Si comel kesayangan Raja Ilya dan suaminya, Talita Love Garret yang dilahirkan pada Julai lalu kini sudah pun semakin membesar dengan sihat.
Melalui Instagramnya, Raja Ilya turut memuat naik beberapa keping gambar terbaru Talita dalam persalinan gaun merah jambu yang sangat comel.
Semakin membesar dan bambam, wajah comel Talita sememangnya menarik perhatian ramai.
Menurut kata Raja Ilya di Instagramnya, Talita yang sudah pun berusia empat bulan itu semakin mesra kamera.
Malah kata ibu berdarah keturunan Melayu, Arab dan India ini lagi, pantang sahaja kamera di arahkan kepadanya, Talita mula menguntum senyuman tanda suka.
Ads
“She love to pose for pictures.
“Pantang nampak camera terus suka. Funny girl @talitalovegarrett,” tulisnya berkongsi.
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah comel Talita yang cukup comel malah tersenyum ceria kala lensa kamera di alihkan kepadanya.
Ads
Dalam pada itu, wajah Talita yang persis wajah ayahnya, Garrett Trent juga menarik perhatian ramai.
Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.
Ads
Raja Ilya selamat melahirkan bayi perempuannya di Hospital King Edward, Perth, pada 1 Julai lalu. Bayi comel yang diberi nama Talita Love seberat 3.6 kilogram (kg) itu dilahirkan secara pembedahan.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Dynas Mokhtar yang telah selamat melahirkan cahaya mata yang keempatnya pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Dynas meluahkan rasa syukurnya setelah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan buat keluarga kecil mereka.
Pun begitu ibu kepada empat cahaya mata ini masih belum mengumumkan nama mahupun berkongsi wajah bayinya.
“Ketentuan Ilahi… Alhamdulillah. MasyaAllah a baby girl for us,” tulisnya ringkas.
Bersama entri itu, Dynas turut memuat naik sekeping gambar tangan bayi comelnya itu selepas dilahirkan.
Rata-rata rakan selebriti turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi perempuan mereka. Begitu juga peminat setia Dynas yang turut membanjiri ucapan tahniah buatnya di ruangan komen.
Terdahulu, Dynas mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas juga dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nama SUGA dari kumpulan terkenal BTS memang tak perlu diperkenalkan lagi.
SUGA sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil menyumbang sebanyak 5 bilion won, bersamaan kira-kira RM17 juta, kepada Hospital Severance, Universiti Yonsei, Korea Selatan. Sumbangan besar ini adalah bagi menubuhkan sebuah Pusat Rawatan Khas Kanak-Kanak dan Remaja dengan Autism Spectrum Disorder (ASD) di Seoul.
Menariknya, pusat rawatan ini akan dinamakan sebagai Pusat Rawatan Min Yoongi, mengambil sempena nama sebenar SUGA sendiri, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau. Majlis pecah tanah bagi pusat ini telah pun berlangsung pada 23 Jun lalu di Daerah Seodaemun, Seoul. Pusat ini dijangka mula beroperasi pada bulan September tahun ini, memberi harapan baru buat anak-anak dan keluarga ASD di Korea.
Apa yang lebih membanggakan, pusat ini bukan sekadar tempat rawatan biasa. Ia bakal menawarkan pelbagai rawatan dan terapi termasuk terapi psikiatri, terapi bahasa, terapi psikologi dan terapi tingkah laku, semuanya direka khas untuk membantu anak-anak ASD mengembangkan kemahiran sosial dan mencapai tahap berdikari.
Sebagai bapa atau ibu, kita pasti faham betapa pentingnya sokongan sebegini dalam membentuk keyakinan dan kesejahteraan anak-anak istimewa.
Menurut SUGA sendiri, beliau amat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini.
“Sepanjang tujuh bulan kebelakangan ini, saya terlibat secara langsung dalam kerja-kerja sukarelawan dan persiapan projek ini. Saya mula faham bahawa muzik boleh menjadi saluran positif untuk meluahkan emosi dan berkomunikasi dengan dunia,” ujar SUGA dalam kenyataan kepada media.
