Bila ada orang dalam rumah dijangkiti demam, selesema dan batuk, mak-mak yang ada anak kecil selalu risau penyakit ni berjangkit pada si kecil. Memang si kecil akan mudah terjangkit dan kasihan bila anak kecil dijangkiti demam, selesema dan batuk. Mereka akan cepat meragam, merengek dan hilang selera makan.
Apa kata cuba petua yang dikongsi oleh ibu ini.
Pernah dengar tak petua orang tua-tua dulu kata
“kalau anak demam/selsema/batuk, ambil bawang merah, kupas dan hiris. Letak bawah bantal dia tidur, insyaAllah sehari dua dah sembuh”
Ads
Kebetulan, anak ke-2 admin selsema berjangkit dengan abahnya. Lepas tu ada batuk-batuk sikit. Jadi admin pun cuba praktikkan petua ni. Admin letak bawang merah ni kat bawah bantal dia, atas meja solek dalam bilik, ruang tamu dan di dapur. Lepas tu admin tumbuk bawang putih (bawang merah pun boleh), lepas tu campur minyak masak dan sapu kat dada, kaki dan atas hidung (sikit je).
Esoknya, tengok hidung anak tak berair dah. Kering. Batuk yang baru nak menjadi tu pun dah tak kedengaran. Syukur alhamdulillah. Tak sempat berjangkit ke kakaknya. Bukan anak je sembuh, selsema abah dia yang dah 3 hari duk makan ubat selsema tapi tak baik-baik tu pun dah sembuh.Syukur alhamdulillah. Apa yang ada pada bawang ni ye agaknya?
Berdasarkan sumber dari seorang rakan Fb yg beliau terima dari sahabatnya yang bekerja di makmal, rupa-rupanya:
Ads
Bawang adalah sejenis sayuran yang mengandungi kandungan antioxidant yg tinggi dan ada kimia yang bersifat asidik juga antibacteria.
Ads
Jadi apabila kita potong bawang dan rasa nak menangis, sebenarnya bawang tu LEPASKAN GAS yg bersifat antibakteria.
Sebab tu bila kita letak di tepi katil org demam/selsema dia “nampak” membantu sebab bawang LEPASKAN gas antibakteria.
Jadi kepada anda, yang anak kerap demam/selsema/ batuk tu, bolehlah cuba petua ni ye. Seeloknya bila salah seorang dari ahli keluarga dah terkena tu, terus buat. InsyaAllah cara ni dapat elakkan dari satu rumah berjangkit. Semuanya dengan Allah juga. InsyaAllah
Racun serangga di pasaran kebanyakannya mempunyai bahan kimia berbahaya. Jadi, ia bukan sahaja bahaya keapda kesihatan kita, malah bagi anda yang mempunyai anak yang masih kecil dan sedang merangkak. Haiwan peliharaan yang anda bela juga terdedah dengan bahaya jika anda kerap menggunakan racun serangga.
Selalunya serangga yang sering dihadapi di rumah ialah semuat. Berikut cara-cara membuat homemade racun serangga untuk semut, lipas dan segala jenis serangga. Ianya murah, jimat dan mujarab tapi tidak bahaya pada kesihatan.
Kalau kebiasaannya di luar rumah kita menggunakan semburan racun serangga. Manakala di dalam rumah pula kita boleh gunakan semburan pembasmi serangga homemade ini. Yang pasti semburan ini selamat digunakan kalau anda ada anak kecil.
Spray Serbaguna (homemade)
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*Bancuhan ini sebenarnya tidak ada sukatan yang tetap pun, tapi kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun, licin sangat bila sudah kering.
*Cara yang dikongsikan ini menggunakan 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
*Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tidak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.
KEGUNAAN LAIN:
1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ini bukan sahaja membunuh nyamuk, lalat dan semut tapi cuka juga boleh hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
2. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka dan sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecil anda tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, boleh gunakan spray ini sahaja. Memudahkan tugas.
3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak. Sudah tidak perlu lagi beli yang mahal-mahal selepas ini.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray dan lap sahaja (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi.
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah lima bahagian air lagi. Boleh tambah pencuci lantai kalau mahu lebih wangi.
Sumber: Yatie Eimra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bercakap mengenai perkembangan kanak-kanak di sekolah, apakah perkara penting yang perlu ibu bapa fokuskan selain daripada tumbesaran fizikal mereka?
