Keletah comel anak pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah dan Ijoy, Adeena sering buatkan pengikut ibunya tak puas nak tengok gelagatnya yang bersahaja.
Walaupun berusia dua tahun, Adeena pandai bawa diri dan setiap apa yang dilakukan sering menjadi perhatian. Dengan gayanya yang suka berceloteh dah nampak ada ciri-ciri macam ibunya.
Malah ada netizen yang menyatakan dari raut wajah Adeena photostat muka Ijoy tapi dari aspek keberanian macam Shiera. Kiranya adil lah kan.
Melalui entri di instagram Shiera, video yang dimuat naik Shiera mengenai aksi Adeena juga sentiasa mendapat reaksi positif.
Ramai yang suka cara Shiera yang bersahaja dan melayan anaknya macam kawan. Walaupun ramai yang nampak Shiera lebih garang dari Ijoy tapi anak-anaknya tetap respek.
Shiera juga akui mulutnya saja macam tu, tapi dengan anak dia kalah. Kasih sayang tetap sama macam ibu-ibu lain juga.
Ads
Tegas Sekali-Sekala Perlu Dengan Anak
Sebagai ibu yang berkerjaya, Shiera sangat mengambil berat mengenai didikan anak-anak sejak dari awal.
Sesibuk mana pun, dalam sehari masa dengan anak kena ada. Cara ini diamalkannya sejak dari anak sulungnya sehinggalah kini.
Ads
Jadi tak hairanlah jika ramai peminatnya sentiasa memuji cara yang Shiera lakukan pada semua anak.
Anak-anak tetap boleh bermanja, gelak sama-sama dan ini antara rahsia keluarga Shiera untuk pastikan masa berkualiti dalam sehari dapat dimanfaatkan.
Siapa kata anak kecil tak mengalami stres? Mungkin kita yang tidak perasan kerana kita terlalu sibuk menguruskan keluarga setiap hari.
Menurut Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, hampir 1juta orang kanak-kanak di Malaysia mengalami stres. Beliau menjelaskan bahawa hal ini amat membimbangkan memandangkan 90% bahagian otak terbentuk dari 0 hingga 6 tahun. Manakala 10% lagi, yang melibatkan kognitif akan mula terbentuk pada umur 7 tahun, sehinggalah anak anda berumur 23 tahun.
Oleh itu, penting untuk kita mengesan tanda stres pada anak, terutamanya anak-anak di bawah usia 6 tahun.
Berikut adalah 7 tanda stres pada kanak-kanak yang tak patut dipandang ringan oleh ibu bapa yang dikongsikan oleh zuriat.my
Semenjak kebelakangan ini, adakah anak anda kerap menjerit ketakutan atau mengigau dalam tidur? Mimpi ngeri sekali-sekala adalah biasa. Tetapi jika terlalu kerap, ia mungkin tanda stres disebabkan suatu kejadian sehingga menyebabkan trauma seperti dibuli atau terlihat kemalangan.
Pujuk anak untuk berkongsi pengalaman tersebut dan bantu mereka untuk melupakan kejadian tersebut.
Salah satu tanda stres pada anak adalah dia akan melakukan tabiat baru yang tidak pernah dia buat sebelum ini. Antaranya ialah perbuatan berulang-ulang seperti mengigit kuku atau memintal-mintal rambut. Apabila anak mulakan tabiat buruk ini, jangan terus melenting.
Cuba cari waktu yang sesuai untuk mendalami hati anak. Perlahan-lahan tanyakan anak jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran mereka. Ceritakan juga masalah anda pada zaman kanak-kanak contohnya pada mereka supaya mereka faham yang orang lain juga punya masalah. Dengan cara ini, akan akan lebih terbuka untuk bercerita.
Anak yang mengalami tekanan cenderung untuk mengasingkan diri dari ahli keluarga lain. Mereka tidak seceria dulu dan lebih suka bersendirian di dalam bilik. Mereka juga lebih sukar untuk menceritakan masalah yang dihadapi. Mereka mungkin mengalami konflik dengan ahli keluarga lain atau di sekolah.
Jangan biarkan anak bersendirian. Libatkan anak dalam setiap perbualan dan perbincangan keluarga. Ajak dia turut serta dalam aktiviti keluarga.
Sesetengah anak sulung mungkin akan mula bertindak kasar apabila mereka mendapat adik baru. Stres boleh menjadi punca kepada perangai agresif tersebut. Selain menggigit, menendang atau memukul, mereka juga lebih kerap bercakap dengan nada yang lebih nyaring, kurang sopan dan tidak mendengar cakap.
Kita sebagai ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik pada mulanya. Tenangkan anak dan jadi pendengar yang baik untuknya. Berikan ruang untuk anak meluahkan perasaan.
Rimas betul jika anak kita suka berkepit dengan kita tidak kira masa. Sebelum ini jika kita tinggalkan sekejap ok je. Tetapi sejak kebelakangan ini, ditinggalkan sekejap, terus merengek tak tentu pasal. Macam bayi kecil pula!
Namun, jangan terlalu cepat marahkan anak. Cuba cari puncanya kerana anak yang berkelakuan begini mungkin sedang mengalami penyesuaian diri pada persekitaran yang berubah.
Perubahan lain yang terjadi pada anak adalah mereka lebih cepat emosional. Walaupun dalam perkara kecil seperti tidak boleh mengikat tali kasut sudah boleh membuatkan anak naik angin. Anak juga lebih mudah putus asa.
Perkara ini berlaku apabila anak terlalu ingin mencapai kesempurnaan (perfectionist) dan gagal menyenangkan hati kita. Hal ini mungkin terjadi kerana mereka juga ingin menyerlah seperti adik-beradik yang lain atau kita sebagai ibu bapa terlalu mendesak anak. Bina keyakinan diri pada anak dan jangan terlalu mendesak melebihi kemampuan mereka.
Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran si anak sehingga menyebabkan pencapaiannya di sekolah merosot. Dia juga sukar untuk menumpukan perhatian ketika membuat kerja rumah. Barangkali ada masalah dengan rakan sekelas atau mungkin masalah itu datang daripada kita sendiri.
Jika masalah ini berlarutan, berbincanglah dengan anak. Capai satu penyelesaian.
ANAK-ANAK PERLUKAN PERHATIAN DAN KASIH SAYANG
Walaupun dunia anak-anak semakin canggih pada hari ini, tiada satu apa pun yang dapat menggantikan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, hargailah masa berkualiti bersama anak dan jangan hanya menumpukan kepada akademik atau prestasi pendidikan mereka sahaja.
Sebaliknya, didik mereka menjadi insan yang seimbang, terapkan nilai-nilai positif, dan beri masa untuk mereka menjadi kanak-kanak sebenar!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya apabila anak mula menginjak usia setahun dan mula boleh berjalan, waktu ini adalah masa untuk mereka meneroka semua tempat. Tak kisah di mana sekalipun hingga lubang yang kecil pun boleh membuatkan mereka minat.
Masa inilah perhatian yang lebih perlu diberikan kerana anak akan mudah tertarik pada benda yang mereka rasa agak pelik dan paling mudah akan masukkan dalam mulut atau hidung.
Menurut Doktor Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M.Sallih ada 5 perkara bahaya yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa supaya anak tak memasukkan sebarang objek ke dalam hidung mereka.
Apa bahaya apabila anak termasuk objek ke dalam hidung?
Suatu hari nanti anda mungkin akan berhadapan dengan situasi seperti ini. Saya kongsikan mengapa keadaan ini perlu diberi perhatian.
Lihat 5 perkara di bawah. Jangan dibuat main.
Semua perkara di atas boleh berlaku kepada anak-anak kita.
Kalau anak anda mengamuk, tantrum dan berlari-lari tak dengar cakap, apa yang anda buat? Umpan dengan gajet betul?
Berapa ramai ibu bapa di sini yang didik anak mereka dengan upin ipin, didi and friends, boboboy dan lain-lain seawal usia 5 bulan ke atas? Angkat tangan
Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
Fokus Anak Kurang
Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telah pun jatuh pada hanya 4 saat. Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya; terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius.
Rajah di bawah (lihat pada gambar) menunjukkan perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet yang berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurangan.
Buat pengetahuan semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa. Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori seperti yang dilihat dalam rajah (ruang-ruang kosong), maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.
Sebelum anda salah faham, permasalahan ini bukanlah pada apa yang anak-anak lakukan sewaktu menonton televisyen atau sewaktu bermain gajet, tetapi apa yang mereka TIDAK LAKUKAN sewaktu dalam proses tersebut, yang mungkin berjam-jam lamanya (jika tidak dikawal dengan baik). Perkembangan anak-anak adalah berlandaskan pada bagaimana aktifnya mereka berinteraksi dengan ibu bapa atau penjaga dan juga sebanyak mana mereka melihat interaksi ini berlaku. Menonton televisyen atau bermain gajet hanya melibatkan efek 2D yang bukan realiti.
Gajet Atau TV Bukan Babysitter Anak
Kajian ada melaporkan, kebiasaannya ibu bapa akan bercakap dalam 940 patah perkataan per jam apabila anak-anak ada bersama mereka. Itupun jika ibu bapa tersebut prihatin dan rajin bersembang. Apabila TV di pasang, bilangan patah perkataan ini jatuh hingga ke 770 per jam. Semakin kurang perkataan yang di sebut, semakin kuranglah pembelajaran perkataan baru. Semakin kurang jugalah kosa kata yang boleh disimpan dalam lexical data base otak kita. Antara sebab ramai anak yang lambat bercakap juga adalah di sebabkan oleh kurangnya perbualan antara ibu bapa dan anak-anak.
Doktor Christakis yang merupakan Direktor pada Center for Child Health, Behavior & Development in Seattle, juga melaporkan bahawa anak-anak yang di bawah umur 3 tahun akan berkemungkinan besar mengalami masalah fokus di sekolah kelak jika diletakkan di hadapan televisyen berjam-jam lamanya. Malah, dalam kajian beliau mendapati, setiap 1 jam tontonan sehari akan menyebabkan 10% masalah fokus, 2 jam pula akan menyebabkan 20% masalah fokus, jika dibandingkan dengan anak-anak yang tidak didedahkan langsung dengan televisyen. Apa bezanya televisyen dan pendedahan pada gajet yang berjam-jam lamanya dalam satu hari?
Jika betullah kata-kata “you are what you eat” maka, apa yang berlaku adalah “otak anak-anak adalah sebagaimana apa yang dipaparkan pada mereka”.
Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan teknik keibubapaan anda, tetapi untuk kita sama-sama fikirkan cara yang boleh kita perbaiki untuk membantu rangsangan positif pada anak-anak. Bukan tidak boleh menggunakan gajet atau menonton televisyen, tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa bersama anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka untuk menstimulasikan otak mereka.
Gajet atau televisyen bukanlah babysitter buat anak-anak anda. Adalah tidak adil jika anda menyalahgunakan teknologi dengan cara ini. Rata-rata kajian menyarankan kurang dari 2 jam pendedahan pada gajet atau televisyen setiap hari bagi menyeimbangkan pertumbuhan otak anak-anak anda. Adalah lebih baik jika anak anda yang berumur bawah 2 tahun, langsung tidak didedahkan dengan gajet.
Disediakan oleh : Assist. Prof. Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli
Sumber: FAC-The Kids House
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.