Apa yang lebih menarik, pusat ini akan memperkenalkan satu program istimewa dinamakan MIND – singkatan kepada Music, Interaction, Network and Diversity. Program ini dibangunkan bersama Profesor Cheon Keun-ah dari Jabatan Psikiatri Universiti Yonsei.
Melalui program MIND, anak-anak ASD akan dilatih menggunakan alat muzik, menyanyi dan mengekspresikan emosi melalui muzik, di samping mengikuti terapi sosial konvensional. Pendekatan ini terbukti memberi impak positif dalam membantu mereka meningkatkan interaksi sosial serta meluahkan perasaan dengan lebih baik.
SUGA Turun Padang Bermain Muzik
Bukan sekadar menyumbang dana, SUGA sendiri aktif turun padang. Sejak November tahun lalu, beliau sering meluangkan masa hujung minggu di hospital tersebut, bermain gitar bersama kanak-kanak autisme. Aktiviti ini bertujuan membantu anak-anak menyelaraskan ritma muzik sambil melatih emosi mereka.
Sumbangan Terbesar Selebriti Kepada Hospital Kanak-Kanak Severance
Difahamkan, sumbangan sebanyak 5 bilion won ini adalah jumlah terbesar pernah diterima oleh Hospital Kanak-Kanak Severance daripada seorang selebriti. Ternyata, SUGA bukan sahaja idola muzik, malah menjadi contoh terbaik dalam memberi kembali kepada masyarakat.
Semoga usaha SUGA menjadi inspirasi buat lebih ramai pihak untuk tampil membantu anak-anak istimewa, bukan hanya di Korea, malah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kita yakin, apabila masyarakat bersama-sama menyokong dan memberi peluang, anak-anak ASD mampu hidup lebih berdikari, ceria dan dihargai.
Terima Kasih SUGA! Semoga Lebih Ramai Selebriti Ikut Jejak Ini.
Satu hal yang paling ditakuti ibu-ibu selepas bersalin pastinya kenaikan atau penurunan berat badan yang berlaku selepas melahirkan anak.
Mahu lekas kembali langsing seperti sebelum mengandung. Itu sudah semestinya impian bagi semua ibu yang melahirkan anak. Namun tidak semua impian itu terlaksana, apatah lagi bagi ibu yang menyusukan anak.
Penyanyi yang juga anak kepada penyanyi tersohor Indonesia, Kris Dayanti iaitu Aurel Hermansyah turut sama terkena tempias wargamaya yang mula mempersoalkan bentuk badannya selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Ameena Hanna Nur Atta.
Kata segelintir netizen, Aurel kelihatan berisi selepas melahirkan anak sulungnya.
Suami Aurel yang juga personaliti media sosial, Atta Halilintar bengang apabila ada segelintir netizen mempersendakan bentuk badan isterinya, Aurel Hermansyah yang dikatakan semakin berisi.
Bagi Atta isu tersebut tidak perlu dijadikan bahan jenaka memandangkan isterinya itu baru sahaja melahirkan anak pertama mereka pada Februari lalu dan kini masih dalam tempoh menyusu badan.
“Yang menghina itu lahir dari mana? Mereka juga lahir dari rahim seorang ibu. Pasti ibu mereka juga seperti itu dahulu.
“Jika seorang ibu yang berjuang untuk anaknya dan diperkatakan begitu, ia adalah tidak bagus. Mother shaming itu tidak elok dan ia sangat sensitif,” jelasnya.
Tidak hanya Atta, bahkan katanya lagi, isteri tersayangnya itu turut bersedih dan terasa hati apabila menerima kata-kata sindiran sebegitu.
Akui Atta, dia sentiasa menyokong Aurel dan tidak mempedulikan kata-kata orang ramai mengenai tubuh berisi isterinya malah menyokong kegigihan Aurel untuk menyusukan anaknya.
Terdahulu, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.