“Semangat Mommy Meneran, Ingatkan 3kg Rupanya…”, Syaheera Syukur Allah Mudahkan Perjalanan Bersalin Kali Ni.

Share

Rezeki melahirkan anak sememangnya berbeza-beza. Ada yang mengambil masa yang lama, ada pula yang cukup mudah melahirkan. Bagi isteri Fad Bocey, Syaheera Rahman, dia bersyukur kelahiran anak keempatnya dipermudahkan Allah.

Selamat melahirkan bayi lelaki, Ibrahim Jibriel pada 20 Oktober lalu, Syaheera meluahkan rasa syukurnya kerana perjalanan kelahiran yang cukup mudah.

Menerusi instagram, Syaheera turut berkongsi kisah kelahiran Ibrahim. Katanya kelahiran kali ini cukup berbeza. Malah dia juga dapat bersalin secara normal.

” Alhamdulillah for another year. MashaAllah tahun yang sangat berbeza. Kami menyambut cahaya mata yang keempat. Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang Allah bagi.

” Besar kurniaannya bila Allah mudahkan perjalanan bersalin kali ni. 20102020 lahir Ibrahim Jibriel penyeri keluarga kecil kami secara normal. Semangat jugak this time meneran 3.4kg. Mommy ingtkan 3kg ja,” tulis Syaheera.

Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata ini turut juga memberi penghargaan dan ucapan terima kasihnya pada suami tercinta, Fad Bocey yang sentiasa kuat menyokongnya ketika detik melahirkan.

“Thank you daddy sebab masih setia disisi untuk sama-sama berjuang. Saya sayang awak dunia akhirat kerana Allah swt. Berbeza kalini sebab tak dapat bawak anak-anak check in hospital sekali atas sebab PKPB procedure, memang tak boleh bawak. Lagi pun hospital tempat yang high risk,” katanya lagi.

Hadiah Hari Lahir Bermakna

Melalui entri yang sama, ibu cantik jelita ini juga turut meluahkan rasa syukurnya kerana dikelilingi insan tersayang menyambut hari lahirnya pada 21 Oktober semalam.

Malah Fad juga dilihatkan membingkaskan sebuah video romantik di instagram miliknya bersama ucapan hari lahir buat isteri tersayang. Kata Syaheera lagi, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga kecil dalam hidupnya, malah bayi keempatnya, si comel Ibrahim adalah hadiah terindah sempena hari lahirnya.

“Kali ni tak berharap apa-apa suprise sebab dah tau akan terbaring macam ni. Cukuplah rezeki yang paling terindah sebagai hadiah sambutan tahun ni. Selalu daddy akan bawak dinner tapi dinner kali ni is pantang food. Dapat tatap baby IJ pun dah cukup bersyukur.

“Thank you daddy dan anak-anak sebab always ada. Tak da benda lain nak kejar. Berjuta kawan tak jaminkan peribadi kita. Cukup keluarga kecil masih disisi itu antara nikmat yang tak semua dapat rasa,” katanya berkongsi.

“Tahun yang paling banyak ajar erti bersyukur. Kenangan pahit manis, diuji, menguji tapi dalam masa yang sama rezeki Allah kirim terlalu besar. Terima kasih atas doa-doa yang baik kalian kirimkan. Moga semuanya berbalik pada yang mendoakan,” katanya lagi.

 

Terdahulu Syaheera dan Fad berkahwin pada 14 Mac 2015 dan kini mereka dikurniakan empat orang cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.

IKLAN