“Sebab Menantu Orang Utara, Kita Masak Bihun Sup Utara” Sheila Rusly Kongsi Menu Berpantang

Share

Pengarah dan selebriti terkenal, Sheila Rusly berkongsi menu berpantang dibuat khas untuk menantu kesayanganya, Elisya Sandha yang kini sudah masuk 35 hari berpantang.

Menu kali ini adalah Bihun Sup Utara memandangkan Elisya Sandha berasal dari negeri di sebelah Utara.

“Sebab anak menantu orang Utara kita masak bihun sup Utara”

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • 1 paket bihun
  • 1 sudu makan ( atau kurang) serbuk kunyit
    (Rebus bihun dalam air mendidih. Tambahkan serbuk kunyit tadi. Bila bihun kelihatan lembut, terus bilas dengan air biasa dan toskan airnya.)

BAHAN SUP:

1 batang serai – diketuk
2-3 inci halia – ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
4 biji bawang merah kecil – ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh bunga cengkih – ditumbuk kasar
Serbuk sup daging
Sup bunjut
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya

Tumis bahan ketuk dan bahan tumbuk. Masukkan kesemua bahan tumis. Masukkan air. Masukkan bahan perasa

Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan sampingan. Tuang sup dan letakkan sambal merah. Nikmati panas-panas.

BAHAN CABAI / SAMBAL MERAH:

  • Sambal tumis maggie
  • Asam keeping @ air asam jawa @cuka secukupnya
  • Sos cili

CARA MEMASAK SAMBAL MERAH:

Tumis sambal tumis maggie, masukkan asam jawa dan sos cili. Tumis sehingga masak.

BAHAN SAMPINGAN:

  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Limau purut
  • Daging hiris

Rata-rata rakan selebriti dan warga maya terharu melihat layanan ibu mertua buat menantu tersayang.

kupu_kupu
Ya allah sweet nyaaaaaa ! Sebak kite 🥺

nik_zainal89
Wahhh. Best nya. Alhmdulillah sis sheila tbaik

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN