Kalau anak anda jenis cerewet makan nasi, boleh cuba resipi rice cake yang nampak menyelerakan ini. Paling penting ia mudah disediakan oleh ibu-ibu yang sentiasa sibuk mengejar masa menguruskan pelbagai urusan kerja rumah.
Puan Syuhaidah Ridzwan berkongsikan resipi Rice Cake yang dihidangkan untuk anak kecilnya. Paling best dalam rice cake ini anda boleh tambah pelbagai jenis sayuran dan si kecil yang tak suka makan sayur mesti tak perasan masa makan rice cake ni.
Memang ini satu trik yang bagus untuk dicontohi oleh ibu-ibu yang mempunyai anak cerewet makan nasi dan sayuran. Selamat mencuba!
Campur nasi, ayam, lobak merah, telur dan parsley.
Gaul semua sehingga sebati.
Sapu muffin tray dengan butter, kemudian masukkan adunan ke dalam tray. Kalau tak ada muffin tray boleh guna foil mould.
Tabur keju dan bakar dalam oven bersuhu 200 darjah selsius selama 15-20 minit.
Menu of the day, Rice Cake !
Ads
Bahan dan cara boleh rujuk gambar. Menu ni memang sesuai untuk anak yg susah makan nasi. Sesuai untuk 12 bulan ke atas atau baby yang tidak alah telur & pandai gigit/kunyah.
Guna nasi yang sudah dimasak. Bukan beras. Nak ganti pasta pun boleh, rebus dulu sampai masak.
Ads
Boleh tambah atau tukar sayuran pilihan yang lain. Nak ltk broccoli ke butternut squash ke zucchini ke terpulang. Cuma saya lebih suka pakai sayur yg murah dan senang nak dapat. Jgn push diri untuk pakai bahan mentah yg mungkin susah dapat kat sesetengah kawasan atau harga terlalu mahal berbanding sayuran tempatan biasa
Ads
Nak tukar ayam ke daging pun boleh. Nak letak salmon pun boleh terpulang kepada mommies semua.
Kalau pakai bekas foil mcm saya, tak perlu grease butter pun ok. Takkan melekat. Kalau pakai muffin baking tray tu sapu la sikit takut melekat. Atau butter tu boleh gaul sekali dalam adunan.
Resipi sambal kentang dan ikan bilis goreng rangup antara pembuka selera yang sangat mudah dibuat. Boleh bertambah nasi kalau dapat sambal kentang dan ikan bilis goreng rangup ni. Kalau nak tahu cara penyediaanya boleh ikuti resipi dibawah.
Resipi Sambal Kentang & Ikan Bilis Goreng Rangup! Simple je
Bahan-Bahan:
*kentang
*ikan bilis
*bawang merah
*cili padi
*belacan (optional)
Cara-Cara:
*kentang potong nipis, kemudian digoreng.
*ikan bilis digoreng.
*cili padi, bawang merah & belacan ditumbuk/blend kasar kemudian tumiskan hingga agak garing.
*perasakan dengan sedikit garam & gula.
*dah siap masak tunggu sejuk sedikit, last baru masukkan ikan bilis & kentang yang dah digoreng. gaul rata. siap
Tak cukup rasanya bila makan sepinggan nasi dengan lauk tanpa sambal belacan yang menghangatkan lagi sajian. Nak lebih terangkat apa kata cuba sambal tumbuk ikan masin ini yang lain dari yang lain.
Sambal ikan masin dengan cili padi yang ditumbuk ini memang lain dari yang lain. Wajib cuba resipi perkongsian Irah Erah.
Restocking sambal. Husband saya ni kalau ada ulam, mesti wajib kena ada sambal. So kita ikut je la seleranya.
Orang tua tua dulu cakap, nak pikat suami, kena ikat perut dia dengan masakan kegemarannya.
Saya ambik resepi mak mertua dari sarawak. Tumbuk-tumbuk, simpan dalam bekas. Tahan lama. Nak makan, ambik je.
Sambal ikan sengelo masin.
Bahan-bahan:
Ikan sengelo masin
Cili (letak ikut kepedasan)
Gula
Ajinomoto sikit (saya tak letak)
Goreng dulu ikan sengelo masin.
Tumbuk ikan sengelo masin bersama cili dan gula, (ikut rasa tekak nak letak pedas manis dan masin secara seimbang).
Makanan berisi keju seperti piza, sering menjadi pilihan dalam pemakanan anak. Tetapi berapa jumlah pengambilan produk tenusu harian yang disarankan untuk kanak-kanak?Ikuti perkongsian dari Hello doktor ini.
Kepelbagaian produk tenusu
Keju yang berbeza akan memberikan jumlah lemak, kalori, vitamin dan mineral berlainan.
Antara jenis keju yang ada di pasaran seperti parmesan, mozarella, keju kotej, keju krim tanpa lemak dan sebagainya.
Boleh terbayang keenakan keju, bukan?
Pun begitu, jangan dilupakan – keju boleh mengandungi lemak tepu yang tinggi, sebab itulah anda perlu mengawal saiz setiap hidangan yang diambil.
Keju termasuk dalam produk tenusu dan secara umumnya, keju dan makanan tenusu lain adalah sumber tenaga, protein, kalsium dan vitamin A yang baik.
Satu bahagian keju boleh menjadi salah satu daripada 3 hidangan susu dan hasil tenusu lain yang perlu diambil kanak-kanak setiap hari.
