak keluar dari lubang yang penuh emosi itu. Seperti ayah ini.
Sabar itu sangat sangat payah walaupun kita sendiri tahu yang sabar itu sangat sangat perlu.
Daripada video ini jelas ayahnya sangat sabar dan memberi ruang untuk anak melepaskan kesedihan yang dirasai.
Dan akhirnya.. anak itu sendiri datang memeluk ayahnya.
Antara luahan netizen
Anda rasa okay jika perasaan anda “Dinafikan”?
Tak perlu dipendam perasaan itu, lepaskan dengan cara yang betul
Sumber:
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy Parent Connect
Futsal bukan sekadar hiburan untuk anak-anak, ia adalah laluan kepada gaya hidup sihat, disiplin, dan persahabatan. Dalam video Bintang Kecil, anak-anak bermain dengan penuh semangat, jelas menunjukkan betapa futsal memberi ruang untuk mereka meluahkan diri.
Tips untuk Ibu Bapa:
Daftarkan anak dalam akademi futsal yang mesra kanak-kanak, bukan hanya fokus prestasi.
Biar anak cuba beberapa sesi sebelum membuat komitmen jangka panjang.
Jangan bandingkan dengan anak orang lain—lihat perkembangan anak sendiri.
Kepentingan:
Melalui futsal, anak terdedah kepada nilai murni seperti menghormati lawan, semangat berpasukan dan pengurusan emosi. Ia satu dunia positif untuk membentuk peribadi yang kukuh.
Futsal Mendidik dalam Ruang Kecil
Kenapa Penting:
Futsal dimainkan dalam ruang yang lebih kecil berbanding bola sepak, namun kesannya besar. Ia menuntut kepantasan berfikir, kawalan bola yang cekap, dan komunikasi yang pantas—semua ini membina otak yang cerdas dan refleks yang tajam.
Tips untuk Ibu Bapa:
Galakkan anak bermain di kawasan kejiranan jika tiada gelanggang formal—yang penting konsisten.
Berikan ruang untuk mereka belajar dari kesilapan di gelanggang, jangan terlalu kritik.
Tonton perlawanan futsal bersama-sama untuk menambah minat dan kefahaman anak.
Kepentingan:
Anak yang bermain futsal bukan sahaja cergas secara fizikal, tetapi juga tangkas dari segi mental. Mereka belajar mengambil keputusan dengan cepat—kemahiran yang sangat berharga dalam hidup.
Futsal dan Sahabat Seumur Hidup
Kenapa Penting:
Futsal mempertemukan anak-anak dari pelbagai latar belakang. Dalam video, kita lihat bagaimana mereka berkawan meskipun baru bertemu. Ikatan yang terjalin di padang kekal di luar padang—sahabat dalam sukan, sahabat dalam hidup.
Tips untuk Ibu Bapa:
Ajak anak berbual tentang kawan-kawan futsal mereka—dengarkan kisah mereka.
Sesekali, adakan sesi minum atau makan ringan bersama ibu bapa pemain lain.
Dorong anak menyokong rakan sepasukan, bukan bersaing secara negatif.
Kepentingan:
Apabila anak belajar menyokong dan bekerjasama dalam satu pasukan, mereka juga belajar menjadi manusia yang empati dan setia—nilai yang terlalu mahal untuk tidak dipupuk.
Peranan Ibu Bapa Dalam Setiap Sepakan
Kenapa Penting:
Tanpa sokongan ibu bapa, minat anak boleh layu di tengah jalan. Dalam video, jelas bagaimana anak-anak lebih yakin dan bersemangat apabila ibu atau ayah mereka menjadi penyokong nombor satu di tepi padang.
Tips untuk Ibu Bapa:
Luangkan masa untuk hadir ke perlawanan walaupun sekejap.
Jadilah pendorong, bukan pengkritik utama. Ucapkan “Tahniah, kamu dah cuba sebaik mungkin!”
Belajar sedikit tentang permainan futsal supaya anda boleh fahami apa yang anak alami.
Kepentingan:
Kehadiran anda bukan sekadar fizikal. Ia adalah isyarat bahawa anda peduli, percaya, dan menyokong impian mereka, sekecil atau sebesar mana pun.
Dari Futsal ke Impian Lebih Besar
Kenapa Penting:
Ramai pemain profesional bermula dengan futsal. Ruang kecil ini adalah tapak pertama menuju padang yang lebih luas. Futsal melatih asas yang kukuh—dan siapa tahu, anak anda mungkin pemain kebangsaan suatu hari nanti.
Tips untuk Ibu Bapa:
Galakkan anak menetapkan sasaran – contohnya, menjaringkan gol dalam satu bulan atau menguasai satu teknik.
Sertai program pembangunan yang betul seperti kelab komuniti (contohnya Setiawangsa Rangers dalam video).
Raikan setiap pencapaian kecil—kerana itulah batu-bata kepada impian yang besar.
Kepentingan:
Impian tidak tumbuh sendiri. Ia perlu disemai dengan usaha, diasuh dengan doa, dan diperkukuh dengan sokongan keluarga. Dan futsal boleh jadi medan awal kepada mimpi yang tak terbatas.
Futsal bukan sekadar bola bergolek di gelanggang kecil. Ia adalah pentas awal di mana anak belajar tentang dunia. Sebagai ibu bapa, peranan anda bukan sekadar menyokong dari luar pagar, tetapi menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka. Kerana setiap impian hebat bermula dengan langkah kecil—dan kadang-kadang, ia bermula dengan sepasang kasut futsal dan semangat untuk bermain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya ada teknik bercakap dan peluk anak supaya mereka ni mudah nak dengar nasihat kita.
Selama ini kita sebagai ibu bapa tentu selalu bercakap dan memeluk anak tetapi kita tidak tahu rupa-rupanya ada teknik yang betul melakukan hal tersebut mengikut jantina anak.
Perkongsian berguna daripada Tadika Permata Raudah tentang kaedah Neuro Languistic Programme semasa berkomunikasi dan memeluk anak mengikut jantina lelaki dan perempuan supaya apa yang dinasihatkan lebih berkesan pada anak.
Saya nak kongsikan Teknik Bercakap & Memeluk Anak Menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)
1) Teknik bercakap dengan anak perempuan & lelaki
Dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak2 bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai2 saja, sambil makan2 petang. Ok kan?
Dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.
2) Teknik memeluk anak perempuan & lelaki
Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Saya tepuk dan gosok-gosokan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan bila tahu tekniknya ni.
Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan saya tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagi lah se’das dua’ nasihat. Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau.
Insya Allah, sama-sama kita hasilkan anak-anak yang mendengar kata.
Selamat mencuba Teknik Islamic NLP
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan kesedihan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka seorang wanita muda yang meninggalkan kampung halaman dengan harapan mencari rezeki dan masa depan yang lebih baik. Nur Afiyah Daeng Damin, 28, hanya mahu bekerja keras demi keluarganya. Namun, impian itu berakhir dalam penderitaan yang tidak terbayangkan.