Usahawan terkenal, Datin Nur Shahida yang kini sarat hamil anak ke-7 dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman.
Berita tersebut dikongsi olehnya menerusi laman rasmi Instagram @shahidadherbs. Menurut isteri kepada Dato Seri Aliff Syukri ini, dia sudah 3 hari tidak sihat dan terpaksa dimasukkan ke hospital memandangkan usia kandungan sudah mencecah usia 8 bulan.
Rata-rata menyangka dia dimasukkan ke wad kerana nak bersalin namun jelasnya belum masa bersalin tetapi tahap kesihatan yang merosot.
“Ramai tanya saya dah nak sampai masa bersalin ke? Belum lagi”
Ads
“Saya tak sihat dah 3 hari dekat hospital…ada jangkitan kuman..”
Datin Shahida memohon doa ramai agar mendoakan kesihatan buat dirinya dan juga bayi dalam kandungan. Tambahnya lagi, anak-anak di rumah jugak tak sihat dan memerlukan dia di saat ini.
“Doakan saya dan baby sihat ya…tak senang juga duduk sini lama-lama sebab anak-anak di rumah pun tak sihat juga”
Ads
Rata-rata warga maya mendoakan yang terbaik buat Datin Shahida dan juga bayi yang dikandung.
lufyalaana Syafakillah dear❤️ Semoga dibawah perlindungan Allah sbt
yatie_kmrzmn Semoga cepat sembuh dan selamat ibu anak❤️
Ads
lindasalim92.official Sama lah datin sy ank² 3 org semua tak sihat long cough tak benti²..darah semua ada jangkitan kuman
Bagi wanita yang memang menunggu kehadiran anak dalam rahim, tempoh kehamilan memang saat yang amat ditunggu-tunggu. Walaupun diselubungi rasa penuh teruja, gembira, dan bersyukur, ada kalanya mereka tetap akan berasa resah, bimbang, dan stres.
Banyak perubahan yang berlaku dari segi fizikal dan emosi serta turun naiknya hormon dalam tubuh sepanjang kehamilan. Jika tidak ditangani, ia boleh terbawa-bawa hingga selepas kelahiran, di mana ia membabitkan masalah mental yang serius seperti meroyan.
Berikut antara beberapa amalan ibu mengandung untuk membantu diri rasa lebih tenang, ceria, dipermudahkan segala urusan sehingga selepas bersalin dan seterusnya. Suami pun sebenarnya boleh sama-sama amalkan.
Melalui perkongsian di Facebook Takirah Ustaz Ebit Lew, beliau ada menyarankan beberapa amalan ini dilakukan.
Surah Bacaan Ketika Mengandung:
Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa. Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati. Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat. Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat. Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)
Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung:
■ Mengamalkan solat wajib dan sunat
■ Mengamalkan zikir
■ Membaca al-Quran
■ Mendengar muzik yang tenang
■ Membaca buku-buku ilmiah
■ Berbual dengan anak dalam kandungan
■ Menjaga adab dan emosi
■ Tidak tertekan atau stress
■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar
IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR:
Negatif
Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran
Positif
Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut
Negatif
Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak
Positif
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah
Negatif
Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
Positif
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak
Positif
Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan
Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman. Tambahan lagi pada masa kini, terlalu banyak jangkitan baru. Oleh itu, paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah bergantung kepada pendedahan diri kepada kuman yang ada.
Demam boleh menjadi salah satu simptom yang menunjukkan ibu hamil mengalami jangkitan kuman. Jadi, tidak boleh dikatakan sama ada ia okay ataupun sebaliknya sekiranya dialami oleh ibu hamil. Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam itu disebabkan oleh apa, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.
Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C dan pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Oleh yang demikian, anda perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan.
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa okay dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol. Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam. Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Risiko boleh menular kepada kandungan
Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.
Ibu Kena Chicken Pox
Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju. Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.
Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan. Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.
Masa mula-mula pergi check up mengandung, mesti doktor atau jururawat suruh ambil darah dan urine kan? Dia orang nak check apa sebenarnya dengan darah tu? Pernah tak tanya? Untuk apa test tu? Mesti ramai yang tak tahu kan?
TASKA KEMAS 2027 kini dibuka untuk permohonan melalui EduCeria. Ketahui syarat kelayakan, cara daftar, dokumen diperlukan, perbezaan TABIKA dan TASKA serta penjelasan mengenai yuran RM150.