Pengambilan produk tenusu harian
Dalam garis panduan pemakanan yang dikeluarkan Amerika Syarikat memberikan beberapa kejutan.
Salah satunya adalah kanak-kanak berusia 4 hingga 18 tahun tidak mengambil produk tenusu harian mengikut jumlah yang disyorkan.
Keadaan ini secara tidak langsung meletakkan kanak-kanak kepada risiko untuk mengalami kecederaan atau riket – penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D mengakibatkan tulang menjadi lembut.
Pengambilan makanan atau minuman hasil tenusu adalah penting dalam diet pemakanan harian.
Ini kerana selain menjadi sumber karbohidrat, protein dan lemak, ia kaya dengan vitamin dan mineral, termasuklah kalsium dan vitamin D.
Penting untuk tumbesaran anak
Umumnya, kalsium dan vitamin D penting dalam semua peringkat kehidupan seseorang individu, khususnya kanak-kanak.
Kalsium diperlukan untuk menjaga tulang kuat. Manakala vitamin D mempunyai peranan penting untuk badan kita menyerap kalsium.
Jadi pengambilan susu mencukupi adalah penting bagi kanak-kanak yang aktif, terutamanya jika mereka bergelar atlet muda.
Kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 4 hingga 8 tahun memerlukan 2.5 cawan hasil tenusu setiap hari.
Sementara anak yang berusia 9 hingga 18 tahun disarankan untuk mengambil 3 cawan tenusu sehari.
Bagi memenuhi saranan pengambilan produk tenusu harian untuk kanak-kanak dianggap perkara yang mudah kerana ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk.
Antara hasil tenusu yang boleh menjadi pilihan adalah seperti susu, yogurt dan keju merupakan sumber kaya dengan kalsium.
Produk tenusu rendah lemak
Berdasarkan panduan pemakanan baharu, ibu bapa turut disarankan untuk memasukkan susu tanpa lemak atau rendah lemak.
Garis panduan tersebut mengesyorkan produk hasil tenusu tanpa lemak atau 1% berbanding 2% susu, susu penuh dan keju biasa kerana ia memberikan nutrien yang sama dan kurang lemak.
Saranan lain adalah untuk memilih susu dan yogurt lebih kerap daripada keju kerana kedua-duanya mengandungi kurang lemak tepu dan natrium, tetapi lebih tinggi kalium, vitamin A dan D.
Sekiranya anak mempunyai masalah intoleransi laktosa, berikan mereka susu, yogurt dan keju tanpa laktosa.
Pilihan ini tetap memberikan jumlah kalsium, vitamin D dalam kuantiti yang sama selain mineral lain.
Susu soya juga merupakan pilihan yang baik kerana ia diperkaya dengan kalsium, vitamin D dan pelbagai vitamin dan mineral.
Diet pemakanan harian anak
Untuk membantu anak anda memenuhi pengambilan susu yang disyorkan, ibu boleh mencuba cadangan berikut:
Sarapan pagi
Susu tanpa lemak atau 1% lemak bersama bijirin sarapan, smoothie atau oat mahupun diminum sahaja
Yogurt tanpa lemak atau rendah lemak dan buah
Masukkan sekeping keju ke dalam hidangan masakan telur seperti telur dadar atau telur hancur
Makan tengah hari
Yogurt tanpa lemak atau rendah lemak
Sekotak susu tanpa lemak atau 1% lemak
Letakkan keju rendah lemak bersama sandwic
Keju rendah lemak dan biskut
Keju kotej rendah lemak dan buah
Makan malam
1 cawan susu tanpa lemak atau 1% lemak
Masukkan keju rendah lemak bersama protein, salad, sayur-sayuran
Berapa usia sesuai perkenalkan keju kepada si manja?
Mesti ada ibu yang ingin mengetahui masa yang sesuai perkenalkan keju pada si kecil, bukan?
Sebaiknya anda bertanyakan kepada doktor sebelum memberikan keju kepada bayi apabila mereka sudah mula mengambil makanan pejal.
Ada pakar berpendapat keju selamat diberikan kepada bayi seawal usia 6 bulan.
Manakala sesetengah yang lain mengatakan lebih baik menunggu apabila si manja mencecah usia 8 hingga 10 bulan.
Berdasarkan perkongsian daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), keju selamat diberikan dalam makanan harian anak ketika mereka berusia antara 7 hingga 8 bulan.
Walau bagaimanapun, untuk lebih kepastian dapatkan pandangan doktor mengenai panduan khusus bagi bayi anda kerana setiap anak mempunyai perkembangan yang unik dan berbeza.
Paling penting, ibu bapa disarankan untuk menunggu 3 hingga 5 hari sebelum menawarkan makanan baharu kepada bayi.
Dengan cara ini, ia dapat membantu anda untuk mengesan tanda-tanda intoleransi atau reaksi alahan makanan seperti cirit-birit atau ruam.
Perkenalkan keju dan produk tenusu
Keju dan produk tenusu lain adalah makanan berkhasiat untuk anak-anak anda.
Jika anda baharu bercadang untuk memperkenalkannya dalam diet pemakanan anak, mulakan dalam jumlah yang kecil tetapi menyeronokkan.
Paling penting, elakkan memaksa mereka untuk mencubanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang, fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan – ia satu keperluan. Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah. Jangan...