Sememangnya apabila anak sudah mula melangkah ke alam persekolahan, mereka lebih gemar berdikari, bukan? Namun itu tidak bermakna anda sudah boleh melepas tangan. Kerana pada hakikatnya, mereka masih memerlukan kasih sayang, perhatian dan keizinan anda.
Dalam masa yang sama, aspek tingkah laku antara perkara penting yang perlu dititik beratkan kerana ia akan berkembang menjadi tabiat dan personaliti diri saat dewasa nanti.
Memahami kanak-kanak sekolah
Secara amnya, perkembangan kanak-kanak pada usia 6 hingga 12 tahun melibatkan kemampuan fizikal, emosi dan mental.
Anda pasti menyedari perbezaan antara si kecil berusia 5 tahun dengan anak yang mencapai usia 12 tahun. Apabila anak semakin meningkat usia, daripada prasekolah ke remaja, tubuh dan fikiran mereka mengalami perkembangan luar biasa.
Bukan sekadar itu, anda juga akan melihat perubahan tingkah laku pada diri anak. Disebabkan itu, fasa ini adalah penting untuk ibu bapa memfokuskan lebih kepada tingkah laku. Jika tidak, kesannya mungkin akan berterusan hingga ke dewasa.
Galakkan tingkah laku positif pada kanak-kanak di sekolah
Kanak-kanak akan cepat belajar bagaimana untuk menjaga sikap dan tingkah laku sekiranya mendapat bimbingan positif dan konsisten daripada ibu bapa mereka.
Ini bermaksud anda perlu memberikan perhatian kepada anak sama ada ketika mereka berkelakuan baik atau sebaliknya.
Jangan hanya menunggu saat mereka melakukan kesalahan bagi memberi denda atau hukuman dengan tujuan untuk mengajar mereka. Berikut adalah beberapa petua praktikal untuk menerapkan pendekatan positif pada anak.
Berlaku jujur kepada kanak-kanak sekolah
Jujur dengan anak mengenai tingkah laku mereka yang boleh menjejaskan anda. Sebaiknya gunakan ayat yang membolehkan anak melihat sesuatu daripada perspektif anda.
Sebagai contoh, “Mama kecewa tengok barang mainan bersepah walaupun baru dikemas tadi”.
Menjadi pendengar yang baik
Apabila anak meluahkan sesuatu, jadilah pendengar yang baik. Berikan tindak balas seperti anggukkan kepala semasa anak bercakap dan ulangi apa yang dirasai mereka.
Contohnya, “Mesti Husna sedih sebab mainan ini rosak.”
Ia secara tidak langsung membuatkan mereka rasa dihormati dan membantu mengurangkan rasa marah.
Menepati janji
Apabila setiap janji ditunaikan sebaiknya, anak akan belajar mempercayai dan menghormati anda.
Sebagai kanak-kanak di sekolah yang boleh berfikir, mereka mengetahui bahawa anda tidak akan mengecewakannya ketika menjanjikan sesuatu.
Secara tak langsung mereka akan belajar untuk tidak berubah fikiran atau tingkah laku apabila sudah menjelaskan kesannya. Sebagai contoh, jika berjanji akan membawa anak bermain di taman jika mereka mengemas permainan, pastikan anda bersedia untuk menepatinya.
Bagaimana pula dengan sikap kanak-kanak di sekolah yang mungkin boleh mendatangkan kerisauan pada ibu bapa?
Tingkah laku yang membimbangkan
Berikut antara kebimbangan ibu bapa berkaitan tingkah laku anak yang biasa dialami:
Kanak-kanak di sekolah yang pemalu
Rasa malu adalah perkara biasa pada bayi dan kanak-kanak dan tidak ada salahnya dengan sikap tersebut.
Sebagai contoh, anak mungkin akan berselindung di sebalik ibu bapanya apabila berjumpa dengan individu yang tidak dikenali.
Setiap anak adalah berbeza dan yang mungkin lebih pemalu berbanding rakan sebaya lain. Ia hanyalah sebahagian daripada perangai dan cara unik mereka untuk berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Apabila rasa malu menjadi satu isu
Walaupun rasa malu itu bukanlah kesalahan, tetapi ia akan menjadi bebanan sekiranya anak tertekan atau sukar menjalani kehidupan harian.
Sebagai contoh, rasa malu itu adalah masalah apabila:
Sekiranya, tingkah laku anak itu tampak sukar untuk diubah, anda disarankan untuk melakukan perbincangan dengan pakar pediatrik.
Tabiat kanak-kanak di sekolah
Tabiat adalah tingkah laku kebiasaan yang dilakukan berulang kali tanpa berfikir. Kebiasaan ini sering kali melibatkan sentuhan atau bermain dengan bahagian muka mahupun tubuh.
Antara tabiat biasa bagi kanak-kanak di sekolah adalah:
Namun, jika kebiasaan anak ini menghalang aktiviti harian atau memalukan, bahkan berbahaya, maka anda perlu mengambil tindakan.
Pembohongan
Anak mula berbohong setelah mencecah seawal usia 3 tahun. Ini berlaku apabila anak menyedari yang anda tidak dapat membaca fikiran mereka.
Meningkat usia 4-6 tahun, anak akan lebih kerap menipu. Pada usia ini, mereka lebih pandai berbohong dan memanipulasi ekspresi wajah serta suara.
Bagi kanak-kanak di sekolah pula, mereka pastinya lebih mahir untuk berbohong. Pada usia remaja pula, anak mula melakukan pembohongan sunat (white lies) kerana tidak mahu menyakiti perasaan individu lain.
Sebagai ibu bapa, apabila anak semakin dewasa, anda perlu menggalakkan anak untuk bercakap benar setiap masa.
Sentiasa tekankan tentang kepentingan kejujuran dalam keluarga dan bantu anak memahami kesan yang boleh terjadi sekiranya mereka berbohong.
Mendisiplinkan kanak-kanak di sekolah
Disiplin membantu anak belajar bagaimana untuk menjaga tingkah laku. Ia akan dapat diterapkan dengan sebaiknya jika anda mempunyai ikatan yang baik dan mesra dengan anak.
Disiplin bukan hanya semata-mata hukuman. Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang positif dan membantu membimbing anak ke arah:
Manakala, disiplin yang terlalu kuat tanpa pujian dan ganjaran yang sewajarnya, mungkin hanya akan menyebabkan anak berasa takut.
Akhirnya, ia akan memberi kesan pada harga diri anak serta meningkatkan simptom kegelisahan di kemudian hari.
Cara untuk mendisplinkan anak yang terbaik adalah tegas tetapi adil.
Ini bermakna anda menetapkan had dan kesan untuk setiap tingkah laku yang dilakukan anak.
Dalam masa yang sama menggalakkan sifat positif dengan pujian, penghargaan serta strategi lain.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau nak didik anak, dari kecillah sepatutnya kita mulakan. Ajarkan pada anak perkara-perkara penting supaya kelak pandai dia membawa diri. Salah satunya ajarkanlah cara untuk menjaga kehormatan diri.
Tak kiralah berapa pun umur anak dan sama ada dia lelaki atau perempuan, didiklah anak tentang soal kehidupan untuk masa hadapannya nanti.
Bercerita tentang menjaga kehormatan diri, Ardell Aryana yang merupakan pelakon dan aktivitis kemasyarakatan amat memandang berat tentang hal ini.
Melalui video yang dikongsikan di laman Instagram Ardell Aryana, dapat dilihat kemesraan dan jalinan kasih sayang antara seorang ibu dan anak.
Melalui ciuman dan pelukan dia tunjukkan kasih sayang terhadap anaknya Arwa Malaikha Urwa, tetapi paling penting tidak melakukannya pada bibir.
Antara komen warganet;
Seperti yang kita ketahui, ciuman pada bibir adalah tidak sesuai untuk kita lakukan pada anak. Mencium bibiranak adalah tidak baik dan sangat penting untuk kita ajarkan pada anak bahawa orang lain juga tak boleh melakukannya sesuka hati kepada mereka.
Urwa juga anak yang bijak, banyak mengikut rupa paras dan perangai ibunya. Dia juga petah berkata-kata dan suka mengusik ibu ayahnya. Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yang membanggakan kedua orang tuanya.
Pagi yang sepatutnya bermula seperti biasa bertukar menjadi detik cemas apabila empat pelajar yang juga mempunyai pertalian keluarga cedera parah dalam satu kemalangan jalan...